Friday, March 31, 2023

Diet Fibroid: 9 Menu Sahur Sihat Dan Kenyang Lama Ketika Berpuasa

Assalam & hai bestie! Walaupun kita dah seminggu berpuasa, rasanya belum terlewat untuk saya cerita topik menu sahur kan? Lagipun menu sahur yang akan saya kongsikan ni special untuk bantu mereka yang ada masalah fibroid dalam rahim. Sebagai seorang yang pernah 2 kali ‘kapel’ dengan fibroid, saya tahu bukan mudah untuk kita pilih menu yang tak menggalakkan tumbesaran fibroid.
 
Jangan risau, walaupun topik kita hari ni menu sahur sihat, percayalah semua menu pilihan saya tetap marvellous sesedap menu chef tersohor hey wassup gaisss 😄
 
9 MENU SAHUR SIHAT, RINGKAS, KENYANG DAN SESUAI UNTUK MEREKA YANG ADA MASALAH FIBROID.

Tempe kaya dengan Probiotik
 
1 | OVERNIGHT OAT
Oat mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang membekalkan tenaga serta membuatkan kita kenyang dengan lebih lama. Makanan tinggi serat penting untuk penghidap fibroid, terutamanya jika mereka menghadapi masalah sembelit.
 
Kenapa? Bila kita sembelit, terdapat lebih banyak masa untuk estrogen diaktifkan semula dan diserap semula dari usus yang berpotensi mengakibatkan peningkatan tahap estrogen dalam badan - faktor risiko perkembangan fibroid dalam rahim. Menurut kajian, diet tinggi serat dikaitkan dengan tahap estrogen yang lebih rendah.
 
Oleh kerana plain oat tak sedap, pilihan saya adalah Overnight Oat - tambahkan 1 scoop Protein Powder Shaklee (ESP atau Cinch Vanilla, larutkan dengan 25ml air), buah-buahan, kismis, dan kekacang (badam, hazelnut) supaya lebih sedap di samping memberi lebih khasiat.
 
Kandungan penting seperti serat, protein dan karbohidrat kompleks dalam kekacang amat membantu dalam membekalkan tenaga sepanjang hari. Elakkan kekacang yang mengandungi perasa tambahan seperti garam atau gula supaya khasiatnya terpelihara.
 
Overnight Oat mangga strawberry paling sedap

Dengan kiwi, mangga, dried cranberry pun ok

Try kiwi, pisang, coklat, tak berapa best tapi still ok
 
Tapi kan… ESP dan Cinch tu berasaskan soya, boleh ker orang ada fibroid minum ESP dan Cinch?
 
Kita mungkin pernah dengar bahawa Fitoestrogen (dalam soya) adalah larangan untuk hormon wanita. Tapi, mengikut ulasan dalam Jurnal Antarabangsa Penyelidikan Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, soya sebenarnya boleh berfungsi sebagai "anti-Estrogen". Apabila dimakan secara sederhana, Fitoestrogen boleh modestly blocked  kesan estrogen sebenar yang berlebihan dalam badan, menghalang keupayaannya untuk menggalakkan pertumbuhan fibroid.
 
Untuk pengetahuan bestie, soya mengandungi Fitoestrogen yang sangat berbeza daripada Xenoestrogen. Sumber utama Xenoestrogen - hormon sintetik, mekap, losyen, perfume, detergent, bahan plastik dan racun serangga yang berbahaya bukan sahaja kepada hormon kita malah kesihatan keseluruhan. Kajian menunjukkan, soya agak neutral dan juga mempunyai manfaat perlindungan terhadap kanser tertentu. Jadi, orang yang menghidap fibroid boleh menikmati produk soya.
 
Syaratnya consume secara sederhana, dan produk soya itu mestilah dari sumber non-GMO dan berkualiti. Saya juga minum ESP / Cinch, disamping mengambil supplement tablet kunyit (antiradang & antioksida).

 
2 | TELUR
favourite saya medium boiled 8 minit

Telur rebus ialah makanan yang paling mudah disediakan, dan antara makanan yang paling berkhasiat. Telur rebus amat disarankan sebagai makanan wajib untuk sahur kerana kandungan protein yang tinggi dan kaya dengan Vitamin A, B, D, E, kalsium serta rendah kalori.
 
Kandungan nutrisi yang tinggi dalam telur inilah membuatkan kita kenyang lebih lama dan mengurangkan rasa lapar pada siang hari.
 
Kuning telur sering menjadi isu kerana kandungan kolesterol. Namun, dengan mengambil kandungan kolesterol yang sederhana, ianya tidak akan meningkatkan kolesterol jahat (LDL) dalam darah kita. Malah, kuning telur merupakan makanan paling bernutrisi di muka bumi.
 
Kuning telur kaya dengan;
  • Choline (vitamin B4) - baik untuk otak, meningkatkan daya ingatan.
  • Vitamin D - baik untuk mengawal perkembangan fibroid.


Vitamin D boleh menyekat pertumbuhan fibroid, tetapi tahap vitamin D mesti mencukupi agar proses ini berfungsi. Dari satu kajian mendapati, orang yang menghidap Fibroid dalam rahim mempunyai tahap Vitamin D yang lebih rendah berbanding wanita yang tidak mempunyai uterine fibroid.
 
Jadi, kita boleh gabungkan sumber vitamin D dari pemakanan dan supplement, jika kita kurang buat aktiviti sun-bathing di waktu pagi.

 
3 | AVOCADO
Macam ni, tekak saya tak boleh terima ;)

Semangkuk avocado yang dimakan waktu sahur mampu mencegah rasa lapar ketika berpuasa. Sebiji avocado mengandungi serat serta 15g lemak sihat (oleic acid) yang memerlukan waktu yang lama untuk dihadam. Avocado mengandungi Fitosterol yang dapat menghalang penyerapan kolesterol, juga kaya dengan khasiat lain seperti Folat, Kalium dan Vitamin E untuk kesihatan menyeluruh. Sebab itulah kita akan rasa kenyang lebih lama.
 
Oleic acid yang terkandung dalam avocado adalah jenis asid lemak monounsaturated, yang terbukti boleh mengurangkan keradangan dan mengurangkan risiko penyakit kanser bagi mereka yang mempunyai gen pembawa kanser.
 
Avocado mungkin tak berapa popular dalam sajian kita orang melayu. Saya sendiri tak boleh terima rasa 'pelik' avocado yang greasy dan tawar. Tapi jika avocado dibuat smoothie, saya suka!
 
Resipi smoothie avocado super yummy cara saya;
  • Sebiji avocado masak (isinya lembut), blend dengan almond milk, kemudian campurkan dengan serbuk koko dan madu secukup rasa.
  • Atau gantikan serbuk koko & madu dengan 1 scoop Cinch Chocolate Shaklee.
Avocado smoothie, saya suka!


4 | IKAN
Ikan cukup popular sebagai makanan yang tinggi khasiat protein bagi membekalkan tenaga ketika berpuasa. Lebih-lebih lagi ikan seperti salmon dan tuna yang tinggi kandungan lemak Omega-3 yang bersifat antiradang dan turut membantu untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah.
 
Ikan tempatan yang mengandungi asid lemak Omega-3 seperti; Siakap, Kembung, Sardin (tamban), Tongkol, Bawal Putih & Hitam. Dengan memadankan ikan panggang dan sayuran berkhasiat, kita boleh menyediakan hidangan sahur sihat di rumah dengan mudah.
 
Tips - panggang ikan balut daun pisang dan foil, bukan direct atas api macam bakar sate untuk elakkan charring. Charring tu karbon, karsinogen yang beri kesan buruk pada kesihatan kalau dimakan.
 


5 | SAYURAN HIJAU
Sayuran seperti sawi, bayam, brokoli mempunyai kandungan klorofil yang tinggi dan sterol, bertindak mengurangkan penyerapan semula hormon estrogen oleh badan.
 
Untuk menu sayur, boleh digabungkan dengan makanan yang mesra usus seperti:
  • Tempe - mengandungi Probiotik dari proses penapaian semasa pembuatan tempe.
  • Bawang Putih, Asparagus, Daun Bawang - mengandungi Prebiotik, gentian yang memberi makan kepada bakteria baik dalam usus kita.
 
Kesihatan usus penting kerana, bakteria baik dalam usus kita terlibat dalam detoksifikasi dan penyingkiran estrogen yang berlebihan.
 
Brokoli bawang putih, anti-estrogenic food
  

6 | KURMA
Kebaikan makanan sunnah ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Dengan rasa manis semulajadi, buah kurma bukan sahaja sunnah untuk dimakan sewaktu berbuka, namun digalakkan juga untuk dimakan ketika bersahur. Khasiat seratnya yang tinggi membantu kita berasa kenyang lebih lama serta baik untuk penghadaman.
 
Ini resipi smoothie Protein Soya ESP Shaklee dan Kurma yang lazat untuk dicuba.

 
Baca juga >>> Pengalaman ramadhan dengan Set Puasa Shaklee.


7 | UBI KELEDEK
Pilih yang berwarna Ungu. Keledek ungu ialah sejenis Superfood, dengan kandungan antioksida tinggi dan antiradang. Sebiji keledek ungu saiz sederhana besar membekalkan 400% Vitamin A yang bagus untuk otak dan usus.
 
Kandungan serat yang tinggi memberikan rasa kenyang lebih lama. Ia juga membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan.
 
Cara masak ubi keledek paling ringkas, rebus! Saya suka rasa natural manisnya.
 
 

8 | BERAS PERANG
Beras perang merupakan satu lagi bijirin yang kaya dengan karbohidrat kompleks. Makan nasi beras perang ketika bersahur dapat membuatkan kita berasa kenyang lebih lama. Ia juga membekalkan khasiat penting lain seperti Kalsium, Vitamin B1, Vitamin B6 dan Magnesium.
 
Kandungan GI (glycemic index) yang rendah dalam beras perang juga membuatkan ia sesuai untuk dijadikan diet harian bagi mengawal gula dalam darah.
 
Honestly, not my favourite. Tapi kalau buat nasi dagang style klate, saya makan! Hehee
  


9 | BUAH CITRUS
Pilih buah citrus seperti oren sebagai hidangan sampingan. Menurut kajian The American Journal of Clinical Nutrition, orang yang makan 3 atau lebih hidangan sitrus setiap minggu dapat merendahkan risiko pertumbuhan fibroid berbanding orang yang makan sitrus kurang daripada sekali sebulan.
 
Tips - pilih keseluruhan buah dan bukannya jus untuk kurang gula dan lebih banyak serat. Atau boleh juga tambahkan hirisan limau nipis/lemon/oren ke dalam bancuhan Performance Drinks Shaklee untuk minuman sahur dan berbuka yang menyegarkan. 

Stok lemon-madu asli yg wajib saya buat setiap bulan.
Sedap dibancuh dengan air suam/sejuk, ikut kesesuaian.


KESIMPULAN
Pilihan diet sahaja tidak mampu mencegah atau merawat fibroid, tetapi nutrien tertentu didapati boleh mempengaruhi risiko dan pertumbuhan fibroid.
 
Bagaimana ia berkait dengan diet kita? Ini kerana sel lemak menghasilkan lebih banyak estrogen, yang boleh meningkatkan risiko fibroid dalam rahim atau menjadikannya lebih teruk.

Mengekalkan berat badan sihat dengan mengambil diet seimbang yang merangkumi banyak buah-buahan segar, sayur-sayuran, protein tanpa lemak dan lemak sihat boleh membantu mengurangkan atau mencegah pertumbuhan fibroid.


Sekiranya bestie nak tahu macam mana Cik Faz handle isu fibroid sebelum ini, just klik icon Whatsapp saya, insha Allah saya bantu seikhlas hati.
 
 
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023



6 comments:

  1. Terima kasih perkongsian sis. Jus avocado tu nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar tu versi kedai wong solo. Boleh cuba resipi versi saya, guna unsweetened almond milk & cocoa powder 😊

      Delete
  2. ikan bakar sambal tu sbb tak abes masa berbuka smlm ke cik faz hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa pun boleh. Standby pes ikan bakar, sekejap je jadi 😊

      Delete
  3. Replies
    1. Cubalah resipi Avocado smoothie tu, sedap! Kalau kat luar, salad artelier ada jual. Kadang booth buah-buahan kat Lotus pun ada jual.

      Delete