Friday, October 6, 2023

Testimoni Kenapa Saya Pilih Vitamin Shaklee

Saya kenal Shaklee sekitar October 2013. Maknanya dah sepuluh tahun saya jadi pengguna vitamin Shaklee. Kenapa saya pilih vitamin Shaklee dan bukan jenama lain? Ini sebabnya:

  • Selamat - Bebas dari bahan tiruan dan kimia berbahaya. Mematuhi standard keselamatan tertinggi.
  • Berkualiti - Menggunakan bahan semulajadi berkualiti tinggi dan kajian mendalam (klinikal, saintifik & paten)
  • Berkesan - Nutrien yang efektif, diserap oleh badan secara optimum


Supplement kita nak makan mestilah pilih yang terbaik, betul tak? Jujur saya katakan, supplement Shaklee banyak membantu semasa saya menghadapi issue kesihatan. Kat sini saya ringkaskan beberapa testimoni peribadi saya dengan supplement Shaklee.
  
Oct 2013 - Set pertama yang saya amalkan adalah set liver detox DTX dan Vivix. Waktu ni saya buat annual check-up, lepas setahun saya operate buang fibroid 17cm. Bila dapat report, ada fibroid baru hampir 3cm pula. Alhamdulillah set liver detox ni berjaya kecutkan fibroid yang baru tu kepada 1cm. Result medical checkup ada saya kongsikan dalam posting ini >>> Fibroid mengecut dengan cara detoks hati.
 

Dec 2014 - Saya warded kat KPJ Klang atas sebab lung infection. Saya mengalami batuk yang sangat teruk sampai rasa sakit dada. Saya diberi ubat antibiotik yang sangat kuat. Doktor siap pesan, ubat saya tu boleh beri kesan sampingan pada hati. Kalau detect mata jadi kekuningan, kena cepat-cepat datang jumpa doktor. Tapi saya tak boleh skip antibiotic regimen sebab kalau bacteria jadi resistance, takde ubat lain yang boleh cure. 
 
Cubalah awak bayangkan situasi saya ketika itu. Sandwiched antara nak sembuh dengan memikirkan what if ubat ni affect liver? Nak sembuh, tapi ada risiko dan risikonya bukan biasa-biasa.
 
Jadi saya ambil keputusan untuk makan ubat saya bersama-sama Vivix. Saya larutkan Vivix dalam segelas air dan minum bersama ubat yang besar saiznya (panjang 1 inci). Tiga minggu pertama on antibiotic, saya mengalami demam pada waktu malam dan kulit saya berubah jadi gelap (macam sunburn yang teruk). Doktor cakap ini minor side effect sahaja. Alhamdulillah dengan izin-Nya saya survived. X-ray 2 bulan selepas itu menunjukkan bahagian paru-paru yang terkena infection mula pulih dan 10 bulan kemudian sembuh sepenuhnya.
 
4-Feb 2015 gathering kat rumah Fara dengan master Puteri


Notes:
Saya nak ingatkan, sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum makan supplement dengan ubat. Jangan tiru saya yang gamble jer. Masa tu saya memang sangat yakin yang Vivix tak jadi mudarat dan boleh prevent kesan sampingan ubat.


April 2019 - Sekali lagi saya warded di SJMC untuk major surgery. Kali ini sebab dermoid cyst di ovari kanan. Sejak kes fibroid tahun 2012 dulu, memang saya buat check-up setiap tahun. Ultrasound yang saya buat pada Oktober 2018 semuanya normal, fibroid yang 1cm pun kekal saiznya dan tak detect any ovarian cyst. 
 
Macam mana dermoid cyst ni dikesan? Saya pun tak pasti bila wujudnya, tiba-tiba saya sakit di bahagian lower abdomen sebelah kanan, which indicate ovarian torsion. Oleh kerana saiz cyst yang besar, memang kena buat open surgery. Masa appointment klinik nak set tarikh surgery, doktor tanya "mana scar from previous surgery?" Hehee the scar almost disappear, thanks to Vivix! 
 
To date, sudah 4 tahun lepas pembedahan yang kedua. Alhamdulillah bekas surgery saya tak meninggalkan parut gelap, cuma kelihatan smiley yang pudar. Again, thanks to Vivix! Pengalaman dermoid cyst saya ni agak sadis. Kalau nak baca cerita penuh, klik dekat tajuk ni >>> Kisah Dermoid Cyst
  
klik untuk imej lebih jelas

Bersyukur sangat dekat Shaklee ada Vivix. Khasiat polifenol dalam fomula Vivix yang bersifat antioksidan ternyata sangat membantu proses penyembuhan selepas pembedahan, juga terbukti berkesan membaik pulih sel paru-paru yang terjejas kerana jangkitan bakteria dan melindungi dari kesan sampingan ubat antibiotik.
 
Bukan sahaja Vivix, vitamin Shaklee yang lain pun semuanya efektif. Protein soya ESP, vitamin B, vitamin C, Multivitamin (VitaLize) dan Ostenutrix adalah antara vitamin lain yang saya dan keluarga amalkan. Kesihatan emak saya yang ada kencing manis pun bertambah baik. Jadi, inilah sebab kenapa saya pilih untuk setia dengan Vitamin Shaklee.
 
Jenama vitamin yang dipercayai. Menang award 3 tahun berturut-turut.

💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023