Hai! Apa khabar bestie
semua? Semoga sihat dan ceria hendaknya.
Minggu yang agak padat bagi
Cik Faz, baru selesai menghadiri program Takaful Zurich 2 hari 1 malam di Ipoh.
Bekalan saya bila travel long distance dah tentulah Vivix. Hari pertama
training agak lama, dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Walaupun tak cukup tidur
(sebenarnya susah nak tidur bila berada di tempat baru), saya masih boleh fokus
di hari kedua kelas yang bermula seawal jam 8 pagi dan tak mengantuk sepanjang
perjalanan balik ke Shah Alam pada sebelah petang. Alhamdulillah jam 11 malam
selamat sampai rumah.
Kebetulan ada yang bertanya
Cik Faz… dari banyak-banyak supplement yang wujud di Malaysia, kenapa saya
pilih Shaklee? Saya ni, seorang yang agak particular. Bila melibatkan
supplement, lagi lah saya memilih sebab benda kita nak makan mestilah yang
terbaik. Bila orang cakap "Ohh makanlah Shaklee, jenama ni bagus",
saya takkan terima bulat-bulat tanpa tahu apa sebabnya.
Haaa jadi nak tahu tak apa
yang membezakan Shaklee dengan jenama lain?
7 Sebab Kenapa Shaklee
Supplement Terbaik di Malaysia.
Keunikan Shaklee |
1 | INOVASI 100 TAHUN
Pengasas Shaklee iaitu Dr Forrest C. Shaklee, seorang pakar chiropractor dan nutritionist telah mencipta multivitamin pertama di Amerika Syarikat yang dilabel sebagai "Vitalized Mineral" pada tahun 1915. Sekarang, ia dikenali sebagai Vita-Lea Iron plus.
- Vitamin asas untuk kesihatan
- Cinch tea & soy protein khas untuk Set Kurus Shaklee
- Set penjagaan wajah 100% berasaskan tumbuhan (Youth)
- Krim kulit herbal blend
- Set penjagaan rambut (Prosante)
- Set penjagaan rumah (Get Clean)
Shaklee perpegang kepada prinsip Living in Harmony with Nature®. Produk Shaklee dihasilkan dari bahan semula jadi yang asli.
- Bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbahaya
- Mematuhi standard keselamatan tertinggi
- Mesra pada persekitaran
- Setiap satu daripada produk Shaklee adalah bebas gluten
- Tidak melakukan ujian produk ke atas haiwan
3 | KETULENAN DAN KESELAMATAN PRODUK TERJAMIN
Shaklee amat mementingkan ketulenan dan keselamatan setiap produk yang dihasilkan. Walaupun pihak pengeluar bahan mentah sudah menjalankan ujian kualiti, Shaklee tetap akan menjalankan ujian bebas tersendiri.
Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 paten dan yang sedang dipaten. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik dan pembentangan, termasuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere.
Kajian ini adalah yang PERTAMA seumpamanya dan bertujuan untuk menilai keselamatan dan keberkesanan pengambilan supplement untuk jangkamasa panjang iaitu ≥ 20 tahun. Landmark study ini telah diketuai oleh penyelidik pemakanan yang terkenal, Dr. Gladys Block bersama University of California, Berkeley.
Ia mengkaji makanan
tambahan yang diambil setiap hari oleh lebih daripada 50% pengguna termasuk
Multivitamin/mineral, B-kompleks, Vitamin C, Karotenoid, Vitamin E, Kalsium
dengan Vitamin D, Asid Lemak Omega-3, Flavonoid, Lesitin, Alfalfa , Koenzim Q10
dengan Resveratrol, Glukosamin, dan suplemen Imun Herba. Majoriti wanita juga
mengambil Asid Gamma Linolenik (GLA) dan suplemen probiotik, manakala lelaki
juga mengambil Zink, Bawang Putih, Palmetto Saw, dan suplemen Protein Soya.
Kajian klinikal ini
memerlukan para peserta menjalani pengambilan darah untuk memeriksa biomarker
kesihatan utama. Hasilnya sangat menakjubkan!
Keputusan kajian ini
menunjukkan bahawa, mereka yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai
lebih banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak, dan kesihatan
kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil suplemen atau
pengambil suplemen bukan produk Shaklee.
Laporan lengkap tentang
Landmark Study ini boleh didapati di sini.
Bagi saya, kajian klinikal
seperti ini amat penting dan saya jadikan kriteria utama dalam memilih makanan
tambahan. Jadi, saya memang yakin untuk menggunakan produk Shaklee seumur
hidup.
6 | TELOMERE STUDY
Kajian ini merupakan
kerjasama diantara Shaklee dengan Dr. Elizabeth Blackburn, pemenang hadiah
nobel perubatan 2009, dan saintis dalam bidang kajian Telomere.
Apa itu Telomere?
Telomere adalah kompleks protein-DNA khusus yang terdapat pada kedua-dua hujung (ekor) setiap kromosom,
melindungi genom daripada degradasi dan gabungan antara kromosom. Menurut
sains, Telomere inilah yang menentukan tahap kesihatan dan jangka hayat manusia.
Semakin kita berumur, Telomere tumbuh lebih pendek.
Pemendekan Telomere secara
progresif membawa kepada penuaan, apoptosis, atau transformasi onkogenik sel
somatik, yang menjejaskan kesihatan dan jangka hayat seseorang individu. Kadar
pemendekan Telomere boleh ditingkatkan atau dikurangkan oleh faktor gaya hidup
tertentu. Pilihan diet dan aktiviti yang lebih baik mempunyai potensi besar
untuk mengurangkan kadar pemendekan Telomere atau sekurang-kurangnya mencegah
pergeseran Telomere yang berlebihan, dengan itu melewatkan timbulnya
penyakit berkaitan usia dan meningkatkan jangka hayat.
*Dalam kajian yang
dijalankan oleh Dr. Elizabeth Blackburn mendapati, pengguna Shaklee yang
mengambil Vivix dan supplement Shaklee yang lain mempunyai kadar pemendekan
Telomere 40% lebih rendah dalam lingkungan umur dewasa, dan jelas sekali
mempunyai Telomere yang lebih panjang pada kumpulan umur 50an, 60an, dan 70an
berbanding kumpulan kawalan yang sihat.
Ini merupakan bukti
klinikal yang kita boleh hidup muda (sihat) lebih lama, kerana Telomere yang
lebih panjang dikaitkan dengan kesihatan yang lebih baik dan hayat yang lebih
panjang. Amazing kan! Shaklee mengkaji keberkesanan produk hingga ke tahap DNA.
Journal berkenaan Telomere Study ini boleh didapati di sini.
7 | MENJAGA KESIHATAN RAKYAT
MALAYSIA LEBIH 25 TAHUN
Produk Shaklee telah
memenangi Reader's Digest Trusted Brand Award untuk dua tahun berturut-turut. Ini membuktikan
Shaklee adalah jenama supplement terbaik yang menjadi pilihan di Malaysia.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Saya sudah pun memilih yang terbaik dan saya yakin anda juga seperti saya. Jom
kita sama-sama bina kesihatan yang lebih baik dengan Supplement Terbaik
Shaklee.
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.
PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
No comments:
Post a Comment