Thursday, March 9, 2023

Pengalaman Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee

Kita sambung lagi topik cabaran semasa berpuasa. Selain lapar dan kelesuan, masalah dehidrasi merupakan cabaran yang paling menguji kesabaran semasa berpuasa. Masa tekak perit, haus tu juga lah gambar air tembikai laici pudina melintas kat facebook, hadoiiii memang menduga sungguh. Hehee 😅

Kalau bestie nak tahu, dehidrasi memberi kesan negatif kepada kesihatan pelbagai sistem badan kita, antaranya sembelit dan menyebabkan kulit menjadi kering dan kurang anjal. Ini kerana 30% kulit kita terdiri daripada air yang memberikan kulit daya ketahanan, seri dan keanjalan.
  
Mari kita lihat apakah 5 tanda dehidrasi yang perlu kita waspada.
 
1. Tidak Boleh Fokus atau Berfikir Dengan Jelas
Otak memerlukan air yang cukup untuk berfungsi dengan baik. Sekiranya dehidrasi berlaku, kita akan sedar bahawa fungsi kognitif atau mood berubah dan mungkin menyebabkan kita menjadi keliru atau tidak fokus.
 
2. Mengidam Sesuatu yang Manis
Apabila mengalami dehidrasi, kita mungkin mengidam sesuatu yang manis kerana tubuh memerlukan bantuan untuk menghasilkan glikogen, sejenis karbohidrat yang disimpan dan digunakan oleh tubuh sebagai bahan bakar.
 
3. Merasa Letih atau Pening
Air membantu tubuh kita mengawal kadar gula dalam darah dan oksigen, yang membantu kita rasa bertenaga. Tanpa pengambilan air yang secukupnya, badan kita tidak boleh memproses nutrien secara optimum, yang menyebabkan keletihan dan pening.
  
4. Tidak Dapat Melakukan Senaman dengan Baik
Dehidrasi menurunkan tekanan darah, menjadikan jantung bekerja lebih kuat, di mana ia memberi kesan kepada kemampuan kita boleh melakukan senaman. Dehidrasi melebihi 5% menurunkan keupayaan bersenam sebanyak hampir 30%.
  
5. Mengalami Jantung Berdebar-debar
Dehidrasi membuang elektrolit daripada badan menjadi tidak seimbang, mengakibatkan tekanan darah menjadi rendah. Ini memberi ketegangan tambahan pada pelbagai bahagian badan termasuk jantung. Akibatnya, kita mungkin berasa jantung berdegup kencang atau mempunyai kadar denyutan yang tidak normal.
 
Shaklee Performance Drinks, uiii segarnya!
 
Badan kita secara semulajadi kehilangan elektrolit melalui pernafasan, peluh dan kencing. Kehilangan elektrolit yang berlebihan menyebabkan dehidrasi, yang mana boleh menjadi lebih serius lagi dengan pendedahan kepada haba, tidak minum air yang mencukupi sebelum mula berpuasa dan aktiviti fizikal.
 
Kita boleh mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa dengan:
  • Elakkan diri terdedah kepada cuaca/persekitaran panas terlalu lama
  • Minum Performance® penghilang dahaga ideal yang menghidratkan. Ia membekalkan gabungan propietari elektrolit OPTI-LYTE™ dan campuran unik karbohidrat untuk memberi tenaga segera dan berterusan serta menyokong penghidratan optimum.

Kelebihan Performance Drinks Shaklee
  • Minuman isotonik Shaklee ini tidak bergas / berkarbonat
  • Kandungan gula yang sangat minima
  • Tiada pewarna atau pengawet tambahan
  • Dirumus KHAS dengan 6 jenis elektrolit (magnesium, kalsium, potassium, sodium, fosforus, klorida) yang diperlukan oleh badan.
  • Mudah diserap bagi menstabilkan keseimbangan paras gula darah dan cecair dalam badan.

Untuk pengetahuan bestie, formula Performance Drinks ini pada asalnya direka khusus untuk para angkasawan NASA di Amerika Syarikat. Haa bukan biasa-biasa tau.

Bestie boleh dapatkan Performance Drinks yang juga termasuk dalam promosi Set Puasa Shaklee 1-2-3, sebagai minuman sahur dan berbuka supaya kekal hidrat untuk terus aktif dan peka ketika berpuasa. Terdapat dalam perasa Oren atau Lemon-Lime yang menyegarkan. 
 
Sah sehingga 31-03-2023 (sementara stok masih ada)
 
Di sini saya kongsikan juga pengalaman berpuasa Ramadhan dengan Set Puasa Shaklee dari pengguna lain yang sangat berpuas hati.
 
 










Oh ya bestie boleh baca artikel saya sebelum ini, bagaimana protein soya ESP dan Cinch Shake membantu kita cergas sepanjang hari semasa berpuasa. Saya doakan kita semua di beri kesihatan yang baik dan dapat menjalankan ibadah di bulan Ramadhan dengan cemerlang.

Sebelum terlupa, saya belanja 1 resipi Performance Drinks yang menyegarkan untuk bestie cuba di bulan puasa nanti.


 
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023


No comments:

Post a Comment