Showing posts with label Protein Soya Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Protein Soya Shaklee. Show all posts

Tuesday, June 20, 2023

Cara Hilangkan Jeragat Dengan Bahan Semulajadi

Selain jerawat, jeragat juga menjadi masalah penampilan yang mempengaruhi keyakinan diri bila berada di khalayak umum.
 
Jeragat atau hiperpigmentasi disebabkan oleh penghasilan melanin secara berlebihan pada kulit. Melanin adalah pigmen semula jadi yang memberikan warna kulit, rambut dan mata kita. Apabila melanin berkumpul bersama-sama, ia membentuk tompok-tompok gelap di permukaan kulit dan mengakibatkan tona wajah menjadi tidak sekata.
 
Terdapat 3 jenis hiperpigmentasi, iaitu:
  • Bintik Matahari (sun spot) - Jenis hiperpigmentasi yang paling biasa, disebabkan oleh sel kulit menghasilkan lebihan melanin untuk melindungi kita daripada sinaran matahari dengan menyerap dan memantulkan cahaya ultraviolet (UV) yang berbahaya.
  • Melasma - Terjadi kerana hormon dan biasanya disebabkan oleh kehamilan, pil perancang atau rawatan hormon.
  • Hiperpigmentasi Selepas Keradangan - Hiperpigmentasi yang disebabkan oleh keradangan pada kulit akibat kecederaan atau keadaan kulit seperti jerawat dan ekzema.
 
Kadangkala, saiz jeragat yang kecil boleh menjadi besar dan bercantum dengan yang lain. Akibatnya, ia boleh memenuhi setiap ruang pada wajah. Jadi, langkah pertama yang wajib dan mesti dilakukan setiap hari adalah…. pakai sunscreen!
 
Tips Pakai Sunscreen Bila Keluar Rumah
Untuk mendapat kadar perlindungan yang betul seperti yang tertulis pada label SPF sunscreen, kuantiti yang perlu di apply adalah 2mg/cm2 (bersamaan 2 jari). Kalau jadi melekit, maknanya kena cari sunscreen yang sesuai dengan kulit.
 
Walaupun tak keluar rumah, kita sebenarnya masih wajib pakai suncreen kalau tak nak jeragat timbul. Sebabnya adalah kita terdedah dengan blue light dari gadjet.
 
Cahaya biru yang terpancar dari skrin telefon dan komputer yang kita gunakan boleh mempengaruhi mata dan perubahan dalam sel kulit wajah, termasuk pengecutan dan kematian sel. Faktor ini mempercepatkan proses penuaan. Pendedahan selama 60 minit sahaja mampu mencetuskan perubahan ini.
 
Selain pakai sunscreen, saya amalkan juga masker buatan sendiri. Bahan pilihan saya adalah Aloe Vera Gel dan Serbuk Kunyit. Guna serbuk kunyit yang untuk buat masker ya, bukan serbuk kunyit Adabi. Yang tu untuk masak hahaa.
 
Aloe Vera Gel dah nak habis, saya guna gel rose petal pulak.

Bagaimana Aloe Vera dan Kunyit membantu memudarkan tompok gelap dan mengatasi masalah pigmentasi di muka? Jom baca!
  
CARA HILANGKAN JERAGAT ATAU HIPERPIGMENTASI MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI

1. ALOE VERA
Aloe Vera mengandungi sejenis komponen kimia dikenali sebagai Aloin dan Aloesin. Gabungan tindakbalas Aloin dan Aloesin terhadap melanin terbukti mampu menjadikan kulit lebih cerah dari masa ke masa.

  • Aloin - memecahkan mendapan pigmen yang berlebihan.
  • Aloesin - menghalang kulit daripada menghasilka melanin secara berlebihan di kawasan yang dirawat pada masa hadapan.

Selain membantu melembapkan kulit kerana kandungan airnya, Aloe Vera juga mengandungi antioksida seperti selenium, zink, dan magnesium yang melindungi kulit daripada kerosakan akibat pendedahan matahari dan pencemaran.
 

2. SERBUK KUNYIT
Kunyit mengandungi Curcumin yang bersifat antioksidan, antibakteria dan anti-radang. Ini 5 khasiat Curcumin untuk kesihatan kulit yang diketahui.

(i) Mencerahkan Hiperpigmentasi.
Curcumin menghalang pengeluaran melanin, pigmen yang bertanggungjawab membentuk bintik-bintik gelap dan jenis hiperpigmentasi lain. Dengan penggunaan kerap, produk berasaskan kunyit boleh membantu jeragat ini hilang secara semula jadi dan memberikan kulit penampilan yang lebih sekata!

(ii) Menangani Kulit Kusam & Lingkaran Hitam Dibawah Mata.
Kuasa penulenan oleh Curcumin yang bersifat anti-radang dan antioksidan mampu mencerahkan kulit dengan serius. Ia meningkatkan peredaran mikro, menjadikan kulit lebih kuat dan lebih anjal.
 
(iii) Melindungi Daripada Kerosakan Alam Sekitar.
Pendedahan matahari, pencemaran dan perengsa luaran yang lain memberi laluan kepada terhasilnya radikal bebas. Kunyit yang penuh dengan antioksidan mampu membersihkan molekul yang merosakkan kulit ini dan mengurangkan kesan kerosakan dari persekitaran.

(iv) Membantu Menyembuhkan Jerawat.
Oleh kerana Curcumin bersifat antiseptik dan antibakteria, ia berkesan menghentikan pertumbuhan bakteria punca jerawat. Selain itu, sifat anti-radangnya menggalakkan proses penyembuhan lebih cepat.

(v) Mencegah Penuaan Pramatang.
Satu lagi manfaat utama kunyit untuk kulit ialah keupayaannya meningkatkan pengeluaran kolagen dan mempercepatkan keupayaan tubuh untuk membentuk tisu baru yang sihat! Jika pengeluaran kolagen semulajadi semakin perlahan, kulit menjadi kendur, garis-garis halus dan kedutan akan muncul.
 
 
BAHAYA!
Elakkan daripada menggunakan jus lemon atau larutan cuka epal secara direct ke atas kulit muka kerana boleh menyebabkan lapisan perlindungan semulajadi kulit (skin barrier) terhakis dan menjadi punca iritasi.
  
Biarkan masker kering 30 minit, then bilas.
Granul serbuk kunyit jadi exfoliator.

Untuk skincare pula, saya akan pilih produk formulasi khas atau mengandungi kombinasi bahan-bahan tertentu. Jadi sebelum pergi ke kaunter farmasi dan membeli produk hilangkan jeragat yang belum tentu berkesan, jom saya kongsikan apakah bahan-bahan yang boleh membantu mengatasi masalah jeragat. 
 
SENARAI BAHAN SKINCARE YANG BAGUS UNTUK MERAWAT MASALAH PIGMENTASI, TOMPOK HITAM, BEKAS JERAWAT, ATAU KULIT KUSAM.

1. ASID MANDELIK
Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana ia lebih lembut daripada produk lain. Ia juga memberikan hasil yang hebat pada jenis kulit yang lebih gelap dan bagi mereka yang mempunyai melasma.
 
Walaupun namanya menakutkan, Asid Mandelik sebenarnya diperbuat daripada badam. Ia adalah sejenis Asid Alfa Hidroksi (AHA), bahan yang digunakan dalam pelbagai produk penjagaan kulit daripada rawatan jerawat dan produk anti-penuaan.
 
Asid mandelik berfungsi sebagai ejen pengelupasan dengan melonggarkan sel-sel kulit mati yang seterusnya mendedahkan kulit yang lebih cerah di bawahnya. Ia juga menggalakkan pembaharuan sel kulit, jadi tona kulit yang lebih sekata boleh terhasil.
 
Bila apply mandelic acid, wajib layer dengan moisturiser.


2. ANTIOKSIDAN (berries extract, green tea... etc)
Penting dalam sebarang rutin penjagaan kulit untuk hiperpigmentasi. Ia melindungi kulit daripada pencemaran dan radikal bebas - molekul yang dilepaskan secara semulajadi oleh badan dan boleh menyebabkan kerosakan pada lipid, protein, dan DNA dalam proses yang disebut tekanan oksidatif.
 
Tekanan oksidatif berlaku akibat sinar UV, kurang tidur, pemakanan kurang nutrisi, merokok dan pelbagai sebab lain yang akan merosakkan kulit dan menyebabkan penuaan dan hiperpigmentasi.
 
Pilihan saya - produk penjagaan kulit YOUTH Shaklee yang diformulasi dari bahan botani semulajadi tinggi antioksidan.
 

pencuci muka YOUTH pudarkan pigmentasi


3. VITAMIN C
Sesuai untuk semua jenis kulit. Vitamin C yang paling stabil adalah asid askorbik, bertindak menyekat enzim Tyrosinase yang bertanggungjawab dalam pembentukan pigmen melanin di lapisan kulit paling atas (epidermis). Vitamin C juga sejenis antioksidan yang meningkatkan skin barrier, melindungi kulit dari pencemaran persekitaran dan sinar UV yang menyebabkan hiperpigmentasi.
 

4. NIACINAMIDE
Juga dikenali sebagai Vitamin B3, adalah sejenis bahan yang serba boleh. Larut air dan tidak merengsa, ia terbukti dapat memberikan hasil yang sangat baik untuk pelbagai masalah kulit termasuk hiperpigmentasi.
 
Niacinamide bertindak dengan mengurangkan pemindahan melanosom, sel yang bertanggungjawab bagi pengeluaran dan pemendapan melanin, pigmen kulit yang gelap. Ia melambatkan pengeluaran melanin sekaligus mengurangkan hiperpigmentasi dan menjadikan tona kulit sekata. Ia juga bagus untuk masalah jerawat kerana ia mengawal pengeluaran sebum dan bertindak sebagai bahan anti-radang yang boleh mengurangkan kemerahan pada kulit.
 

5. EKSTRAK AKAR LICORICE
Sesuai semua jenis kulit, malah sensitif. Ekstrak akar licorice secara semula jadi mengandungi bahan aktif dipanggil Glabridin yang mengurangkan pengeluaran melanin. Ia juga mempunyai ciri anti-radang dan antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan, membantu kulit pulih dan membaiki serta mencerahkan warna sedia ada.
  

6. ROSEHIP OIL
Minyak rosehip diperolehi daripada 'buah' bunga ros (yang dibawah kelopak). Ia kaya dengan Vitamin A (retinoid). Retinoid terkenal dengan keupayaannya untuk mengurangkan hiperpigmentasi dan tanda-tanda penuaan lain.

Minyak rosehip juga mengandungi kedua-dua Lycopene dan Beta Carotene. Bahan-bahan ini mempunyai ciri-ciri pencerahan kulit, menjadikannya bahan utama dalam banyak produk pencerah kulit.

Masa umur 20-an saya suka gunakan rosehip oil jenama Kosmea dari Australia. Teksturnya ringan, tak melekit, mudah diserap dan sangat berkesan memudarkan bekas jerawat. Tapi sekarang macam dah tak jumpa bila cari dekat Watsons atau Guardian.
 
Okay, selesai tips masker dan skincare. Sebenarnya rawatan jeragat secara topikal (luaran) akan lambat menampakkan hasil kalau kita tak perbaiki diet atau tanpa bantuan supplement. Jadi untuk penjagaan dalaman, saya senaraikan supplement Shaklee pilihan saya.
 
  • Vitamin B-complex. Ingat lagi Niacinamide (vitamin B3) yang mencerahkan kulit? Supplement B-complex Shaklee lengkap dengan semua Vitamin B dan asid folik yang diperlukan badan untuk kesihatan menyeluruh.
  • Sustained Release Vita-C Plus. Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan sendiri Vitamin C, jadi kita perlu mengambil supplement. Vitamin C diperlukan untuk biosintesis kolagen dan neurotransmitter tertentu, juga terlibat dalam metabolisma protein.
  • Energizing Soy Protein (ESP). Protein diperlukan untuk membina dan memperbaharui sel. Menyokong penghasilan glutathione yang membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari. ESP juga dilengkapi dengan Niacin. Sebab itu kebanyakan yang amalkan set ESP, Vitamin B dan Vitamin C mempunyai kulit sihat glowing semulajadi dari dalam.
  • Vivix dan Res-V. Keduanya mempunyai fomulasi Polifenol yang dipatenkan. Antioksidan terbaik yang telah diuji dalam Telomere study, mampu melindungi sel-sel badan hingga ke tahap DNA.

Manfaat antioksidan polifenol terbaik Vivix untuk kesihatan kulit.

Saya harap petua hilangkan jeragat dan pigmentasi yang saya kongsikan ini bermanfaat. Kita jumpa lagi di entri yang lain.

 
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
 
 
 

Friday, March 3, 2023

Protein Shake Untuk Puasa Yang Cergas Sepanjang Hari

Hai bestie! Dah dekat nak puasa ni, saya nak cerita tentang salah satu cabaran berpuasa iaitu lapar dan keletihan. Well… puasa bukanlah alasan kita jadi lesu dan kurang produktif, setuju?
 
Jadi, hari ni saya nak kongsikan menu sahur menggunakan protein powder Shaklee ESP dan Cinch Shake yang sangat mudah disediakan. Resipinya CEPAT, BERKHASIAT, SEDAP dan insha Allah dapat membantu kita cergas sepanjang menjalani ibadah puasa.

Resipi pertama, Energizing Soy Protein (ESP) overnight oat. Yang ni kita sediakan waktu malam lepas Tarawih, dah nama dia pun overnight kan. Selain buah-buahan, kismis tu bahan wajib untuk overnight oat yang lazat di setiap kunyahan.
 
 
Fruits combination pilihan saya untuk overnight oat yang sangat sedap - Strawberry, kiwi, dan mangga susu / lemak manis. Cubalah!
 
ESP pilihan yang berkhasiat;
  • Diperbuat daripada kacang soya asli bukan-GMO, berkualiti tinggi dan melangkaui organik.
  • TANPA gluten, selamat untuk anda yang sensitif terhadap gluten.
  • TANPA perisa tiruan, hanya mempunyai sumber yang tulen, lazat dengan kebaikan semula jadi.
  • TANPA pemanis tiruan, nikmatinya dengan penuh ketenangan.
  • TANPA pewarna tiruan.
  • TANPA bahan pengawet kerana kacang soya asli yang terbaik tidak memerlukan pengawet.
  
ESP memberikan kualiti kacang soya yang terbaik dengan;
  • 9 asid amino penting yang lengkap untuk fungsi tubuh yang optimum.
  • Lebih sihat daripada protein haiwan kerana soya adalah berasaskan tumbuhan yang tidak mempunyai kolesterol dan rendah lemak.
  • Membekalkan 500mg kalsium secara semula jadi, penting untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
  • Dihasilkan di bawah Program Pemeliharaan Identiti (IPP) yang memastikan kualiti dan keselamatan yang terbaik untuk memberikan nutrien dan kebaikan soya yang lengkap dalam setiap hidangan.
  • Skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) – penarafan yang tertinggi bagi kebolehcernaan protein dan kualiti protein tertinggi.
  
ESP adalah bebas Laktosa yang sesuai untuk;
  • Orang tua kerana mudah dicerna.
  • Mereka yang mempunyai intoleransi laktosa atau sensitif terhadap laktosa.
  • Vegetarian kerana ia adalah pengganti protein yang hebat berbanding protein daging.
  • Mereka yang mengalami sakit gastrik.
 
ESP meningkatkan tenaga sepanjang hari
  • Membekalkan 14 gram protein Indeks Glisemik Rendah.
  • Menggalakkan kestabilan paras glukosa darah untuk tenaga berterusan sepanjang hari.
  • Mengandungi 5 vitamin B penting secara semula jadi (Niacin, Panthothenic Acid, Thiamin, Riboflavin, Vitamin B6), memberikan tenaga yang berkekalan.
  • Pengambilan protein soya secara berterusan didapati boleh meningkatkan tahap stamina.
 
ESP untuk pengurusan berat badan yang lebih sihat
  • Meningkatkan rasa kenyang supaya anda kenyang lebih lama.
  • Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot yang anda ada, lebih tinggi kadar metabolisma anda untuk membakar lebih banyak kalori.
  
Resipi sahur pantas yang seterusnya, Cinch Shake Chocolate Smoothie.

kalau misalnya terlewat bangun sahur,
bancuh 2 scoop Cinch dengan air suam jer pun sedap!
 
CINCH® Mixed Soy Protein
Pengganti sajian (meal replacement) yang lazat, berkhasiat, dan cukup mengenyangkan. Ia membekalkan nutrient yang menyamai satu hidangan lengkap dengan rasa yang enak seperti pemanis mulut.
 
Mempunyai Glisemik Indeks yang rendah, Cinch dapat memberi rasa kenyang lebih lama, mengekalkan tenaga lebih berpanjangan, serta dapat mengurangkan nafsu makan.
 
Formula Cinch diperkaya dengan Leucine yang membantu membina dan mengekalkan jisim otot tanpa lemak. Ia sangat membantu dalam mengawal berat badan yang lebih sihat semasa berpuasa.
  
Selain perisa Coklat, Cinch juga tersedia dalam perisa Vanila dan Café Latte yang klasik.
  
Berita baik untuk bestie semua, sempena kita bakal menyambut Ramadhan pada bulan ini, Shaklee tawarkan DUA set promosi yang sangat berbaloi-baloi harganya. Ada hadiah percuma juga tau!
 
(1) Promosi 2 tong Cinch Shake RM250 (harga biasa: RM380)



(2) Promosi Ramadhan 1-2-3 RM325 (harga biasa: RM512.50)
 

Ramadhan pun hampir tiba, jom dapatkan promosi combo Cinch Shake atau Set 1-2-3 dengan cik Faz sekarang. Tekan jer link whatsapp saya kat bawah tu okay.
 
By the way, ini salah satu testimoni berpuasa dengan protein soya ESP dan Cinch. Ada banyak testimoni menarik lain yang bestie boleh baca di sini >>> Pengalaman Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee

 

💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


Saturday, February 18, 2023

Persiapan Ramadhan Dan Set Puasa Shaklee

Salam Israk Mikraj…. Lebih kurang 33 hari jer lagi kita nak sampai ke bulan Ramadhan. Apa agaknya persiapan bestie semua nak sambut Ramadhan tahun ini yer?
 
Selalunya kita ada to-do-list harian kan? Jadi saya pun senaraikan perkara yang perlu untuk pastikan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas.
 
Ini 5 persiapan menjelang puasa yang Cik Faz sedang practice untuk biasakan diri, dan bercadang untuk teruskan selepas Ramadhan.
 

1. Tidur Dan Bangun Awal
Saya sedang berusaha untuk tidur pada jam 10:30 malam dan bangun jam 4:30 pagi. Ada masa berjaya, ada masa gagal terlajak sampai azan subuh baru terjaga, sebab malamnya tidur lewat.
 
Bila dah 4-series ni, saya memang perlu sekurangnya 6 jam tidur untuk dapatkan rehat yang cukup dan bertenaga keesokan harinya. Pada hari yang berjaya bangun jam 4 pagi tu, saya rasa suasana pada waktu ini sangat hening… tenang dan saya cuba mula buat solat sunat.
  

2. Zikir Di Selang Waktu
Sedang berusaha untuk lazimkan berzikir masa driving, atau pada bila-bila selang waktu yang ada. Memang kena off radio, kalau tak lagha ikut nyanyi heheee. Mudah-mudahan dengan zikrullah akan memberi kita ketenangan dan rasa cukup.
  

3. Solat Awal Waktu & Kerapkan ‘Dating’ Dengan Al-Quran
Tengah usaha untuk lazimkan baca Quran sebelum Subuh, lepas Maghrib dan Isyak, setiap hari. Kecuali waktu ABC lah hehee. Tapi kalau time ABC, saya nak cuba mulakan baca terjemahan. Dari segi solat, nak perbaiki terutamanya solat Isyak di awal waktu.
  

4. Spring Cleaning Persekitaran Dan ‘Hati’
Cadangnya last weekend sebelum puasa tu nak buat spring cleaning bilik dan rumah. Jadi bila masuk bulan puasa dah boleh fokus amalan Ramadhan.
 
Untuk ‘spring cleaning’ hati, minta maaf dan juga memaafkan. Tak seronoklah puasa kalau ada yang sakit hati, atau kita sendiri yang tak puas hati.
  

5. Jaga Kesihatan Sebaik Mungkin
Tubuh badan kita adalah amanah dari Allah yang wajib di jaga. Kita mengimpikan apabila memasuki Ramadhan, kondisi diri kita bertenaga dan semangat!
 
Untuk itu, sebaiknya kita tinggalkan makanan yang tak berkhasiat dan gaya hidup kurang sihat yang boleh mendatangkan rukhsah dan kita tak dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan baik.
 
Dari segi pemakanan semasa berpuasa, saya ingin cadangkan Set Puasa Shaklee yang dapat membantu kita;
  • Mengawal rasa lapar
  • Kurangkan dahaga
  • Kekal bertenaga
  • Elakkan sembelit dan peningkatan berat
 

Mari saya terangkan fungsi supplement dalam Set Puasa Shaklee untuk bestie semua fahami dengan lebih jelas.
 

(1) ESP dan CINCH SHAKE untuk kawal lapar semasa berpuasa
ESP dan Cinch Shake merupakan minuman protein berkualiti tinggi berasaskan soya non-GMO yang diperkaya dengan vitamin dan mineral lengkap.
 
Minuman protein ini mempunyai indeks glisemik yang rendah, dapat memberikan rasa kenyang lebih lama berbanding karbohidrat (nasi).
 
Tips semasa puasa:
  • Pastikan kita bangun sahur dan makan secara sederhana.
  • Elakkan makanan pedas dan berminyak yang boleh menyebabkan pedih ulu hati atau gastrik
  • Minum ESP soy protein yang dibancuh dengan segelas air suam untuk tenaga berpanjangan, serta menguatkan otot perut dan esofagus. Pada saya, ESP ni sejenis comfort drinks dan rasanya sedap.
  • Cinch Shake pula boleh dijadikan meal replacement kerana, ia membekalkan nutrient yang menyamai satu hidangan lengkap dengan rasa yang enak seperti pemanis mulut.
 
 
(2) PERFORMANCE DRINKS untuk kekal hidrat semasa berpuasa
Performance Drinks merupakan minuman elektrolit penghilang dahaga yang ideal. Ia mengandungi campuran unik karbohidrat untuk memberi tenaga segera dan berterusan serta menyokong penghidratan optimum.
 
Terdapat dalam 2 perisa, Orange dan Lemon Lime.
 
 
(3) VIVIX untuk kekal bertenaga semasa berpuasa
Kebaikan polifenol dan antioksidan dalam formula Vivix dapat meningkatkan tenaga dan melindungi sel dari kesan oxidative stress.
 
Dari pengalaman saya bila amalkan minum Vivix ni, mudah nak bangun awal pagi. Body clock memang cun, bangun pagi rasa cergas.


(4) LECITHIN untuk kawal berat badan dan HERBLAX untuk pencernaan yang lawas semasa berpuasa
Kita mungkin akan mengalami kenaikan berat badan yang tidak diingini kerana wujud kecenderungan untuk terlebih makan atau terlalu banyak menikmati makanan yang tinggi lemak. Ini menghapuskan manfaat sebenar berpuasa.
 
Ambil Lecithin waktu iftar. Lecithin dapat menguraikan lemak makanan kepada molekul yang lebih kecil untuk penghadaman dan mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan.
 
Sebelum tidur pula, ambil Herblax untuk melegakan sembelit ringan yang biasa dihadapi semasa berpuasa akibat pengambilan serat dan air yang rendah.
 
Sebaiknya kekalkan diet kaya serat dengan pengambilan banyak buah-buahan serta sayur-sayuran, dan minum air yang mencukupi semasa sahur dan iftar.
 
 
Kalau nak tahu resipi-resipi Ramadhan yang enak menggunakan ESP, Vivix dan Performance Drinks, tekan jer link wasap saya di bawah.
 
Akhir kata, doakan saya istiqomah yer bestie. Semoga amalan kita semua diterima Allah, dan mudah-mudahan Ramadhan kali ini mengubah diri kita jadi lebih baik. Ameennn
 

💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.



Tuesday, February 14, 2023

Set Kurus Shaklee Paling Berkesan Turunkan Berat Badan

Dalam entri Intermittent Fasting yang lepas, saya dah kongsikan manfaat detoks dari IF dan kesannya dalam mengimbangi hormon estrogen. Tahu tak kenapa normal estrogen level sangat penting bagi kita wanita? Bila terlebih estrogen, timbul masalah gynae seperti uterine fibroid, ovarian cyst dan yang seangkatan dengannya. Bila kurang estrogen pula, jadi penyebab masalah kesuburan, tulang rapuh dan kegemukan.
 
Ya, masalah berat badan berlebihan dikalangan wanita dipengaruhi oleh hormon estrogen. Fungsi estrogen bukan sahaja hormon kesuburan, tapi estrogen juga bertanggungjawab dalam metabolisma glukosa dan insulin sensitivity.
 
Complex kan jadi makhluk perempuan ni. Tapi kawan saya kata… "women is a delicate creature that should be handle with care". Gituhhh
 
Ok, bagi membantu mereka yang tengah struggle nak turunkan berat badan, saya ingin cadangkan Set Kurus Shaklee - Hello New You! Jom baca apakah fungsi setiap supplement dalam set kurus ini yang menjadikannya begitu berkesan menurunkan berat badan.


SET KURUS SHAKLEE - CINCH SHAKE
Sejenis minuman protein soya non-GMO berkualiti tinggi. Cinch mengandungi vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk membina tisu yang sihat dan memacu pembentukan otot dalam usaha menurunkan berat badan.
 
Mempunyai Glisemik Indeks yang rendah, Cinch dapat memberi rasa kenyang lebih lama, mengekalkan tenaga lebih berpanjangan, serta dapat mengurangkan nafsu makan.
 
Formula Cinch diperkaya dengan Leucine yang membantu membina dan mengekalkan jisim otot tanpa lemak. Menyokong pemulihan dan mengurangkan keletihan otot selepas bersenam.
 
Lebih banyak otot terbentuk, metabolisma semulajadi akan meningkat. Oleh itu, lemak badan dapat dibakar untuk mencapai berat badan yang lebih sihat. Oleh kerana Leucine tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan, kita perlu mendapatkannya dari makanan tambahan.
 
Phyto-estrogen dari sumber kacang soya dalam Cinch juga bermanfaat untuk wanita mengimbangi paras estrogen dalam badan.



SET KURUS SHAKLEE - OMEGA GUARD
Minyak ikan Omega-3 (DHA & EPA) membantu menurunkan paras serum trigliserid, seterusnya dapat mengelak pembentukan lemak di bawah kulit dan abdomen (visceral and subcutaneous fat). Ia membantu membakar dan menggerakkan lemak dengan mempercepatkan pengoksidaan/pemecahan asid lemak, seterusnya meningkatkan jisim otot.
 
Minyak ikan memulihkan nisbah asid lemak Omega-3 dan Omega-6 untuk menurunkan berat badan. Kajian menunjukkan, nisbah Omega-3 dan Omega-6 yang tidak normal akan meningkatkan keradangan punca berat badan naik.
 
Kandungan Omega-3 dalam minyak ikan menghalang rintangan insulin. Badan boleh menjadi rintang terhadap insulin jika paras gula darah sentiasa tinggi. Insulin menjadi tidak sensitif dan ini membuatkan anda berasa lapar kerana sel anda tidak mempunyai glukosa. Akibatnya anda makan lebih banyak dan berat badan meningkat.
 
Minyak ikan membantu menurunkan berat badan dengan meningkatkan proses metabolisma tubuh. Semakin tinggi tahap metabolisma, semakin besar peluang berat badan anda turun.



 
SET KURUS SHAKLEE - LECITHIN
Lecithin mengandungi sejenis nutrien dikenali sebagai Choline. Choline diperlukan untuk metabolisma lemak dalam badan. Tugasnya memecahkan lemak dari makanan kepada molekul kecil, yang kemudiannya boleh bertukar menjadi asid lemak yang mudah dibakar oleh badan sebagai tenaga. Choline membantu mengemulsi lemak dalam badan seperti kolesterol. Ia menghalang penyimpanan lemak, oleh itu membantu penurunan berat badan.
 
Aktiviti Choline ini sangat membantu dalam mencegah gangguan seperti hati berlemak dan pengumpulan lemak darah. Metabolisma lemak yang cekap oleh Choline ini juga menjadikan rasa kenyang lebih cepat dicapai. Dengan itu kita tidak makan secara berlebihan dan berat badan terkawal.
 
 
SET KURUS SHAKLEE - HERBLAX
Ramuan asas Herblax terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisional dan teknologi moden. Ia mengandungi 9 herba semulajadi - daun Senna, daun Alfalfa, akar Licorice, akar Culvers, akar Rhubarb, Anise seed, Fennel seed, Buckthorn bark, dan bunga Blue Malva.
 
Herblax membantu masalah sembelit, mengembalikan proses semulajadi bowel movement yang normal. Ia juga baik untuk kesihatan hempedu. Herblax merangsang proses detoks usus secara lembut (singkirkan sisa/kerak najis yang tersekat di usus). Hasilnya, perut kempis dan berat badan boleh turun.



 
SET KURUS SHAKLEE (BOOSTER) - VIVIX
Minuman botani yang mengandungi potent Polyphenol dalam ramuannya - Anggur Muscadine (super fruit) dan campuran REJUVETROL dari ekstrak Lobak Ungu, Japanese Knotweed dan European Elderberry. Polyphenol merupakan antioksidan padu yang mengimbangi proses Angiogenesis dalam badan.
 
Angiogenesis adalah proses pembentukan salur darah, terdiri daripada Angiogenesis Stimulator (perangsang) dan Angiogenesis Inhibitor (penyekat). Proses ini berlaku di sepanjang hayat manusia sejak embrio lagi.
 
Obesiti dikaitkan dengan perubahan struktur tisu adipos (lemak). Keradangan pada tisu adipos dan rintangan insulin dikenalpasti mengubah keseimbangan proses Angiogenesis, dimana ADIPOGENESIS (perangsang pembentukan dan pengumpulan sel lemak) menjadi tidak terkawal.
 
Dengan kata lain - bila kita asyik makan makanan yang merangsang keradangan (makanan segera, tinggi MSG, gula, etc…) kita sebenarnya sedang menggalakkan ADIPOGENESIS, lebih banyak cabang salur darah baru terhubung kepada sel lemak. Jadi semakin banyaklah laluan "bad food / toksik" pergi ke sel lemak. Lemak pun semakin membukit melekat pada organ dan bahagian lain badan.

Terapi anti-Angiogenesis pada awalnya dijalankan untuk rawatan tumor dan kanser. Namun kajian oleh Dr William Li, saintis dan presiden Angiogenesis Foundation mendapati, masalah Obesiti juga dapat dikawal dengan mengambil makanan yang mengandungi potent Polifenol seperti yang terkandung dalam Anggur merah. Polifenol ini dapat menyekat salur darah tidak normal terhubung ke sel lemak, dan menghalangnya dari terus berkembang.
 
Kenapa Vivix, dan bukan supplement polifenol/antioksidan lain?
  1. Manfaat Vivix jauh lebih besar, bukan hanya untuk kurus. Saya berjaya kecutkan Fibroid dengan amalkan Vivix dan DTX complex. Kandungan polifenol dalam Vivix sebenarnya sangat powerful (anggur Muscadine mengandungi kedua-dua Resveratrol dan Ellagic acid), melindungi dan memperbaiki jauh kedalam sel.
  2. Natural dan concentrated. Tiada perisa tiruan, pewarna, atau pemanis tambahan. Rasa Vivix ni masam dan kelat sikit.
  3. Ada landmark study dan formula Vivix ni dipatenkan. Jadi syarikat lain tak boleh tiru ramuannya.


Jadi, kalau nak berat badan cepat turun, boleh tambah Vivix sebagai booster. Ini pula testimoni mereka yang sudah berjaya turunkan berat dengan Set Kurus Shaklee - Hello New You!






Semoga sharing kali ini bermanfaat. 

💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.