Saturday, March 25, 2023

Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu

Marhaban ya Ramadhan! Alhamdulillah masuk hari ketiga umat islam berpuasa Ramadhan. Bestie apa khabar? Semoga semuanya berjalan lancar.

Zaman sekarang ni bukan orang Islam jer yang mengamalkan puasa, tapi orang bukan islam juga turut mengamalkan puasa Intermittent Fasting. Banyak kajian telah menunjukkan kebaikan berpuasa dari segi kesihatan. Selain manfaat dan ganjaran spiritual di bulan mulia ini, jom saya kongsikan manfaat dan kelebihan berpuasa dari sudut kesihatan.


7 Kebaikan Puasa Ramadhan & Intermittent Fasting Untuk Kesihatan


1 | Puasa Membantu Mengawal Diabetes
Seperti yang kita tahu, diabetes adalah antara penyakit kronik paling kerap berlaku di Malaysia, bahkan dunia. Kehadiran pelbagai jenis makanan kurang berkhasiat serta pengamalan gaya hidup kurang aktif banyak menyumbang kepada peningkatan kes diabetes.
 
Puasa sebenarnya mampu membantu mengawal penyakit diabetes. Hasil satu kajian yang telah dijalankan di Qatar melibatkan 1301 pesakit diabetes muslim berumur lebih 18 tahun menunjukkan bahawa, puasa di bulan Ramadan secara signifikan terkait dengan penurunan tahap kolesterol, tekanan darah dan glukosa darah dalam kalangan pesakit diabetes.
 
Namun, sebelum membuat keputusan untuk berpuasa, pengidap diabetes harus terlebih dahulu berbincang dengan doktor untuk melihat jika anda cukup sihat untuk berpuasa.
 
Ada beberapa keadaan yang membuatkan anda tidak digalakkan berpuasa bagi mengelakkan risiko tertentu. Tapi jika doktor beri lampu hijau untuk berpuasa, jangan lepaskan peluang ini!
 
 
2 | Puasa Mengurangkan Faktor Risiko Penyakit Kardiovaskular
Seperti diabetes, penyakit kardiovaskular juga merupakan penyakit kronik utama di Malaysia.
 
Antara contoh penyakit kardiovaskular ialah:   
  • Penyakit arteri koronari (CAD), biasanya dimanifestasikan dengan serangan jantung.
  • Penyakit serebrovaskular (CVD) termasuk strok.
  • Penyakit arteri periferal (PAD).

Semua penyakit ini mempunyai faktor-faktor risiko termasuk:

  • Kolesterol darah
  • Tekanan darah sistolik
  • Berat badan
  • Indeks jisim badan (BMI)
  • Ukur lilit pinggang.
 
Dari satu kajian melibatkan 82 orang sukarelawan yang mempunyai sejarah penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 tahun yang lalu, berumur antara 29 hingga 70 tahun, membuktikan penurunan yang signifikan pada faktor-faktor risiko yang disenaraikan di atas.
 
 
3 | Puasa Menurunkan Berat Badan
Berat badan bukan sekadar penting bagi tujuan penampilan, tetapi juga untuk mengekalkan kesihatan badan. Berat badan berlebihan dikenalpasti sebagai faktor risiko bagi banyak penyakit termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi dan masalah pernafasan.
 
Puasa telah terbukti mampu menurunkan berat badan. Sudah tentulah, kerana kita menahan lapar hingga 13 jam. Tapi jangan pula terkejut jika ada yang sebaliknya naik berat badan di bulan Ramadhan sebab tidak menjaga pemakanan mereka.
 
Namun, cabaran yang lebih besar adalah selepas Ramadhan untuk mengekalkan berat badan tersebut.
 
Baca >>> tips turunkan berat badan di bulan Ramadhan dan kekalkan berat ideal  selepas Raya
 
 
4 | Puasa Meningkatkan Hayat
Siapa yang tak mahu hidup sihat lebih lama? Jika diberi peluang untuk hidup lebih lama sesaat pun, pasti kita akan ambil peluang tersebut.
 
Dalam satu kajian ke atas haiwan (monyet) menunjukkan bahawa puasa boleh melanjutkan usia dan mencegah penyakit yang terkait dengan penuaan.
 
Kajian ke atas manusia juga menunjukkan hasil yang sama. Jadi, berlaparlah harini untuk menikmati kehidupan di esok hari!
 
 
5 | Puasa Mengurangkan Simptom Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)
Penyakit GERD adalah disebabkan asid dan makanan di dalam perut tertolak semula ke saluran esofagus (tiub yang menghubungkan antara mulut dan perut) menyebabkan beberapa simptom, antaranya:
  • Pedih ulu hati
  • Mual
  • Muntah
  • Nafas berbau
  • Perut kembung

Menurut kajian yang dijalankan di Indonesia, puasa Ramadan ternyata mampu mengurangkan simptom-simptom ini berbanding bulan-bulan lain.
 
 
6 | Puasa Sihat Untuk Otak
Telah dibuktikan oleh banyak kajian bahawa kebaikan berpuasa dari segi kesihatan adalah bagus untuk otak, kerana ia mampu meningkatkan daya tumpuan.
 
Fokus sebenarnya lebih baik semasa perut kosong berbanding dalam keadaan kenyang. Perut yang penuh sebaliknya lebih membuatkan seseorang mengantuk.
 
Puasa juga mampu mengurangkan risiko penyakit neurodegeneratif seperti penyakit Alzheimer, Parkinson dan Huntington. Begitu juga penyakit demensia atau mudah lupa.
 
Jadi, puasa hakikatnya membuatkan otak kita kekal segar dan lambat nyanyuk.
 
 
7 | Puasa Merangsang Autophagy
Secara saintifik, puasa juga membolehkan badan membersihkan pelbagai sisa toksin dan mengitar semula komponen sel yang rosak. Proses ini dikenali sebagai 'Autofagi' atau 'memakan diri sendiri' di mana sel akan menghancurkan komponennya yang tidak berfungsi melalui proses kitar semula.
 
Menariknya, proses ini hanya boleh dimulakan dari 'kebuluran' sel itu sendiri, dan puasa adalah salah satu faktor utama yang membantu memulakan proses Autofagi. Sel tersebut dikatakan 'membaiki' dirinya sendiri dengan menggunakan semula komponen yang tidak berfungsi sebagai makanan dalam mengekalkan sel baharu yang sihat. Mekanisma biologi ini juga dianggap sebagai proses detoksifikasi semulajadi dan ia menjelaskan bagaimana sel mati di dalam badan dilupuskan.
 
Istilah Autofagi telah dicipta dan digunakan oleh ahli biokimia dari Belgium, Christian de Duve pada 1963. Beliau dan dua lagi penyelidik (Albert Claude dan George E Palade) memenangi Hadiah Nobel dalam bidang Perubatan pada 1974 bagi penemuan mereka berkenaan struktur dan fungsi organisasi sel. Pada awal 1960-an, proses Autofagi ini dikesan menjadi aktif apabila sel berada dibawah tekanan terutama sewaktu kekurangan bekalan nutrisi dan ketika organisma berkenaan cuba melawan jangkitan tertentu.
 
Bagaimanapun, saintis masih tidak jelas bagaimana proses ini bekerja dan tidak mengetahui sel apakah yang terbabit ketika proses berkenaan. Rahsia di sebalik mekanisma autofagi telah dirungkai seorang ahli Biologi sel dari Jepun, Yoshinori Ohsumi. Kejayaan ini melayakkan beliau dinobatkan sebagai penerima tunggal bagi Hadiah Nobel dalam bidang Perubatan pada Oktober 2016. Ohsumi dan pasukan penyelidiknya mengenal pasti 15 gen penting yang terbabit dalam proses berkenaan, selain bagaimana gen bekerjasama memastikan pusat kitar semula sel berjalan.
 
Public Health Malaysia turut berkongsi bahawa gangguan Autofagi juga dianggap memainkan peranan dalam penuaan. Proses penuaan dapat diperlahankan dan sel-sel baru yang sihat dan kuat dapat dihasilkan jika proses Autofagi ini dapat diaktifkan.
 

 
Jadi, di mana keburukan Intermittent Fasting (puasa air)?
 
Jika di lihat pada timeline Intermittent Fasting (IF) di atas, badan akan memasuki fasa Autophagy ketika 18 jam berpuasa, dan mencapai kemuncak pada 72 jam (iaitu IF selama 3 hari tanpa makanan, hanya minum). Jadi ia bukan mudah.
 
Berbanding puasa kering seperti puasa di bulan Ramadhan atau puasa sunat Isnin/Khamis, lebih cepat badan kita dapat capai Autophagy, hampir 3x lebih cepat berbanding Intermittent Fasting kerana IF (wet fasting) kita masih minum air pada waktu fasting window.
 
Jadi kalau Intermittent Fasting kita capai Autophagy puncak mengambil masa selama 72 jam, dengan puasa mengikut amalan Islam, kita dapat mencapainya dengan tempoh 1 hari berpuasa.
 
Bayangkan manfaat Autophagy tu kita dapat hari-hari untuk tempoh 30 hari berpuasa, pembersihan sel ke peringkat selular berlaku selama tempoh itu!
 


Empat Keburukan Intermittent Fasting 72 Jam Yang ramai Tak Tahu
 
1- DEHIDRASI
Sebahagian daripada air dan kebanyakan elektrolit kita datang daripada makanan, jadi berpuasa 72 jam boleh mengurangkan jumlah elektrolit yang kita perolehi setiap hari. Dehidrasi boleh menyebabkan pening dan sakit kepala yang teruk, serta keadaan kesihatan seperti kerosakan buah pinggang.
 
2- HIPOTENSI ORTOSTATIK
Ini adalah masalah utama bagi mereka yang menghidap penyakit jantung kerana berpuasa air boleh mengakibatkan penurunan sementara tekanan darah akibat kekurangan pengambilan makanan, menyebabkan pengsan.
 
3- MASALAH KESIHATAN SEMAKIN BURUK
Terdapat beberapa keadaan yang mungkin diburukkan dengan intermittent fasting, ini termasuk:
 
Isu Gastrointestinal - Mereka yang mengalami ulser perut, kolitis, dan penyakit Crohn mungkin tidak boleh berpuasa tanpa mengalami loya dan cirit-birit serta sakit perut.
 
Gout - Puasa IF meningkatkan pengeluaran asid urik, yang boleh menyebabkan serangan gout akut.
 
Hipertensi - Individu yang mempunyai Hipertensi juga harus mengelakkan tempoh puasa IF yang berpanjangan untuk mengelakkan keadaan kesihatan yang teruk seperti serangan jantung dan strok.
 
Penyakit jantung - Kekurangan pengambilan makanan dalam masa yang lama, seperti 72 jam tanpa sebarang makanan, boleh mengakibatkan degupan jantung tidak teratur yang boleh menyebabkan masalah jantung yang serius.
  
4- TAHAP KOLAGEN BERKURANGAN
Intermittent fasting 72 jam boleh menyebabkan penuaan kulit, iaitu kulit menjadi kering dan hilang keanjalan disebabkan oleh kemerosotan kolagen khasnya kolagen type 1.

Untuk pengetahuan, sebanyak 28 jenis jenis kolagen telah dikenalpasti. Ia berbeza dari segi struktur molekul, komponen sel dan tempat kolagen digunakan dalam badan kita.

Ini 5 jenis utama kolagen dan fungsinya: 

  • Jenis I – ia membentuk 90% daripada kolagen badan kita. Jenis I padat dan digunakan untuk menyediakan struktur pada kulit, tulang, tendon dan ligamen kita.
  • Jenis II – ia terdapat dalam rawan elastik, yang memberikan sokongan sendi.
  • Jenis III – ia terdapat pada otot, arteri dan organ.
  • Jenis IV – ia terdapat dalam lapisan kulit kita.
  • Jenis V – ia terdapat pada kornea mata, beberapa lapisan kulit, rambut dan tisu plasenta.

 
KESIMPULAN

Pendapat peribadi dari maklumat yang saya kongsikan di atas, tak perlulah kita nak buat Intermittent Fasting yang ekstrim sehingga boleh menjejaskan kesihatan. 

Mulakan dengan method IF yang paling mudah dahulu iaitu 12 jam puasa. Berlatih untuk beberapa hari, kemudian tambah kepada 14-16 jam puasa. Beri masa kepada badan kita untuk adapt, disertai dengan meal plan untuk mengelak makan secara berlebihan semasa eating window.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk bersenam, dapatkan tidur berkualiti dan mengambil makanan tambahan yang menyokong Autophagy dengan baik. Ada dua Supplements Terbaik Shaklee yang dapat membantu mengaktifkan Autophagy, walaupun kita tidak berpuasa hingga 18 jam, iaitu:

  • Vivix - mengandungi Resveratrol untuk mengaktifkan Autophagy
  • CoQ Trol - Coenzyme Q10 menyokong proses Autophagy

Bagi mengatasi kesan kemerosotan kolagen, ambil dua lagi supplements tambahan ini:

  • Collagen Plus Powder - sumber kolagen marine tulen untuk mengembalikan semula keanjalan kulit kesan kemerosotan kolagen kerana usia dan IF.
  • Sustained Release Vita-C Plus - membantu penghasilan kolagen dan memastikan kolagen diserap dengan baik.
Supplements Autophagy

Syukurlah kita berpeluang untuk capai manfaat Autophagy, paling mudah dengan berpuasa menurut Islam. Jangan kita sia-siakan peluang yang ada di bulan Ramadan ini untuk merebut semua kelebihan berpuasa dari sudut kesihatan. 

Amalkan tips yang saya cadangkan, insha Allah kita beroleh manfaat Autophagy yang optimum. 
 
 
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023


6 comments: