Assalam
& hai bestie!
Hujung
hujung bulan Syawal ni ada yang kemurungan ke, tengok nombor kat penimbang
makin naik? Entri kali ini saya nak share info tentang cara tingkatkan metabolisma badan. Mungkin tips yang akan saya kongsikan ini dapat bantu 'membakar' semua
kalori yang menimbun hasil makan lemang, ketupat, rendang, sate, dan kuah
kacang selama 3 minggu beraya.
Metabolisma
ialah satu proses dimana makanan yang kita makan ditukarkan kepada tenaga untuk
diguna pakai dalam menjalankan fungsi tubuh seperti bernafas, berfikir,
bergerak, dan lain-lain. Kadar metabolisma badan kita ditentukan oleh BMR
(Basal Metabolic Rate), iaitu jumlah kalori yang diperlukan oleh badan untuk melakukan fungsi asas semasa dalam
keadaan rehat. BMR yang rendah bermaksud individu tersebut mempunyai kadar
metabolisma yang rendah, dimana jumlah kalori yang dibakar adalah sedikit
berbanding individu yang mempunyai kadar metabolisma tinggi.
TIPS UNTUK
ORANG NAK KURUS - 8 CARA TINGKATKAN METABOLISMA TUBUH BADAN
1. CUBA
SENAMAN AEROBIK DAN ZUMBA
Masalah metabolisma rendah boleh diperbaiki dengan aktiviti senaman seperti aerobik dan zumba. Luangkan masa sekurangnya 1 jam untuk bersenam, dan boleh di variasikan dengan aktiviti lain seperti berbasikal atau berenang 3 kali seminggu.
2. MAKAN
SARAPAN BERKHASIAT
Pengambilan sarapan pagi yang berkhasiat dengan kandungan protein tanpa lemak akan membantu kita berasa kenyang dan selesa sepanjang hari. Protein serta serat memerlukan waktu yang lebih lama untuk dicerna dan membantu mengekalkan kestabilan kadar gula dalam darah.
Cadangan
saya >>> telur rebus, ubi keledek rebus, overnight oat, smoothie avocado.
3. LEBIHKAN
PENGAMBILAN PROTEIN
Menurut laporan kajian oleh European Journal of Clinical Nutrition, wanita dewasa yang mengalami berat berlebihan memerlukan protein sekurang-kurangnya 30 gram semasa bersarapan pagi. Ini akan membuatkan mereka mempunyai kawalan glisemik yang lebih baik sepanjang hari.
Cadangan
saya >>> minum segelas Cinch Soy Protein Shaklee, diperkaya dengan Leucine yang
membantu membakar lemak tanpa kesan yo-yo. Leucine juga membantu membina dan
mengekalkan jisim otot tanpa lemak untuk pengurusan berat badan yang sihat.
Lebih banyak otot terbentuk, metabolisma semulajadi juga akan meningkat.
4. MINYAK
IKAN MENINGKATKAN METABOLISMA
Minyak ikan Omega Guard Shaklee mengandungi Omega-3 yang mampu meningkatkan kadar metabolisma dan mempercepatkan proses pembakaran lemak. Ia juga meningkatkan kesensitifan insulin tubuh untuk mengawalselia simpanan lemak. Manfaat lain Omega-3 adalah menstimulasi pengeluaran Leptin, hormon yang memicu rasa kenyang. Jadi kita akan lebih cepat berhenti makan.
5. MINUM AIR
DENGAN KERAP
Walaupun kalori tambahan yang dibakar dengan minum segelas air tidak banyak, namun ia boleh membantu tingkatkan metabolisme tubuh anda dengan selamat.
Meminum 8
gelas air putih seperti yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu
tubuh kita untuk berfungsi pada tahap optimum.
6. BERDIRI
SEKEJAP SEMASA BEKERJA
Tahukah anda, berdiri sekejap boleh bantu tingkatkan metabolisme badan? Orang dewasa yang melakukan kerja sambil berdiri boleh membantu membakar lebih banyak kalori. Sekiranya anda bekerja duduk mengadap komputer, mungkin sesekali boleh berdiri atau berjalan seketika sambil menghirup udara segar.
Semakin kita
aktif bergerak, semakin banyak tenaga yang digunakan. Maksudnya, jumlah kalori
yang terbakar juga banyak dan dapat mengelakkan ia menimbun jadi lemak.
7. KETAWA
BOLEH TINGKATKAN METABOLISMA BADAN
Ketawa merupakan senaman ringan yang boleh membantu anda membakar sekurang-kurangnya 10 ke 20% kalori berbanding anda berwajah ketat setiap masa.
Jadi,
carilah rakan sekerja yang kelakar untuk keluar bersama atau buat panggilan
telefon kepada rakan yang boleh buat anda ketawa. Kalau takde kawan yang boleh
buat kita ketawa, balik kerja layanlah movie yang kelakar.
8. TIDUR
MENINGKATKAN METABOLISMA
Tidur mempengaruhi dua hormon selera makan yang penting dalam badan kita.
Penyelidik
di Universiti Stanford mendapati, orang yang mengalami kekurangan jam tidur
akan mendapat peningkatan ketara dalam indeks jisim badan mereka. Ini
disebabkan oleh peningkatan tahap Ghrelin dan pengurangan Leptin. Jadi,
pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 7 atau 8 jam setiap malam untuk
mengekalkan metabolisma yang sihat.
Masalah metabolisma rendah boleh diperbaiki dengan aktiviti senaman seperti aerobik dan zumba. Luangkan masa sekurangnya 1 jam untuk bersenam, dan boleh di variasikan dengan aktiviti lain seperti berbasikal atau berenang 3 kali seminggu.
Pengambilan sarapan pagi yang berkhasiat dengan kandungan protein tanpa lemak akan membantu kita berasa kenyang dan selesa sepanjang hari. Protein serta serat memerlukan waktu yang lebih lama untuk dicerna dan membantu mengekalkan kestabilan kadar gula dalam darah.
Menurut laporan kajian oleh European Journal of Clinical Nutrition, wanita dewasa yang mengalami berat berlebihan memerlukan protein sekurang-kurangnya 30 gram semasa bersarapan pagi. Ini akan membuatkan mereka mempunyai kawalan glisemik yang lebih baik sepanjang hari.
Minyak ikan Omega Guard Shaklee mengandungi Omega-3 yang mampu meningkatkan kadar metabolisma dan mempercepatkan proses pembakaran lemak. Ia juga meningkatkan kesensitifan insulin tubuh untuk mengawalselia simpanan lemak. Manfaat lain Omega-3 adalah menstimulasi pengeluaran Leptin, hormon yang memicu rasa kenyang. Jadi kita akan lebih cepat berhenti makan.
Walaupun kalori tambahan yang dibakar dengan minum segelas air tidak banyak, namun ia boleh membantu tingkatkan metabolisme tubuh anda dengan selamat.
Tahukah anda, berdiri sekejap boleh bantu tingkatkan metabolisme badan? Orang dewasa yang melakukan kerja sambil berdiri boleh membantu membakar lebih banyak kalori. Sekiranya anda bekerja duduk mengadap komputer, mungkin sesekali boleh berdiri atau berjalan seketika sambil menghirup udara segar.
Ketawa merupakan senaman ringan yang boleh membantu anda membakar sekurang-kurangnya 10 ke 20% kalori berbanding anda berwajah ketat setiap masa.
Tidur mempengaruhi dua hormon selera makan yang penting dalam badan kita.
- Leptin - hormon yang mengurangkan selera makan. Ketika leptin tinggi, kita biasanya merasa lebih kenyang.
- Ghrelin - hormon yang merangsang selera makan, juga disebut 'hormon kelaparan'.
Masalah peningkatan berat badan selepas raya masih boleh diatasi dengan cara pemakanan yang baik serta senaman yang sesuai.
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.
PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
No comments:
Post a Comment