Tuesday, June 20, 2023

Cara Hilangkan Jeragat Dengan Bahan Semulajadi

Selain jerawat, jeragat juga menjadi masalah penampilan yang mempengaruhi keyakinan diri bila berada di khalayak umum.
 
Jeragat atau hiperpigmentasi disebabkan oleh penghasilan melanin secara berlebihan pada kulit. Melanin adalah pigmen semula jadi yang memberikan warna kulit, rambut dan mata kita. Apabila melanin berkumpul bersama-sama, ia membentuk tompok-tompok gelap di permukaan kulit dan mengakibatkan tona wajah menjadi tidak sekata.
 
Terdapat 3 jenis hiperpigmentasi, iaitu:
  • Bintik Matahari (sun spot) - Jenis hiperpigmentasi yang paling biasa, disebabkan oleh sel kulit menghasilkan lebihan melanin untuk melindungi kita daripada sinaran matahari dengan menyerap dan memantulkan cahaya ultraviolet (UV) yang berbahaya.
  • Melasma - Terjadi kerana hormon dan biasanya disebabkan oleh kehamilan, pil perancang atau rawatan hormon.
  • Hiperpigmentasi Selepas Keradangan - Hiperpigmentasi yang disebabkan oleh keradangan pada kulit akibat kecederaan atau keadaan kulit seperti jerawat dan ekzema.
 
Kadangkala, saiz jeragat yang kecil boleh menjadi besar dan bercantum dengan yang lain. Akibatnya, ia boleh memenuhi setiap ruang pada wajah. Jadi, langkah pertama yang wajib dan mesti dilakukan setiap hari adalah…. pakai sunscreen!
 
Tips Pakai Sunscreen Bila Keluar Rumah
Untuk mendapat kadar perlindungan yang betul seperti yang tertulis pada label SPF sunscreen, kuantiti yang perlu di apply adalah 2mg/cm2 (bersamaan 2 jari). Kalau jadi melekit, maknanya kena cari sunscreen yang sesuai dengan kulit.
 
Walaupun tak keluar rumah, kita sebenarnya masih wajib pakai suncreen kalau tak nak jeragat timbul. Sebabnya adalah kita terdedah dengan blue light dari gadjet.
 
Cahaya biru yang terpancar dari skrin telefon dan komputer yang kita gunakan boleh mempengaruhi mata dan perubahan dalam sel kulit wajah, termasuk pengecutan dan kematian sel. Faktor ini mempercepatkan proses penuaan. Pendedahan selama 60 minit sahaja mampu mencetuskan perubahan ini.
 
Selain pakai sunscreen, saya amalkan juga masker buatan sendiri. Bahan pilihan saya adalah Aloe Vera Gel dan Serbuk Kunyit. Guna serbuk kunyit yang untuk buat masker ya, bukan serbuk kunyit Adabi. Yang tu untuk masak hahaa.
 
Aloe Vera Gel dah nak habis, saya guna gel rose petal pulak.

Bagaimana Aloe Vera dan Kunyit membantu memudarkan tompok gelap dan mengatasi masalah pigmentasi di muka? Jom baca!
  
CARA HILANGKAN JERAGAT ATAU HIPERPIGMENTASI MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI

1. ALOE VERA
Aloe Vera mengandungi sejenis komponen kimia dikenali sebagai Aloin dan Aloesin. Gabungan tindakbalas Aloin dan Aloesin terhadap melanin terbukti mampu menjadikan kulit lebih cerah dari masa ke masa.

  • Aloin - memecahkan mendapan pigmen yang berlebihan.
  • Aloesin - menghalang kulit daripada menghasilka melanin secara berlebihan di kawasan yang dirawat pada masa hadapan.

Selain membantu melembapkan kulit kerana kandungan airnya, Aloe Vera juga mengandungi antioksida seperti selenium, zink, dan magnesium yang melindungi kulit daripada kerosakan akibat pendedahan matahari dan pencemaran.
 

2. SERBUK KUNYIT
Kunyit mengandungi Curcumin yang bersifat antioksidan, antibakteria dan anti-radang. Ini 5 khasiat Curcumin untuk kesihatan kulit yang diketahui.

(i) Mencerahkan Hiperpigmentasi.
Curcumin menghalang pengeluaran melanin, pigmen yang bertanggungjawab membentuk bintik-bintik gelap dan jenis hiperpigmentasi lain. Dengan penggunaan kerap, produk berasaskan kunyit boleh membantu jeragat ini hilang secara semula jadi dan memberikan kulit penampilan yang lebih sekata!

(ii) Menangani Kulit Kusam & Lingkaran Hitam Dibawah Mata.
Kuasa penulenan oleh Curcumin yang bersifat anti-radang dan antioksidan mampu mencerahkan kulit dengan serius. Ia meningkatkan peredaran mikro, menjadikan kulit lebih kuat dan lebih anjal.
 
(iii) Melindungi Daripada Kerosakan Alam Sekitar.
Pendedahan matahari, pencemaran dan perengsa luaran yang lain memberi laluan kepada terhasilnya radikal bebas. Kunyit yang penuh dengan antioksidan mampu membersihkan molekul yang merosakkan kulit ini dan mengurangkan kesan kerosakan dari persekitaran.

(iv) Membantu Menyembuhkan Jerawat.
Oleh kerana Curcumin bersifat antiseptik dan antibakteria, ia berkesan menghentikan pertumbuhan bakteria punca jerawat. Selain itu, sifat anti-radangnya menggalakkan proses penyembuhan lebih cepat.

(v) Mencegah Penuaan Pramatang.
Satu lagi manfaat utama kunyit untuk kulit ialah keupayaannya meningkatkan pengeluaran kolagen dan mempercepatkan keupayaan tubuh untuk membentuk tisu baru yang sihat! Jika pengeluaran kolagen semulajadi semakin perlahan, kulit menjadi kendur, garis-garis halus dan kedutan akan muncul.
 
 
BAHAYA!
Elakkan daripada menggunakan jus lemon atau larutan cuka epal secara direct ke atas kulit muka kerana boleh menyebabkan lapisan perlindungan semulajadi kulit (skin barrier) terhakis dan menjadi punca iritasi.
  
Biarkan masker kering 30 minit, then bilas.
Granul serbuk kunyit jadi exfoliator.

Untuk skincare pula, saya akan pilih produk formulasi khas atau mengandungi kombinasi bahan-bahan tertentu. Jadi sebelum pergi ke kaunter farmasi dan membeli produk hilangkan jeragat yang belum tentu berkesan, jom saya kongsikan apakah bahan-bahan yang boleh membantu mengatasi masalah jeragat. 
 
SENARAI BAHAN SKINCARE YANG BAGUS UNTUK MERAWAT MASALAH PIGMENTASI, TOMPOK HITAM, BEKAS JERAWAT, ATAU KULIT KUSAM.

1. ASID MANDELIK
Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana ia lebih lembut daripada produk lain. Ia juga memberikan hasil yang hebat pada jenis kulit yang lebih gelap dan bagi mereka yang mempunyai melasma.
 
Walaupun namanya menakutkan, Asid Mandelik sebenarnya diperbuat daripada badam. Ia adalah sejenis Asid Alfa Hidroksi (AHA), bahan yang digunakan dalam pelbagai produk penjagaan kulit daripada rawatan jerawat dan produk anti-penuaan.
 
Asid mandelik berfungsi sebagai ejen pengelupasan dengan melonggarkan sel-sel kulit mati yang seterusnya mendedahkan kulit yang lebih cerah di bawahnya. Ia juga menggalakkan pembaharuan sel kulit, jadi tona kulit yang lebih sekata boleh terhasil.
 
Bila apply mandelic acid, wajib layer dengan moisturiser.


2. ANTIOKSIDAN (berries extract, green tea... etc)
Penting dalam sebarang rutin penjagaan kulit untuk hiperpigmentasi. Ia melindungi kulit daripada pencemaran dan radikal bebas - molekul yang dilepaskan secara semulajadi oleh badan dan boleh menyebabkan kerosakan pada lipid, protein, dan DNA dalam proses yang disebut tekanan oksidatif.
 
Tekanan oksidatif berlaku akibat sinar UV, kurang tidur, pemakanan kurang nutrisi, merokok dan pelbagai sebab lain yang akan merosakkan kulit dan menyebabkan penuaan dan hiperpigmentasi.
 
Pilihan saya - produk penjagaan kulit YOUTH Shaklee yang diformulasi dari bahan botani semulajadi tinggi antioksidan.
 

pencuci muka YOUTH pudarkan pigmentasi


3. VITAMIN C
Sesuai untuk semua jenis kulit. Vitamin C yang paling stabil adalah asid askorbik, bertindak menyekat enzim Tyrosinase yang bertanggungjawab dalam pembentukan pigmen melanin di lapisan kulit paling atas (epidermis). Vitamin C juga sejenis antioksidan yang meningkatkan skin barrier, melindungi kulit dari pencemaran persekitaran dan sinar UV yang menyebabkan hiperpigmentasi.
 

4. NIACINAMIDE
Juga dikenali sebagai Vitamin B3, adalah sejenis bahan yang serba boleh. Larut air dan tidak merengsa, ia terbukti dapat memberikan hasil yang sangat baik untuk pelbagai masalah kulit termasuk hiperpigmentasi.
 
Niacinamide bertindak dengan mengurangkan pemindahan melanosom, sel yang bertanggungjawab bagi pengeluaran dan pemendapan melanin, pigmen kulit yang gelap. Ia melambatkan pengeluaran melanin sekaligus mengurangkan hiperpigmentasi dan menjadikan tona kulit sekata. Ia juga bagus untuk masalah jerawat kerana ia mengawal pengeluaran sebum dan bertindak sebagai bahan anti-radang yang boleh mengurangkan kemerahan pada kulit.
 

5. EKSTRAK AKAR LICORICE
Sesuai semua jenis kulit, malah sensitif. Ekstrak akar licorice secara semula jadi mengandungi bahan aktif dipanggil Glabridin yang mengurangkan pengeluaran melanin. Ia juga mempunyai ciri anti-radang dan antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan, membantu kulit pulih dan membaiki serta mencerahkan warna sedia ada.
  

6. ROSEHIP OIL
Minyak rosehip diperolehi daripada 'buah' bunga ros (yang dibawah kelopak). Ia kaya dengan Vitamin A (retinoid). Retinoid terkenal dengan keupayaannya untuk mengurangkan hiperpigmentasi dan tanda-tanda penuaan lain.

Minyak rosehip juga mengandungi kedua-dua Lycopene dan Beta Carotene. Bahan-bahan ini mempunyai ciri-ciri pencerahan kulit, menjadikannya bahan utama dalam banyak produk pencerah kulit.

Masa umur 20-an saya suka gunakan rosehip oil jenama Kosmea dari Australia. Teksturnya ringan, tak melekit, mudah diserap dan sangat berkesan memudarkan bekas jerawat. Tapi sekarang macam dah tak jumpa bila cari dekat Watsons atau Guardian.
 
Okay, selesai tips masker dan skincare. Sebenarnya rawatan jeragat secara topikal (luaran) akan lambat menampakkan hasil kalau kita tak perbaiki diet atau tanpa bantuan supplement. Jadi untuk penjagaan dalaman, saya senaraikan supplement Shaklee pilihan saya.
 
  • Vitamin B-complex. Ingat lagi Niacinamide (vitamin B3) yang mencerahkan kulit? Supplement B-complex Shaklee lengkap dengan semua Vitamin B dan asid folik yang diperlukan badan untuk kesihatan menyeluruh.
  • Sustained Release Vita-C Plus. Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan sendiri Vitamin C, jadi kita perlu mengambil supplement. Vitamin C diperlukan untuk biosintesis kolagen dan neurotransmitter tertentu, juga terlibat dalam metabolisma protein.
  • Energizing Soy Protein (ESP). Protein diperlukan untuk membina dan memperbaharui sel. Menyokong penghasilan glutathione yang membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari. ESP juga dilengkapi dengan Niacin. Sebab itu kebanyakan yang amalkan set ESP, Vitamin B dan Vitamin C mempunyai kulit sihat glowing semulajadi dari dalam.
  • Vivix dan Res-V. Keduanya mempunyai fomulasi Polifenol yang dipatenkan. Antioksidan terbaik yang telah diuji dalam Telomere study, mampu melindungi sel-sel badan hingga ke tahap DNA.

Manfaat antioksidan polifenol terbaik Vivix untuk kesihatan kulit.

Saya harap petua hilangkan jeragat dan pigmentasi yang saya kongsikan ini bermanfaat. Kita jumpa lagi di entri yang lain.

 
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
 
 
 

No comments:

Post a Comment