Saturday, March 11, 2023

Duit Raya Awal Dari Shaklee

Seiring dengan kedatangan Ramadhan yang tinggal beberapa hari jer lagi, hal-hal berkaitan Hari Raya pastinya dah mula jadi topik perbincangan. Biskut raya berapa balang… baju raya berapa pasang… gelang raya berapa bentuk… langsir nak tukar ke tidak… angpao raya berapa nak sediakan… raya nak balik mana… Oh part raya nak balik mana tu Cik Faz tak gaduh sebab single. Hahaa tiber

Ape pun pokoknya kena ada duit, barulah semua perancangan tu jadi kenyataan. Betul tak? Sebut pasal duit, geng-geng bisnes Shaklee bakal terima duit raya awal tahun ini. Sebab tarikh Hari Raya Aidilfitri di jangka pada 22-April, dan komuniti bisnes Shaklee pula akan terima bonus (income) bulanan pada 14-April. Wahhh seronoknya dapat duit raya awal!

Berapa banyak bonus komuniti bisnes Shaklee dapat?

Income bisnes Shaklee disebut bonus (komisen jualan produk dan insentif lain)

Bayangkan tiap-tiap bulan ada pendapatan 5 angka macam tu, fuhh best! Potensi pendapatan dalam bisnes Shaklee sebenarnya tiada had. Bagi yang sudah mencapai ranking Master Coordinator, bonus mereka boleh mencecah ratusan ribu ringgit sebulan. Ini adalah pendapatan dari pelbagai jenis insentif dalam bisnes Shaklee seperti bonus jualan peribadi, bonus jualan kumpulan, bonus kepimpinan dan bonus kereta. 

Jika dilihat pada tarikh bonus dalam gambar yang saya kongsikan, ianya adalah pendapatan dalam bulan Mac/April/May 2020. Ingat lagi kah kita kepada permulaan gelombang Covid di Malaysia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Di sini jelas menunjukkan bisnes kesihatan adalah suatu keperluan tidak mengira keadaan ekonomi. Tambahan pula, produk Shaklee memang diyakini selamat disokong oleh kajian klinikal dan landmark study.

Terkini, untuk business cycle 2022 sahaja, Shaklee sudah membayar bonus berjumlah RM372 juta kepada ahlinya. Wow!

RM372 juta jumlah komisen tahun 2022 Shaklee bayar kepada ahli

Bagi yang berminat untuk sertai team bisnes Shaklee, anda hanya perlu bayar yuran keahlian RM35 sahaja. Tak percaya yuran keahlian bisnes MLM murah macam ni? Percayalah! Di Shaklee, tak perlu pun sampai kena buat pinjaman ribu riban untuk beli pakej keahlian.

Atau, anda boleh dapat keahlian PERCUMA dengan pembelian produk 100UV, bersamaan RM400 (harga ahli). Paling mudah nak dapat free membership adalah dengan pembelian sebotol Vivix (112UV). Tidak ada renewal fee. Anda cuma perlu buat belian apa sahaja produk untuk kekalkan keahlian setiap tahun, secara automatik.

Saya join Shaklee sekitar October 2013, asbab result medical check-up lepas setahun surgery buang fibroid besar ada fibroid kecil yang baru saiz 3cm. Saya join ahli sebagai pengguna produk, consume DTX dan Vivix sebab aim saya nak kecutkan fibroid 3cm tu. Kisah fibroid ni akan saya ceritakan secara berperingkat. Masa tu saya masih bekerja di makmal R&D, so bila ada kawan-kawan office yang nak beli supplement Shaklee, saya ambil order mereka. Jadi, pernah juga lah merasa bonus 3 angka. Bonus Shaklee 4-5-6 angka memang belum pernah merasa lagi.

Target tahun 2023 naik rank Supervisor

Sekarang ni saya kerja freelance. So bila coach gula Puteri Yusof ajak saya join Projek Blog Euphoria pada Februari lepas, saya fikir ini peluang baik untuk mulakan semula bisnes Shaklee. Saya berdoa semoga perjalanan bisnes kali ini dipermudahkan dan saya boleh jadi seperti mereka yang berjaya.

Orang kata sebelum dapat sesuatu yang kita idamkan, kita berangan lah dulu supaya nanti jadi kenyataan. Jadi saya pun bayangkan… apa yang saya akan buat bila dapat Duit Raya Shaklee sebanyak RM50,000

  • RM1,300 untuk kewajipan zakat
  • RM5,700 untuk duit raya Mak Abah, Adik beradik & Anak saudara
  • RM5,000 untuk tabung tunaikan Haji. Cemburu tengok kawan yang dah tunaikan haji sebelum 40-an. Mak Abah saya pun belum berpeluang tunaikan Haji. Tapi Alhamdulillah Abah dapat pergi umrah Mac 2022 lepas.
  • RM10,000 untuk tabung simpanan tunai
  • RM10,000 untuk tabung kereta. Dah 14 tahun saya tak bau kereta baru keluar showroom. Kalau di rezekikan kereta baru saya nak beli SUV, selesa untuk bawa Mak Abah jalan-jalan pusing semenanjung.
  • RM10,000 untuk beli bangle raya idaman kalbu. Tunggu nak dapat emas dari 'husband' sampai dah kertu masih tak nampak bayang, kita usaha sendiri jer lah.
  • RM5,000 untuk tabung healing pergi travel melihat dunia kebesaran Allah
  • RM3,000 untuk duit poket sendiri
Tabung tunaikan Haji

Sebahagian wishlist road to 500 gram.
Nafsu emas tak terbendung 😝

Hehee… best betul berangan dapat Duit Raya Shaklee RM50,000 kan. Ini consider macam vision board saya lah. Semoga Allah makbulkan impian saya, amiinnn.

Kepada anda yang mungkin sedang mencari peluang bisnes atau mahukan pendapatan tambahan, jom sertai saya bersama team PAF NETWORK hari ini.


💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023


6 comments:

  1. kalo 50k bajet raya, kita raya oversea la faz kahkahakah

    ReplyDelete
  2. Wahh bestnye dapat duit raya shaklee. Boleh pergi jalan2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan kita semua dapat duit raya kepok-kepok :)

      Delete