Cik Faz boleh jamin semua
orang mahukan kulit yang sihat, flawless, halus macam baby. Lagi lagi kulit
muka. Ye lah, sebab bila kita bercakap dengan orang, dah tentulah orang akan
pandang muka kita kan. So kalau kulit muka berjerawat, semestinya akan jejaskan
confident level kita.
Dalam aspek penjagaan kulit
wajah, ia tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada skincare semata-mata kerana
skincare hanya merawat luaran. Bagi mendapatkan kulit cantik dari dalam,
pastinya ia berkait dengan nutrisi dan tabiat pemakanan seperti jumlah
pengambilan gula. Tabiat suka makanan manis tinggi gula akan meningkatkan kadar
insulin dalam badan. Kadar insulin yang tinggi akan menyebabkan pengeluaran
sebum pada permukaan kulit. Sebum ini kemudiannya menutup liang pori dan sekaligus
menyebabkan jerawat.
Tak lama lagi kita nak
Raya, lebih kurang 15 hari jer lagi. Apalah maknanya baju raya merelip tapi
kulit muka malap, kan? Untuk bestie yang nak hapuskan masalah jerawat, kulit
kusam dan tona kulit tak sekata menjelang Raya, why not bestie usaha dengan
cara mengambil vitamin.
Kat sini saya kongsikan 5 jenis Vitamin dan Tips yang
penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
1. Vitamin B
Mungkin agak kurang
popular, namun ia bagus untuk kesihatan kulit di mana ia mampu menambahkan
kekuatan selain mengurangkan kekeringan organ terbesar ini, sekaligus membantu
melawan masalah kulit termasuk ekzema.
2. Vitamin C
Merupakan vitamin untuk kecantikan kulit yang paling popular. Individu yang mengamalkan pemakanan sihat kaya kandungan vitamin C cenderung memiliki kulit yang lembut dan licin. Vitamin C memainkan peranan dalam pengeluaran kolagen – protein yang terdapat dengan banyak dalam tisu penghubung seperti kulit, rambut, sendi, tulang dan saluran darah. Ia juga vitamin bersifat antioksida yang membantu melindungi kulit dari radikal bebas yang merosakkan protein dan sel.
Kesan Kekurangan Vitamin C
Kepada Kulit
- B1 (Thiamine) - membantu mencegah jerawat yang diakibatkan oleh stress
- B2 (Riboflavin) - mengurangkan keradangan dan mempercepat penyembuhan luka.
- B3 (Niacin) - merawat pelbagai keadaan kulit dan iritasi termasuk hyperpigmentation dan kerosakan kulit yang berpunca daripada matahari. Ia juga bahan anti-penuaan yang sering digunakan dalam produk skincare bagi mengatasi garis halus dan kedutan.
- B5 (Pantothenic Acid) - mengekalkan kelembapan kulit dan membantu dalam penyembuhan luka.
- B6 (Pyridoxine) - mengawal mood dan kitaran tidur dengan menghasilkan hormon serotonin dan melatonin. Mood dan pola tidur yang baik menyumbang kepada kesihatan kulit.
- B7 (Biotin) - kekurangan vitamin ini mengakibatkan rambut menjadi kering, kuku rapuh, serta kulit kering dan bersisik.
- B9 (Folate) - berfungsi seperti antioksida yang melawan kerosakan kulit kesan radikal bebas.
- B12 (Cobalamin) - perlu diambil dari supplement kerana tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan. Ia penting bagi pembentukan sel darah merah, menyokong fungsi saraf dan regenerasi sel sihat. Kekurangan B12 menjadikan kulit kelihatan pucat, kering dan jerawat.
Merupakan vitamin untuk kecantikan kulit yang paling popular. Individu yang mengamalkan pemakanan sihat kaya kandungan vitamin C cenderung memiliki kulit yang lembut dan licin. Vitamin C memainkan peranan dalam pengeluaran kolagen – protein yang terdapat dengan banyak dalam tisu penghubung seperti kulit, rambut, sendi, tulang dan saluran darah. Ia juga vitamin bersifat antioksida yang membantu melindungi kulit dari radikal bebas yang merosakkan protein dan sel.
- Luka lambat sembuh
- Kulit berkedut, kering dan kasar
- Mudah lebam, kerana pengeluaran kolagen yang lemah menyebabkan saluran darah menjadi lemah. Ia biasanya muncul sebagai tompok-tompok berwarna ungu di bawah kulit. Oops! bukan sebab kena gigit syaiton masa tidur yer 🤭
3. Vitamin D
Terkenal dengan nama vitamin sunshine, vitamin D selalunya terhasil daripada penyerapan cahaya matahari oleh kulit. Apabila ini berlaku, kolesterol akan ditukarkan kepada vitamin D. Ianya penting terutamanya kepada mereka yang menghidap masalah psoriasis.
Ia mengandungi mikronutrien yang tinggi antioksida, penting bagi membantu melawan radikal bebas. Ia dipercayai boleh melambatkan proses penuaan dan mengurangkan kedutan pada kulit. Selain pemakanan, vitamin E boleh terhasil secara semulajadi daripada sebum di liang pori kulit.
Protein terdiri daripada rantaian panjang asid amino. Sel memerlukan protein untuk berkembang dan memperbaiki diri. Badan mengeluarkan 11 asid amino, dan 9 jenis asid amino penting yang lain harus diambil melalui pemakanan. Protein boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan seperti daging, ikan, ayam, telur, kekacang dan produk tenusu.
Mungkin ramai tak tahu bahaya gula berlebihan melemahkan fungsi kolagen yang menjadi punca penuaan kulit sebelum usia. Kolagen dan elastin adalah dua protein penting yang mengekalkan keanjalan dan keremajaan sel-sel kulit. Gula dalam makanan dan minuman manis yang kita ambil akan merosakkan kedua-dua protein ini. Ia mencetuskan pengeluaran Advanced Glycation End Products (AGE) yang merencatkan pengeluaran/pembaharuan sel kulit wajah oleh kolagen dan elastin.
Apabila AGE bergabung dengan sinaran UV pula, ia akan menghasilkan Reactive Oxygen Species (ROS) yang memburukkan lagi gejala penuaan pada wajah.
Selain itu, gula turut menyebabkan radang kulit. Gula akan melekat pada kolagen kulit dan menjejaskan fungsinya. Ketika kulit hilang keanjalan, ia akan kelihatan kendur, menyebabkan mudah ditumbuhi jerawat dan mengakibatkan radang kulit seperti ruam.
Hidrasi penting bagi mendapatkan kulit yang sihat. Minum 8 gelas air sehari kerana dehidrasi menyebabkan lebih banyak masalah kulit selain menjadikannya kering. Apabila kulit mengalami dehidrasi, ia menghasilkan lebih banyak sebum untuk menggantikan air (kelembapan) yang tidak cukup, menyebabkan jerawat, keradangan dan tompok kering. Jadi minumlah air secukupnya dan lembapkan kulit supaya kelihatan gebu serta mengurangkan kedutan dan liang pori.
3. Gunakan Skincare YOUTH
Skincare YOUTH Shaklee dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antarabangsa.
- 100% vegan
- Diformulasi menggunakan bahan semulajadi
- Bebas kekejaman (cruelty free)
- Hypoallergenic, Non-comedogenic, Dermatologist-tested, Ophthalmologist-tested
Protein soya ESP mengandungi 9 asid amino penting yang diperlukan untuk proses regenerasi sel kulit agar ianya sentiasa terlihat mulus, tegang dan awet muda.
- Mempercepatkan proses pemulihan sel
- Mempercepatkan kadar pembaharuan sel, menanggalkan sel-sel lama untuk memberi ruang kepada sel-sel baru.
- Mengoptimumkan fungsi kulit dan menyokong penghasilan glutathione yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat cahaya matahari.
- Membantu menghasilkan hormon sihat yang penting untuk kulit.
- Mengandungi 5 jenis Vitamin B (Niacin, Panthothenic Acid, Thiamin, Riboflavin, Vitamin B6) yang penting untuk kesihatan kulit.
Vitamin C memainkan peranan utama dalam fungsi dan penyeleggaraan tubuh badan terutamanya untuk keserian kulit.
- Bertindak sebagai antioksida dan melindungi kulit daripada sinar UV
- Bertindak sebagai agen anti-pigmentasi, menjadikan kulit cerah dan glowing semulajadi
- Berfungsi sebagai agen anti-keradangan
- Menyokong penghasilan kolagen, mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.
PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#SetRahmahShaklee2023
Wah..banyak tips yg bagus untuk kulit cantik ni..
ReplyDeleteKurangkan gula tu step paling penting kalau nak dapat kesan optimum vitamin 😊
Deletesuka baca sharing faz banyak ilmu dari bacaan entry nie, tq faz saya auka set cantik Shaklee
ReplyDeleteThanks Wina, jom sama² amalkan set kulit cantik Shaklee
DeleteTak pernah tak best bila besties tulis. #kipidapsharing
ReplyDeleteThanks for your kind support master Alin 😊
DeleteSharing menarik. Bagus untuk mereka yang tengah cari vitamin kulit
ReplyDeleteJom sama² amalkan set cantik rahmah ni untuk awet muda 🥰
DeleteSet nie bagus utk yg ada jerawat...janji korang konsisten je mkn
ReplyDeleteKan! ramai yg dah berjaya hapuskan jerawat dengan set kulit cantik basic ni 😊
DeleteWoahhh, bestnya banyak tips cik Faz bagi and very informative la entry ni.. banyak benefit bila consume set cantik ni kan.. Alhamdulillah 😍😍
ReplyDeleteMemasing glowing time raya nanti 🥰
DeleteSetuju dengan cik faz, gula pun sebenarnya mainkan peranan terhadap kulit kite
ReplyDeleteJadi makanan bakteria jerawat 🤭
Delete