Sunday, June 25, 2023

Gaya Hidup Sihat: Pengalaman Kecutkan Fibroid Dengan Detoks Hati

Assalam & Hai Bestie,

Posting kali ini mungkin panjang, tapi saya akan share secara detail pengalaman saya kecutkan fibroid tanpa ubat. Saya akan cerita perubahan gaya hidup, makanan yang saya pantang, supplement yang saya amalkan, beserta sebab atau logik kenapa saya pilih kaedah detoks hati (liver). Diharap sharing saya ini membantu wanita lain yang ingin memperbaiki kesihatan reproduktif.
 
Saya pernah buat pembedahan membuang Fibroid sebesar 17cm pada tahun 2012, yang juga merupakan pengalaman pertama saya "couple" dengan fibroid. Masa tu, doktor kata uterus saya dah mengembang macam preggy 5 bulan. Setahun selepas pembedahan, saya buat pelvis scan untuk pastikan takde recurrence. Tapi rupanya ada residual fibroid bersaiz (2.7cm X 2.6cm), lebih 1 inci saiznya. Saya rasa ini mungkin fibroid yang baru sebab masa buat scan post-surgery, uterus saya dah kembali ke bentuk normal dan tak detect any residual.
 
Result scan Sep-2013 : detect Fibroid baru 

Walaupun fibroid kedua ni kecil, tapi saya risau kalau saiznya semakin besar. Automatik mode penyiasatan pun activated. Mula lah saya tekun menggali internet cari maklumat lebih detail tentang rawatan fibroid. Keinginan saya masa tu cuma satu, taknak dibedah lagi. Cari punya cari… akhirnya saya jumpa blog madam Julia Chang berumur 70an yang berkongsi cerita bagaimana beliau berjaya sembuh dari pelbagai masalah kesihatan, termasuk Ovarian Cyst dan Endometriosis yang dideritainya selama lebih 15 tahun melalui kaedah liver detox.
 
Saya rasa ada connection bila baca kisah madam Julia di Blog "Sensible Health: My Journey of Self-Healing" (kini dimiliki dan diuruskan oleh anak perempuan beliau Rebecca Wong, seorang herbalist). Beliau pernah bekerja di makmal sebuah hospital di Kanada dan mempunyai Master degree dalam bidang kimia. Jadi saya cukup yakin dengan penulisan beliau. Saya ringkaskan point penting dari blog madam Julia untuk manfaat bersama.

  1. Punca sebenar fibroid adalah kerana masalah Estrogen dominan.
  2. Terapi hormon akan memburukkan lagi masalah ginekologi berkaitan estrogen dominan seperti fibroid dan endometriosis.
  3. Estrogen dominan terjadi bila hati gagal menyingkirkan lebihan estrogen. Keadaan ini disebut liver congestion. Bahasa mudahnya, hati dah "semput" tak mampu jalankan tugas dengan efficient.
  4. Berbeza dengan masalah radang pada hati seperti sirosis dan hati berlemak atau jangkitan seperti hepatitis yang menunjukkan peningkatan paras enzim hati dalam darah, liver congestion tidak dapat dikesan melalui ujian darah.
  5. Beliau akhirnya mencipta 'formula' Liver cleansing and strengthening yang sesuai, dengan kombinasi herba tradisional cina dan cara moden, serta senaman.

Dari situ barulah saya faham… cara nak betulkan masalah hormon tak seimbang wajib pastikan sel hati kita sihat. Dan punca utama masalah hormon tak seimbang ni bukan semata-mata sebab Ovari yang terlebih hasilkan hormon estrogen, tapi ada Xenoestrogen iaitu 'Estrogen jahat' lain yang mungkin kita makan, hidu, sentuh, dan guna setiap hari.


8 TIPS GAYA HIDUP UNTUK MENGAWAL PARAS ESTROGEN YANG SIHAT DAN MENGECUTKAN FIBROID SECARA SEMULAJADI
 
Amalan yang saya kongsikan ini saya dah practice sejak Oktober 2013 hingga sekarang. Honestly saya bukanlah orang yang terlalu strict dengan 'pantang', tapi saya cuba buat semaksimum yang boleh dan saya selalu sedia dengan back-up plan pada waktu cheat-day.
 

1. BERJEMUR (Sunbathing)
Saya baca dari pelbagai sumber, paras Vitamin D yang rendah dikaitkan dengan masalah kesuburan, PCOS, dan Endometriosis. Termasuk juga ketumbuhan Fibroid. Jadi secara amnya wanita perlu cukup Vitamin D untuk kesihatan reproduktif.

So dalam seminggu, sekurangnya 2 hari weekend saya akan spend dalam 30 minit untuk berjemur di waktu pagi. Saya akan keluar rumah berbasikal antara jam 9-10 pagi pakai T-shirt lengan pendek tanpa handsock. Yer tahu lengan tu aurat, tapi saya perlu dedahkan kulit untuk serap cahaya matahari supaya boleh hasilkan Vitamin D. Takkan nak pakai seluar pendek pulak kan, lagilah tak sopan. Alternatively, kita boleh dapatkan Vitamin D dari supplement kalau taknak dedahkan kulit pada cahaya matahari.



2. KURANGKAN MAKANAN & MINUMAN MANIS
Gula adalah punca radang, dan ketumbuhan adalah result sel-sel yang meradang. Contoh radang yang dianggap biasa - jerawat, ekzema. Contoh radang kronik - ulser, tumor, kanser (nauzubillah). Sweet cravings yang dianggap sindrom pramenstruasi (PMS) sebenarnya adalah masalah ketagihan gula yang disebabkan oleh koloni yis Candida dalam usus.

Saya amalkan minum air kelapa muda untuk atasi sugar craving. Trust me, it works! Lepas detoks dengan air kelapa, technically dah tak heran bila nampak donut, coklat, atau apa-apa jer yang manis. Kalau sebelum detoks, asal nampak jer mesti jadi teringinnnn sangat nak makan/minum. You can see results within 3 weeks (or less) kalau hari-hari minum air kelapa.

Untuk snacking pula, saya gantikan snek biskut atau coklat dengan buah dan kekacang. Pilihan saya apple, orange dan kiwi sebab kandungan Vitamin C dan mineral semulajadi. Lagi pun senang nak tapau ke office.

Selain tu, bila makan kat luar saya akan order lemonade atau honey lemon panas. Saya memang elakkan minum air sejuk berais walaupun cuaca panas. Saya cuma nak pastikan air yang saya minum adalah air yang sudah dimasak. Since 2022 kerajinan saya bertambah, so saya buat stok lemon-madu asli sendiri.



3. BERHENTI MAKAN FASTFOOD
Makanan segera dan yang highly processed pun akan jadi punca radang. So ayam KFC, McDonald dan yang seangkatan dengannya memang kena pantang. NO jajan tinggi garam/MSG yang melemahkan buah pinggang dan hati. Elakkan juga makanan dalam tin. Tin makanan, botol dan bekas plastik mengandungi lapisan BPA (Bisphenol A). Kalau nak beli bekas dan botol plastik pastikan ada label BPA free.

Bahaya BPA dari lapisan dalam tin / bekas plastik yang "bocor" ke dalam makanan berisiko menyebabkan penyakit kritikal. Ibu mengandung yang makan makanan tercemar dengan BPA akan mewariskan genetik tak sihat kepada bayi, dan meningkatkan risiko anak mempunyai masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).


4. KURANGKAN DAGING MERAH & MAKANAN BERSIFAT ACIDIC
Makanan bersifat acidic seperti daging merah (lembu, kambing) dikatakan menggalakkan pertumbuhan fibroid dan cyst. Apa yang saya faham mengenai pilihan sumber protein dari daging termasuk daging ayam, yang boleh mengganggu kestabilan hormon kita bila dimakan adalah ternakan yang diberi makanan berhormon, terutamanya ayam pedaging untuk mempercepatkan tumbesarannya. So kalau nak beli daging lembu/kambing, carilah ternakan yang 100% makan rumput dan untuk daging ayam pilih ayam kampung atau ayam organik.

Makanan lain yang bersifat acidic - produk tenusu, bijirin sarapan, pizza, keju, pasta, manisan, roti putih, kentang goreng, gula, soda, kafein.


Saya dibesarkan sebagai anak nelayan, sumber protein harian kat rumah saya memang ikan. Kami jarang beli ayam daging yang dicucuk hormon. Mesti ada yang pelik, eh jarang makan ayam cucuk pun masih kena fibroid juga?

Nak jadi fibroid ni, bukan faktor pemakanan jer. Stress level, persekitaran (terdedah kepada toksik/bahan kimia) main peranan lebih besar. FYI, bidang kerja saya dulu bergelumang dengan chemical fumes & solvent sebab saya researcher. Tambah lagi, fastfood jadi makanan kegemaran zaman muda mudi saya dulu.


5. PILIH PRODUK PENJAGAAN DIRI YANG TIDAK TOKSIK
Baca label produk. Elakkan dari menggunakan deodorant dan produk penjagaan diri yang mengandungi PARABEN, sejenis Xenoestrogen yang biasa digunakan sebagai pengawet. Bahaya parabens meningkatkan risiko kanser payudara.

Xenoestrogen adalah hormon tiruan buatan industri dan ia sejenis bahan yang mengganggu kestabilan sistem Endokrin. Struktur kimianya berbeza dengan estrogen semulajadi, tetapi ia boleh bertindak seperti hormon estrogen dalam tubuh manusia.

Ini contoh "estrogen palsu" yang toksik kepada sistem endokrin dan organ peranakan, tapi biasa terdapat dalam formula produk kosmetik & penjagaan diri.



Xenoestrogens mempunyai keupayaan untuk mengikat pada tapak reseptor estrogen. Disebabkan tisu fibroid tersangat sensitif terhadap estrogen kerana mempunyai jumlah estrogen receptor yang tinggi, pendedahan kepada Xenoestrogen boleh merangsang pertumbuhan fibroid.

Sistem endokrin merupakan salah satu sistem koordinasi utama dalam tubuh manusia yang terdiri daripada sekumpulan kelenjar (disebut kelenjar endokrin) yang merembeskan hormon terus ke dalam aliran darah.

Sistem Endokrin : kumpulan kelenjar/organ yg menghasilkan hormon.

As soon saya tau info tentang kesan Xenoestrogen, saya terus buang semua losyen badan yang ada dalam simpanan. Masa tu dah tak fikir rugi atau sayang kat losyen-losyen yang masih banyak isinya. Apa yang saya fikir, nak sihat. Tu jer. Sampai sekarang saya tak gunakan any body lotion.
 

6. CUCI BUAH-BUAHAN SEBELUM DIMAKAN
Buah-buahan dan sayur-sayuran komersial biasanya disembur dengan racun perosak (pesticides, herbicides and fungicides) yang termasuk dalam kategori Xenoestrogen. Rendam buah-buahan / sayuran dalam campuran cuka dan air selama beberapa minit, dan kemudian bilas dengan air bersih untuk mengeluarkan sisa bahan racun perosak ini.
 

7. MAKAN SUPPLEMENT UNTUK DETOKS HATI
Menurut Dr. Saleh Alqahtani, organ kedua terbesar dalam badan kita iaitu hati mempunyai kira-kira 500 kerja kritikal dalam sehari. Fungsi hati bukan setakat bekerja keras menapis bahan beracun yang masuk ke dalam darah, tapi hati juga merupakan stor nutrien yang mengawal tahap dan kitaran bahan penting seperti protein, mineral, melaraskan kolesterol dan hormon, mengeluarkan hempedu, memproses bilirubin (sel darah mati) serta menyelia bekalan tenaga (glukosa & lemak) ke seluruh badan.


Oleh kerana estrogen berlebihan juga akan diuraikan oleh hati, fungsi hati yang lemah akan merangsang pengumpulan estrogen dan toksin tidak dapat dineutralkan dengan cekap. Oleh itu, darah akan sarat dengan estrogen dan toksin.

Jadi untuk memperbaiki kelancaran fungsi hati, saya pilih untuk amalkan DTX dan Vivix Shaklee.

DTX - diformulasi dari 6 ekstrak tumbuhan (Biji Milk Thistle, Schisandra, Kunyit, Artichoke, Cendawan Reishi, Dandelion) yang khusus untuk meningkatkan keupayaan fungsi hati dan mengekalkan sel hati yang sihat.


VIVIX - diformulasi dari 4 ekstrak tumbuhan (Anggur Muscadine, Lobak Ungu, Elderberi Eropah, Knotweed Jepun) yang mengandungi potent Polifenol untuk perlindungan sel hingga ke tahap DNA.


Pada masa yang sama, saya terjumpa video Dr. William Li tentang Angiogenesis. Beliau merupakan saintis yang mengkaji tentang tumor dan mesej yang beliau kongsikan ialah, peranan salur darah dan bagaimana kanser boleh dikawal dan disembuhkan melalui pemakanan yang baik.

Angiogenesis adalah proses pembentukan salur darah. Sejumlah besar salur darah ini terbentuk semasa kita masih dalam kandungan. Apabila dewasa, salur darah biasanya tidak tumbuh lagi, kecuali dalam beberapa keadaan khusus – Selepas cedera; salur darah perlu tumbuh di bawah luka untuk menyembuhkannya. Pada wanita; salur darah tumbuh setiap bulan untuk membentuk lapisan di uterus, dan apabila hamil, salur darah tumbuh membentuk plasenta.

Proses pembentukan salur darah kita ni sangat unik, ianya boleh dirangsang dan disekat mengikut keperluannya. Sepanjang kita hidup, proses ini sentiasa mencari keseimbangan melalui satu sistem yang mengawal perangsang & penyekat Angiogenesis. Kita tidak mahu ada terlalu banyak salur darah, atau terlalu sedikit salur darah. Badan yang sihat mempunyai kemampuan mengatur jumlah salur darah yang ideal setiap waktu.

Terlalu sedikit salur darah maknanya badan kita tak mampu merangsang pertumbuhan salur darah yang secukupnya di tempat dan waktu yang tepat. Terlalu banyak salur darah pula maknanya badan tidak dapat memangkas salur darah yang tumbuh terlebih-lebih. Dalam keadaan ini, Angiogenesis tidak seimbang. Dan ketika Angiogenesis tidak seimbang, berbagai penyakit akan terjadi. Berikut adalah masalah kesihatan yang boleh berlaku akibat KEKURANGAN dan TERLEBIH salur darah.

Sumber : TedTalk, Can We Eat To Starve Cancer by Dr William Li

Apa yang menarik perhatian saya, isu reproduktif wanita (endometriosis) terjadi kesan Angiogenesis tak seimbang iaitu disebabkan oleh pembentukan salur darah yang terlalu banyak.

Ini pula senarai makanan yang mengandungi nutrien baik untuk keseimbangan Angiogenesis.

Sumber : TedTalk, Can We Eat To Starve Cancer by Dr William Li

Dalam video ini Dr Li beri contoh Resveratrol, sejenis polifenol yang wujud dalam anggur merah didapati mampu menyekat pembentukan salur darah tak normal (abnormal Angiogenesis) hingga 60%. Polifenol tumbuhan lain yang mempunyai ciri serupa adalah Lycopene (tomato), Ellagic acid (strawberry), dan Genistein (soya).

Selepas saya dengar berulang kali konsep Angiogenesis dalam video ini, saya berpendapat Fibroid juga sejenis ketumbuhan yang bersifat Angiogenesis dependant. Mengikut pembacaan saya sebelum ini, uterine fibroid membesar dengan adanya bekalan darah yang membawa estrogen terutamanya semasa proses kitaran bulanan berlaku.

Dan, terdapat satu rawatan mengecutkan fibroid dengan cara menyuntik mikrosfera gelatin yang berfungsi untuk menyekat bekalan darah kepada fibroid, iaitu Uterine Fibroid Embolization (UFE). Kaedah UFE ini agak selamat tapi hanya untuk wanita yang tidak mahu mempunyai anak / mengandung lagi.

Uterine Fibroid Embolization,
By Lakeland Vascular Institute Physician Team.

Jadi apa yang saya faham, kaedah UFE ini menyerupai Angiogenesis Inhibitor. Berpandukan kisah madam Julia dan info dari video Dr Li, saya yakin teknik DETOKS dan makan supplement polifenol yang ada ciri anti-Angiogenesis boleh mengecutkan fibroid secara semulajadi.

Syukur Alhamdulillah… saya buat keputusan yang betul. Dengan izin Allah, hasil mengamalkan DTX dan VIVIX, residual fibroid saya mengecut 50%. 

Result scan Aug-2014 : Fibroid mengecut 50%


DTX menguatkan sel-sel hati menjadikan proses detoksifikasi berjalan lancar. Muscadine grape sebagai bahan utama VIVIX pula adalah superfruit yang mempunyai kandungan Resveratrol dan Ellagic Acid semulajadi paling tinggi berbanding anggur merah jenis lain. Jadi VIVIX adalah supplement terbaik yang dapat mengawal keseimbangan Angiogenesis. Insha Allah.

Bagi saya ini perubahan yang banyak dan sangat positif. Fibroid mempunyai struktur sel yang pejal, jadi untuk mengecutkan fibroid secara semulajadi memang memakan masa dan perlukan disiplin.

Result scan Dec-2015,
saiz fibroid yang dah mengecil tahun sebelumnya tak bertambah.
 

8. TIDUR YANG MENCUKUPI
Menurut perubatan Cina, hati bekerja keras untuk menapis darah kita antara jam 1 pagi hingga 3 pagi, semasa kita tidur. Jika selalu tidur lewat, secara tak langsung fungsi hati juga akan terganggu. Selain itu, hormon melatonin yang membantu melindungi kesan estrogen dominan juga akan berkurangan. Sebaiknya cuba dapatkan 7 jam tidur berkualiti setiap malam. Amalkan VIVIX untuk tidur yang berkualiti. Trust me, awak akan bangun pagi dalam keadaan yang segar!
 
 
KESIMPULAN
Faktor kurang tidur, diet yang merangsang keradangan (makanan segera, tinggi MSG, gula) dan terdedah dengan Xenoestrogen secara berterusan akan melemahkan sel-sel hati. Bila liver congested, estrogen berlebihan tak dapat diuraikan dan terlepas ke dalam aliran darah, seterusnya menyebabkan gangguan sistem endokrin. Ini akhirnya menimbulkan masalah reproduktif dan lain-lain masalah kesihatan.
 
Congested liver juga menyebabkan proses detoksifikasi tak lancar dan toksin menyebabkan banyak cabang salur darah baru terhubung kepada sel fibroid. Angiogenesis tak terkawal, jadi semakin banyaklah laluan estrogen pergi ke sel fibroid dan menjadikan saiznya bertambah besar.
 

Uterine fibroid ialah sel benign (bukan kanser). Tapi jika untuk membiarkan fibroid kerana saiznya kecil, tidak sakit atau mengganggu aktiviti harian tanpa menjaga pemakanan juga bukan satu keputusan yang bijak. Jadi... apa nak buat kalau makan those foods yang kena pantang? Kadang-kadang time kenduri, musim perayaan atau keluar dengan kawan-kawan memang tak dapat nak elakkan makanan ni semua. Sedap kot ayam goreng crispy, pasta meatball, rendang, sate, kuah kacang tu semua. Bila outing, takkan kita nak request special menu arrangement pulak kan...
 
So, nak buat macam mana?
 
Kat sinilah pentingnya supplement liver detoks (DTX dan VIVIX) yang saya amalkan. Supplement yang tepat membolehkan hati kita menyahtoksid “racun” daripada persekitaran dan makanan kurang sihat tu. Detoks untuk mengelakkan pengumpulan toksin dan lebihan estrogen dalam badan.
 
Tips yang saya kongsikan ini inshaAllah berkesan untuk;
  • Wanita yang baru lepas menjalani pembedahan buang fibroid, dan nak elakkan fibroid tumbuh semula.
  • Ada fibroid yang saiznya kurang dari 5cm, dan nak kecutkan fibroid tu secara semulajadi.
 
Tapi ingat! Bila makan supplement DTX dan VIVIX bukan bermaksud boleh sesuka hati langgar pantang. Awak mesti tak mahu dibedah macam saya kan? Sorry gambar ni memang ngeri, tapi inilah rupa fibroid 17cm tu. Ia terbina daripada collagen spiral yang padat.


Suka saya nasihatkan kawan-kawan terdekat, dan pembaca wanita blog saya ni untuk pergi buat medical check-up sekurangnya sekali setahun. Buat pelvis scan untuk periksa kesihatan organ reproduktif. Sebab kebanyakan wanita menganggap senggugut setiap bulan sebagai perkara biasa. Belum berkahwin bukanlah alasan tak ambil tahu dan abaikan medical check-up.
 
Jom kita sama-sama perbaiki diet dan amalkan gaya hidup sihat demi kesihatan yang lebih baik. Mencegah penyakit lebih baik dari mengubati. Kan?
 
Eat right, be happy, stay healthy.

 
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


Tuesday, June 20, 2023

Cara Hilangkan Jeragat Dengan Bahan Semulajadi

Selain jerawat, jeragat juga menjadi masalah penampilan yang mempengaruhi keyakinan diri bila berada di khalayak umum.
 
Jeragat atau hiperpigmentasi disebabkan oleh penghasilan melanin secara berlebihan pada kulit. Melanin adalah pigmen semula jadi yang memberikan warna kulit, rambut dan mata kita. Apabila melanin berkumpul bersama-sama, ia membentuk tompok-tompok gelap di permukaan kulit dan mengakibatkan tona wajah menjadi tidak sekata.
 
Terdapat 3 jenis hiperpigmentasi, iaitu:
  • Bintik Matahari (sun spot) - Jenis hiperpigmentasi yang paling biasa, disebabkan oleh sel kulit menghasilkan lebihan melanin untuk melindungi kita daripada sinaran matahari dengan menyerap dan memantulkan cahaya ultraviolet (UV) yang berbahaya.
  • Melasma - Terjadi kerana hormon dan biasanya disebabkan oleh kehamilan, pil perancang atau rawatan hormon.
  • Hiperpigmentasi Selepas Keradangan - Hiperpigmentasi yang disebabkan oleh keradangan pada kulit akibat kecederaan atau keadaan kulit seperti jerawat dan ekzema.
 
Kadangkala, saiz jeragat yang kecil boleh menjadi besar dan bercantum dengan yang lain. Akibatnya, ia boleh memenuhi setiap ruang pada wajah. Jadi, langkah pertama yang wajib dan mesti dilakukan setiap hari adalah…. pakai sunscreen!
 
Tips Pakai Sunscreen Bila Keluar Rumah
Untuk mendapat kadar perlindungan yang betul seperti yang tertulis pada label SPF sunscreen, kuantiti yang perlu di apply adalah 2mg/cm2 (bersamaan 2 jari). Kalau jadi melekit, maknanya kena cari sunscreen yang sesuai dengan kulit.
 
Walaupun tak keluar rumah, kita sebenarnya masih wajib pakai suncreen kalau tak nak jeragat timbul. Sebabnya adalah kita terdedah dengan blue light dari gadjet.
 
Cahaya biru yang terpancar dari skrin telefon dan komputer yang kita gunakan boleh mempengaruhi mata dan perubahan dalam sel kulit wajah, termasuk pengecutan dan kematian sel. Faktor ini mempercepatkan proses penuaan. Pendedahan selama 60 minit sahaja mampu mencetuskan perubahan ini.
 
Selain pakai sunscreen, saya amalkan juga masker buatan sendiri. Bahan pilihan saya adalah Aloe Vera Gel dan Serbuk Kunyit. Guna serbuk kunyit yang untuk buat masker ya, bukan serbuk kunyit Adabi. Yang tu untuk masak hahaa.
 
Aloe Vera Gel dah nak habis, saya guna gel rose petal pulak.

Bagaimana Aloe Vera dan Kunyit membantu memudarkan tompok gelap dan mengatasi masalah pigmentasi di muka? Jom baca!
  
CARA HILANGKAN JERAGAT ATAU HIPERPIGMENTASI MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI

1. ALOE VERA
Aloe Vera mengandungi sejenis komponen kimia dikenali sebagai Aloin dan Aloesin. Gabungan tindakbalas Aloin dan Aloesin terhadap melanin terbukti mampu menjadikan kulit lebih cerah dari masa ke masa.

  • Aloin - memecahkan mendapan pigmen yang berlebihan.
  • Aloesin - menghalang kulit daripada menghasilka melanin secara berlebihan di kawasan yang dirawat pada masa hadapan.

Selain membantu melembapkan kulit kerana kandungan airnya, Aloe Vera juga mengandungi antioksida seperti selenium, zink, dan magnesium yang melindungi kulit daripada kerosakan akibat pendedahan matahari dan pencemaran.
 

2. SERBUK KUNYIT
Kunyit mengandungi Curcumin yang bersifat antioksidan, antibakteria dan anti-radang. Ini 5 khasiat Curcumin untuk kesihatan kulit yang diketahui.

(i) Mencerahkan Hiperpigmentasi.
Curcumin menghalang pengeluaran melanin, pigmen yang bertanggungjawab membentuk bintik-bintik gelap dan jenis hiperpigmentasi lain. Dengan penggunaan kerap, produk berasaskan kunyit boleh membantu jeragat ini hilang secara semula jadi dan memberikan kulit penampilan yang lebih sekata!

(ii) Menangani Kulit Kusam & Lingkaran Hitam Dibawah Mata.
Kuasa penulenan oleh Curcumin yang bersifat anti-radang dan antioksidan mampu mencerahkan kulit dengan serius. Ia meningkatkan peredaran mikro, menjadikan kulit lebih kuat dan lebih anjal.
 
(iii) Melindungi Daripada Kerosakan Alam Sekitar.
Pendedahan matahari, pencemaran dan perengsa luaran yang lain memberi laluan kepada terhasilnya radikal bebas. Kunyit yang penuh dengan antioksidan mampu membersihkan molekul yang merosakkan kulit ini dan mengurangkan kesan kerosakan dari persekitaran.

(iv) Membantu Menyembuhkan Jerawat.
Oleh kerana Curcumin bersifat antiseptik dan antibakteria, ia berkesan menghentikan pertumbuhan bakteria punca jerawat. Selain itu, sifat anti-radangnya menggalakkan proses penyembuhan lebih cepat.

(v) Mencegah Penuaan Pramatang.
Satu lagi manfaat utama kunyit untuk kulit ialah keupayaannya meningkatkan pengeluaran kolagen dan mempercepatkan keupayaan tubuh untuk membentuk tisu baru yang sihat! Jika pengeluaran kolagen semulajadi semakin perlahan, kulit menjadi kendur, garis-garis halus dan kedutan akan muncul.
 
 
BAHAYA!
Elakkan daripada menggunakan jus lemon atau larutan cuka epal secara direct ke atas kulit muka kerana boleh menyebabkan lapisan perlindungan semulajadi kulit (skin barrier) terhakis dan menjadi punca iritasi.
  
Biarkan masker kering 30 minit, then bilas.
Granul serbuk kunyit jadi exfoliator.

Untuk skincare pula, saya akan pilih produk formulasi khas atau mengandungi kombinasi bahan-bahan tertentu. Jadi sebelum pergi ke kaunter farmasi dan membeli produk hilangkan jeragat yang belum tentu berkesan, jom saya kongsikan apakah bahan-bahan yang boleh membantu mengatasi masalah jeragat. 
 
SENARAI BAHAN SKINCARE YANG BAGUS UNTUK MERAWAT MASALAH PIGMENTASI, TOMPOK HITAM, BEKAS JERAWAT, ATAU KULIT KUSAM.

1. ASID MANDELIK
Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana ia lebih lembut daripada produk lain. Ia juga memberikan hasil yang hebat pada jenis kulit yang lebih gelap dan bagi mereka yang mempunyai melasma.
 
Walaupun namanya menakutkan, Asid Mandelik sebenarnya diperbuat daripada badam. Ia adalah sejenis Asid Alfa Hidroksi (AHA), bahan yang digunakan dalam pelbagai produk penjagaan kulit daripada rawatan jerawat dan produk anti-penuaan.
 
Asid mandelik berfungsi sebagai ejen pengelupasan dengan melonggarkan sel-sel kulit mati yang seterusnya mendedahkan kulit yang lebih cerah di bawahnya. Ia juga menggalakkan pembaharuan sel kulit, jadi tona kulit yang lebih sekata boleh terhasil.
 
Bila apply mandelic acid, wajib layer dengan moisturiser.


2. ANTIOKSIDAN (berries extract, green tea... etc)
Penting dalam sebarang rutin penjagaan kulit untuk hiperpigmentasi. Ia melindungi kulit daripada pencemaran dan radikal bebas - molekul yang dilepaskan secara semulajadi oleh badan dan boleh menyebabkan kerosakan pada lipid, protein, dan DNA dalam proses yang disebut tekanan oksidatif.
 
Tekanan oksidatif berlaku akibat sinar UV, kurang tidur, pemakanan kurang nutrisi, merokok dan pelbagai sebab lain yang akan merosakkan kulit dan menyebabkan penuaan dan hiperpigmentasi.
 
Pilihan saya - produk penjagaan kulit YOUTH Shaklee yang diformulasi dari bahan botani semulajadi tinggi antioksidan.
 

pencuci muka YOUTH pudarkan pigmentasi


3. VITAMIN C
Sesuai untuk semua jenis kulit. Vitamin C yang paling stabil adalah asid askorbik, bertindak menyekat enzim Tyrosinase yang bertanggungjawab dalam pembentukan pigmen melanin di lapisan kulit paling atas (epidermis). Vitamin C juga sejenis antioksidan yang meningkatkan skin barrier, melindungi kulit dari pencemaran persekitaran dan sinar UV yang menyebabkan hiperpigmentasi.
 

4. NIACINAMIDE
Juga dikenali sebagai Vitamin B3, adalah sejenis bahan yang serba boleh. Larut air dan tidak merengsa, ia terbukti dapat memberikan hasil yang sangat baik untuk pelbagai masalah kulit termasuk hiperpigmentasi.
 
Niacinamide bertindak dengan mengurangkan pemindahan melanosom, sel yang bertanggungjawab bagi pengeluaran dan pemendapan melanin, pigmen kulit yang gelap. Ia melambatkan pengeluaran melanin sekaligus mengurangkan hiperpigmentasi dan menjadikan tona kulit sekata. Ia juga bagus untuk masalah jerawat kerana ia mengawal pengeluaran sebum dan bertindak sebagai bahan anti-radang yang boleh mengurangkan kemerahan pada kulit.
 

5. EKSTRAK AKAR LICORICE
Sesuai semua jenis kulit, malah sensitif. Ekstrak akar licorice secara semula jadi mengandungi bahan aktif dipanggil Glabridin yang mengurangkan pengeluaran melanin. Ia juga mempunyai ciri anti-radang dan antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan, membantu kulit pulih dan membaiki serta mencerahkan warna sedia ada.
  

6. ROSEHIP OIL
Minyak rosehip diperolehi daripada 'buah' bunga ros (yang dibawah kelopak). Ia kaya dengan Vitamin A (retinoid). Retinoid terkenal dengan keupayaannya untuk mengurangkan hiperpigmentasi dan tanda-tanda penuaan lain.

Minyak rosehip juga mengandungi kedua-dua Lycopene dan Beta Carotene. Bahan-bahan ini mempunyai ciri-ciri pencerahan kulit, menjadikannya bahan utama dalam banyak produk pencerah kulit.

Masa umur 20-an saya suka gunakan rosehip oil jenama Kosmea dari Australia. Teksturnya ringan, tak melekit, mudah diserap dan sangat berkesan memudarkan bekas jerawat. Tapi sekarang macam dah tak jumpa bila cari dekat Watsons atau Guardian.
 
Okay, selesai tips masker dan skincare. Sebenarnya rawatan jeragat secara topikal (luaran) akan lambat menampakkan hasil kalau kita tak perbaiki diet atau tanpa bantuan supplement. Jadi untuk penjagaan dalaman, saya senaraikan supplement Shaklee pilihan saya.
 
  • Vitamin B-complex. Ingat lagi Niacinamide (vitamin B3) yang mencerahkan kulit? Supplement B-complex Shaklee lengkap dengan semua Vitamin B dan asid folik yang diperlukan badan untuk kesihatan menyeluruh.
  • Sustained Release Vita-C Plus. Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan sendiri Vitamin C, jadi kita perlu mengambil supplement. Vitamin C diperlukan untuk biosintesis kolagen dan neurotransmitter tertentu, juga terlibat dalam metabolisma protein.
  • Energizing Soy Protein (ESP). Protein diperlukan untuk membina dan memperbaharui sel. Menyokong penghasilan glutathione yang membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari. ESP juga dilengkapi dengan Niacin. Sebab itu kebanyakan yang amalkan set ESP, Vitamin B dan Vitamin C mempunyai kulit sihat glowing semulajadi dari dalam.
  • Vivix dan Res-V. Keduanya mempunyai fomulasi Polifenol yang dipatenkan. Antioksidan terbaik yang telah diuji dalam Telomere study, mampu melindungi sel-sel badan hingga ke tahap DNA.

Manfaat antioksidan polifenol terbaik Vivix untuk kesihatan kulit.

Saya harap petua hilangkan jeragat dan pigmentasi yang saya kongsikan ini bermanfaat. Kita jumpa lagi di entri yang lain.

 
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023