Showing posts with label Peluang Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Peluang Bisnes. Show all posts

Friday, July 28, 2023

Percutian Tajaan Shaklee 2024

Salam Jumaat semua!

Dalam bisnes Shaklee, selain bonus tunai dan bonus kereta, bonus percutian bertaraf 6 bintang juga disediakan kepada bisnes leader yang layak. Kenapa 6 bintang? Sebabnya… semua perbelanjaan dari tiket penerbangan, penginapan mewah, termasuk duit poket dan tiket masuk ke taman tema, Shaklee yang sediakan. Peserta cuma perlu siapkan diri jer pergi holiday. Goodies yang Shaklee sediakan untuk setiap peserta pun limited edition. Bestnya!

Untuk bisnes cycle 2023/2024, Shaklee menawarkan dua percutian mewah khas kepada bisnes leader yang layak.


1. Regional Trip
Pelayaran di atas kapal persiaran mewah Royal Carribean dari Singapura ke Phuket, Thailand. Kapal persiaran 18 dek yang penuh dengan aktiviti menghiburkan seperti RipCord, North Star (pemegang Guinness Book of Record untuk dek pemerhatian tertinggi di atas kapal persiaran), fine dining citarasa antarabangsa, dan menonton filem di dek terbuka bersaksikan bulan, bintang dan angin laut.
 


2. International Trip - Jepun
OSAKA - Bandar yang menyatukan tradisi dan masa depan. Terkenal sebagai destinasi makanan, membeli-belah dan hiburan. Antara tarikan di Osaka adalah; Universal Studio Japan, Osaka Aquarium, Istana Osaka, dan Umeda Sky Building dengan reka bentuk yang futuristik.
 

KYOTO - merupakan bekas ibu negara dan salah satu bandar tertua di Jepun. Tempat menarik di sini terdiri dari museum, kuil Kiyomizudera, dan taman yang cantik. Arashiyama Bamboo Grove adalah tourist spot yang di gemari travelers apabila sampai di Kyoto. Wajib OOTD di sini kerana keunikannya yang tiada di tempat lain.
 

NARA - bandar yang kaya dengan sejarah Jepun. Selain bangunan bersejarah dan khazanah senibina, terdapat banyak taman dengan pemandangan menarik di sini. Taman Nara adalah antara tempat yang mesti di lawati, terkenal dengan 1,400 rusa yang jinak dan bebas berkeliaran.
  


Cara Untuk Sertai Percutian Mewah Tajaan Shaklee
  • Pertama sekali, anda mestilah jadi ahli untuk memulakan bisnes Shaklee.
  • Jemputan menyertai percutian mewah tajaan Shaklee berdasarkan Conference Points dan minimum Effective Rank, iaitu Coordinator Rank untuk percutian Antarabangsa dan Senior Supervisor untuk percutian Serantau. Rank mestilah efektif di sepanjang tempoh kelayakan April 2023 hingga Mac 2024, dan sehingga 1 bulan sebelum lawatan.
  • Bagi bisnes leader yang baru, minimum effective rank hanya bermula dari bulan naik pangkat sebagai Coordinator atau Senior Supervisor.
  • Lebih banyak point yang dikumpul dari volume jualan setiap bulan dan melahirkan bisnes leader baharu dibawah pimpinan anda, akan melayakkan anda mendapat lebih dari satu tiket bonus percutian. Jadi boleh lah bawa pasangan dan keluarga merasai keseronokan percutian yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. 


Walaupun saya belum di rezekikan menyertai percutian tajaan Shaklee, tapi dengar perkongsian dari leader yang dah merasai percutian mewah ke USA, Switzerland, Korea dan lain-lain destinasi tajaan Shaklee sangatlah mengujakan. Yang pasti mereka pulang dengan kenangan manis dan semangat baru. Doakan juga saya layak dapat insentif percutian Shaklee tahun depan ya.


💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023



Friday, July 7, 2023

Tips Bisnes Online Yang Produktif

Cabaran solo-preneur yang menjalankan bisnes online dari rumah sebenarnya banyak. Bekerja seorang diri perlukan mental yang kuat. Tiada colleagues untuk berbincang dan bertanya pendapat. Semua perancangan dan pelaksanaan perlu dilakukan sendirian. Bila plan tak menjadi, hadap kesedihan sorang-sorang. Ini apa yang saya rasa sewaktu buat bisnes tudung dulu.

 

Beza dengan bisnes Shaklee, walaupun nampak macam buat bisnes sorang-sorang, tapi sebenarnya kita ada team upline yang boleh dirujuk almost anytime. Wasap jer, kalau upline belum tidur mesti dapat reply. Dari segi pengurusan masa pula, saya cuba practice guideline dari buku atau seminar entrepreneur yang pernah saya hadiri sebelum ini.

  


TIPS BUAT BISNES ONLINE DARI RUMAH YANG PRODUKTIF

 

1) RANCANG AKTIVITI LEBIH AWAL

Sediakan satu buku untuk senaraikan apa aktiviti / task yang akan dibuat setiap hari. Plan ahead supaya kita ada jadual harian, jadi kita lebih berdisiplin. Dengan adanya jadual, kita boleh membahagikan masa dengan adil untuk komitmen bisnes dan keperluan lain.

 

 

2) BANGUN AWAL

Saya pernah terbaca yang CEO syarikat-syarikat ternama dunia bangun tidur seawal jam 4:30 pagi, jadi mereka ada masa extra di awal pagi untuk membaca buku atau meditasi.

 

Bagi kita orang islam pula, bangun awal pagi untuk buat amalan sunat seperti solat taubat dan tahajjud. Saya ingat pesan tuan Fahdi Ghazali dari satu seminar Funnel Evo yang pernah saya hadir -- "Buat Apa Allah Suka, Allah Beri Apa Kita Suka". Jadi kalau nak rezeki lancar terutamanya pendiri bisnes yang takde gaji tetap, maka perbanyakkan amalan yang Allah suka. Tapi kalau Allah belum beri apa yang kita mahu, jangan pula putus asa. Beramal kena ikhlas, bukan semata-mata sebab nak kaya. Rezeki Allah bagi tu pelbagai bentuk, bukan semata-mata duit yang banyak.

 



 

3) BERSENAM

Bersenam akan melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan, jadi tumpuan kita terhadap kerja pun bagus. Biasanya saya buat senaman ringan untuk posture. Saya refer youtube Emi Wong sebab step senamannya senang nak follow.

 

 

4) WORKING CORNER UNTUK BEKERJA DI RUMAH

Orang yang bekerja dari rumah sebenarnya bekerja lebih lama berbanding orang yang bekerja di pejabat. Mereka perlukan motivasi yang kuat setiap hari untuk bekerja tanpa gangguan. Jadi, walaupun takde "pejabat" khas di rumah, usahakan untuk wujudkan working corner yang jauh dari bilik tidur supaya kita tetap fokus terhadap kerja.

 

 

5) MASA BEKERJA

Bila bekerja sendiri di rumah, bukan bermaksud kita boleh bekerja sesuka hati. Kita kena respect masa, dan respect diri kita sendiri juga. Peruntukkan masa untuk bekerja yang sewajarnya. Kalaupun perlu bekerja long hours, jangan sampai tak tidur malam. Ini sudah mengganggu proses biologi tubuh manusia. Badan kita bukan robot.

 


 

6) PROMOSIKAN BISNES DI PELBAGAI PLATFORM

Pelbagaikan channel pemasaran. Contohnya, Facebook dan Instagram untuk posting pendek dan video reels. WhatsApp business dengan katalog produk, memudahkan prospek yang menghubungi kita untuk preview produk dan servis. Blog pula untuk berkongsi artikel yang lebih detail tentang produk dan servis yang kita tawarkan.

 

Mahirkan diri juga menggunakan aplikasi seperti Canva dan Capcut untuk buat poster dan video marketing di media sosial.

 

 

7) YAKIN DENGAN PRODUK

Satu kesilapan besar bagi peniaga online yang merasa tidak yakin dengan produk sendiri, atau menjual semata-mata untuk mendapat keuntungan. Tahu tak, bakal pelanggan boleh sense tahap keyakinan dan ketulusan kita berbisnes.

 

Jadi untuk membuat bakal pelanggan jatuh cinta kepada produk, kita sendiri mestilah yakin dan jatuh cinta terhadap produk terlebih dahulu. Supplement Shaklee pastinya diyakini selamat dan berkesan. Buktinya saya kongsikan testimoni saya sendiri yang sudah mengamalkan produk Shaklee sekian lama.

 

 

8) BRANDING

Branding sangat penting dalam apa saja bisnes, sama ada kita berniaga produk orang lain atau produk sendiri. Branding bukan sekadar pada nama produk dan logo. Ia merupakan ‘proses’ yang terlibat dalam mencipta nama yang unik dan imej produk/servis dalam minda pengguna, terutamanya melalui kempen pengiklanan dengan tema yang konsisten.

 

Secara mudahnya, tanya diri kita -- Apakah style atau trademark yang buat orang kenal kita?

 

Contohnya saya mahu dikenali sebagai pengedar Shaklee yang menyebarkan kesedaran tentang fibroid. Jadi saya pilih niche "story fibroid" dan kongsikan pengalaman peribadi secara detail di Blog. Saya mahu bila orang cari set fibroid Shaklee, orang akan terus ingat Cik Faz.

 

 

9) URUS KEWANGAN

Walau apa pun model bisnes yang kita buat, jangan abaikan pengurusan kewangan. Asingkan akaun duit perniagaan dan peribadi. Contohnya di Maybank2U, kita boleh buat akaun Savers-i secara online untuk asingkan akaun income bisnes dan saving account untuk kegunaan peribadi.

 

Jika sudah mendaftarkan syarikat enterprise di SSM, sebaiknya buka satu akaun bank untuk syarikat khas untuk urusan bisnes sahaja. Mahirkan diri dengan pengurusan kewangan dari awal supaya kita belajar dan tahu mengurus kewangan apabila bisnes berkembang.

 

 

10) OPTIMIS

Dunia bisnes bukan mudah. Ada masanya kita akan berdepan situasi yang bercanggah dari apa yang kita rancang. Masa ni kalau kita sorang-sorang memang akan timbul rasa kecewa, nak give-up. Kat sini pentingnya ada circle yang positif untuk pull kita semula supaya tak lama sangat berada dalam rasa kecewa tu. It's okay to feel sad, tapi jangan lama-lama sebab it's draining your energy. Apa pun yang jadi, kalau nak nangis maksimum 2 hari jer. Lepas tu, move forward.

 

Lagi satu, circle bisnes ni penting untuk berkongsi ilmu supaya kita alert dengan perkembangan pasaran online. Jadi kita tak ketinggalan atau terkebelakang dari orang lain.

 

Bisnes online boleh dijalankan di mana-mana

Semoga sepuluh tips Bisnes Online yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak memberi manfaat. Bagi yang baru merancang nak buat bisnes online, jom join bisnes Shaklee bersama saya dan bina kerjaya yang fleksibel dari rumah. Modal bisnes Shaklee RM35 sahaja. Bisnes yang murni membantu orang ramai menjaga kesihatan. Supplement HALAL, dibangunkan dari kajian saintifik, terbukti berkesan dan selamat.

 


💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


Wednesday, July 5, 2023

Kerjaya Dari Rumah Yang Sesuai Untuk Introvert

Baru-baru ini saya terbaca fakta menarik tentang personaliti introvert. Kita mungkin selalu menganggap seseorang introvert mempunyai personaliti anti-sosial, tak pandai berkawan, suka menyendiri dalam dunia mereka. Tapi rupa-rupanya ada empat kategori introvert:-

  1. Social Introvert - mereka selesa berada dalam kumpulan kecil, contohnya 3-4 orang berbanding crowd yang ramai. Mereka bukan pemalu atau pendiam, tetapi berasa lebih senang melakukan sesuatu perkara berseorangan.
  2. Thinking Introvert - personalitinya seorang yang pemikir dan suka menganalisa sesuatu. Mereka suka membaca dan aktiviti yang berkaitan dengan proses otak, berbanding bersuara. Kekuatan mereka pada idea, penulisan, dan data. Mereka ini biasanya kurang bercakap bila di depan orang, tapi ekspresi mukanya jelas sedang sibuk berfikir.
  3. Anxious Introvert (Gementar) - mempunyai personaliti suka menyendiri kerana tidak pandai bergaul. Mereka sering berasa janggal atau gemuruh bila di hadapan orang ramai.
  4. Restrained Introvert (Terkawal) - seorang yang berhemah, mereka mempunyai kesabaran dan ketenangan yang tinggi. Golongan ini mempunyai ciri-ciri pemimpin kerana personaliti mereka yang berfikir sebelum bertindak dan tidak membuat keputusan secara terburu-buru.


Dalam kerjaya, seorang introvert secara semulajadi tertarik kepada pekerjaan yang mempunyai sedikit interaksi dengan orang lain. Mereka lebih selesa bekerja dalam persekitaran yang tenang kerana mudah bagi mereka untuk fokus.

Bagaimana pula dengan bisnes, adakah introvert tidak sesuai bekerja dalam bidang jualan? Sebenarnya, introvert tiada masalah berkomunikasi. Cuma bila dalam perjumpaan, kebanyakan mereka akan stick to the purpose. Bincang perkara yang perlu sahaja. Melainkan jika muncul chemistry dengan orang yang ditemui, maka perbualan boleh meleret berjam-jam.



LIMA KERJAYA ATAU BISNES DARI RUMAH YANG SESUAI UNTUK INTROVERT
 
1) PENTERJEMAH
Sekiranya anda fasih berbahasa Inggeris, atau mempunyai kemahiran berbahasa asing lain seperti Arab, Mandarin, Jepun, Perancis, Jerman, Turki atau Sepanyol, anda boleh tawarkan perkhidmatan menterjemah skrip TV atau filem, rakaman audio, atau dokumen bertulis.
 
Walaupun ada aplikasi Google Translate, tapi kualiti hasil terjemahan bot AI dan manusia berkemahiran sangat jauh bezanya. Kebanyakan penterjemah bekerja sendiri, jadi sangat sesuai bagi seorang introvert.
 
 
2) PEREKA GRAFIK / SERVIS EDIT VIDEO
Kedua-dua kerjaya ini sesuai untuk personaliti introvert kerana kebanyakan masa dihabiskan untuk menghasilkan karya seni, berdamping dengan komputer.
 
Antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh pereka grafik adalah seperti -- design Brochure, Poster, Flyer, Menu Card, Banner / Bunting, Booklet, Kad Jemputan, Logo, Packaging, dan lain-lain. Bagi designer amatur, aplikasi Canva sangat membantu anda menjadi "creative director" bisnes anda. Canva aplikasi yang sangat user friendly untuk beginner. Bagi designer pro, sudah tentu mereka akan gunakan Adobe Illustrator.
 
Servis edit video pula adalah aktiviti design dan menambahbaik video dengan memasukkan special effect, merge video dan gambar ke dalam video.
 
Kerjaya pereka grafik dan video editor memerlukan skill dan kreativiti, sesuai bagi mereka yang ingin bekerja sendiri atau sepenuh masa. Anda boleh iklankan servis yang ditawarkan dengan cara memuat naik portfolio yang anda design untuk pelanggan individu/syarikat di media sosial.
 
 
3) PENULIS CONTENT DIGITAL
Seorang introvert cenderung mengekspresikan diri mereka dengan lebih baik melalui penulisan berbanding komunikasi langsung.
 
Penulis digital adalah individu yang menulis content di Blog, Website dan Media Sosial. Majoriti kita sekarang ini mencari sumber ilmu secara online. Penulis digital boleh menggunakan peluang ini untuk menulis topik yang engaging dan seterusnya mampu menjana pendapatan menerusi tulisan berbayar, promosi link affiliate, malah menjual produk fizikal.
 
Biasanya, anda perlu mencipta nama atau branding sebelum mampu menjana pendapatan online dari rumah. Apabila branding atau nama anda sudah mula dikenali, anda boleh menikmati hasil yang baik dari penulisan digital dengan mempromosikan produk, servis menulis konten dan promote link affiliate.
 
 
4) SERVIS BUAT RESUME
Setiap tahun, lebih 200,000 mahasiswa yang baru menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi dan mula mencari peluang pekerjaan. Jadi, permintaan untuk servis membuat resume sentiasa ada saban tahun.
 
Banyak template resume yang menarik mengikut kategori kerjaya yang dipohon boleh didapati dari software Canva. Anda juga boleh mengenakan bayaran tambahan untuk resume dengan custom design. Kadar bayaran untuk servis membuat resume biasanya serendah RM10 untuk resume template dan RM100 untuk resume custom design.
 
Muatnaik beberapa contoh template resume yang menarik di page atau group pencarian kerja untuk iklankan servis anda.
 
 
5) BISNES DROPSHIP / JUAL PRODUK DI MARKETPLACE
Dropship adalah aktiviti menjual produk fizikal mengikut harga yang ditetapkan kepada pelanggan secara online. Idea bisnes dropship ini sangat bagus kerana kurang risiko, tak perlu pegang stok inventori dan semua urusan penghantaran produk diuruskan supplier atau HQ.

Marketplace pula adalah platform online yang menghubungkan peniaga dan pembeli online, lengkap dengan sistem pembayaran online. Jadi bisnes menggunakan platform marketplace seperti Shopee, Lazada, PG Mall ini lebih sistematik bagi solo-preneur.
 
Dengan kebangkitan gig ekonomi, menjual produk di marketplace semakin popular sebagai bisnes online dari rumah dan anda boleh tingkatkan keuntungan dengan menjual lebih banyak produk.
 
 
KESIMPULAN
Dari perkongsian idea bisnes ini, banyak juga peluang kerjaya sambilan atau sepenuh masa yang boleh diceburi oleh seorang introvert untuk menjana pendapatan online dari rumah. Hanya perlu fokus kepada satu atau dua idea bisnes yang sesuai dengan skill anda dan mulakannya secepat mungkin dengan modal serendah mungkin.
 

Jom join saya jadi Blogger Shaklee dan bina kerjaya dari rumah. Modal bisnes Shaklee cuma RM35, bisnes yang murni membantu orang ramai menjaga kesihatan. Supplement HALAL, dibangunkan dari kajian saintifik, terbukti berkesan dan selamat. 

Bisnes Shaklee juga kurang risiko sebab pengedar tak perlu pegang stok inventori. Pembelian/pesanan produk boleh dibuat secara online dan pihak Shaklee akan uruskan penghantaran terus kepada pelanggan.

Kalau boring duduk kat rumah, start kereta pergi lepak kedai kopi sambil bekerja (tulis entri Blog). Siapa tau rezeki, sangkut customer meja sebelah. ☺

Saya okay jer mingle dengan both introvert dan extrovert. Tapi kadang mati akal juga nak fikir topik sembang dengan orang yang terlalu reserved. Dan saya rasa penat pula bila terpaksa melayan orang yang tak henti-henti bercakap. Mungkin saya kategori hibrid kot. Hahaa
 

💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


Wednesday, June 14, 2023

Bisnes Di Rumah: Pengedar Shaklee Kapar, Klang

Assalam & Hai bestie!

Khas untuk bestie yang tinggal di kawasan Tok Muda, Kapar, Meru, Setia Alam dan sedang mencari pengedar sah Shaklee yang berdekatan, haaa sayalah orang yang awak cari tu 😊.
 

Sebenarnya… dah sepuluh tahun saya jadi pengguna supplement Shaklee. Semuanya asbab Allah rezekikan saya dengan ujian kesihatan. Sebelum ini saya dah pernah cuba berniaga Shaklee tapi terhenti dipersimpangan dilemma. Anggaplah masa tu masih dalam fasa belajar menceburi bidang baru. Anyway, saya tetap setia jadi pengguna supplement Shaklee sebab tu ID masih kekal sampai sekarang.

 

Februari 2023 saya buat keputusan untuk aktif semula berniaga Shaklee, atas dorongan upline saya. Katanya, rugi jer dok peram cerita fibroid saya tu. Better kongsikan awareness dan kebaikan vitamin Shaklee dengan orang ramai. Lagi pun, bercerita dari pengalaman sendiri kan lebih meyakinkan.

 

Kalau nak baca cerita fibroid saya, klik dekat tajuk ni >>> Kisah Fibroid ChicFaz

Untuk testimoni pula, saya compile pengalaman Shaklee Effect saya dekat tajuk ni >>> Testimoni Shaklee ChicFaz


Berniaga Shaklee sangat fleksibel, beri peluang jana pendapatan kepada sesiapa sahaja sama ada part time atau sepenuh masa. Shaklee home office terletak di Subang Jaya, jaraknya cuma 45 minit driving dari rumah saya. Jadi untuk customer yang tinggal di sekitar Tok Muda, pekan Kapar, Meru, dan Setia Alam, saya boleh terus belikan vitamin yang anda perlukan di Shaklee home office.
  
Bagi customer yang tinggal jauh di luar kawasan pula, saya akan buat pesanan secara online. Penghantaran pesanan akan di uruskan oleh Shaklee terus kepada pelanggan. Tak susah pun, klik klik jer dah settle. Bisnes boleh dijalankan dari rumah atau dimana-mana sahaja asalkan ada capaian internet.

Perkhidmatan Selepas Jualan
 
Customer yang buat pembelian supplement dengan saya insyaAllah akan saya consult sebaiknya. Selain pengalaman dan bacaan sendiri, ilmu berkaitan nutrisi juga saya pelajari dari kelas-kelas anjuran group dan syarikat.
 

Untuk customer yang consume vitamin RM500 atau lebih dalam sebulan, saya amat galakkan untuk join ahli. Sebab anda layak dapat cashback dari Shaklee! Haaa best kan, makan vitamin dapat duit 💵.
 
Selain itu, anda juga layak menyertai group khas untuk ahli user yang diterajui oleh coach gula Puteri Yusof. Pelbagai sharing berkaitan supplement dan topik kesihatan boleh dibincangkan dalam group ini.
 
Jadi sekiranya anda sedang tercari-cari pengedar Shaklee yang ada pengalaman spesifik, no doubt pilihlah daku jadi pacarmu ehhhh No! pilihlah saya jadi penasihat vitamin anda 😁.

Kalau nak berniaga jana pendapatan dari rumah pun boleh, jom sertai team PAF Network bersama upline saya master Puteri Yusof. InsyaAllah kita happy berbisnes.
 
Oh ada satu pesanan penting saya nak sampaikan kepada anda semua. Tolonglah jangan terpedaya dengan penjual yang menjual supplement Shaklee di platform e-Dagang dengan harga yang murah. Banyak risikonya, kerana syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas produk yang dibeli dari platform e-Dagang. Beli produk Shaklee hanya dari pengedar yang sah sahaja tau.
 

Untuk warga Johor yang menetap di sekitar Pasir Gudang, boleh hubungi pengedar Shaklee Noor Ain Osman.

Akhir kata, terima kasih kerana memilih saya Cik Faz sebagai consultant kesihatan anda. Promosi Vivix sedang berlangsung, jom grab peluang ni sekarang 👇

Harga Ahli, Promosi June-July 2023


💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


Saturday, May 27, 2023

Cara Renew Keahlian Shaklee, Senang Jer!

Assalam & hai bestie,

Dalam entri yang lepas, saya dah kongsikan peluang dapat cashback bila join jadi ahli Shaklee dan setia amalkan vitamin Shaklee setiap bulan. Sebagai ahli yang baru pertama kali mencuba supplement Shaklee, mesti bestie nak tahu apa lagi kelebihan jadi ahli Shaklee ni kan. Haaa jom saya share….

KELEBIHAN DAFTAR AHLI SHAKLEE DI BAWAH PAF NETWORK
  1. Bestie layak sertai group khas untuk ahli user. Group ini diketuai oleh coach gula Puteri Yusof. Kalau bestie ada kemuyskilan tentang cara makan vitamin Shaklee yang betul atau mengalami healing crisis, boleh jer tanya dekat support group. Coach akan consult dan ahli lain pun akan share pengalaman mereka.
  2. Selain consultation dari team leader dan sharing PAF members, ahli juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dari nutritionist Shaklee. Khidmat nasihat dan bimbingan professional ini juga percuma.
  3. Bila dah jadi ahli dan suka dengan kebaikan vitamin Shaklee, then kalau decide nak berniaga boleh jer terus mula berbisnes. Coach ada group khas untuk ahli yang berniaga. Dalam group PAF Network Leaders, coach akan kongsikan bahan marketing untuk kegunaan ahli yang berniaga.
  4. Untuk ahli yang nak berniaga, ada banyak peluang sertai kelas berkaitan bisnes anjuran leader group komuniti bisnes Shaklee. Jadi kita juga berpeluang untuk belajar dari team lain. Leader-leader group bisnes Shaklee memang tak kedekut ilmu.
  5. Dari segi reward, setiap ahli yang konsisten amalkan vitamin Shaklee berpeluang menikmati cashback dan untung runcit. Bagi ahli yang berniaga pula, ada lebih banyak reward yang Shaklee sediakan seperti bonus kereta, bonus kepimpinan, trip percutian mewah dan insentif lain.


Seterusnya…. Soalan yang selalu ditanya bila dah daftar ahli Shaklee adalah, status keahlian.

  • Membership seumur hidup atau kena renew?
  • Kalau renew, berapa kena bayar?

Untuk pengetahuan bestie, pendaftaran sebagai ahli Shaklee adalah sekali sahaja dan ia aktif untuk tempoh 1 tahun. Untuk kekalkan status keahlian, ia perlu diperbaharui setiap tahun. Tapi jangan risau! Shaklee sangat baik dengan ahlinya, dimana membership renewal tersangatlah mudah.

CARA RENEW KEAHLIAN SHAKLEE
  • Ahli perlu renew membership pada tarikh harijadi. So senang nak ingat. Renewal boleh dibuat antara tempoh ini — 3 bulan sebelum tarikh harijadi, sehingga 3 bulan selepas tarikh expiry.
  • Tiada yuran renewal. Awak cuma perlu beli mana-mana produk supplement Shaklee, walaupun hanya sebotol vitamin dan automatik membership Shaklee diperbaharui.

Tapi kalau dah terlewat dari tempoh buffer (3 bulan selepas tarikh harijadi), keahlian akan expired dan awak kena mendaftar semula.

Ini contoh renewal membership yang saya buat baru-baru ini. Saya beli set promo rahmah dan B-complex, automatik membership saya diperbaharui.



Senang jer kan step Renewal Shaklee 👍

Saya harap post ini membantu. Kalau bestie nak join ahli bersama saya, klik jer icon WhatsApp kat page ni. Jumpa lagi dalam entri seterusnya.


💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


Thursday, May 25, 2023

Makan Vitamin Shaklee Dapat Cashback

Assalam & hai bestie!
 
imej kredit: VectorStock


Dalam dunia ni, ada ke orang yang tak suka dapat cashback lepas dia shopping beli barang keperluan? Hahaa peliklah kalau ada orang yang tak suka dapat duit kan. Okay, hari ni saya nak kongsikan satu ciri best bila kita amalkan makan vitamin Shaklee setiap bulan, iaitu cashback. Ya betul, makan vitamin Shaklee boleh dapat cashback!

 

Saya kenal Shaklee sekitar October 2013. Set pertama yang saya amalkan adalah Vivix dan DTX. Nak tahu apa yang mendorong saya pilih Shaklee? Sebab medical check-up findings, ada fibroid baru saiz 3cm. Waktu ni baru setahun saya operate buang fibroid 17cm. Jadi, pengalaman bilik bedah dan kesakitan lepas pembedahan tu masih lagi segar dalam ingatan. Takkan nak biar fibroid kecik ni membesar? So, saya tak fikir panjang dan terima cadangan kawan Uni saya Puteri Yusof join ahli dan beli set liver detox. Lagipun saya percaya Puteri takkan suggest supplement yang merapu takde clinical research.

 

Surprise! Lepas saya beli set Vivix dan DTX tu, pertengahan bulan depannya saya dapat cashback lebih kurang RM25 dari Shaklee. Hahaa seronok bukan main. Kemudian bila kawan-kawan office pun mula order vitamin Shaklee, cashback yang saya dapat semakin bertambah. Best kan?

 

 

CARA DAPATKAN CASHBACK DENGAN AMALKAN VITAMIN SHAKLEE

 


STEP 1

Langkah pertama, bestie kenalah sign-up jadi ahli Shaklee. Ada yang salah anggap, takut nak join ahli sebab nanti kena jual produk. Ehhh No No No… Sebenarnya tak ada paksaan untuk berniaga. Ramai jer yang join ahli tapi tak berniaga, jadi pengguna biasa. Sebab utamanya adalah, mereka nak beli produk Shaklee dengan harga lebih murah dari harga retail. Boleh jimat upto 20% tau!

 

Cara nak daftar ahli Shaklee pun senang jer.

  • Buka portal pendaftaran ahli Shaklee kat sini >>> JOIN AHLI SHAKLEE ONLINE (sila klik)
  • Isikan maklumat yang diperlukan dalam borang online tersebut
  • Setelah selesai, bestie akan menerima nombor SID (Shaklee ID) dan Password sementara melalui SMS dan email.
  • Gunakan nombor SID & Password sementara tersebut untuk Log-In ke website Shaklee.
  • Lengkapkan maklumat yang diminta. Untuk bahagian Bank Statement, bestie boleh skip dan ianya tidak wajib untuk upload
  • Setelah itu "New Enrolment : e-Starter Kit" akan dipaparkan, rujuk gambar di bawah. Kat sini, bestie ada DUA pilihan,

imej credit: ains.my

OPTION 1 - Jika bestie pilih untuk bayar yuran keahlian RM35, klik pada "PAY NOW" dan selesaikan pembayaran. Tahniah! awak sudah menjadi keluarga Shaklee yang sah.
 

OPTION 2 - Jika bestie pilih untuk dapat keahlian percuma dengan pembelian 100UV, klik pada "Continue Shopping" dan pilih produk yang awak inginkan (add-to-cart). Pastikan jumlah UV adalah 100UV atau lebih. Selepas bestie semak detail pembelian dan lengkapkan alamat penghantaran, klik pada "Pay Now" dan selesaikan bayaran. Tahniah! awak sudah menjadi keluarga Shaklee yang sah.


Untuk bestie yang baru pertama kali mahu mengamalkan vitamin Shaklee untuk tujuan kesihatan yang baik, saya cadangkan untuk pilih Best Seller Set. Dalam set ni ada ESP soy protein, Omega Guard, OsteNutrix, Vitamin C dan B-Complex. 
Atau pun, beli sebotol Vivix sahaja sudah layak dapat keahlian percuma.
 
Oh tapi kita masih ada promo Set Rahmah terlajak murah yang tawarkan keahlian percuma. Promo ni berbaki 5 hari jer lagi. Jadi cepat rebut peluang yang sangat berbaloi ni sekarang!
 




STEP 2
Buat pembelian setiap bulan. Vitamin asas seperti Vitalea, B-complex, Vitamin C dan ESP jika diamalkan satu keluarga, memang confirm akan repeat setiap bulan. Then, bila kita dah rasai kesan positif makan vitamin Shaklee, for sure kita akan kongsikan kebaikan vitamin Shaklee dengan saudara mara & kawan-kawan. So kita tolong mereka order vitamin guna ID kita. Bila kuantiti order kita bertambah, cashback yang bakal kita terima pun meningkat juga. Ini jadual cashback atau juga dipanggil Bonus Shaklee untuk rujukan bestie.
 

 
Extra Tips - masa kita buat pembelian, bayar guna kad kredit untuk dapat mata ganjaran. Hehee ini memang payment mode kesukaan saya sebab nak kumpul points. Shaklee terima bayaran menggunakan kad kredit Visa dan Mastercard.
 
 
STEP 3
Enjoy cashback! Cashback dari pembelian ini Shaklee akan kreditkan ke akaun bank kita pada setiap 14hb bulan berikutnya. Selain cashback, ahli biasa Shaklee juga boleh dapat untung runcit. Contoh Vitamin C (harga ahli RM92, harga retail RM115), kalau yang order saudara/kawan terdekat tu awak nak bagi harga kasih sayang RM105, awak masih dapat untung runcit RM13. Yang penting tak boleh caj melebihi harga retail, atau kurang daripada harga ahli yang Shaklee tetapkan. Senarai harga produk Shaklee boleh di muat turun dari "Resources" di website.
 
Tengoklah ni, berapa cashback yang salah seorang team PAF network dapat, lebih 900 ringgit!


Wohoo cashback macam ni boleh dapat 2 botol Vivix percuma!
  

Jom bestie! yang nak join ahli dan dapat Cash Rebate dengan amalkan vitamin Shaklee, ambil peluang keahlian percuma dengan pembelian set promo Healthy Rahmah. Sihat dapat, cantik pun dapat.



💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


Thursday, April 20, 2023

Bisnes Online Terbaik: Insentif Shaklee Bantu Jana Aset Tunai

Apa khabar bestie! Diam tak diam, kita dah sampai di penghujung Ramadhan. Cik Faz percaya masing-masing sibuk dengan persiapan menyambut lebaran. Maklum jer lah, tahun 2020 raya terkurung. Tahun 2021 raya sorok-sorok. Tahun 2022 raya mengejut. So tahun 2023 ni nampak semua excited all out dengan persiapan nak sambut Raya macam dulu-dulu sebelum pandemik.
 
Persiapan raya saya sederhana jer. Baju raya pun saya tak beli. Bukan tak excited nak raya, tapi buat masa sekarang ni saya ada priority lain. Baju kurung yang ada pun kadang pakainya setahun sekali, so saya tak rasa perlu untuk beli baju lagi. Oh mungkin juga faktor usia, nafsu shopping baju tu dah semakin pudar. Hahaa
 
Ape pun, geng bisnes Shaklee memang happy lah raya kali ni. Mana tidaknya, baru jer dapat duit raya awal, lepas tu Shaklee Malaysia umumkan pula insentif tambahan sebanyak RM600. Wow!!
 
Ok sebenarnya Insentif Shaklee ni extra bonus untuk boost semangat geng bisnes Shaklee, yang mana RM600 ni akan dihadiahkan kepada mana-mana ahli (pengedar) yang berjaya naik rank Supervisor di bulan April/May/June 2023 dan maintain 3 bulan berturut-turut di appointed rank tersebut.
 
Berapa income bisnes shaklee bila naik rank Supervisor? Secara purata, boleh dapat side income sekitar RM1,500. Jadual kat bawah ni adalah purata pendapatan sebulan yang boleh dicapai bagi setiap rank dalam bisnes Shaklee.
 
 
Imagine on top of bonus RM1,500 tu, dapat lagi extra RM600 duit insentif. Yahuuu!
 
Nak buat apa dengan duit extra RM600 insentif Shaklee tu?
 
Ahaa… part gemokkan duit ni terpaling Cik Faz suka nak cerita. Saya kan 'kakak finance', Hehee. Ada 2 cara untuk tukarkan Insentif Shaklee kepada aset tunai.


1) BEKUKAN DUIT TUNAI KEPADA EMAS
Ada beberapa option emas yang boleh dibeli dengan RM600 ini. Kalau minat pakai perhiasan, boleh beli cincin sekitar berat 2 gram. Ya betul sekarang ni emas tengah mahal. Harga jual emas 916 kedai persatuan (Habib/Tomei/Poh Kong) sekarang ni RM315 /gram belum termasuk upah.

So kalau nak beli cincin yang padu dengan RM600 ni, saya cadangkan beli emas preloved. Kebanyakan kedai sekarang ni jual emas 916 preloved RM270 /gram (nett). Kat sini dah jimat harga emas per gram, jimat juga part upah. Walaupun ia preloved, tapi condition masih macam baru dan jackpot kalau dapat cincin preloved 916 import Italy.
  
Option kedua, beli gold wafer coin special edition Tekat Habib. Actually ini wishlist saya, hehee. Satu set wafer coin tekat ada 5 keping dan harganya RM590. Berat setiap keping coin emas 999 ni 0.2 gram, jadi satu set jumlah beratnya 1 gram.

Kalau untuk investment, wafer coin macam ni sebenarnya tak berapa sesuai sebab upahnya mahal. Anyhow, design klasik limited edition macam ni ada peminat tersendiri. So untuk jangka masa panjang, nilainya tetap meningkat disebabkan collector yang nak beli lebih pentingkan design berbanding harga.
  
Bila bekukan cash jadi aset emas, kita mungkin rasa macam tak berduit sangat. Tapi sebenarnya aset kita sedang hasilkan duit untuk masa depan.

wafer coin Tekat Habib, cantik kan ;)


2) MULAKAN PELABURAN TUNAI
Especially untuk bestie yang baru bekerja dan susah nak buat savings lumsum RM600 sebulan, join bisnes Shaklee secara sambilan adalah pilihan yang tepat. Dengan adanya insentif Shaklee, ia boleh dijadikan sebagai modal untuk mula menabung.

Ini contoh pelaburan unit amanah dengan modal permulaan RM600, diikuti dengan pelaburan tambahan secara tetap RM200 sebulan, selama 5 tahun dengan anggaran pulangan tahunan 8%.
  
Selepas 5 tahun, simpanan dah gemok lebih RM15 ribu!

Saya personally pilih untuk berbisnes Shaklee kerana kebebasan masa. Bukan sebab tak mahu terikat dengan masa kerja 8 pagi 5 petang, tapi sebab ada orang tua yang perlukan perhatian. Kalau kerja makan gaji, kan susah sekejap-sekejap apply cuti untuk urusan appointment klinik / hospital. Selalu cuti pun nanti efek prestasi, silap-silap tak dapat kenaikan gaji atau lebih parah diminta berhenti.
  
Antara kelebihan bisnes online Shaklee
  • Jana pendapatan tambahan
  • Jadual kerja kita tetapkan sendiri
  • Jadi bos kepada diri kita sendiri
  • Bekerja dengan orang yang kita kenali dan suka
  • Membantu orang lain
  • Potensi pendapatan seperti kerjaya level tinggi
 
Kalau nak tahu pengalaman bisnes lain yang pernah saya ceburi dan berapa modal yang lebur, baca kat sini >>> Bisnes Online Terbaik Malaysia
 
Bagi bestie yang berminat nak join bisnes Shaklee dan dapatkan insentif ini, klik jer icon WhatsApp saya untuk appointment / consultation. Sehingga bertemu lagi di posting yang lain, selamat menyambut Hari Raya!
 

💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
 
#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023