Wednesday, May 31, 2023

Allah Maha Mengetahui

Assalam & hai bestie!
Saya nak share satu cerita yang saya baca di Facebook untuk renungan bersama.

💖💖💖

Sedih baca kisah ni. Terus rasa nak baca Al Waqiah. 

Ada sorang peniaga tauhu yg setiap hari dia pergi jual tauhu dia kat pasar. Untuk sampai pasar, dia kena naik kenderaan awam.

Untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui padang sawah. Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Allah supaya tauhunya semua habis dijual. Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Barang dagangannya selalu habis dijual.

Satu hari tu, semasa dia lalu di sawah nak menuju ke jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam sawah tersebut. Habis semua tauhunya jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan aje keuntungan, modal pun habis. 
 
Dia mengeluh kepada Allah, bahkan menyalahkan Tuhan, mengapa dia diberi ujian sampai begitu sekali? Padahal dia selalu berdoa dan solat setiap pagi. Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.

Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahawa kenderaan yg disewanya setiap hari pada pagi itu telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban! Hanya dia satu-satunya bakal penumpang yg selamat, semua adalah disebabkan tauhunya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak jadi berniaga pada hari itu dan membawa semua  tauhu-tauhunya yg sudah rosak dan penyek.

Tetapi pada sebelah petang, ada seorang penternak itik 🦆 telah mencari dia dan hendak membeli tauhu untuk makanan itik, tetapi yg anehnya penternak itik itu mencari tauhu yg rosak/hancur kerana ia hanya untuk dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja. Terus peniaga itu menangis kerana tauhunya yg rosak hendak dibeli semuanya oleh penternak itik itu. 

PENGAJARAN
Doa tidak semestinya dimakbulkan sesuai dengan permintaan, tapi ia diganti oleh Allah dengan sesuatu yg jauh lebih baik dari yg diminta.

Allah maha mengetahui keperluan kita jika dibandingkan dengan diri kita sendiri.
Sebab tu janganlah jemu berdoa, jangan sesekali mengeluh juga, apalagi mengutuk! 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan manusia tidak mengetahui” (Al Baqarah ayat 216).

“Saat Allah menjawab doamu, Dia sedang menambah imanmu. Saat Allah menundanya, Dia sedang menambah kesabaranmu. Saat Allah tidak menjawab doamu, Dia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.” 

Semoga hari ini dan hari hari seterusnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahanNya.

Kredit: Nadiah Azaman

💖💖💖

Kalau bestie nak baca tazkirah lain atau nota motivasi untuk ladies yang best, saya compile dekat label “Nota Healing” (refer kat sidebar kanan blog saya ni) 😊



#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Tazkirah



Saturday, May 27, 2023

Cara Renew Keahlian Shaklee, Senang Jer!

Assalam & hai bestie,

Dalam entri yang lepas, saya dah kongsikan peluang dapat cashback bila join jadi ahli Shaklee dan setia amalkan vitamin Shaklee setiap bulan. Sebagai ahli yang baru pertama kali mencuba supplement Shaklee, mesti bestie nak tahu apa lagi kelebihan jadi ahli Shaklee ni kan. Haaa jom saya share….

KELEBIHAN DAFTAR AHLI SHAKLEE DI BAWAH PAF NETWORK
  1. Bestie layak sertai group khas untuk ahli user. Group ini diketuai oleh coach gula Puteri Yusof. Kalau bestie ada kemuyskilan tentang cara makan vitamin Shaklee yang betul atau mengalami healing crisis, boleh jer tanya dekat support group. Coach akan consult dan ahli lain pun akan share pengalaman mereka.
  2. Selain consultation dari team leader dan sharing PAF members, ahli juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dari nutritionist Shaklee. Khidmat nasihat dan bimbingan professional ini juga percuma.
  3. Bila dah jadi ahli dan suka dengan kebaikan vitamin Shaklee, then kalau decide nak berniaga boleh jer terus mula berbisnes. Coach ada group khas untuk ahli yang berniaga. Dalam group PAF Network Leaders, coach akan kongsikan bahan marketing untuk kegunaan ahli yang berniaga.
  4. Untuk ahli yang nak berniaga, ada banyak peluang sertai kelas berkaitan bisnes anjuran leader group komuniti bisnes Shaklee. Jadi kita juga berpeluang untuk belajar dari team lain. Leader-leader group bisnes Shaklee memang tak kedekut ilmu.
  5. Dari segi reward, setiap ahli yang konsisten amalkan vitamin Shaklee berpeluang menikmati cashback dan untung runcit. Bagi ahli yang berniaga pula, ada lebih banyak reward yang Shaklee sediakan seperti bonus kereta, bonus kepimpinan, trip percutian mewah dan insentif lain.


Seterusnya…. Soalan yang selalu ditanya bila dah daftar ahli Shaklee adalah, status keahlian.

  • Membership seumur hidup atau kena renew?
  • Kalau renew, berapa kena bayar?

Untuk pengetahuan bestie, pendaftaran sebagai ahli Shaklee adalah sekali sahaja dan ia aktif untuk tempoh 1 tahun. Untuk kekalkan status keahlian, ia perlu diperbaharui setiap tahun. Tapi jangan risau! Shaklee sangat baik dengan ahlinya, dimana membership renewal tersangatlah mudah.

CARA RENEW KEAHLIAN SHAKLEE
  • Ahli perlu renew membership pada tarikh harijadi. So senang nak ingat. Renewal boleh dibuat antara tempoh ini — 3 bulan sebelum tarikh harijadi, sehingga 3 bulan selepas tarikh expiry.
  • Tiada yuran renewal. Awak cuma perlu beli mana-mana produk supplement Shaklee, walaupun hanya sebotol vitamin dan automatik membership Shaklee diperbaharui.

Tapi kalau dah terlewat dari tempoh buffer (3 bulan selepas tarikh harijadi), keahlian akan expired dan awak kena mendaftar semula.

Ini contoh renewal membership yang saya buat baru-baru ini. Saya beli set promo rahmah dan B-complex, automatik membership saya diperbaharui.



Senang jer kan step Renewal Shaklee 👍

Saya harap post ini membantu. Kalau bestie nak join ahli bersama saya, klik jer icon WhatsApp kat page ni. Jumpa lagi dalam entri seterusnya.


💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


Thursday, May 25, 2023

Makan Vitamin Shaklee Dapat Cashback

Assalam & hai bestie!
 
imej kredit: VectorStock


Dalam dunia ni, ada ke orang yang tak suka dapat cashback lepas dia shopping beli barang keperluan? Hahaa peliklah kalau ada orang yang tak suka dapat duit kan. Okay, hari ni saya nak kongsikan satu ciri best bila kita amalkan makan vitamin Shaklee setiap bulan, iaitu cashback. Ya betul, makan vitamin Shaklee boleh dapat cashback!

 

Saya kenal Shaklee sekitar October 2013. Set pertama yang saya amalkan adalah Vivix dan DTX. Nak tahu apa yang mendorong saya pilih Shaklee? Sebab medical check-up findings, ada fibroid baru saiz 3cm. Waktu ni baru setahun saya operate buang fibroid 17cm. Jadi, pengalaman bilik bedah dan kesakitan lepas pembedahan tu masih lagi segar dalam ingatan. Takkan nak biar fibroid kecik ni membesar? So, saya tak fikir panjang dan terima cadangan kawan Uni saya Puteri Yusof join ahli dan beli set liver detox. Lagipun saya percaya Puteri takkan suggest supplement yang merapu takde clinical research.

 

Surprise! Lepas saya beli set Vivix dan DTX tu, pertengahan bulan depannya saya dapat cashback lebih kurang RM25 dari Shaklee. Hahaa seronok bukan main. Kemudian bila kawan-kawan office pun mula order vitamin Shaklee, cashback yang saya dapat semakin bertambah. Best kan?

 

 

CARA DAPATKAN CASHBACK DENGAN AMALKAN VITAMIN SHAKLEE

 


STEP 1

Langkah pertama, bestie kenalah sign-up jadi ahli Shaklee. Ada yang salah anggap, takut nak join ahli sebab nanti kena jual produk. Ehhh No No No… Sebenarnya tak ada paksaan untuk berniaga. Ramai jer yang join ahli tapi tak berniaga, jadi pengguna biasa. Sebab utamanya adalah, mereka nak beli produk Shaklee dengan harga lebih murah dari harga retail. Boleh jimat upto 20% tau!

 

Cara nak daftar ahli Shaklee pun senang jer.

  • Buka portal pendaftaran ahli Shaklee kat sini >>> JOIN AHLI SHAKLEE ONLINE (sila klik)
  • Isikan maklumat yang diperlukan dalam borang online tersebut
  • Setelah selesai, bestie akan menerima nombor SID (Shaklee ID) dan Password sementara melalui SMS dan email.
  • Gunakan nombor SID & Password sementara tersebut untuk Log-In ke website Shaklee.
  • Lengkapkan maklumat yang diminta. Untuk bahagian Bank Statement, bestie boleh skip dan ianya tidak wajib untuk upload
  • Setelah itu "New Enrolment : e-Starter Kit" akan dipaparkan, rujuk gambar di bawah. Kat sini, bestie ada DUA pilihan,

imej credit: ains.my

OPTION 1 - Jika bestie pilih untuk bayar yuran keahlian RM35, klik pada "PAY NOW" dan selesaikan pembayaran. Tahniah! awak sudah menjadi keluarga Shaklee yang sah.
 

OPTION 2 - Jika bestie pilih untuk dapat keahlian percuma dengan pembelian 100UV, klik pada "Continue Shopping" dan pilih produk yang awak inginkan (add-to-cart). Pastikan jumlah UV adalah 100UV atau lebih. Selepas bestie semak detail pembelian dan lengkapkan alamat penghantaran, klik pada "Pay Now" dan selesaikan bayaran. Tahniah! awak sudah menjadi keluarga Shaklee yang sah.


Untuk bestie yang baru pertama kali mahu mengamalkan vitamin Shaklee untuk tujuan kesihatan yang baik, saya cadangkan untuk pilih Best Seller Set. Dalam set ni ada ESP soy protein, Omega Guard, OsteNutrix, Vitamin C dan B-Complex. 
Atau pun, beli sebotol Vivix sahaja sudah layak dapat keahlian percuma.
 
Oh tapi kita masih ada promo Set Rahmah terlajak murah yang tawarkan keahlian percuma. Promo ni berbaki 5 hari jer lagi. Jadi cepat rebut peluang yang sangat berbaloi ni sekarang!
 




STEP 2
Buat pembelian setiap bulan. Vitamin asas seperti Vitalea, B-complex, Vitamin C dan ESP jika diamalkan satu keluarga, memang confirm akan repeat setiap bulan. Then, bila kita dah rasai kesan positif makan vitamin Shaklee, for sure kita akan kongsikan kebaikan vitamin Shaklee dengan saudara mara & kawan-kawan. So kita tolong mereka order vitamin guna ID kita. Bila kuantiti order kita bertambah, cashback yang bakal kita terima pun meningkat juga. Ini jadual cashback atau juga dipanggil Bonus Shaklee untuk rujukan bestie.
 

 
Extra Tips - masa kita buat pembelian, bayar guna kad kredit untuk dapat mata ganjaran. Hehee ini memang payment mode kesukaan saya sebab nak kumpul points. Shaklee terima bayaran menggunakan kad kredit Visa dan Mastercard.
 
 
STEP 3
Enjoy cashback! Cashback dari pembelian ini Shaklee akan kreditkan ke akaun bank kita pada setiap 14hb bulan berikutnya. Selain cashback, ahli biasa Shaklee juga boleh dapat untung runcit. Contoh Vitamin C (harga ahli RM92, harga retail RM115), kalau yang order saudara/kawan terdekat tu awak nak bagi harga kasih sayang RM105, awak masih dapat untung runcit RM13. Yang penting tak boleh caj melebihi harga retail, atau kurang daripada harga ahli yang Shaklee tetapkan. Senarai harga produk Shaklee boleh di muat turun dari "Resources" di website.
 
Tengoklah ni, berapa cashback yang salah seorang team PAF network dapat, lebih 900 ringgit!


Wohoo cashback macam ni boleh dapat 2 botol Vivix percuma!
  

Jom bestie! yang nak join ahli dan dapat Cash Rebate dengan amalkan vitamin Shaklee, ambil peluang keahlian percuma dengan pembelian set promo Healthy Rahmah. Sihat dapat, cantik pun dapat.



💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


Wednesday, May 17, 2023

Set Hello New You Tingkatkan Metabolisma Bakar Lemak

Assalam & hai bestie!
 

Hujung hujung bulan Syawal ni ada yang kemurungan ke, tengok nombor kat penimbang makin naik? Entri kali ini saya nak share info tentang cara tingkatkan metabolisma badan. Mungkin tips yang akan saya kongsikan ini dapat bantu 'membakar' semua kalori yang menimbun hasil makan lemang, ketupat, rendang, sate, dan kuah kacang selama 3 minggu beraya.
 
Metabolisma ialah satu proses dimana makanan yang kita makan ditukarkan kepada tenaga untuk diguna pakai dalam menjalankan fungsi tubuh seperti bernafas, berfikir, bergerak, dan lain-lain. Kadar metabolisma badan kita ditentukan oleh BMR (Basal Metabolic Rate), iaitu jumlah kalori yang diperlukan oleh badan untuk melakukan fungsi asas semasa dalam keadaan rehat. BMR yang rendah bermaksud individu tersebut mempunyai kadar metabolisma yang rendah, dimana jumlah kalori yang dibakar adalah sedikit berbanding individu yang mempunyai kadar metabolisma tinggi.
 
 
TIPS UNTUK ORANG NAK KURUS - 8 CARA TINGKATKAN METABOLISMA TUBUH BADAN
 
1. CUBA SENAMAN AEROBIK DAN ZUMBA
Masalah metabolisma rendah boleh diperbaiki dengan aktiviti senaman seperti aerobik dan zumba. Luangkan masa sekurangnya 1 jam untuk bersenam, dan boleh di variasikan dengan aktiviti lain seperti berbasikal atau berenang 3 kali seminggu.
 
 
2. MAKAN SARAPAN BERKHASIAT
Pengambilan sarapan pagi yang berkhasiat dengan kandungan protein tanpa lemak akan membantu kita berasa kenyang dan selesa sepanjang hari. Protein serta serat memerlukan waktu yang lebih lama untuk dicerna dan membantu mengekalkan kestabilan kadar gula dalam darah.
 
Cadangan saya >>> telur rebus, ubi keledek rebus, overnight oat, smoothie avocado.
 
 
3. LEBIHKAN PENGAMBILAN PROTEIN
Menurut laporan kajian oleh European Journal of Clinical Nutrition, wanita dewasa yang mengalami berat berlebihan memerlukan protein sekurang-kurangnya 30 gram semasa bersarapan pagi. Ini akan membuatkan mereka mempunyai kawalan glisemik yang lebih baik sepanjang hari.
 
Cadangan saya >>> minum segelas Cinch Soy Protein Shaklee, diperkaya dengan Leucine yang membantu membakar lemak tanpa kesan yo-yo. Leucine juga membantu membina dan mengekalkan jisim otot tanpa lemak untuk pengurusan berat badan yang sihat. Lebih banyak otot terbentuk, metabolisma semulajadi juga akan meningkat.
 

 
4. MINYAK IKAN MENINGKATKAN METABOLISMA
Minyak ikan Omega Guard Shaklee mengandungi Omega-3 yang mampu meningkatkan kadar metabolisma dan mempercepatkan proses pembakaran lemak. Ia juga meningkatkan kesensitifan insulin tubuh untuk mengawalselia simpanan lemak. Manfaat lain Omega-3 adalah menstimulasi pengeluaran Leptin, hormon yang memicu rasa kenyang. Jadi kita akan lebih cepat berhenti makan.
 

 
5. MINUM AIR DENGAN KERAP
Walaupun kalori tambahan yang dibakar dengan minum segelas air tidak banyak, namun ia boleh membantu tingkatkan metabolisme tubuh anda dengan selamat.
 
Meminum 8 gelas air putih seperti yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh kita untuk berfungsi pada tahap optimum.
 
 
6. BERDIRI SEKEJAP SEMASA BEKERJA
Tahukah anda, berdiri sekejap boleh bantu tingkatkan metabolisme badan? Orang dewasa yang melakukan kerja sambil berdiri boleh membantu membakar lebih banyak kalori. Sekiranya anda bekerja duduk mengadap komputer, mungkin sesekali boleh berdiri atau berjalan seketika sambil menghirup udara segar.
 
Semakin kita aktif bergerak, semakin banyak tenaga yang digunakan. Maksudnya, jumlah kalori yang terbakar juga banyak dan dapat mengelakkan ia menimbun jadi lemak.
 
 
7. KETAWA BOLEH TINGKATKAN METABOLISMA BADAN
Ketawa merupakan senaman ringan yang boleh membantu anda membakar sekurang-kurangnya 10 ke 20% kalori berbanding anda berwajah ketat setiap masa.
 
Jadi, carilah rakan sekerja yang kelakar untuk keluar bersama atau buat panggilan telefon kepada rakan yang boleh buat anda ketawa. Kalau takde kawan yang boleh buat kita ketawa, balik kerja layanlah movie yang kelakar.
 
 
8. TIDUR MENINGKATKAN METABOLISMA
Tidur mempengaruhi dua hormon selera makan yang penting dalam badan kita.
  • Leptin - hormon yang mengurangkan selera makan. Ketika leptin tinggi, kita biasanya merasa lebih kenyang.
  • Ghrelin - hormon yang merangsang selera makan, juga disebut 'hormon kelaparan'.
 
Penyelidik di Universiti Stanford mendapati, orang yang mengalami kekurangan jam tidur akan mendapat peningkatan ketara dalam indeks jisim badan mereka. Ini disebabkan oleh peningkatan tahap Ghrelin dan pengurangan Leptin. Jadi, pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 7 atau 8 jam setiap malam untuk mengekalkan metabolisma yang sihat.
 

KESIMPULAN
Masalah peningkatan berat badan selepas raya masih boleh diatasi dengan cara pemakanan yang baik serta senaman yang sesuai. 

Untuk supplement Shaklee pula, set Hello New You yang saya cadangkan sememangnya sudah terbukti berkesan dalam pengurusan berat badan. Info lengkap bagi setiap supplement bersama testimoni pengguna yang berpuas hati saya kongsikan di posting ini >>> Set Kurus Shaklee Paling Berkesan Turunkan Berat Badan. Baca tau!

Semoga tips 8 cara tingkatkan metabolisma ini dapat membantu bestie dapatkan semula berat badan ideal. Sebenarnya, yang takde masalah berat badan pun boleh amalkan untuk kekalkan tahap kecergasan diri. 

Jumpa lagi di entri yang lain.

 
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


Monday, May 15, 2023

Adab Bertandang Ke Open House Raya

Antara keunikan sambutan Hari Raya Aidilfitri kat Malaysia ni, adanya open house raya di sepanjang bulan Syawal. Kadang tu dah habis Syawal pun masih ada lagi open house raya. Sebenarnya, tak semua negara Islam di dunia meraikan Syawal dengan rumah terbuka, sebab bukan kewajipan dalam agama. Ia lebih kepada adat atau budaya masyarakat tempatan. 

Bagi saya 'kampung girl' yang berketurunan jawa, kami takde 'official' open house raya macam orang bandar, tapi meriah dengan group baraan raya. Baraan adalah tradisi orang jawa yang bermaksud, berjalan atau ziarah beramai-ramai dalam kumpulan di Hari Raya. Kalau dulu, kumpulan ini melibatkan pelbagai peringkat -- samada lelaki sahaja atau perempuan sahaja, kanak-kanak group lain, remaja dan dewasa group lain, berbasikal atau bermotor ziarah rumah ke rumah. Biasanya tiga hari pertama raya yang paling meriah dengan group baraan.
 
Throwback memori baraan raya waktu saya sekolah rendah di era 80-an dulu, geng saya beraya ada 4-6 orang. Kami semua berbasikal keliling kampung kutip duit raya, sambil karaoke nyanyi lagu raya Eon (proton). Zaman tu kalau tuan rumah bagi duit raya seringgit dah kira orang kaya. Kebiasaannya dapat 20 sen atau 50 sen. Haaa memang berat poket baju dengan duit syiling. Kisahnya bila dah berbasikal beraya beramai-ramai, dah lupa tak ingat masa. Mak dah pesan balik rumah sebelum pukul 6 petang. Then bila sampai rumah pukul 6.30 petang memang mendapat lah cubitan ketam sedas. Hahahaa rasain kepedihannya!
 
Bila masuk era millennium tahun 2000-an, acara baraan raya kat kampung saya dah jadi aktiviti lelaki bujang sahaja. Budak-budak dan remaja yang sebelum tu beraya dengan geng baraan sendiri, masing-masing dah mula beraya dengan parents sekali. Selari dengan kepupusan budak-budak berbasikal ke sekolah, geng baraan raya budak-budak pun dah takde. Satu faktor disebabkan jalanraya kampung dah semakin sibuk dengan kenderaan, jadi mak ayah pun risau nak lepaskan budak-budak beraya naik basikal sendiri.
 
Walau ape pun mode kita beraya, samada baraan rumah ke rumah dengan family atau memenuhi jemputan open house raya, adab bertandang ke rumah orang perlulah di jaga. Kiranya saya ni pun menginsafi kekhilafan sendiri masa kecik-kecik dulu, sebab pernah jer menggeletis sampai tertumpah air minuman kat rumah orang masa beraya. Oops! mesti lepas kita orang balik acik tu mengomel sambil kemas tumpahan air kat meja. Sorryyy acik.
  
ADAB SEMASA BARAAN ATAU BERTANDANG KE OPEN HOUSE RAYA


1. HORMATI TUAN RUMAH DAN TETAMU LAIN
Pertama sekali bila sampai destinasi open house, beri salam kepada tuan rumah dengan penuh hormat dan minta izin untuk masuk. Bersalamlah dengan semua orang sama ada tuan rumah dan keluarganya atau tetamu yang ada di situ. Di hari mulia ini jadikanlah diri kita sebagai tetamu yang ramah, mesra dan murah senyuman. Tapi ingat, yang bukan mahram dilarang sama sekali untuk kita bersalaman.
 
 
2. JANGAN MAKAN SEBELUM DI JEMPUT
Ya, kita tahu bila ke rumah terbuka sudah pasti akan ada pelbagai juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Tapi janganlah jadi tak sopan main serbu je meja makan. Apa kata tunggu tuan rumah pelawa dahulu. Sabar boleh tak? Adab makan jangan pula dilupa, elakkan makan secara berlebihan. Ambil setakat yang perlu sahaja dan hadkan kuantitinya. Ingat sikit orang belakang.
 
 
3. TOUR RUMAH ORANG TANPA KEBENARAN
Setiap orang ada ruang privasi mereka sendiri. Begitu juga dengan tuan rumah. Jangan diturutkan sangat perasaan ingin tahu tak bertempat sampai korang ‘mengembara’ ke segenap inci rumah. Kalau nak ke ruang lain selain ruang tamu dan ruang makan, minta izin dahulu dengan tuan rumah.
 

4. SIMPAN HANDPHONE SEBENTAR
Di hari yang penuh dengan kesyukuran dan kegembiraan ini, lupakanlah telefon pintar kita buat seketika. Eratkan hubungan dengan sanak saudara dan sahabat handai dengan berbual bersama mereka. Bukannya selalu, setahun hanya sekali je.


5. KAWAL NADA SUARA SEMASA BERSEMBANG
Bila sudah berkumpul ramai-ramai dengan kawan yang dah lama tak jumpa, pastinya suasana akan jadi ‘havoc‘ semacam. Namun, bila tengah excited tu ingatlah yang ramai mata memandang. Bergelak ketawa itu berpada-padalah. Jangan pula sampai menggangu orang lain.
 
 
6. ELAKKAN MINTA PASSWORD WIFI
Ini satu perkara lagi yang perlu dielakkan. Mungkin di rumah saudara mara terdekat korang boleh minta password Wi-Fi tapi kalau di rumah kenalan ibu bapa janganlah buat begini. Ketahuilah password itu adalah satu perkara yang bersifat sangat peribadi. Apa salahnya ketepikan sekejap media sosial. Kalau nak share video sekalipun, rakam dulu dan upload kemudian guna data telefon sendiri.
 
 
7. KAWAL SI KECIL
Adatlah kanak-kanak, mereka pasti antara orang yang paling gembira dengan Hari Raya. Dan kadangkala kegembiraan mereka itu juga boleh terbawa-bawa apatah lagi selepas memakan kuih raya dan juga minuman yang manis. Bila terlebih gula pasti akan jadi hiperaktif. Jadi kawallah adik-adik korang bila pergi beraya. Jangan sampai dia pecahkan barang-barang berharga tuan rumah pula nanti.
 
 
8. JANGAN LAYAN TV MACAM DI RUMAH SENDIRI
Pada musim perayaan pasti banyak program TV yang menarik ditayangkan. Ada pula setengah orang walaupun pergi beraya masih ‘hadap’ nak layan TV. Akan tetapi, walau macam mana pun korang teringin nak tengok janganlah ambil remote TV. Kalau nak tengok juga, minta tuan rumah tukarkan.
 
 
9. PENDEKKAN TEMPOH ZIARAH
Elakkan dari duduk terlalu lama ketika berkunjung ke rumah terbuka, hinggakan tuan rumah berasa tidak selesa apatah lagi jika rumah tersebut mempunyai ruang yang terhad. Beransur-ansurlah beredar agar tuan rumah boleh menerima tetamu lain dengan sempurna.
 
 
10. UTAMAKAN SOLAT
Ketika sibuk menghadiri majlis-majlis rumah terbuka, janganlah sehingga lalai untuk menunaikan solat 5 waktu. Singgahlah terlebih dahulu di masjid/surau berhampiran setelah masuk waktu solat. Ini akan memudahkan urusan perjalanan dan masa kita akan lebih diberkati Allah.
 

KESIMPULAN
Budaya ziarah menziarahi semasa Hari Raya sangat dituntut bagi mengeratkan hubungan di kalangan ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai, dan kenalan yang jauh mahupun dekat. Jadi, sama-samalah kita jaga nilai murni dan adab semasa bertandang ke majlis Open House Raya supaya kehadiran kita disenangi oleh tuan rumah.

Semoga 10 tips yang saya compile dari bacaan di internet kali ini memberi manfaat buat semua dan dapat di praktikkan setiap masa. Mudah-mudahan tak menipiskan pahala yang dikumpul semasa Ramadhan dan Syawal kita diberkati oleh-Nya.
 
 
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
 
#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


Monday, May 8, 2023

TAHAJJUD

💖💖💖

Subuh masuk lewat ketika saya sedang menulis posting ini. Bangunlah sedikit awal sebelum masuk waktu Subuh untuk menunaikan solat Tahajjud. Jika tidak biasa, inilah waktu terbaik untuk kita melatih diri.

Tunaikanlah solat Tahajjud sekurang-kurangnya 2 rakaat pada setiap awal pagi sebelum masuk waktu Subuh. Untuk permulaan itu adalah yang terbaik. Jika berasa tidak mampu, tunaikanlah sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Apabila sudah biasa nanti, bangun lebih awal lagi dan lagi. Waktu terbaik untuk menunaikan solat Tahajjud adalah pada satu per tiga malam. Bangunlah dari tidur mu.

Tidak ada malas atau letih lagi jika kita benar-benar mahukan sesuatu. Tahajjud adalah “ubat” terbaik bagi segala “penyakit” dunia. Jalan terbaik untuk membuang resah mu, sedih mu, sakit mu, bahkan untuk sakit fizikal juga. Segalanya adalah sangat mudah bagi Allah. Tidak ada satu pun yang sukar bagiNya jika Dia berkehendak untuk memberi.

Duhai wanita, berhentilah untuk mengadu damba kesedihan mu kepada orang lain. Tempat yang terpaling baik untuk kamu mengadu segala kesukaan, kebahagian, kesedihan, ujian, kesakitan, bahkan apa sahaja…. Adalah ketika kita bersujud dan hanya kepada Allah. Bukan di Mukabuku mu.

Tidak ada orang yang berasa susah untuk bangkit di malam hari jika mereka benar-benar mahu. Jika kita tidak mahu bangkit, itu bererti kita belum cukup mahu.

Satu satu doa yang tidak lari daripada sasaran walau seinci ialah DOA pada waktu 1/3 malam.

Pembuktian dalam Al-Quran satu-satunya Solat Sunat yang diabadikan dalam Al-Quran adalah Solat Tahajjud:-

"Dan pada sebagian malam hari bersalat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji" (Q.S. 17:79 )

“Doa di Saat Tahajud Bagaikan Anak Panah Yang Melesat Tepat Mengenai Sasaran” (Imam Syafi’i)

Lihatlah bagaimana mudahnya bagi mu untuk mencari jalan keluar….

Mulai dari hari ini, marilah kita berazam untuk bertahajjud pada setiap hari.

Paksa diri untuk permulaan. Selepas seminggu, dua minggu dan 3 minggu, kita akan mula rindu jika meninggalkannya. Sungguh Tahajjud itu adalah sangat ajaib bagi yang tahu.

Semoga kita bersahabat sehingga ke Syurga. Amin.

👉 Tulisan asal oleh Puan Dzuriasikim Dzulkefli 👈




Sunday, May 7, 2023

10 Cara Untuk Kuatkan Hati Wanita

💖💖💖

1- Down macamana sekali pun, rajinkan diri untuk solat. Ya solat kunci untuk bahagia, penjemput rezeki, menguatkan dan menenangkan hati, pengubat jiwa. Tidak kira siapa pun diri kita dan apa pandangan orang terhadap kita.... kalau berasa kecewa, tertekan (stress), berasa runsing, berasa seolah sedang berada di tempat terbawah dalam hidup, sedih, ambil wuduk dan cepat-cepat solat.

2- Selalu sangat kita baca dan dengar pesanan jangan tinggal solat kan? Cuma selagi kita tidak melakukannya dengan istiqamah (iaitu berterusan) kita tidak akan dapat merasakan nikmatnya. You need to do to feel it. Jadi, "create habit" untuk solat. Ya, tips kedua adalah  Istiqamah dalam menunaikan solat.  

3- Lawan rasa sedih dan kecewa, marah semua itu seketika. Kadang kita kecewa kerana tidak dapat apa yang kita mahu. Padahal Allah sedang siapkan sesuatu yang lebih baik tanpa kita tahu. Berbaik sangka dengan Allah selalu.

4- Kadang juga kita berasa sangat down bila apa yang kita rancangkan tidak berlaku. Tanpa kita tahu Allah bukan sahaja sedang mempersiapkan sesuatu yang lebih baik dari yang kita mahu, bahkan sedang melindungi kita dari keburukan yang tidak kita tahu. 

5- Perasaan kita akan berubah-ubah selalu. Semua rasa sedih dan resah itu akan berlalu pergi dengan cepat nanti. Jangan lupa untuk berdoa begini setiap hari...

"Ya Allah, angkatlah segala kesedihan hati ku ini dan gantikanlah dengan khabar yang baik dan bahagia untuk kami"

Pernahkah anda berdoa untuk Allah buangkan rasa sedih setiap hari? Jika belum, jom amalkan. Yakinlah bahawa sangat mudah bagi Allah untuk membuang rasa sedih, marah, kecewa bahkan rasa sayang yang keterlaluan mu kepada makhluk dan harta.

6- Jangan lupa untuk berzikir dan berselawatlah selalu dalam hati. Tidak semestinya kita perlu duduk di sejadah. Sebut dalam hati selalu ya. InsyaAllah kita akan berasa lebih tenang nanti. Tidak perlu kuat dan tidak semestinya perlu ada tasbih di jari. Cukup hanya Allah tahu. Ingatlah, yang penting kita ikhlas.  

7- Bahagiakan diri dengan membahagiakan anak-anak, pasangan, adik-beradik dan sahabat handai selalu. Bahagiakan orang di sekeliling kita. Jika ada rezeki lebih, sentiasa utamakan adik-beradik dan ibubapa, pasangan dan anak-anak. Kemudian barulah orang lain ya. Membahagiakan orang adalah salah satu cara untuk "mengubat jiwa" kita sendiri. Cubalah...

8- Tidur awal supaya kita boleh bangun awal. Jika tidak dapat tidur awal kerana kekangan kerja atau tanggungjawab lain, dapatkan tidur yang berkualiti. Tidur boleh membuatkan anda tenang seketika. Nanti bangun awal juga ya. Kalau boleh cubalah untuk bangun bertahajjud pada pukul 3 atau 4 pagi. Jika tidak mampu, cubalah untuk bertahajjud sebelum Subuh. Tahajjud adalah "ubat jiwa" yang sangat sangat mujarab!  

You are going to be strong at heart!  InsyaAllah.

9- Sedekah. Kalau difikir dengan akal kita yang terbatas, rasa macam sedekah tak bersangkut dengan ketenangan kan? Tapi ketika bersedekah kita membahagiakan orang. Nanti boleh minta orang tu doakan yang baik-baik buat kita juga. Bukan sahaja kerana doa tetapi orang yang rajin bersedekah akan dimurahkan rezeki dengan berlipat ganda. Dan bahagia juga adalah rezeki bukan? Malah bahagia adalah lebih mahal dari wang.

10- Dalam keadaan apa sekali pun, buat baik selalu kepada semua orang. Biar orang salah anggap, biar kerja bertahun tidak naik pangkat, biar tidak disukai kerana kita tidak berharta, buat baik selalu. Orang yang sentiasa berbuat baik akan lebih mudah bahagia. Orang yang sentiasa berbuat baik tidak akan ada kesal dalam hatinya. Apabila tiada kesal, itulah kekuatan dan kebahagiaan.

Dan orang-orang yang tenang akan menang. Apabila hati kuat, jiwa akan lebih tenang.

👉 Tulisan asal oleh Puan Dzuriasikim Dzulkefli 👈




Saturday, May 6, 2023

Jangan Tertawakan Wanita Yang Bernikah Lambat

💖💖💖

Samada mereka ini belum mendapat jodoh biarpun usianya sudah banyak, atau mereka sudah pernah menikah dulu, kemudian ditakdirkan menjadi seorang ibu tunggal untuk tempoh yang lama.
  
Kamu harus tahu. Kadang bukan tidak ada yang mahu memperisterikan mereka. Tetapi mereka ini sangatlah berhati-hati dalam memilih pasangan. Kita bernikah bukan suka-suka. Bukan juga untuk sehari dua.

Kamu juga harus tahu, ada sangat banyak wanita yang bahagia biarpun tanpa pasangan. Dan ada sangat banyak juga wanita yang menangis setiap hari biarpun punya pasangan. Tidak semua wanita yang berumahtangga itu bahagia.  

Ternyata bahawa mempunyai pasangan itu bukanlah syarat untuk menjadi bahagia.

Orang yang tidak bahagia adalah orang yang sering meletakkan syarat untuk kebahagiaan mereka sendiri. Mahu miliki banyak perkara barulah mereka bahagia. Tetapi ada banyak orang yang sangat mudah menjadi bahagia tanpa ada banyak perkara dalam hidup.

Selagi kita redha dalam hidup.  
Selagi kita selalu tenang.
Selagi kita yakin dan sabar.

Bahwa jika tidak di dunia, pasti akan ada bahagian kita kelak nanti. InsyaAllah, kita akan tetap bahagia biarpun kelihatan kurang di mata manusia lain.

Kebahagian kita itu tidak perlu dipamerkan. Orang yang benar-benar bahagia tidak perlu mempamerkan kebahagian mereka. 
 
Happiness doesn’t needs approval.

Dan lagi… dalam keluarga kita ada anak perempuan, adik perempuan, kakak, bahkan ibu malah isteri sendiri. Pasangan mereka adalah pinjaman. Suatu hari nanti barangkali juga akan menjadi seorang ibu berdikari atau lambat dinikahi.

Jodoh itu kan urusan Tuhan. Jangan perlekehkan apa sahaja urusan Tuhan. Kerana kita tidak pernah tahu apa-apa tentang itu. Tetapi Tuhan tidak pernah berikan yang tidak baik.

Biarpun sesuatu itu lewat hadir, ianya pastilah kerana untuk hal yang terbaik…InsyaAllah. Trust Allah ok.

👉 Tulisan asal oleh Puan Dzuriasikim Dzulkefli 👈




Friday, May 5, 2023

9 Pesanan Untuk Wanita

💖💖💖

1- Kurangkan meminta-minta pertolongan dari orang ya. Kerana di tangan orang yang salah, hutang budi mu akan diungkit-ungkit selalu.

2- Lelahnya menanti jodoh tidaklah berat berbanding dengan lelahnya menikah dengan orang yang salah. Maka banyakkanlah bersabar. Pasti jodoh mu akan tiba pada waktu yang tepat. Berdoa dan berikhtiar, kemudian berserah kepada Allah.

3- Pada akhirnya takdir Allah itu adalah yang terbaik. Walau terkadang perlu airmata untuk menerimanya.

4- Kadang kita merasakan kita sendirian. Padahal dalam sepi pun Tuhan tetap ada bersama kita. Dan sering menjaga kita.

5- Sebagai wanita, kamu tidak perlu mengajar lelaki untuk menghargai mu. Tidak perlu susah payah meminta mereka untuk membuktikan atau menunjukkan perasaan mereka terhadap mu. Tidak perlu meminta mereka agar sering mengirimkan mesej. Tidak perlu minta berikan perhatian. Apalagi mengemis agar diberikan barangan mahupun bunga dan bertanya bilakah kamu boleh menemui mereka. Jika seorang lelaki itu benar-benar menyayangi mu, mereka tahu apa yang perlu dilakukan untuk menghormati, menjaga dan menghargai hati mu. Wanita harus tahu ini ya.

6- Kita punya Allah untuk segala perasaan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. (Ulang baca).

7- Cantik itu ujian. Kurang cantik juga adalah ujian. Namun apa yang Allah ciptakan itu tidak sia-sia. Jangan hanyut dalam pujian, dan jangan lemah dalam hinaan.

8- Selalu genggam kata-kata ini dalam hati… Allah tidak akan menyegerakan sesuatu, kecuali ianya baik buat kita. Dan tidak akan melambatkan-lambatkan sesuatu, kecuali itu yang terbaik buat kita.

9- Mulai sekarang, perbaiki hidup mu. Upgrade diri dan jadilah versi terbaik mu. Fahami bahawa manusia datang dan pergi. Jangan overthinking. Percaya takdir Allah. Tinggalkan segala perkara yang membuat mu sedih. Tentukan jalan bahagia mu sendiri…

👉 Tulisan asal oleh Puan Dzuriasikim Dzulkefli 👈




Thursday, May 4, 2023

Allah Ada

💖💖💖

Berapa kali kita kecewa dalam hidup? 

Minta kerja tak dapat. Bercinta, putus di tengah jalan. Ditipu oleh orang yang tidak jujur. Dikhianati kawan atau orang yang kita sayang. Putus tunang. Berpisah dengan pasangan. Difitnah. Gagal dalam perniagaan. Bekerja tetapi tidak dibayar gaji.
  
Saya pernah menangis hingga rasa nak muntah dan terbatuk kerana kecewa.
Ketika menangis itu saya rasa seolah.... 

Kenapalah saya perlu melalui semua ini dalam hidup. Kenapa berkali-kali. What have I done wrong? Kenapa perlu jumpa orang kemudian kita sayang dan orang yang kita sayang itulah yang paling menyakitkan kita. Rasa nak undur balik masa dan betulkan semua keadaan.

Kadang kita berasa perit dan ketika kita sedang dikecewakan oleh orang yang kita sayangi itu, kita akan berfikir seolah kita tidak akan berjumpa orang lain yang lebih baik lagi. 
 
"Like there is no one else going to take your place in my heart"
Lebih kurang macam tu lah kecewanya kita.

Tetapi sebulan, dua bulan selepas tu... Lama-lama saya dah jadi tenang semula. Saya sudah mula mencari semula siapa diri saya. I keep moving on slowly. Tidak mudah, tetapi saya teruskan juga.

Dan saya mula jumpa banyak perkara yang lebih baik. Pekerjaan yang lebih baik. Rezeki yang lebih baik. Pencapaian yang lebih baik. Sahabat yang lebih baik. Jalan hidup yang lebih baik. Tempat tinggal yang lebih baik. Dapat berikan anak-anak banyak keperluan yang jauh lebih baik. Dan banyak lagi yang baik baik belaka.

Saya juga telah mula kenal dengan banyak orang dan berada dalam “new circle” yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Kehidupan yang semakin selesa dan mula belajar untuk menjadi lebih bahagia.

Akhirnya saya belajar satu perkara.
  
Bahawa Tuhan tidak pernah mengambil sesuatu dari kita tanpa menggantikannya dengan yang lebih baik. Belajar untuk merasa sakit kerana kehilangan sesuatu tanpa disangka-sangka. Dan menerima sesuatu dengan cara yang tidak pernah kita sangka juga.

Banyak pertemuan yang tidak dirancang dalam hidup akan berlaku. Banyak rezeki yang tidak pernah kita terfikir akan kita terima. Apa yang kita jangka mengikut akal fikiran kita, langsung tidak sama dengan cara Allah memberi.

Sudah acap kali benar kita dengar...

Jangan takut, rezeki dari Allah.
Jangan takut, sebab Allah tidak pernah zalim.
Jangan takut, sebab Allah tidak pernah menduga melebihi dari apa yang kita mampu.
Jangan takut, sebab apa yang Allah ambil pasti Allah gantikan dengan yang lebih baik.

Tetapi kita tetap bimbang, sedih, resah.  
Sibuk memikirkan masa hadapan yang tidak pasti. Dan sering menangis tersesak-esak seorang diri.

Meletakkan diri kepada rasa tawakkal itu sukar sebenarnya. Kerana itulah ujian akan datang bertimpa dalam hidup kita. Sehingga kita akhirnya akan putus asa dengan manusia.  

Dan saat itu barulah kita akan benar-benar faham. Bahawa cukup dengan Allah. Cukup hanya Allah. 

Dan akhirnya kita akan tahu, bahawa tidak ada satupun cabaran hidup itu datangnya sia-sia. Melainkan untuk mengajar dan mendidik hati kita agar menjadi lebih kuat, lebih tenang, lebih tahu erti bersyukur, lebih menghargai setiap orang yang hadir dalam hidup kita, lebih mahu menikmati moments dalam hidup... dan segalanya yang baik-baik sahaja.

Untuk itu, tenang aja semuanya.
Suatu hari, bahagia pasti akan tiba juga.
Jika tidak di dunia, pasti segala airmata mu akan terbalas di Syurga.

Amin Ya Rabbal Alamin. 

👉 Tulisan asal oleh Puan Dzuriasikim Dzulkefli 👈



Wednesday, May 3, 2023

Strong Women Tidak Pernah Putus Asa

💖💖💖

Hidup ini sebenarnya tidak mudah. Bukan juga terlalu sulit.

Asal kita tahu di mana sebaiknya kita harus meletakkan pergantungan, agar tidak timbul kesal di kemudian hari. Jangan berharap sangat kepada manusia. Sehingga kamu merasakan tidak akan ada siapa pun yang faham tentang kamu melainkan seorang manusia yang kamu harapkan itu.

Itu tidak benar.

Kita sebenarnya punya pengetahuan yang terbatas tentang diri kita. Apa lagi tentang kemampuan kita.

Kita juga tidak tahu apa pun tentang orang yang kita fikir kita kenal termasuk pasangan kita.

Seringkali, keyakinan kita sendiri yang membuatkan kita jadi kecewa. Anda faham bukan…

Untuk itu, tenang-tenang selalu. Jangan meletakkan terlalu tinggi harapan untuk banyak perkara dalam hidup. Setelah kamu berikan yang terbaik, berusaha dengan baik, berserah dan berdoalah kepada Tuhan. Dan jalanilah hidup dengan perlahan-lahan.

Barangkali langkah mu kecil dan lemah. Tetapi tetaplah terus melangkah. Barangkali juga ada banyak yang pergi meninggalkan mu sewaktu susah. Namun, tetaplah tabah.

Nanti kamu akan tahu, bahawa tidak ada satu pun yang Tuhan izinkan terjadi melainkan untuk hal yang terbaik bagi mu. 
Jika kamu bersabar, kamu tidak akan pernah kesal.

Strong women itu, tidak pernah putus asa 

👉 Tulisan asal oleh Puan Dzuriasikim Dzulkefli 👈



Tuesday, May 2, 2023

Khusus Untuk Wanita Agar Kamu Lebih Tenang

💖💖💖

1- Salah satu cara untuk menghilangkan rasa sakit di hati adalah dengan menerima kenyataan bahawa tidak ada sesuatu yang terjadi di dunia ini melainkan dengan izin Allah. Ulang baca ini.

2- Jangan terlalu mencintai. Jangan terlalu banyak berfikir. Jangan terlalu percaya. Kerana “terlalu banyak” itulah yang akan menyakitkan mu.

3- Manusia itu seperti buku. Ada yang “menipu” kita dengan sampulnya. Ada yang membuat kita kagum dengan isinya. Berhati-hati selalu.

4- Cara paling mudah untuk menjadi tidak bahagia adalah dengan membandingkan diri mu dengan orang lain. Untuk itu, bersyukurlah dengan apa yang kita masih ada.

5- Kalau kita sudah mencintai Allah lebih dari segala-galanya, Allah akan menggerakkan hati hamba hambaNya yang terbaik untuk mencintai kita dengan cara yang paling baik, diwaktu yang paling tepat. Dengan cara dan dalam bentuk yang tidak pernah kita bayangkan. Trust Allah selalu ya.

6- Jangan sampai wang mu mengubah nada bicara mu. Dan jangan sampai gelar mu mengubah gaya bicara mu. Tetaplah menjadi seorang yang rendah hati selalu.

7- Jika di saat ini kamu merasakan stress, depresi, cemas, khuatir, takut, tidak aman, tidak nyaman, sepi, hampa, diabaikan, dilupakan, disalah ertikan, tersingkir, tidak disayangi, tidak dipedulikan, tidak berdaya, tidak dimengerti, tidak didengari, tidak dihargai, tidak dipandang bahkan apa pun…. Ketahuilah bahawa itu adalah isyarat dari badan, jiwa dan hati mu sendiri untuk kembali kepada Allah dengan bersungguh-sungguh (Al-Inabah, returning to Allah).

8- Kita ini sedang hidup di zaman orang menilai kita tanpa tahu siapa kita yang sebenarnya. Maka belajarlah untuk menjadi seorang pemaaf, berhentilah menjadi pembenci dan teruslah belajar untuk memperbaiki diri.

9- Ketika kamu dijauhi teman atau orang orang di sekitar mu, padahal kamu merasakan bahwa kamu tidak berbuat salah. Itu tandanya Allah sedang melindungi mu. Melindungi dari apa? Bukankah segalanya kelihatan baik baik sahaja? Allah mengetahui perbicaraan yang tidak kita ketahui di belakang. Allah mengambil teman teman dan orang orang di sekitar mu agar kamu tidak dijatuhkan oleh mereka. “Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui…” (Al Baqarah 232)

10- Bahagia itu sederhana. Jangan berharap kepada apa yang di luar kawalan manusia. Senang seadanya. Sedih sewajarnya. Dan bersyukurlah dengan sebanyak-banyaknya.

Jangan menangis ya…

👉 Tulisan asal oleh Puan Dzuriasikim Dzulkefli 👈