Saturday, October 1, 2022

Sah Fibroid, Misteri Perut Buncit Terjawab!

Bismillah.

 

Ini kisah Fibroid yang pertama, original pengalaman saya sendiri. Dulu, saya pernah tulis kisah fibroid ini di Blog 'cikbellarina' (blog lama saya). Oleh kerana Blog 'cikbellarina' dah deactivated, saya kongsikan semula di sini. Masa fibroid ni dikesan, umur saya nak masuk 33 tahun.

 

Macam mana saya syak ada fibroid?

 

Sebab utama ialah perubahan ketara pada fizikal saya, iaitu bahagian bawah abdomen nampak buncit. Buncitnya tu memang lain macam. Bila saya cuba kempiskan perut dan tekan-tekan manja dekat kawasan tu, saya boleh rasa ada seketul "benda" keras. Weird dan menyeramkan! In the meantime, saya sangat pasti takde "buat salah" (you know what I mean).

 

Jadi persoalannya, kenapa perut jadi buncit? Apa sebenarnya seketul benda keras yang kat dalam tu? Mungkin ker fibroid? Tapi… macam mana kalau bukan fibroid? Bertubi-tubi soalan bermain dalam fikiran saya.

 

Disebabkan risau dan curiosity yang tinggi, saya Google cari klinik gynae. Finally saya book appointment kat SJMC. Tiba hari appointment yang mendebarkan… Masa tunggu turn dekat klinik Dr Delaila, jantung saya ni memang dub dab dub dab jer. Takut nak dengar apa komen doktor nanti. Rasa nak cancel pun ada. Tapi kalau tak check, sampai bila-bila pun tak tahu apa masalahnya.

 

So saya cuba bertenang… akhirnya sampai giliran saya. Lepas cerita my concern, doktor suruh saya baring dekat bed untuk di scan. Pertama kali dalam hidup saya buat ultrasound ni. Bila dah lorotkan sikit jeans yang saya pakai, maka terbonjol seketul "benda" yang jadi tanda tanya tu. Doktor pun sapu gel kat atas perut saya, lepas tu scan.

 

Jeng jeng jeng… inilah keputusan ultrasound tu.



Akhirnya, misteri perut buncit chic Faz terjawab. Doktor sahkan, seketul "benda" keras tu ialah fibroid!


Dari imej scan, size fibroid saya 15cm. Paling tak boleh lupa, doktor kata rahim saya dah expand macam preggy 5 bulan!

 

Then doktor tambah lagi, "besar sangat ni, awak mesti dibedah untuk buang fibroid ni."

 

Whoa! masa dengar komen doktor, perasaan saya dah bercampur aduk macam rojak. Pertama, lega sebab confirm benda tu fibroid. At least bukan suspek kes lain yang bahaya. Tapi nervous giler bila fikir nak kena bedah. Seumur hidup saya belum pernah warded, tiba-tiba nak kena bedah pulak. Takut beb!

 

 

Fibroid boleh jadi cancerous tak?

 

Selesai scan, sesi soal jawab dengan doktor… Doktor lukis bentuk rahim dan terangkan secara ringkas tentang fibroid saya. Saya dengar penjelasan doktor tanpa banyak bicara. Tapi, ada satu perkara yang saya nakkan kepastian dari doktor.

 

"Doktor, saya just nak confirm... fibroid ni boleh jadi cancerous tak?"

 

Ini jawapan doktor;

 

"Kebarangkaliannya tipis. Basically, fibroid is benign cell. Maksudnya bukan jenis yang berisiko jadi kanser."

 

Fuhhh lega saya bila dengar sendiri jawapan tu dari pakar gynae. Jadi betullah apa yang saya baca dekat internet tu.

 

5 saat kemudian… "So let's discuss tarikh surgery"

 

Zassss! sekelip mata kelegaan tadi lenyap. Seriously saya tak bersedia nak tempuh situasi ni. Kalau minor surgery mungkin perasaan takutnya tu kurang sikit. Tapi yang bakal saya lalui nanti ialah major surgery. Serta merta terbayang keadaan perut yang ditoreh, diregang, dan dikeluarkan isinya. (>_<)

 

"Errr doktor, macam kes saya ni tak boleh ker kalau tak operate? Tak ada ker ubat yang boleh kecutkan fibroid?"

 

Sebolehnya saya cuba mengelak dari dibedah. Takut! namun, jawapan yang saya terima lebih menggerunkan.

 

"Memang ada ubat untuk kecutkan fibroid, tapi kesan sampingannya tulang reput. And once you stop makan ubat tu, fibroid may regrow larger."

 

Gulp! terkedu saya dengar. Kenapa macam dah takde pilihan lain jer ni.

 

"Emm… doktor, saya sebenarnya takut nak kena bedah. Boleh tak doktor bagi saya masa untuk fikir. Bila saya dah ready, saya datang semula untuk set tarikh surgery."

 

Sungguh saya tak bersedia nak serah diri untuk dibedah dalam masa terdekat. Tapi doktor seakan tak peduli dengan perasaan yang sedang bergolak dalam hati saya ni.

 

"Awak nak fikir apa lagi? Awak tahu tak, buah pinggang awak boleh rosak kalau fibroid tu bertambah besar."

 

Kali ni tone suara doktor agak tegas. Tapi saya betul-betul perlukan masa untuk hadamkan semua ni dulu.

 

"Hmm… saya faham doktor. Saya janji saya akan datang semula. Bagi saya masa bertenang, sekejap jer."

 

Akhirnya doktor setuju untuk beri kelonggaran.

 

"Tapi jangan lama sangat delay. Your fibroid is really huge."

 

Lepas ucapkan terima kasih, saya pun tinggalkan klinik Dr Delaila terus menuju parkir kereta. Perjalanan satu jam dari Subang Jaya terasa pendek. Tiba-tiba dah sampai rumah. Ligat saya fikir macam mana nak sampaikan berita ni dekat Mak.

 

Sebenarnya, masa tu parents saya tengah sibuk buat persiapan kenduri walimatulurus adik saya. Majlis kat rumah saya 2 hari jer lagi. Obviously kalau saya bagi tau pasal fibroid and berita nak kena bedah, sure spoil mood Emak dengan Abah. Akhirnya… saya rahsiakan dulu perkara ni dari family. Taknak nanti diorang sedih ('_')

 

Jenis-jenis fibroid pada rahim

 

💖💖💖💖
PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


No comments:

Post a Comment