Monday, January 30, 2023

Cara Kembangkan Duit Untuk Ada Simpanan 1 Juta

Saya tertarik untuk kongsikan kisah seorang hamba Allah yang tidak mahu dikenali (anonymous) dari sebuah group facebook, bagaimana beliau berjaya memiliki simpanan 1 juta dengan melabur dalam ASB lebih 20 tahun. Saya begitu terinspirasi kerana beliau adalah orang kebanyakan, namun kerana kesedaran mula melabur diusia muda beserta kecekalan dan disiplin, pada Januari 2023 sudah mempunyai simpanan lebih 1 juta.
 
Saya agak umur beliau dalam 40an, tapi sudah ada 1 juta untuk persaraan.
Wow kagum! (click to enlarge)
 
Penting ke nak kena ada simpanan 1 juta?

Mungkin kita rasa macam “RM 1 juta tu banyak sangat, saya tak perlukan duit sebanyak itu”. Tapi sebenarnya, kita memang perlu ada simpanan 1 juta untuk bersara dengan selesa. Selesa jer tau, bukan hidup mewah. Mari saya tunjukkan logiknya.
 
Umur bersara : 55 tahun
Purata jangka hayat rakyat Malaysia : 75 - 80 tahun
 
Ikut guideline perlindungan Takaful, saya pilih umur 80 tahun sebagai contoh pengiraan. So, 80-55 = 25 tahun (bersamaan 300 bulan) adalah tempoh masa kita akan gunakan dana persaraan.
 
Jadi, RM1,000,000 / 300 bulan = RM 3,333 sebulan.
 
Banyak atau sikit RM3,333 sebulan tu? Bergantung dimana kita tinggal lepas bersara nanti.
 
Kalau duduk di kampung, ada duit belanja bulanan 3k bagi saya selesa. Insha Allah cukup untuk belanja dapur dan kemungkinan kos luar jangka, contoh demam nak pergi klinik. Tapi kalau tinggal di bandar tanpa ada sumber pendapatan lain, RM3333 tu mungkin cukup makan jer.
 
Jadi apa kita kena buat ni? Nak simpan duit 10K pun semput, apa lagi sejuta. Bestie, jangan pernah rasa nak mengalah. Mari saya kongsikan 3 cara untuk kembangkan duit supaya kita boleh ada simpanan persaraan yang selesa.
 

(1) Amanah Saham Bumiputra
ASB ada 2 kaedah simpanan. Cara pertama, simpan di ASB guna duit sendiri. Cara kedua, guna fasiliti pembiayaan bank (ASB financing), singkatannya ASBF. Kelebihan ASBF adalah, sebagai satu cara untuk kembangkan simpanan dengan lebih cepat.
 
Sekarang ini kita boleh mohon ASBF dari minimum RM20,000 hingga maksimum RM200,000. Amaun pinjaman ini akan ditukarkan menjadi sijil ASB, dimana amaun sijil ini akan turut dikira sekali dalam pengiraan dividen tahunan walaupun bayaran pinjaman belum selesai. Baca disini >>> berapa beza dividen kita dapat antara ASB simpan sendiri dengan ASBF.
 
Ini contoh bagaimana kita boleh menjana simpanan 1 juta dalam tempoh 33 tahun, dengan kaedah ASBF dan ASB biasa.
 
Andaian dividen ASB 5%. Pengiraan berdasarkan kalkulator kewangan.
(click to enlarge)
 
Dari jadual di atas, kita boleh lihat komitmen bulanan ASBF (RM941) adalah lebih rendah berbanding ASB biasa (RM1,014).
 
Beza amaun adalah RM1,014 - RM941 = RM 73 sebulan.
RM73 x 396 bulan = RM 28,908 kita dapat jimat dengan kaedah ASBF.
 
Tapi, ini adalah andaian sekiranya kadar faedah bank tetap pada 4.25% sepanjang tempoh 33 tahun. Hakikatnya, kadar faedah bank ASBF akan berubah mengikut perubahan OPR yang ditetapkan oleh Bank Negara.
 
Jadi, walaupun ASBF adalah cara yang lebih cepat untuk kumpulkan dividen simpanan berbanding ASB biasa, ada terselit risiko di situ. Dah nama pun pinjaman. So, ASBF hanya beri kita keuntungan jika kadar faedah bank lebih rendah daripada dividen ASB.
 
Jadi nak buat macam mana kalau kadar faedah ASBF meningkat melebihi dividen ASB?
 
Katakan faedah bank meningkat pada tahun ke-5 menyebabkan bayaran pinjaman semakin tinggi, kita ada pilihan untuk terminate ASBF dan kita akan menerima nilai serahan (surrender value). Jangan sedih kerana kita sudah mengumpul dividen ASB sebanyak RM55,256 dalam masa 5 tahun tersebut. Lepas dah terminate ASBF, teruskan saja menyimpan dalam akaun ASB secara konsisten seperti kaedah biasa tanpa pinjaman sehingga mencapai sasaran simpanan 1 juta.
 
 
(2) Melabur dalam Unit Trust
Melalui unit trust, kita boleh melabur di pelbagai syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia seperti sektor telekomunikasi, penjagaan kesihatan, barangan pengguna, hartanah dan sebagainya. Selain itu, kita juga boleh melabur di pasaran luar negara seperti Apple, Amazon, Microsoft, Alibaba dan banyak lagi syarikat besar yang kita minat untuk kembangkan duit.
 
Unit trust membolehkan kita menyertai pasaran saham dengan risiko yang lebih rendah, berbanding pelaburan langsung di Bursa Saham Malaysia atau luar negara. Jangan risau kerana ada banyak dana unit trust yang patuh shariah. Anggaran dividen unit trust juga lebih tinggi berbanding ASB dan simpanan biasa yang lain. Bagi dana unit trust kategori risiko sederhana, kita boleh anggarkan pulangan pelaburan dalam 8% ke 13% setahun.
 
Mungkin ramai yang berpendapat, melabur dalam unit trust perlukan modal puluhan/ratusan ribu. Sebenarnya, kita boleh memulakan pelaburan dengan modal serendah RM200 sebulan.
 
Risiko melabur dalam Unit Trust
 
Sesuatu pelaburan dengan potensi pulangan yang tinggi, mestilah risikonya pun tinggi juga. Itu asas dalam pelaburan kalau kita betul-betul ingin kembangkan duit. Jadi, ia kurang sesuai untuk mereka yang ingin lari dari risiko yang tinggi.
 
Sebelum melabur dalam unit trust, pastikan kita benar-benar mampu menghadapi risiko dan bersedia terutamanya dari segi kewangan. Ini kerana, banyak faktor yang mempengaruhi prestasi pelaburan unit trust, contohnya krisis politik, wabak penyakit dan lain-lain. Kita tiada kuasa untuk mengawal keputusan pelaburan. Sekiranya terjadi kerugian dalam pelaburan tersebut, maka duit yang kita laburkan juga akan berkurang.
 
Ini cadangan saya untuk diversify risiko pelaburan supaya kita boleh ada simpanan 1 juta dalam tempoh 33 tahun, iaitu pelaburan hibrid Unit Trust + ASB.
 
 
Labur di Unit Trust RM400 sebulan (risiko sederhana, anggaran pulangan 8% setahun), nilai matang RM730,563.80

Labur di ASB biasa RM280 sebulan (risiko rendah, anggaran dividen 5% setahun), nilai matang RM276,245.77

Jumlah modal pelaburan hibrid = RM680 sebulan 

Jadi kalau ada budget dalam RM700 sebulan bolehlah ikut teknik hibrid ini. Ia lebih rendah berbanding meletakkan 100% pelaburan tunai di ASB yang perlukan budget simpanan RM1,014 sebulan.
 
Walaupun melabur dalam unit trust ada risikonya, tapi dalam jangka masa panjang ia memberi pulangan yang tinggi berbanding simpanan biasa yang lain.
 
 
(3) KWSP i-Invest
Tahukah anda, kita boleh keluarkan sebahagian dari Akaun-1 KWSP untuk melabur dalam dana unit trust sebagai satu cara untuk kembangkan simpanan persaraan KWSP kita.
 
Ini formula untuk semak kelayakan amaun yang boleh kita keluarkan untuk pelaburan.
(Jumlah Akaun 1 - Basic Saving yang ditetapkan) x 30%
 
Contoh: Fiona berumur 40 tahun, Akaun-1 KWSP ada RM120,000
Basic saving yang ditetapkan oleh KWSP bagi pencarum berumur 40 tahun = RM86,000
 
Amaun yang Fiona boleh keluarkan dari Akaun-1 untuk pelaburan unit trust ialah:
(RM120,000 - RM86,000) x 30% = RM10,200
 
Dengan RM10,200 ini Fiona boleh melabur dalam unit trust yang di luluskan oleh KWSP sebelum mencapai umur 55 tahun. Konsep untung/rugi melabur dalam unit trust menggunakan Akaun-1 KWSP adalah sama seperti yang saya jelaskan dalam topik unit trust di atas. Fiona boleh menamatkan pelaburan pada bila-bila masa dan pulangan pelaburan beserta modal akan di kreditkan semula ke dalam Akaun-1 KWSP beliau.
 
 
Kesimpulan,
 
Untuk bersara selesa dengan simpanan 1 juta, kita mestilah bermula seawal yang mungkin. Seperti kata pepatah, semakin lambat kita mula, semakin curam pendakian.
 
Nak ada 1 juta pada umur 60 tahun, kena mula melabur dari umur 25 tahun.
 
Macam mana nak buat pengiraan selain guna aplikasi financial calculator?
  1. Anda boleh guna Retirement Savings Calculator ini.
  2. Initial Deposit - maksudnya berapa simpanan yang anda ada sekarang.
  3. Annual Interest Rate - maksudnya anggaran berapa dividen tahunan yang kita akan dapat. Kadar dividen tahunan ni haruslah lebih dari kadar inflasi. Anggaran kadar inflasi di Malaysia sekarang ini 3%-4%. Jadi kena simpan di tempat yang beri dividen lebih dari 4% sebagai cara kembangkan duit anda untuk lawan kadar inflasi.
  4. Years - letak jangkaan berapa tahun lagi anda nak menyimpan sambil mengaplikasikan cara-cara kembangkan duit selepas baca artikel ini.
  5. Recurring Savings - maksudnya mode simpanan anda. Letak ‘monthly’ kalau anda plan nak simpan secara bulanan. 

So cik Faz dah ada ke simpanan 1 juta?
 
Belummmm, kalau sekarang ni dah ada simpanan sejuta, memang saya pencen awal, biar duit sejuta tu pula yang bekerja untuk saya. Tinggal kutip dividen jer untuk belanja bulanan. Jadi marilah kita sama-sama berusaha untuk adakan dana persaraan yang bagus. Mudah-mudahan usaha kita di berkati Allah dan dengan limpah kurnia-Nya kita beroleh kejayaan.
 
Saya merupakan perunding unit amanah berlesen di bawah syarikat RHB Asset Management. Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat untuk memohon pembiayaan ASB atau ingin memulakan pelaburan Unit Amanah, klik jer link whatsapp saya dibawah. Saya sedia bantu.
 
Jom kita mulakan langkah pertama melabur unit trust RM200 sebulan.
 

 
*****
WhatsApp Cik Faz di sini.
RHB Asset Management (Shah Alam)
*****

Saturday, January 28, 2023

Bina Rumah Sendiri Guna Duit ASB Financing

Hai bestie! Hari ni saya nak share topik ASB. Sejak pengumuman dividen tahun 2022 pada Disember lepas, ramai yang kecewa sebab dividen ASB semakin rendah. Kedengaran suara nurtizen dan mattizen Malaysia komplen kata rugi jer simpan dalam ASB, dividen ciput!
 
Betul ke?
 

Pada saya, melabur di ASB masih pilihan paling selamat. Bebas risiko sebab harga tetap RM 1/seunit. Hari ini kita masukkan RM1000, lepas sebulan kita keluarkan semula masih dapat solid RM1000.
 
Beza dengan melabur dalam dana unit amanah harga berubah. Katakan hari ini kita nak masukkan RM1000, nilai pelaburan kita akan mengikut harga dana semasa dan ada sales charge yang dikenakan. Contohnya begini:-
 
Gross amount: RM1,000
Sales charge (ekuiti 5%): RM50
Net amount: RM1,000 - RM50 = RM950
Harga dana semasa: RM1
Unit pelaburan kita dapat: RM950 / RM1 = 950 unit
 
Katakan lepas 30 hari kita nak keluarkan pelaburan ni. Kita mungkin boleh untung, kita mungkin juga boleh rugi bergantung pada harga semasa fund tersebut. Sebab melabur dalam unit amanah harga berubah ni, harganya berubah setiap hari.
 
Analoginya begini:-
Unit pelaburan yang kita ada: 950 unit
  • Jika current fund price pada tarikh pengeluaran meningkat jadi RM1.20, nilai cash kita dapat: 950 unit X RM1.20 = RM1,140 >>> kita untung RM140 dalam sebulan.
  • Tapi seandainya harga dana semasa pada tarikh pengeluaran menurun jadi RM0.90, nilai cash kita dapat: 950 unit X RM0.90 = RM855 >>> kita rugi RM145 dalam sebulan.
 
So kalau tak berani absorb risiko rugi, labur jer lah dalam ASB. Harga tetap, takde sales charge sebab kita tak perlukan khidmat agent untuk uruskan pelaburan kita.
 
Tapi kalau jenis yang berani ambil risiko sebab nak high return investment, laburlah dalam dana unit trust harga berubah.
 
Kedua-dua jenis pelaburan, samada ASB atau unit trust yang ditawarkan oleh syarikat lain dalam jangka panjang akan tetap membuahkan hasil. Kuncinya kena sabar.
 
Macam mana dengan ASB financing?
 
Bagi saya, ASB financing masih relevan sebagai satu cara bantu Bumiputra untuk accumulate wealth. Ini contoh perbandingan dividen ASB simpan sendiri dan ASB financing 200k dengan bayaran bulanan RM1,002.
 

Notes:
  • Pelabur baru (buka akaun RM10), ASBF 200k, kadar faedah bank 4.4%, tied 30 tahun.
  • Andaian dividen ASB 5%
  • Yang simpan sendiri setiap bulan tu sangat disiplin tak keluarkan langsung selama 12 bulan.
  • Interest kat table tu merujuk kepada dividen simpanan kita.
  • Pengiraan berdasarkan kalkulator kewangan & adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Cukup 12 bulan, yang buat ASBF dapat dividen RM10,000 dan yang simpan sendiri dapat dividen RM323.72
 
Jadi, cara savings ASB mana satu yang boleh gandakan duit kita lebih cepat? - ASBF lah, sebab amaun sijil (pinjaman) 200k turut dikira sekali dalam pengiraan dividen tahunan.
 
Formula pengiraan dividen ASB macam ni;
(Jumlah baki minimum bulanan Jan-Dis / 12) x %Dividen.
 
So, teramat rugi kalau Bumiputra yang bergaji tetap tapi tak ambil peluang buat ASB financing. Cuma kalau tengok keadaan sekarang ni, kita kena rajin survey bank mana yang tawarkan financing rate yang okay, sebelum kita apply pembiayaan.
 
Sekarang ni, RHB bank offer ASBF dengan kadar faedah 4.25% 
(pinjaman RM40,000 - RM200,000) sehingga 30 June 2023.  
**tertakluk kepada perubahan OPR oleh BNM.
 
Saya dulu buat ASBF tahun 2006. Masa tu tak tahu pun cara kira-kira. Tapi sebab dah settle study loan MARA, saya nak buat force saving. Maklum lah umur masih 20-an, nafsu shopping tinggi memang susah nak disiplin simpan sendiri. Masa tu gaji bersih 1850 jer. Ada komitmen kereta dalam 650 (jangan kecam, masa ni belum celik ilmu kewangan). So budget nak saving around 200 sebulan, saya apply ASBF 15,000 untuk 8 tahun.
 
Saya tak ingat berapa interest rate bank masa tu, tapi saya settlekan bayar ASBF sampai matang 8 tahun. Dividen ASB time tu masih bagus juga average around 8.5%. Dalam tempoh ni saya tambah juga akaun ASB saya time dapat annual bonus dari company. Separuh enjoy, separuh masuk ASB. Tahun 2014, cash out sijil ASB 15,000 tu saya bawak Mak & Abah pergi Turki. Dua minggu kat sana sebab attend sekali majlis pre-graduation adik saya.
 

Adik saya kat sana since 2008, buat master sambil bekerja to finance his study. Balik Malaysia 2-3 kali setahun, dan satu masa tu dia bagitau plan nak baiki rumah family. So saya pun suruh dia buat ASBF 100k. Masa tu memang cuba jaya jer sebab dia bukan bekerja kat sini. Tapi Alhamdulillah dipermudahkan dan loan lulus.
 
Tenure ASBF adik saya 5 tahun. Masa tahun ke-3 dia kata nak surrender sijil. Tapi saya kata, kita pegi bank check dengan banker mana lebih untung, surrender sijil atau buat early settlement. Lepas banker tunjuk berapa amaun dapat kalau surrender, dengan berapa amaun kena bayar kalau nak full settlement, kami pun decide bayar full settlement. Untung sebab loan interest dapat diskaun lebih 3k. Sijil ASB dapat full 100k. Dividen untuk 3 tahun sebelum tu pun tak usik.
 
Combined dengan EPF akaun-2 saya, Alhamdulillah raya Syawal 2017 keluarga kami rasmi rumah baru. Tapi takde perabot, tetamu duduk atas lantai jer. Tahun 2018 baru start beli perabot sikit-sikit.
 

Begitulah kisah ASBF journey saya. Fast forward, saya pun dah tak kerja makan gaji dan sekarang full time agent unit trust dengan RHB (since 2020). So kalau nak info tentang ASBF wasap jer saya okay.
 
Semoga kita semua dalam lindungan Allah, kita jumpa lagi di lain entri. Jom baca doa ini.
 

 
*****
WhatsApp Cik Faz di sini.
RHB Asset Management (Shah Alam)
*****

Wednesday, January 25, 2023

Hibah Takaful Dijamin Lulus Tak Perlu Medical Check-up

Pernah tak anda apply Takaful tapi permohonan anda di tolak?
 
Tidak semua bernasib baik mendapat kelulusan selepas memohon perlindungan Takaful, terutamanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, atau lain-lain penyakit kritikal.
 
Jika sebelum ini permohonan anda pernah "declined" kerana masalah kesihatan, jangan putus asa! Mari saya kongsikan TIGA pelan takaful dengan penerimaan terjamin yang ditawarkan oleh Zurich Takaful, iaitu:-
  1. Takaful Mumtaz
  2. Takaful Sure Cover
  3. Takaful Al-Shams
Ketiga-tiga pelan takaful ini sangat istimewa kerana;
  • Boleh dilanggan TANPA sebarang Medical Check-up
  • Guaranteed acceptance (di jamin LULUS walaupun pemohon sudah ada penyakit)
  • Caruman berpatutan
  • Melindungi musibah kematian, dengan manfaat berganda untuk kematian akibat kemalangan.
  
Mari kita lihat apa pula manfaat bagi setiap pelan takaful ini.
 
PELAN TAKAFUL AL SHAMS
  • Umur kemasukan dari bayi usia 14 hari hingga 60 tahun. Penerimaan dijamin, tiada soalan kesihatan dan tidak perlu medical checkup.
  • Had perlindungan sehingga usia 80 tahun
  • Caruman yang sangat berpatutan, serendah RM50 sebulan
  • Pampasan Hilang Upaya Kekal / Hilang Upaya Warga Emas / Kematian (bukan kemalangan)
Dalam 2 tahun dari tarikh permulaan sijil - Caruman anda akan dikembalikan.
Selepas 2 tahun dari tarikh permulaan sijil - 100% Jumlah Perlindungan Asas, atau Jumlah yang telah di carum (yang mana lebih tinggi).
  • Pampasan Hilang Upaya Kekal / Kematian akibat kemalangan.
Kemalangan Am - tambahan 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas
Kemalangan Menaiki Pengangkutan Awam - tambahan 200% daripada Jumlah Perlindungan Asas
Kemalangan Di Luar Negara - tambahan 300% daripada Jumlah Perlindungan Asas
  • Elaun 5% dari Jumlah Perlindungan Asas bagi Hilang Upaya Kekal untuk 5 tahun berturut-turut
  • Khairat kematian RM2,000
  • Manfaat kematian akibat kemalangan untuk 4 orang ahli keluarga (RM10,000 setiap seorang)
 

 

PELAN TAKAFUL SURE COVER
  • Penerimaan dijamin dari usia 35 tahun hingga 80 tahun. Tiada soalan kesihatan dan tidak perlu medical checkup. Pilihan tepat bagi mereka yang inginkan perlindungan untuk diri sendiri dan ibu bapa yang belum mempunyai perlindungan takaful.
  • Had perlindungan sehingga usia 90 tahun.
  • Caruman setara sepanjang tempoh sijil, bermula RM75 sebulan.
  • Manfaat Kematian (bukan kemalangan)
Dalam 2 tahun dari tarikh permulaan sijil - Caruman anda akan dikembalikan.
Selepas 2 tahun dari tarikh permulaan sijil - Jumlah Perlindungan Asas, atau Jumlah yang telah di carum (yang mana lebih tinggi), dan Nilai Tunai.
  • Manfaat Kematian akibat kemalangan sehingga 500% Jumlah Perlindungan Asas (mengikut umur ketika tarikh kematian), dan Nilai Tunai
  • Ganjaran manfaat matang
  • Manfaat penghantaran balik sehingga RM3,000 sekiranya orang yang dilindungi meninggal dunia semasa berada di luar negara Malaysia.


 

PELAN TAKAFUL MUMTAZ
  • Merupakan pelan takaful berunsur perlindungan dan simpanan.
  • Umur kemasukan dari bayi usia 30 hari hingga 60 tahun. Penerimaan dijamin, tidak perlu medical checkup.
  • Tempoh caruman yang singkat, 8 tahun sahaja.
  • Tempoh perlindungan 16 tahun.
  • Manfaat matang
  • Caruman tahunan bermula dari RM3,000 atau RM270 sebulan
  • Ganjaran Pulangan Tunai setiap tahun bermula dari akhir tahun pertama sijil.
        Contoh Pulangan Tunai bagi caruman tahunan RM10,000

Tahun sijil 1 hingga 8, cash back 18% = RM1,800 x 8 years

= RM14,400

Tahun sijil 9 hingga 15, cash back 38% = RM3,800 x 7 years

= RM26,600

Tahun sijil ke-16, cash back 48% = RM4,800 x 1 year

= RM4,800

Jumlah keseluruhan Cash Back

= RM45,800

           **Total Cash Back if no death/TPD claim until certificate maturity.

  • Pampasan Hilang Upaya Kekal / Kematian (bukan kemalangan) + Nilai Tunai (jika ada)
Tahun Sijil 1-2     = Caruman akan dikembalikan, selepas ditolak sebarang Pulangan Tunai
Tahun Sijil 3-5     = 100% Jumlah Perlindungan Asas
Tahun Sijil 6-10   = 125% Jumlah Perlindungan Asas
Tahun Sijil 11-15   = 150% Jumlah Perlindungan Asas
Tahun Sijil 16        = 200% Jumlah Perlindungan Asas
  • Pampasan Hilang Upaya Kekal / Kematian akibat kemalangan + Nilai Tunai (jika ada)
Tahun Sijil 1-5     = 100% Jumlah Perlindungan Asas
Tahun Sijil 6-10   = 150% Jumlah Perlindungan Asas
Tahun Sijil 11-15   = 200% Jumlah Perlindungan Asas
Tahun Sijil 16        = 300% Jumlah Perlindungan Asas



Saya pasti ini berita gembira untuk anda buat keluarga tersayang. Untuk pertanyaan lanjut dan sebut harga, saya sedia bantu.
 
 
*****
WhatsApp Cik Faz di sini.
Perunding Zurich Takaful (Selangor / KL)
*****