Tuesday, September 5, 2023

Senarai Barang Keperluan Wanita Mengandung

Ingat lagi tak entri CoQ10 vitamin kesuburan yang saya kongsikan sebelum ini? Setiap pasangan berkahwin pastinya sangat teruja menyambut kehadiran cahaya mata pertama. Bagi memulakan fasa baru dalam kehidupan, bakal mommy dan daddy perlulah menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal.


Ketika mengandung, wanita akan mengalami banyak perubahan emosi dan juga bentuk badan. Jadi sudah tentu ada keperluan spesifik untuk wanita mengandung. Posting kali ini saya kongsikan checklist barang keperluan untuk wanita yang bakal bergelar ibu disepanjang kehamilan.
 
TRIMESTER PERTAMA
  1. Vitamin pranatal - Penting diamalkan dari awal sampai full term, bagi membekalkan tubuh ibu dengan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kehamilan sihat.
  2. Botol air - Bagi wanita mengandung, disyorkan minum air lebih 2 liter sehari (10-12 gelas). Dehidrasi semasa hamil boleh menyebabkan paras rendah cecair amnion yang akan mempengaruhi perkembangan bayi dalam kandungan.
  3. Disposable plastic bag - standby untuk bekas muntah bagi wanita yang mengalami alahan teruk.
  4. Minyak angin / Vicks - ini pun berguna bagi yang mabuk teruk.
  5. Anti-nausea wristband - untuk melegakan morning sickness kalau taknak bau minyak angin. Boleh dibasuh dan diguna semula.
  

TRIMESTER KEDUA / KETIGA
  1. U-shape pregnancy pillow - memberi keselesaan dan sokongan postur badan semasa tidur. Membantu mengurangkan sakit belakang, mengurangkan tekanan pada bahagian leher, bahu, perut, pinggang dan kaki.
  2. Maternity bra - sebab saiz payudara juga akan bertambah saiznya semasa mengandung.
  3. Maternity clothing - baju yang sesuai dan seluar yang boleh diregang pada bahagian pinggang
  4. Maternity underwear
  5. Maternity belt - untuk menyokong perut bila dah semakin besar and berat, boleh kurangkan sakit pinggang. Lepas bersalin dalam pantang pun boleh guna juga.
  6. Weight scale - untuk pantau berat badan. Pertambahan berat badan secara mendadak berkemungkinan menandakan ibu mempunyai masalah kencing manis atau darah tinggi. Ibu yang terlalu kurus pula berisiko melahirkan bayi kurang berat badan iaitu 2.5kg ke bawah.
  7. Blood glucose meter - untuk monitor bacaan gula
  8. Blood pressure meter - untuk monitor tekanan darah
  9. Compression socks - untuk mengurangkan bengkak pada kaki dan melancarkan peredaran darah.
  10. Kasut yang sesuai - beli kasut yang selesa untuk menampung berat badan wanita mengandung.
  11. Yoga ball - untuk exercise kurangkan sakit pinggang, especially bila dah dekat nak bersalin.
  12. Relaxing Magnesium Gel (Shaklee ft. Tanamera) - untuk elakkan kejang otot & meningkatkan kualiti tidur.
  13. Smooth Tummy Oil (Shaklee ft. Tanamera) - untuk mengurangkan tanda regangan dan kekeringan kulit yang disebabkan oleh hormon kehamilan.
  14. Heat patch - untuk melegakan sakit belakang
  15. Minyak panas (herbanika nona rugoy)




Bila dah hampir due date bersalin, maknanya perlu sediakan hospital bag. Buat persiapan awal supaya tak kelam kabut atau tertinggal barangan penting. Pastikan beg hospital dah tersedia pada minggu ke-37 pregnancy.

PERSEDIAAN KE HOSPITAL (sediakan 2 beg)
 
(a) Untuk IBU
  1. Dokumen (buku check-up, kad pengenalan, sijil nikah, guarantee letter)
  2. Nursing bra (2-3 helai)
  3. Nursing pad & Nursing cover
  4. Stokin tebal (2-3 pasang), elakkan kaki daripada kesejukan
  5. Sweater / Cardigan
  6. Tudung sarung yang selesa dan mudah dipakai
  7. Panties pakai buang (5-10 helai)
  8. Maternity pad
  9. Kit penjagaan diri - berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, shampoo, sikat rambut, getah rambut, pelembab bibir, deodorant dan sebagainya.
  10. Tisu kering dan basah, untuk pelbagai kegunaan ibu dan bayi.
  11. Tuala mandi (jenis lembut dan ringan)
  12. Selipar yang tidak licin tapaknya
  13. Kain batik / Skirt
  14. Pakaian selesa (2-3 pasang termasuk baju untuk dipakai pulang ke rumah)
  15. Makanan pemberi tenaga (kurma, energy bars) & Prunes (elak sembelit)
  16. Minyak panas
  17. Telekung & buku doa-doa mudahkan bersalin
  18. Laundry bag (untuk asingkan baju kotor)
 
(b) Untuk BABY
  1. Newborn diapers (25 keping)
  2. Baju lengan pendek & seluar (2-3 pasang)
  3. Baju lengan panjang & seluar (2-3 pasang)
  4. Mitten dan Stokin (5 pasang)
  5. Kain bedung (2 helai)
  6. Kain barut (5 helai)
  7. Tuala kecil
  8. Topi
  9. Minyak telon & baby oil
  10. Barang mandian baby


Semoga senarai barang keperluan wanita mengandung ini bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan. Anda mungkin tidak mengetahui berapa lama akan berada di hospital kerana ia bergantung kepada proses kelahiran / bersalin, atau sekiranya ada sebarang komplikasi. Jadi, senarai ini boleh diubahsuai mengikut apa yang anda fikir bakal diperlukan sepanjang tempoh berada di hospital nanti.

Jumpa lagi di entri seterusnya.


💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


Saturday, August 19, 2023

Tiga Doa Yang Bagus Diamalkan Wanita


Pernah tak rasa kecewa yang amat sangat?
Saya pernah. 2019 saya rasa tahun yang challenging, banyak insiden yang tak dijangka berlaku.
 
Mar 2019
Tiba-tiba sakit perut, warded HSA dan diagnosed Dermoid Cyst (klik untuk baca kisahnya). Saya memang sedih bila dapat result scan. I kept questioning, why me? Lepas 7 tahun operate fibroid, saya fikir dah bebas dari masalah gynae. All of sudden, muncul pula cyst. Saya rasa penat, give up pun ada. Rasa macam sia-sia usaha jaga diet selama ni.
 
Apr 2019
Warded SJMC operate buang cyst. Tapi sebab ovary dah twisted, kena removed juga. So since then, saya ada satu ovari jer. Awalnya saya down, rasa macam "cacat" dah tak sama dengan perempuan lain ada sepasang ovari.
 
July 2019
Birthday month, tapi saya dapat surprise company tempat saya kerja terpaksa tutup operasi. Saya kena berhenti kerja with very short notice and little bank balance. So saya kena cut-off banyak benda to survive sampai dapat job lain. At age 40 saya kena start all over again. Takde compensation sebab saya kerja kat sini baru 2 tahun.
 
Oct 2019
Warded SJMC lagi sebab jatuh tergelincir dan satu jari kaki patah. Operate masuk skru, dua bulan kena bertongkat. Another down episode. Saya rasa hopeless bila terpaksa minta bantuan emak yang warga emas untuk sediakan pinggan, sudu, gelas atas meja untuk makan/minum saya. Kemudian pergi follow-up doktor pun terpaksa drive sendiri. Nasib baik yang cedera kaki kiri, jadi masih boleh drive kereta auto. Cuma susah lah nak jalan bertongkat dari tempat parking ke lobby sebelum minta wheelchair kat concierge. Ujian kecederaan kaki ni betul-betul buat saya mensyukuri nikmat sihat. Dua bulan bertongkat saya dah rasa sengsara, bayangkan orang yang hilang upaya kekal? Astaghfirullah.

SABAR…
Satu perkataan yang mudah disebut, tapi nak pujuk hati jadi sabar dan ikhlas bukannya senang. Supaya sabar dengan ujian, saya selalu cakap dengan diri sendiri (macam programkan dalam otak);
 
  • Ujian sakit ni penghapus dosa… sebab Allah sayang.
  • Ujian yang datang semuanya sementara. Kalau Allah ambil sesuatu dari kita, maknanya Dia nak gantikan dengan yang lebih baik.
 
Yang paling penting, minta pertolongan (doa) dengan Allah supaya dihilangkan perasaan sedih, marah, stress dan dijauhkan perkara negatif dari fikiran kita. Minta Allah perbaiki dan permudahkan seluruh urusan hidup kita.
 
Ada Tiga Doa penenang hati dari Al-Quran dan Hadis yang saya pilih. Doa-doa ini pendek, jadi mudah untuk dihafal dan diamalkan.
 

1. Doa Saidatina Fatimah
Doa yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW kepada puterinya Fatimah ini amat besar maknanya. Amalkan doa ini setiap pagi dan petang, insha Allah akan wujud rasa sakinah dan tawakkal yang tinggi kepada Allah dalam diri kita.
 

Boleh juga dibaca ringkas:
Yaa hayyu yaa qayyum, bi rahmatika astaghiiths.
 
Maksudnya: Wahai Rabb yang maha hidup, wahai Rabb yang berdiri sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmatMu aku meminta pertolongan -- hadis riwayat Tirmizi.
  

2. Doa Ketenangan Dan Hilangkan Kesedihan (Al Ghafir : 44)
Doa ini dikongsikan oleh Ustazah Asma' Harun. Amalkan ayat ini berulang kali hingga hati menjadi tenang dan lapang. Boleh juga dibaca ketika sujud terakhir dalam solat.
 

Maksudnya:
"dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya".
  

3. Doa Nabi Musa (Al Qasas : 24)
Doa mohon limpahan rezeki dan apa jua kebaikan.
 

Maksudnya: 
"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".



Tiga doa ini adalah doa yang bagus untuk wanita amalkan bagi mencegah ketidakstabilan emosi dan menguatkan semula diri. Semoga kita lebih positif menghadapi ujian hidup, dan mudah-mudahan kita sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmat Allah.


💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.


#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


Tuesday, August 15, 2023

Vitamin Untuk Wanita Usia 40 Awet Muda Dan Sihat

"Biasalah… umur dah 40 acik-acik ni tak larat nak naik tangga, mengah, sakit lutut, sakit tumit, lemak peha bergesel."

Selalu juga kita dengar keluhan macam ni kan? Kadang tu muda lagi, umur belum cecah 40an tapi jalan kaki jauh sikit dah mengah, dah ada darah tinggi, diabetis. Bak kata orang, tua sebelum usia.

Tapi ada jer wanita-wanita umur 40an, 50an malah 60an yang kelihatan anggun, sihat dan awet muda. Yang umur 50an masih energetic dan enjoy buat aktiviti riadah, kadangkala aktiviti lasak seperti hiking dan scuba diving. Yang umur 60an pun masih steady traveling dengan kebanyakan masa banyak berjalan kaki.


Pada saya, wanita-wanita yang aged gracefully ni sangat menginspirasi. Dan jika ditanya apakah petua awet muda yang mereka amalkan, 4 perkara penting ini yang paling mereka jaga:-

  • Diet sihat
  • Supplement berkualiti
  • Tidur 7 jam setiap malam
  • Senaman ringan dan kerap

Ada yang kata awet muda ni genetik. Mungkin betul, tapi sebenarnya kalau kita pilih berusaha jaga kesihatan, InshaAllah semua wanita boleh aged gracefully juga. Jom saya kongsikan empat supplement yang baik untuk diamalkan oleh wanita disetiap peringkat usia.



1. MULTIVITAMIN (VITA-LIZE)

Makanan seimbang penting untuk kesihatan dan awet muda. Akan tetapi, kebanyakan sumber nutrien semulajadi mungkin terjejas atau hilang semasa kita memasak makanan. Jadi pengambilan multivitamin sangat digalakkan sebagai supplement asas untuk mengisi jurang nutrisi dalam diet harian kita.

 

Multivitamin Vitalize mengandungi 25 jenis vitamin dan mineral penting termasuk Zat Besi, Vitamin B dan Asid folik. Ia direka agar mudah diserap oleh badan untuk memastikan kita memperolehi khasiat optimum. Bagi wanita, Vitalize membantu dari segi membekalkan tenaga, menghasilkan sel darah merah yang sihat, meningkatkan sistem imun, memelihara kesihatan saraf dan fungsi otot, mengurangkan stress dan menambah baik mood.

 

 

VitaLize, multivitamin mudah diserap badan untuk mengisi jurang nutrisi

 

2. GLA COMPLEX

Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh badan, maka ia penting untuk diambil setiap hari melalui pemakanan atau supplement. Bagaimana GLA memberi kesejahteraan emosi dan fizikal kepada wanita disetiap peringkat umur? Ini tiga manfaat utama GLA:

 

(a) Meredakan Sindrom Pra-Menstruasi (PMS)

Ketidakstabilan hormon semasa kitaran haid menjejaskan emosi dan juga kesejahteraan fizikal. Dengan nutrien yang tepat, wanita boleh terus melakukan aktiviti kegemaran tanpa sekatan. Kajian pengambilan GLA dari minyak Borage membuktikan ia membantu mengatasi gejala PMS dengan mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian bawah pinggang, payudara dan sakit kepala. GLA juga memperbaiki tahap emosi ketika tempoh pra-haid.

  

(b) Melegakan Simptom Menopause

Simptom-simptom menopause seperti berasa panas, berpeluh di waktu malam, masalah tidur, perubahan mood dan kulit kering berlaku secara semulajadi apabila seseorang wanita semakin berusia. GLA didapati meningkatkan kesihatan emosi dan melegakan simptom ketegangan payudara di fasa perimenopause apabila hormon melonjak naik dan turun secara tidak menentu.

  

(c) Kulit Sihat Dan Bersinar

Kunci kepada kulit yang sihat berseri adalah tahap kelembapannya. GLA telah dibuktikan secara klinikal dapat meningkatkan tahap kelembapan kulit. Ciri anti-keradangan GLA juga membantu memperbaiki kesihatan kulit dengan melegakan keradangan dan kerengsaan kulit.

 




3. OMEGA GUARD

OmegaGuard merupakan supplement asid lemak Omega-3 yang diperlukan untuk kesihatan jantung, mata, otak dan sendi. Ia membekalkan spektrum luas asid lemak Omega-3 tulen dari sumber ikan kecil di habitat lautan dalam air sejuk. Setiap hidangan OmegaGuard mengandungi kepekatan 1080mg Omega-3 (540mg EPA dan 360mg DHA) yang penting untuk kesihatan dan fungsi normal badan.

 

(a) Omega Untuk Ibu Dan Bayi

Asid Lemak Omega-3 adalah komponen utama dalam perkembangan otak dan mata bayi. Ia amat penting sepanjang kehamilan dan semasa zaman kanak-kanak. Bayi yang ibunya mengambil minyak ikan Omega-3 semasa kehamilan mempunyai tahap fokus yang lebih tinggi.
 

(b) Omega Untuk Jantung Sihat

Jantung yang sihat mempunyai ritma jantung yang stabil. Berbeza dengan degupan jantung (kekerapan jantung berdegup dalam seminit), ritma jantung adalah corak degupan jantung yang dikenalpasti melalui ujian ECG. Omega-3 telah dikaji membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil serta mengurangkan risiko kematian mengejut.
 

(c) Omega Untuk Tahap Kolesterol Sihat

Salah satu penilaian untuk menentukan risiko terhadap penyakit jantung adalah melalui profil lipid (ujian darah). Profil lipid merangkumi bacaan jumlah keseluruhan kolesterol, iaitu HDL (kolesterol baik), LDL (kolesterol jahat) dan Trigliserida.
 
Pengambilan Omega-3 secara teratur telah didapati meningkatkan profil lipid secara positif dengan meningkatkan paras kolesterol HDL (kolesterol baik), mengurangkan tahap Trigliserida (iaitu lemak dalam darah), seterusnya merendahkan risiko penyakit jantung.
 

(d) Omega Untuk Tekanan Darah Normal

Tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh inflamasi salur darah menjadikan saluran darah sempit dan mengeras, meningkatkan beban kerja pada jantung. Ia meningkatkan risiko penyakit jantung seperti strok, kegagalan jantung, dan serangan jantung.

 
Kajian menunjukkan Omega-3 boleh membantu mengawalatur tekanan darah ke paras yang lebih sihat. Selain mengurangkan risiko pembekuan darah, Omega-3 juga meminimumkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri, menjadikan pengaliran darah ke seluruh badan lebih lancar.

 

(e) Omega Untuk Minda Cerdas

60% daripada Otak dan sistem sistem saraf dalam badan kita diperbuat daripada lemak. Tapi bukan sebarang lemak. Badan kita memerlukan dua jenis lemak untuk pembangunan struktur membran sel otak yang sihat, iaitu Omega-3 dan Omega-6. Lemak bernutrisi ini sangat penting untuk otak yang sedang berkembang (kanak-kanak) dan matang (dewasa dan warga emas).

 

Pengambilan Omega-3 bagi kanak-kanak dapat meningkatkan fokus dan keupayaan pembelajaran yang lebih baik. Bagi dewasa, Omega-3 dapat mengurangkan risiko kerosakan saraf otak dan penyakit Alzheimer.

 

(f) Omega Untuk Sendi Sihat

Semakin kita berusia, tulang rawan yang mengalas tulang pada sendi-sendi mula menipis. Akibatnya kita akan mengalami kekejangan sendi dan sakit dengan ketidakselesaan di kawasan sendi yang terjejas.

 

Omega-3 berfungsi untuk mengurangkan keradangan yang menyebabkan kesakitan, dan bertindak sebagai pelincir pada sendi supaya kita boleh bergerak bebas!

 

Bagi memastikan ketulenan dan kualiti, minyak ikan di dalam OmegaGuard menjalani proses Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti merkuri, plumbum, kadmium, arsenik, PCBs dan lain-lain bahan cemar.

 


 

4. OSTENUTRIX

Badan kita disokong oleh 206 tulang, lebih daripada 230 sendi dan 600 otot. Namun, seawal usia 30an kekuatan tulang mulai lemah dan hampir 30% kekuatan otot akan hilang jika kita tidak kekal aktif selama 2 minggu. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan sistem sokongan badan ini sentiasa sihat dan kuat. Pemakanan yang baik disamping supplement berkualiti dapat merendahkan risiko masalah sendi dan tulang seperti Arthritis dan Osteoporosis.

 

Ostenutrix adalah supplement untuk kesihatan tulang, diperkaya dengan mineral yang menyokong fungsi penghantaran isyarat saraf, mengekalkan tekanan darah, serta pengecutan dan pengenduran otot yang sihat. Ostenutrix di formulasi dengan 7 nutrien penting termasuk Kalsium, Vitamin D3, Magnesium, Zinc, Copper, Manganese dan Boron untuk membantu mengekalkan ketumpatan tulang yang sihat.

Bagi wanita, kehamilan dan penyusuan bayi menyebabkan permintaan yang lebih tinggi terhadap keperluan Kalsium harian. Magnesium pula perlu untuk penyerapan kalsium dan bermanfaat untuk mengurangkan atau mengelakkan stress.

Kandungan Vitamin D3 dalam formula Ostenutrix ini juga membantu badan dalam penghasilan hormon melatonin yang menyokong kitaran waktu tidur kita. Tidur yang berkualiti penting untuk kestabilan emosi dan memastikan kita kekal fokus menjalani kehidupan harian. Baca pengalaman saya bagaimana Ostenutrix mengatasi masalah tidur yang pernah saya hadapi di sini.
 



KESIMPULAN

Kecantikan tak kekal lama dan setiap dari kita akan melalui usia senja. Tapi kita boleh pilih untuk aged gracefully dengan mengamalkan set Vitamin Untuk Wanita yang saya cadangkan di atas seawal usia 20an lagi. Jadi, bukan sesuatu yang mustahil umur 40an, 50an dan selanjutnya masih kelihatan awet muda! Insha Allah…

 

Selain VitaLize, GLA, Omega dan Ostenutrix, saya syorkan juga kepada wanita mengambil supplement asas yang lain seperti Protein, Vitamin B dan C untuk melengkapkan keperluan nutrisi harian. Sekarang ni saya memang lebih konsisten amalkan ESP soy protein, campurkan dengan sesudu kecil kopi untuk minuman sarapan pagi saya. Sangat comforting dan tentunya sedap! Rasa lebih sihat berbanding minum kopi biasa.


Jadi pilihan di tangan kita, sama ada nak jadi typical Makcik atau Mak-Chic yang awet muda dan cergas. 😉

 



💖💖💖

Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023



Sunday, August 6, 2023

Vitamin E Dengan Selenium Untuk Kesihatan Tiroid

Tiroid, merupakan kelenjar kecil berbentuk rama-rama yang terletak di pangkal leher hadapan, tepat di bawah kotak suara. Kelenjar tiroid bertanggungjawab dalam menghasilkan hormon tiroid yang penting dalam mengawal metabolisma, berat badan, tahap tenaga, tekanan darah normal, suhu badan, dan kadar denyutan jantung.
 

Kelenjar tiroid menggunakan asid amino Tyrosine dan Iodine dari sumber makanan yang kita makan untuk menghasilkan 2 jenis hormon tiroid iaitu Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Sebanyak 99% hormon T4 yang dihasilkan oleh tiroid akan diaktifkan dalam bentuk T3 untuk digunakan oleh sel-sel tubuh badan.
 
Aktiviti kelenjar tiroid untuk menghasilkan dan melepaskan hormon dikawal selia oleh kelenjar pituitari di Otak. Kitaran maklumbalas isyarat diantara Tiroid dan Otak ini berfungsi dengan sempurna sehingga terjadi sesuatu yang mengganggu. Apabila pengeluaran atau pelepasan hormon tiroid tidak normal, satu daripada dua masalah tiroid ini boleh berlaku.

1. HIPOTIROID
Masalah tiroid yang paling kerap terjadi, iaitu apabila kelenjar tiroid kurang aktif dan tidak menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi kerana kegagalan kelenjar pituitari menghantar rangsangan (Thyroid Stimulating Hormone) kepada Tiroid. Antara punca Hipotiroid yang paling biasa disebabkan oleh penyakit Hashimoto iaitu penyakit autoimun di mana sistem imun menyerang kelenjar tiroid.

Antara gejala Hipotiroid adalah -- lesu, sukar menumpukan perhatian & lambat berfikir, kulit kering, sembelit, sentiasa berasa sejuk, peningkatan berat badan (metabolisma rendah)



2. HIPERTIROID
Keadaan dimana hormon tiroid dihasilkan secara berlebihan. Ia jarang berlaku tetapi lebih bahaya berbanding Hipotiroid. Apabila hormon tiroid terlalu tinggi, metabolisma tenaga menjadi lebih cepat, menyebabkan badan membakar nutrien terlalu cepat. Ini boleh mengakibatkan kekurangan zat makanan dan membawa kepada pelbagai masalah. Kebiasaannya hipertiroid disebabkan oleh Grave disease, sejenis penyakit autoimun yang menyebabkan keradangan dan bengkak pada kelenjar tiroid.

Antara gejala Hipertiroid adalah -- tangan menggeletar (tremor), berasa gementar dan mudah tersinggung/marah, degupan jantung laju, mudah berpeluh dan berasa panas, susut berat badan.
 

 
Cara Memperbaiki Kesihatan Tiroid
Tanda-tanda gangguan tiroid seringkali dikelirukan dengan masalah kesihatan yang lain, dan wanita 5 kali ganda lebih cenderung mengalami gangguan tiroid berbanding lelaki. Mengurus tahap hormon tiroid melalui ubat-ubatan tiroid hanya sebahagian daripada proses. Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah mengenalpasti tanda amaran awal masalah tiroid dan membuat perubahan gaya hidup sihat untuk mengatasinya.
 
  • Perbaiki kesihatan usus
  • Singkirkan gluten (gandum, roti), bijirin dan kekacang daripada diet.
  • Kurangkan pendedahan kepada toksin dan stress.
  • Makan makanan kaya dengan mineral (atau supplement) yang menyokong kesihatan tiroid seperti Zinc, Selenium, Iodine bersama-sama antioksidan termasuk Vitamin E, C dan pemusnah radikal bebas yang lain.


NUTRIEN PENTING UNTUK KESIHATAN TIROID

1. IODIN
Tiroid tidak boleh berfungsi tanpa Iodin. Kekurangan iodin bermakna tiroid tidak mampu menghasilkan hormonnya dan seluruh badan kita akan terjejas.

Sumber makanan kaya iodin antaranya -- sayuran dan makanan laut (seaweed, algae, udang, tiram), telur, asparagus, cendawan cordyceps, bayam, bijan, bawang putih.


2. SELENIUM
Fungsi selenium ialah membantu enzim yang menukar hormon tiroid tidak aktif T4 kepada hormon tiroid yang aktif T3 supaya boleh digunakan oleh sel-sel tubuh badan kita. Jadi, tanpa selenium yang mencukupi, hormon tiroid tersekat dalam keadaan tidak aktif menyebabkan gejala Hashimoto. Kajian menunjukkan 200mcg (microgram) Selenium setiap hari beserta dengan hormon tiroid dapat mengurangkan antibodi yang menyumbang kepada gejala autoimun Hashimoto.

Satu lagi fungsi penting selenium adalah untuk meneutralkan Hidrogen Peroksida (radikal bebas) yang merosakkan. Hidrogen Peroksida terbentuk di dalam Tiroid semasa badan menukar Iodide (bentuk iodin dalam makanan yang kita makan) kepada Iodin untuk kegunaan Tiroid menghasilkan hormon.

Sumber makanan kaya selenium antaranya -- tuna, daging lembu, brazil nuts, kuaci.



3. ZINC, COPPER & ZAT BESI
Mineral zinc juga diperlukan dalam proses penukaran T4 kepada T3. Zinc bertindak secara sinergi dengan mineral copper dan zat besi. Kesemua tiga nutrien ini mestilah cukup mengikut keperluannya. Kekurangan 3 mineral ini boleh mengakibatkan penurunan fungsi tiroid (Hipotiroid).

Sumber makanan kaya zinc antaranya -- tiram, ikan sardin, daging lembu & kambing, halia, badam, kuaci.

Sumber makanan kaya mineral copper antaranya -- daging lembu, tiram, lobster, cendawan shitake.

Sumber makanan kaya zat besi antaranya -- kerang, tiram, hati lembu, bayam.



4. ANTIOKSIDAN
Tekanan oksidatif atau keradangan daripada radikal bebas dikaitkan dengan penyakit degeneratif serta proses penuaan. Antioksidan seperti Vitamin A, C, E bersama Iodin dan Selenium amat penting kerana ia membantu melindungi sel kelenjar tiroid dari tekanan oksidatif harian.

Sumber makanan kaya Vitamin A -- kale, ubi keledek, lobak, bayam, brokoli.
Sumber makanan kaya Vitamin C -- jambu batu, kiwi, strawberry, betik, buah citrus, sayuran hijau.
Sumber makanan kaya Vitamin E -- bijian penuh, badam, kuaci, hati lembu.

Vitamin E shaklee diperkaya dengan Selenium


5. VITAMIN B
Vitamin B2, B3 dan B6 penting untuk fungsi tiroid kerana ia terlibat dalam penghasilan T4.



MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN UNTUK FUNGSI TIROID YANG SIHAT
 
Makanan tertentu mengandungi Goitrogen, iaitu sebatian yang menyukarkan kelenjar tiroid menghasilkan hormonnya. Contoh makanan ini adalah kacang soya, brokoli, bunga kobis (couliflower), kobis, dan brussel sprout. Tetapi bukan bermaksud kita perlu elakkan makanan ini sepenuhnya dari diet. Kita dicadangkan untuk memasak makanan ini terlebih dahulu untuk mengurangkan unsur goitrogenic di dalamnya. Idea lain ialah, makan bersama makanan yang menyokong kesihatan tiroid seperti senarai di atas.


MANFAAT LAIN VITAMIN E UNTUK KESIHATAN
 
1. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Supplement vitamin E didapati boleh mengurangkan risiko penyakit jantung yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi sistolik. Mengambil vitamin E dengan supplement Omega-3 pula didapati boleh mengurangkan tahap kolesterol LDL dan triglycerides.


2. Membantu Meringankan Masalah Dysmenorrhea (Senggugut)
Dysmenorrhea ialah keadaan yang dicirikan oleh sakit semasa haid yang teruk dan kerap, seperti kekejangan dan sakit di bahagian pelvis. Vitamin E didapati boleh mengurangkan kesakitan yang dialami oleh wanita semasa haid. 

Dalam satu kajian (2018) yang dijalankan terhadap 100 wanita yang mengalami dysmenorrhea, mengambil 200 IU vitamin E setiap hari dapat melegakan kesakitan semasa haid lebih baik daripada placebo. Kesannya lebih baik apabila vitamin E di gabungkan dengan supplement Omega-3 yang mengandungi 180mg EPA dan 120mg DHA.


3. Menyokong Kesuburan Lelaki
Vitamin E ialah vitamin larut lemak yang membantu melindungi membran sel sperma daripada kerosakan. Kajian telah menunjukkan bahawa vitamin E dapat meningkatkan motility (pergerakan) sperma.


Sekian dulu sharing saya tentang kebaikan Vitamin E. Semoga bermanfaat dan jumpa lagi!

 
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023