Saturday, February 18, 2023

Persiapan Ramadhan Dan Set Puasa Shaklee

Salam Israk Mikraj…. Lebih kurang 33 hari jer lagi kita nak sampai ke bulan Ramadhan. Apa agaknya persiapan bestie semua nak sambut Ramadhan tahun ini yer?
 
Selalunya kita ada to-do-list harian kan? Jadi saya pun senaraikan perkara yang perlu untuk pastikan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas.
 
Ini 5 persiapan menjelang puasa yang Cik Faz sedang practice untuk biasakan diri, dan bercadang untuk teruskan selepas Ramadhan.
 

1. Tidur Dan Bangun Awal
Saya sedang berusaha untuk tidur pada jam 10:30 malam dan bangun jam 4:30 pagi. Ada masa berjaya, ada masa gagal terlajak sampai azan subuh baru terjaga, sebab malamnya tidur lewat.
 
Bila dah 4-series ni, saya memang perlu sekurangnya 6 jam tidur untuk dapatkan rehat yang cukup dan bertenaga keesokan harinya. Pada hari yang berjaya bangun jam 4 pagi tu, saya rasa suasana pada waktu ini sangat hening… tenang dan saya cuba mula buat solat sunat.
  

2. Zikir Di Selang Waktu
Sedang berusaha untuk lazimkan berzikir masa driving, atau pada bila-bila selang waktu yang ada. Memang kena off radio, kalau tak lagha ikut nyanyi heheee. Mudah-mudahan dengan zikrullah akan memberi kita ketenangan dan rasa cukup.
  

3. Solat Awal Waktu & Kerapkan ‘Dating’ Dengan Al-Quran
Tengah usaha untuk lazimkan baca Quran sebelum Subuh, lepas Maghrib dan Isyak, setiap hari. Kecuali waktu ABC lah hehee. Tapi kalau time ABC, saya nak cuba mulakan baca terjemahan. Dari segi solat, nak perbaiki terutamanya solat Isyak di awal waktu.
  

4. Spring Cleaning Persekitaran Dan ‘Hati’
Cadangnya last weekend sebelum puasa tu nak buat spring cleaning bilik dan rumah. Jadi bila masuk bulan puasa dah boleh fokus amalan Ramadhan.
 
Untuk ‘spring cleaning’ hati, minta maaf dan juga memaafkan. Tak seronoklah puasa kalau ada yang sakit hati, atau kita sendiri yang tak puas hati.
  

5. Jaga Kesihatan Sebaik Mungkin
Tubuh badan kita adalah amanah dari Allah yang wajib di jaga. Kita mengimpikan apabila memasuki Ramadhan, kondisi diri kita bertenaga dan semangat!
 
Untuk itu, sebaiknya kita tinggalkan makanan yang tak berkhasiat dan gaya hidup kurang sihat yang boleh mendatangkan rukhsah dan kita tak dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan baik.
 
Dari segi pemakanan semasa berpuasa, saya ingin cadangkan Set Puasa Shaklee yang dapat membantu kita;
  • Mengawal rasa lapar
  • Kurangkan dahaga
  • Kekal bertenaga
  • Elakkan sembelit dan peningkatan berat
 

Mari saya terangkan fungsi supplement dalam Set Puasa Shaklee untuk bestie semua fahami dengan lebih jelas.
 

(1) ESP dan CINCH SHAKE untuk kawal lapar semasa berpuasa
ESP dan Cinch Shake merupakan minuman protein berkualiti tinggi berasaskan soya non-GMO yang diperkaya dengan vitamin dan mineral lengkap.
 
Minuman protein ini mempunyai indeks glisemik yang rendah, dapat memberikan rasa kenyang lebih lama berbanding karbohidrat (nasi).
 
Tips semasa puasa:
  • Pastikan kita bangun sahur dan makan secara sederhana.
  • Elakkan makanan pedas dan berminyak yang boleh menyebabkan pedih ulu hati atau gastrik
  • Minum ESP soy protein yang dibancuh dengan segelas air suam untuk tenaga berpanjangan, serta menguatkan otot perut dan esofagus. Pada saya, ESP ni sejenis comfort drinks dan rasanya sedap.
  • Cinch Shake pula boleh dijadikan meal replacement kerana, ia membekalkan nutrient yang menyamai satu hidangan lengkap dengan rasa yang enak seperti pemanis mulut.
 
 
(2) PERFORMANCE DRINKS untuk kekal hidrat semasa berpuasa
Performance Drinks merupakan minuman elektrolit penghilang dahaga yang ideal. Ia mengandungi campuran unik karbohidrat untuk memberi tenaga segera dan berterusan serta menyokong penghidratan optimum.
 
Terdapat dalam 2 perisa, Orange dan Lemon Lime.
 
 
(3) VIVIX untuk kekal bertenaga semasa berpuasa
Kebaikan polifenol dan antioksidan dalam formula Vivix dapat meningkatkan tenaga dan melindungi sel dari kesan oxidative stress.
 
Dari pengalaman saya bila amalkan minum Vivix ni, mudah nak bangun awal pagi. Body clock memang cun, bangun pagi rasa cergas.


(4) LECITHIN untuk kawal berat badan dan HERBLAX untuk pencernaan yang lawas semasa berpuasa
Kita mungkin akan mengalami kenaikan berat badan yang tidak diingini kerana wujud kecenderungan untuk terlebih makan atau terlalu banyak menikmati makanan yang tinggi lemak. Ini menghapuskan manfaat sebenar berpuasa.
 
Ambil Lecithin waktu iftar. Lecithin dapat menguraikan lemak makanan kepada molekul yang lebih kecil untuk penghadaman dan mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan.
 
Sebelum tidur pula, ambil Herblax untuk melegakan sembelit ringan yang biasa dihadapi semasa berpuasa akibat pengambilan serat dan air yang rendah.
 
Sebaiknya kekalkan diet kaya serat dengan pengambilan banyak buah-buahan serta sayur-sayuran, dan minum air yang mencukupi semasa sahur dan iftar.
 
 
Kalau nak tahu resipi-resipi Ramadhan yang enak menggunakan ESP, Vivix dan Performance Drinks, tekan jer link wasap saya di bawah.
 
Akhir kata, doakan saya istiqomah yer bestie. Semoga amalan kita semua diterima Allah, dan mudah-mudahan Ramadhan kali ini mengubah diri kita jadi lebih baik. Ameennn
 

๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.



6 comments:

  1. Terima kasih tips. Moga Allah berkati kita semua dibulan Syaaban seterusnya Ramadhan insyaa Allah, Aamiin

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah tak sabar nak puasa dengan set berpuasa shaklee

    ReplyDelete
  3. Sama-sama kita berjuang serta dimudahkan urusan utk Ramadan2023 lebih bermakna. Aamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga lebih banyak rezeki Sya'ban & Ramadhan. Aamiinnn

      Delete