Thursday, February 9, 2023

Intermittent Fasting Tips Bebas Fibroid

Bila sebut Intermittent Fasting (IF), yang biasa terlintas di fikiran mesti puasa untuk kurus jer kan. Rupa-rupanya IF ni boleh jadi salah satu effort untuk 'putuskan hubungan' dengan fibroid tanpa pembedahan.
 
To be honest, saya personally tak ada pengalaman buat Intermittent Fasting. Cara saya kawal fibroid saya dulu 100% amalkan supplement liver detox dan pantang makan, termasuk cut off gula. Baru-baru ini saya terbaca kisah Ms. Phyllis, seorang Yoga coach berkongsi pengalaman beliau yang berjaya 'berpisah' dengan fibroid selepas konsisten amalkan IF 16/8.
 
Kita tahu punca terjadinya Fibroid ini dikaitkan dengan masalah estrogen dominant, sama ada badan menghasilkan hormon estrogen lebih dari keperluan, atau lebihan estrogen tidak disingkirkan dari badan. Jadi, Intermittent Fasting merupakan permulaan terbaik untuk menangani diet toksik dan membantu mengimbangi tahap estrogen yang tinggi dalam badan.
 
Sebagaimana puasa Ramadhan baik untuk detoks, sama juga konsepnya dengan Intermittent Fasting. Puasa IF dapat menghentikan tindakbalas keradangan disebabkan oleh toksin yang terkumpul dalam tisu lemak. Cuma tempoh puasa IF agak panjang sikit, ala-ala puasa kat Turkiye di musim panas gitu. Tapi puasa IF ni masih boleh minum air (tanpa gula/pemanis).
 
Untuk beginner, boleh cuba kaedah Intermittent Fasting 16/8 seperti yang dicadangkan oleh coach-gula Puteri Yusof. Maksudnya 16 jam tempoh puasa dan 8 jam tempoh makan, macam ni :-

  • Makan dinner jam 6:30 petang
  • Mula puasa jam 7:00 petang (16 jam IF boleh minum air kosong, green tea)
  • Makan brunch/lunch jam 11:00 pagi (kalau nak extend 1-2 jam lagi bagus)
  • Makan snek jam 3:00 petang (optional)
  • Makan dinner jam 6:30 petang
  • Sambung puasa seterusnya jam 7:00 petang (16 jam IF boleh minum air kosong, green tea)
 
Nota - Ambil vitamin semasa waktu makan. Menu 'sahur' dan 'berbuka' Intermittent Fasting tu pula semestinya yang berkhasiat ya. Elakkan makanan terproses dan bergula, sebab akan ganggu proses detoks.


peraturan asas meal-plan intermittent fasting

Pada permulaan Intermittent Fasting, anda mungkin akan mengalami healing crisis yang agak dramatik. Semasa badan dalam proses cleansing and rebuild, gejala sementara lain seperti sakit kepala, bau badan dan keletihan juga berlaku. Lepas seminggu atau lebih, gejala healing crisis akan beransur hilang.
 
Kesan Intermittent Fasting selepas 30 hari konsisten - lebih energetic dan tiada lagi kembung perut. Sistem imun bertambah baik dan keradangan berkurang. Hati yang mengawalatur paras estrogen dalam badan juga dapat bekerja dengan efisien.
 
Lepas 30 hari Intermittent Fasting, amalkan terus diet seimbang dan berkhasiat untuk kekalkan momentum. Ermm kalau nak cheat day sekali sekala tu dibolehkan, sekadar buat rasa-rasa hilangkan teringin.
 
Kenapa detoks sangat penting dalam usaha nak bebas fibroid?
 
Intermittent Fasting merupakan cara yang berkesan dan selamat untuk detoks - singkirkan bahan buangan dari hati, buah pinggang, paru-paru dan aliran darah. Bila semua organ penting yang berfungsi sebagai 'penapis' dah clear dari toksin, barulah badan kita mampu self-repair dengan jayanya.

Sekiranya kesihatan organ 'penapis' terutamanya hati terjejas, risiko ketidakseimbangan hormon akan terjadi. Oleh itu, Intermittent Fasting adalah cara untuk 'rehatkan' hati dan reset semula supaya ia boleh menjalankan kerja singkirkan lebihan estrogen dengan cekap. Bila sel fibroid semakin kurang mendapat bekalan estrogen, akhirnya ia pun mengecut.
 
Intermittent Fasting untuk fungsi hati yang cekap imbangi hormon estrogen

Namun demikian, IF kurang disarankan sekiranya anda sedang berusaha untuk hamil, sedang hamil atau menyusukan anak. Tapi sekiranya anda ingin tahu, baca di sini panduan Intermittent Fasting khusus untuk breastfeeding mommies oleh Aisyah K. Semoga bermanfaat & enjoy reading!


💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


2 comments: