Penafian

Kepada follower yang Cik Faz hormati,

 

Penulisan di dalam blog ini adalah berbentuk perkongsian peribadi untuk tujuan kesedaran sahaja dan tidak bertujuan sebagai diagnosis, rawatan, atau preskripsi. Ia bukanlah pengganti nasihat perubatan profesional, dan tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis atau merawat masalah kesihatan tanpa berunding dengan pengamal perubatan yang bertauliah.

 

Saya happy berkongsi dengan anda tips kecutkan fibroid yang selamat dan berkesan keatas diri saya. Walaubagaimanapun, tidak ada jaminan kaedah yang saya kongsikan di sini akan menghasilkan keputusan yang serupa pada semua orang.

 

Harap maklum, fungsi makanan tambahan (supplement) adalah untuk melengkapkan nutrisi atau vitamin dan mineral yang kurang dalam badan. Kesan pengambilan supplement juga berbeza-beza antara individu bergantung kepada corak pemakanan, gaya hidup dan faktor-faktor lain.

 

Selain itu, saya tidak bertanggungjawab diatas sebarang kerugian akibat salah faham atau penyalahgunaan maklumat yang terdapat dalam blog ini. Apa jua keputusan yang anda pilih, ia adalah tanggungjawab anda sepenuhnya. Sekiranya anda mengesyaki mempunyai masalah kesihatan, sila rujuk doktor anda untuk diagnosis dan rawatan sewajarnya.

 

Berkenaan laman web pihak ketiga yang dinyatakan sebagai rujukan di dalam blog ini, saya juga tidak bertanggungjawab keatas content mereka.