Thursday, September 28, 2023

10 Kepentingan Vitamin C Shaklee Untuk Kesihatan


Vitamin C adalah antara vitamin yang paling kerap diambil oleh mereka yang prihatin dengan kesihatan. Ia merupakan nutrien penting untuk pelbagai fungsi utama fisiologi berikut:
  1. Meningkatkan fungsi imun. Vitamin C menguatkan sistem pertahanan tubuh badan bagi mengelak risiko terkena jangkitan virus dan bakteria.
  2. Membantu penyerapan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang mencukupi
  3. Mempercepatkan pemulihan dari selsema dengan mengurangkan kadar jangkitan sebanyak 50%.
  4. Menyokong kesihatan dan kecantikan kulit secara semulajadi
  5. Membantu penghasilan kolagen untuk kesihatan salur darah, otot, sendi, struktur tulang serta tisu penghubung
  6. Mempercepatkan proses penyembuhan luka dengan menghasilkan protein kolagen
  7. Memperbaiki dan menghasilkan sel tisu baru
  8. Mengekalkan kesihatan gigi dan gusi
  9. Berfungsi sebagai antioksida yang melindungi sel-sel badan dari radikal bebas. Kerosakan atau mutasi sel kesan radikal bebas dipercayai menyumbang kepada penuaan dan pencetus penyakit kronik.
  10. Membantu mengawal tekanan darah dan tahap kolesterol sihat

Bagaimana Memilih Supplement Vitamin C Yang Tepat Dan Selamat?
Badan kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C sendiri. Jadi kita perlu pastikan badan mendapat bekalan Vitamin C harian sama ada dari makanan atau supplement. Oleh kerana terdapat banyak jenama Vitamin C di pasaran, saya kongsikan tips memilih supplement Vitamin C yang perlu anda ketahui.


1. Mempunyai Sistem Pelepasan Berperingkat
Vitamin C adalah vitamin larut air. Jadi ia mudah disingkirkan oleh air kencing dan tidak dapat bertahan untuk jangka masa lama di dalam badan. Pengambilan dos yang tinggi pula bukanlah solusi dan cuma menyebabkan pembaziran kerana badan kita hanya akan menyerap vitamin sekadar yang diperlukan. Sistem pelepasan berperingkat akan memastikan dos Vitamin C dilepaskan sedikit demi sedikit supaya badan kita mendapat manfaat penuh daripada nutrien ini.


2. Pilih Vitamin C Yang Mengandungi Bioflavonoid
Bioflavonoid adalah antioksida yang hanya terdapat dalam tumbuhan dan buah citrus. Kandungan bioflavonoid sangat penting bagi menyokong fungsi dan penyerapan Vitamin C. Ia berfungsi melindungi Vitamin C di dalam tablet daripada teroksida (rosak), serta bagi meningkatkan penyerapan Vitamin C oleh badan. Contoh bioflavonoid semulajadi adalah serat putih yang terdapat pada lapisan dalam kulit oren dan lemon. Tapi selalunya kita buang jer serat putih ni kan?


3. Pilih Vitamin C Dari Sumber Semulajadi
Tujuan kita mengambil Vitamin C tentunya untuk kesihatan tubuh badan. Jadi pastikan pilih Vitamin C dari sumber semulajadi yang bebas dari kandungan Gula, Pewarna dan Pengawet tiruan supaya kita boleh mendapat semua kebaikan vitamin ini untuk kulit lebih cantik dan semestinya juga untuk pertahanan tubuh badan.


4. Pilih Vitamin C Yang Tak Pedihkan Perut
Bagi sesetengah orang yang mempunyai perut sensitif, mereka mungkin agak risau untuk mengambil Vitamin C kerana bimbang menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Jadi sebab itulah penting untuk pilih Vitamin C yang sesuai dan selesa pada perut.


5. Mengandungi Dos Vitamin C Yang Diperlukan Dalam Satu Tablet
Dos vitamin C yang diperlukan oleh badan kita agar dapat berfungsi dengan baik adalah 500mg setiap hari. Kekurangan Vitamin C boleh menimbulkan masalah kesihatan seperti;
  • Anemia
  • Keletihan dan kelesuan
  • Pendarahan dalaman (lebam blue-black di bahagian tertentu badan)
  • Sakit pada anggota badan terutama bahagian sendi kaki
  • Mudah selsema, batuk atau demam (antibodi tidak kuat)
  • Kulit kusam dan kering
  • Risiko kehilangan gigi dan ulser gusi

Bagi yang masih tercari-cari supplement Vitamin C yang berkualiti, saya cadangkan anda dapatkan Vitamin C Shaklee, iaitu Sustained Release Vita-C Plus yang menepati semua ciri-ciri diatas:
  • Setiap 1 tablet mengandungi 120mg Citrus Bioflavonoid dengan 553mg Vitamin C
  • Mempunyai sistem pelepasan berperingkat (sustain release) dimana 100mg Vitamin C akan dilepaskan setiap jam, sepanjang 5 jam bagi memastikan penyerapan maksimum oleh badan.
  • Sumber semulajadi dari ekstrak jagung yang tidak menyebabkan pedih perut.


Saya sertakan juga beberapa testimoni pengguna yang sudah lama mengamalkan Vitamin C Shaklee untuk rujukan.








💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


Sunday, September 10, 2023

Set Hamil Shaklee: Nutrisi Wanita Mengandung Sihat Dan Ceria

Umum tahu, kebanyakan doktor akan mengesyorkan wanita mengandung untuk mengambil supplement tambahan bagi menyokong kesihatan ibu dan janin yang sedang membesar. 

Ini kerana wanita mengandung memerlukan banyak nutrisi tambahan seperti Kalsium, Zat Besi, DHA/EPA, Folat, Vitamin C dan nutrien lain. Khasiat yang mencukupi dapat mengurangkan risiko ibu dan bayi terdedah kepada komplikasi semasa dan selepas kehamilan.


Posting kali ini saya kongsikan manfaat Set Mengandung Shaklee Mama Wellness untuk kebaikan ibu dan juga bayi.

1. PROTEIN (ESP)
Protein soya ESP membantu wanita mengandung dalam:
  • Meningkatkan tenaga dan kecergasan ibu
  • Menyokong kesihatan tisu payudara dan rahim optimum bagi ibu semasa hamil.
  • Pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat terutama semasa trimester kedua dan ketiga dimana bayi anda menjalani proses tumbesaran yang pesat.
  • Menyokong kesihatan kulit (mengurangkan stretch mark)
  • Mengawal paras gula dalam darah
  • Mengawal nafsu makan (elakkan ibu makan makanan kurang berkhasiat)
  • Meningkatkan penghasilan susu badan. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan protein 2 kali ganda lebih banyak.
  • Sebagai blok binaan sel, protein mempercepatkan penyembuhan luka dan pemulihan.


2. KALSIUM (OSTENUTRIX)
Ketika hamil, bayi akan mengambil kalsium dari ibu untuk membina tulangnya. Jadi, keperluan kalsium bagi wanita mengandung akan meningkat kepada sekurang-kurangnya tiga hidangan sehari untuk:
  • Perkembangan tulang dan gigi bayi yang sihat
  • Melindungi ibu daripada kehilangan ketumpatan tulang semasa kehamilan dan penyusuan.
  • Mengembalikan simpanan kalsium ibu bagi mengurangkan risiko osteoporosis apabila tua.
  • Mengurangkan risiko kekejangan otot


3. MULTIVITAMIN + ZAT BESI (VITA-LIZE)
Merupakan vitamin dan mineral perlu yang sangat penting bagi wanita mengandung yang membantu untuk:
  • Melengkapkan jurang nutrisi ibu supaya kedua ibu dan bayi mendapat semua nutrien perlu bagi mengekalkan kesihatan ditahap optimum.
  • Zat besi berfungsi untuk mencegah anemia pada ibu. Ia penting untuk membekalkan oksigen dan proses penghasilan sel darah merah pada bayi.
  • Penghasilan susu badan yang penuh nutrisi bagi menyokong tumbesaran bayi sihat.
**Bahaya anemia bagi wanita mengandung - meningkatkan risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kurang berat badan, dan komplikasi yang lebih serius kebarangkalian ibu meninggal dunia.


4. VITAMIN B + ASID FOLIK
Vitamin B complex yang lengkap dengan vitamin B12, folat, vitamin B6, biotin, asid pantotenik, niasin, tiamin dan riboflavin adalah penting untuk kesihatan ibu dan bayi kerana:
  • Mengurangkan risiko anemia (B12 dan Folat)
  • Meningkatkan tenaga semulajadi untuk ibu dan bayi yang membesar dalam kandungan.
  • Asid folik diperlukan bagi mengurangkan kecacatan kelahiran seperti kecacatan tiub saraf tulang belakang dan otak terutama semasa peringkat awal kehamilan.
  • Mengurangkan kemurungan dan menstabilkan emosi ibu selepas bersalin.
  • Menyokong perkembangan sistem saraf dan fungsi motor yang sihat pada bayi.
**Asid folik perlu diambil 3 bulan sebelum kehamilan bagi memastikan bayi mendapat zat lengkap ketika dalam kandungan.


5. VITAMIN C
Selain bertindak sebagai antioksida dan meningkatkan penghasilan sel imun, vitamin C sangat penting bagi wanita mengandung untuk:
  • Membantu pembentukan tisu penghubung, pertumbuhan otot dan tulang.
  • Menyokong penyerapan zat besi untuk penghasilan sel darah merah yang mencukupi.
  • Menyokong pembentukan kolagen yang menjadi bahagian penting dalam salur darah.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Menguatkan perlindungan imun ibu dan bayi


Lebih menarik lagi, Set Mama Wellness ini didatangkan dengan produk EMBUN yang diformulasi secara eksklusif oleh Tanamera, pengeluar produk penjagaan diri semulajadi terkenal Malaysia khas untuk Shaklee. EMBUN diinspirasikan daripada bahan botani Asia, menerapkan amalan kesihatan tradisi dengan inovasi moden, bebas bahan kimia merbahaya, pewangi atau pewarna tiruan. EMBUN dirumus secara eksklusif menggunakan Halia Bentong, khas untuk kegunaan wanita mengandung dan selepas bersalin.

EMBUN PRENATAL MAMA WELLNESS


EMBUN POSTNATAL MAMA WELLNESS


Selepas bersalin, ibu disarankan untuk tetap mengamalkan vitamin yang diambil semasa mengandung dengan DUA supplement tambahan berikut:

6. ASID LEMAK OMEGA-3 (OMEGA GUARD)
DHA dan EPA didalam asid lemak Omega-3 adalah sangat penting untuk:
  • Menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf bayi.
  • Menyokong kesihatan mental ibu (merendahkan risiko ibu mengalami simptom gangguan emosi selepas bersalin.
  • Mencegah keradangan


7. ALFALFA
Selain menjadi penggalak susu semulajadi yang hebat, Alfalfa juga terkenal dengan pelbagai manfaat seperti:
  • Nutrisi kepada ibu untuk menyokong penyembuhan lebih cepat
  • Menggalakkan penghasilan susu ibu secara semulajadi
  • Seratnya membantu mengawalatur pembuangan air besar selepas bersalin.


Untuk pengetahuan semua, vitamin-vitamin dalam Set Mama Wellness Shaklee ini memang menjadi pilihan ibu-ibu di Malaysia kerana ia terbukti efektif dan selamat untuk diamalkan. Saya sertakan beberapa testimoni Set Mengandung Shaklee untuk rujukan.






KESIMPULAN
Wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil Vitamin setiap hari, dari sebelum mengandung, sepanjang tempoh mengandung, dan semasa menyusukan bayi. Bagi ibu yang melakukan penyusuan eksklusif pula, manfaat vitamin yang dimakan dan disalurkan melalui susu akan menyokong tumbesaran bayi yang sihat.

Hakikatnya, supplement Mama Wellness yang terdiri daripada; 
  • Protein Soya ESP
  • Vitamin B dengan Asid Folik
  • Ostenutrix
  • Vita-Lize
  • Vitamin C
  • Omega Guard
adalah vitamin-vitamin asas yang diperlukan wanita di setiap peringkat kehidupan.

Jadi, pengambilan vitamin disamping makanan berkhasiat dapat membantu wanita mengandung untuk mengekalkan berat badan seimbang bagi menyokong kesihatan ibu dan perkembangan bayi. Paling penting, pilih supplement yang halal, selamat dan bernutrisi lengkap. Tentunya Shaklee!

click to enlarge

💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


Tuesday, September 5, 2023

Senarai Barang Keperluan Wanita Mengandung

Ingat lagi tak entri CoQ10 vitamin kesuburan yang saya kongsikan sebelum ini? Setiap pasangan berkahwin pastinya sangat teruja menyambut kehadiran cahaya mata pertama. Bagi memulakan fasa baru dalam kehidupan, bakal mommy dan daddy perlulah menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal.


Ketika mengandung, wanita akan mengalami banyak perubahan emosi dan juga bentuk badan. Jadi sudah tentu ada keperluan spesifik untuk wanita mengandung. Posting kali ini saya kongsikan checklist barang keperluan untuk wanita yang bakal bergelar ibu disepanjang kehamilan.
 
TRIMESTER PERTAMA
  1. Vitamin pranatal - Penting diamalkan dari awal sampai full term, bagi membekalkan tubuh ibu dengan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kehamilan sihat.
  2. Botol air - Bagi wanita mengandung, disyorkan minum air lebih 2 liter sehari (10-12 gelas). Dehidrasi semasa hamil boleh menyebabkan paras rendah cecair amnion yang akan mempengaruhi perkembangan bayi dalam kandungan.
  3. Disposable plastic bag - standby untuk bekas muntah bagi wanita yang mengalami alahan teruk.
  4. Minyak angin / Vicks - ini pun berguna bagi yang mabuk teruk.
  5. Anti-nausea wristband - untuk melegakan morning sickness kalau taknak bau minyak angin. Boleh dibasuh dan diguna semula.
  

TRIMESTER KEDUA / KETIGA
  1. U-shape pregnancy pillow - memberi keselesaan dan sokongan postur badan semasa tidur. Membantu mengurangkan sakit belakang, mengurangkan tekanan pada bahagian leher, bahu, perut, pinggang dan kaki.
  2. Maternity bra - sebab saiz payudara juga akan bertambah saiznya semasa mengandung.
  3. Maternity clothing - baju yang sesuai dan seluar yang boleh diregang pada bahagian pinggang
  4. Maternity underwear
  5. Maternity belt - untuk menyokong perut bila dah semakin besar and berat, boleh kurangkan sakit pinggang. Lepas bersalin dalam pantang pun boleh guna juga.
  6. Weight scale - untuk pantau berat badan. Pertambahan berat badan secara mendadak berkemungkinan menandakan ibu mempunyai masalah kencing manis atau darah tinggi. Ibu yang terlalu kurus pula berisiko melahirkan bayi kurang berat badan iaitu 2.5kg ke bawah.
  7. Blood glucose meter - untuk monitor bacaan gula
  8. Blood pressure meter - untuk monitor tekanan darah
  9. Compression socks - untuk mengurangkan bengkak pada kaki dan melancarkan peredaran darah.
  10. Kasut yang sesuai - beli kasut yang selesa untuk menampung berat badan wanita mengandung.
  11. Yoga ball - untuk exercise kurangkan sakit pinggang, especially bila dah dekat nak bersalin.
  12. Relaxing Magnesium Gel (Shaklee ft. Tanamera) - untuk elakkan kejang otot & meningkatkan kualiti tidur.
  13. Smooth Tummy Oil (Shaklee ft. Tanamera) - untuk mengurangkan tanda regangan dan kekeringan kulit yang disebabkan oleh hormon kehamilan.
  14. Heat patch - untuk melegakan sakit belakang
  15. Minyak panas (herbanika nona rugoy)




Bila dah hampir due date bersalin, maknanya perlu sediakan hospital bag. Buat persiapan awal supaya tak kelam kabut atau tertinggal barangan penting. Pastikan beg hospital dah tersedia pada minggu ke-37 pregnancy.

PERSEDIAAN KE HOSPITAL (sediakan 2 beg)
 
(a) Untuk IBU
  1. Dokumen (buku check-up, kad pengenalan, sijil nikah, guarantee letter)
  2. Nursing bra (2-3 helai)
  3. Nursing pad & Nursing cover
  4. Stokin tebal (2-3 pasang), elakkan kaki daripada kesejukan
  5. Sweater / Cardigan
  6. Tudung sarung yang selesa dan mudah dipakai
  7. Panties pakai buang (5-10 helai)
  8. Maternity pad
  9. Kit penjagaan diri - berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, shampoo, sikat rambut, getah rambut, pelembab bibir, deodorant dan sebagainya.
  10. Tisu kering dan basah, untuk pelbagai kegunaan ibu dan bayi.
  11. Tuala mandi (jenis lembut dan ringan)
  12. Selipar yang tidak licin tapaknya
  13. Kain batik / Skirt
  14. Pakaian selesa (2-3 pasang termasuk baju untuk dipakai pulang ke rumah)
  15. Makanan pemberi tenaga (kurma, energy bars) & Prunes (elak sembelit)
  16. Minyak panas
  17. Telekung & buku doa-doa mudahkan bersalin
  18. Laundry bag (untuk asingkan baju kotor)
 
(b) Untuk BABY
  1. Newborn diapers (25 keping)
  2. Baju lengan pendek & seluar (2-3 pasang)
  3. Baju lengan panjang & seluar (2-3 pasang)
  4. Mitten dan Stokin (5 pasang)
  5. Kain bedung (2 helai)
  6. Kain barut (5 helai)
  7. Tuala kecil
  8. Topi
  9. Minyak telon & baby oil
  10. Barang mandian baby


Semoga senarai barang keperluan wanita mengandung ini bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan. Anda mungkin tidak mengetahui berapa lama akan berada di hospital kerana ia bergantung kepada proses kelahiran / bersalin, atau sekiranya ada sebarang komplikasi. Jadi, senarai ini boleh diubahsuai mengikut apa yang anda fikir bakal diperlukan sepanjang tempoh berada di hospital nanti.

Jumpa lagi di entri seterusnya.


💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023