Siapa ChicFaz

Assalamualaikum & hai bestie!
Izinkan Chic (sebenarnya Cik) Faz kenalkan diri... 😊


Siapa Cik Faz
===========
Nama sebenar saya Fazrina, berasal dari Klang, Selangor. Masa kecik dulu saya ada nama cute, tapi just sorang makcik saya ni yang suka panggil saya Panina. Family lain panggil Rina atau Kakak, sebab saya anak sulung. Kawan-kawan sekolah & Uni panggil saya Faz.

Saya graduate USM tahun 2002, jurusan Teknologi Industri. Habis jer study, saya bekerja dalam bidang Industri juga. Mula-mula kerja kat makmal R&D, lepas tu transfer ke International Sales pulak. Yeah... pengalaman baru dan yang paling bermakna ialah, peluang travel overseas attend trade fair & visit clients. Kalau bukan sebab kerja, rasanya tak tercapai poket saya ni nak bawa diri sampai ke Canada, Brazil, Argentina, Germany, Portugal semua tu. Pendekkan cerita, saya kerja kat company ni lebih kurang 13 tahun 4 bulan sebelum resign pada September 2015.



Kenapa Cik Faz Wujudkan Blog Ini
==========================
Saya dah lalui beberapa episod "couple" dengan fibroid sejak 2012. Jadi, saya rasa terpanggil untuk kongsikan pengalaman saya kat sini. Lagipun, kebanyakan yang contact saya dari blog sebelum ini dapat tahu masalah mereka bila dah berkahwin. Waktu single macam tak aware pun yang annual check-up tu penting.

Harapnya kisah saya ni dapat membantu mereka yang bergelut dengan masalah serupa, juga menjentik kesedaran dikalangan gadis & wanita Malaysia untuk ambil peduli tentang kesihatan dalaman, terutamanya yang berkaitan sistem reproduktif, yakni rahim & ovari kita.


Ringkasan Kisah Fibroid Cik Faz
========================
Setakat entri pertama blog ini ditulis, saya dah 2 kali "couple" dengan fibroid. Both melekat dekat dinding rahim, kalau tak silap jenis submucosal.

Kes pertama, saiznya sebesar 17cm dan saya takde pilihan selain menjalani pembedahan buang fibroid pada Jun 2012. Seumur hidup, inilah pengalaman pertama saya warded dan terus nak kena bedah. Takutnya tak terkata!

Then, saya sangka rahim dah sihat lepas pembedahan tu. Tapi rupa-rupanya, tanpa kawalan (baca: PANTANG makanan), dalam tempoh setahun Fibroid muncul semula. Saiz yang baru ni lebih kurang 3cm.

Oh tidakkkkkk!

Masih segar dalam ingatan saya, rasa sakitnya lapisan kulit perut yang baru dicantum lepas pembedahan. Cukuplah sekali Czer. Saya tak nak masuk bilik bedah lagi!

Jadi, inilah turning point saya untuk mula jaga pemakanan & amalkan detoks. Syukur Alhamdulillah dengan izin-Nya, saya berhasil kecutkan Fibroid yang kedua tu selepas konsisten dengan rutin detoks.


Blog Ini Untuk Siapa?
=================
Actually ini bukan blog pertama saya. Sebelum ni, saya menulis dekat blog menggunakan nama ‘cikbellarina’. Atas sebab tertentu, saya dah pun deactivate blog cikbellarina tu. InshaAllah, saya akan tulis semula kisah saya dekat blog baru ni dengan aturan yang lebih sistematik.

Saya harap info yang saya kongsikan disini memberi manfaat, khasnya kepada gadis & wanita supaya mereka dapat mengurangkan risiko "kapel" dengan fibroid seperti yang pernah saya lalui sebelum ini.

Bagi yang sedang diuji, saya doakan anda tabah & hadapinya dengan tenang.
Yakin dengan janji Allah, disetiap kesulitan itu pastinya ada kemudahan.

Akhir kata, salam perkenalan & selamat menyambut tahun baru!


Macam Mana Nak Contact Cik Faz 
==========================
WhatsApp, +6011 3290 7156