Monday, July 10, 2023

Supplement Polifenol Terbaik: Keunikan Dan Manfaat Utama Vivix

Assalam & Hai bestie, 
 
Hari ni saya nak kongsi posting khas tentang Vivix. Kenapa Vivix dikatakan supplement Polifenol terbaik yang ada di pasaran. Sebenarnya, saya pernah "curang" dengan Shaklee dan mencuba supplement antioksidan jenama lain. Tapi jujur saya katakan, ia tidak setanding malah jauh beza dengan Vivix. Jadi akhirnya, saya "rujuk" semula kepada Shaklee dan setia dengan Vivix.
 
Kalau bestie baca pengalaman peribadi saya (label: Testimoni Shaklee ChicFaz), sesungguhnya Vivix banyak membantu di kala saya menghadapi ujian kesihatan. Jadi mari kita berkenalan dengan Vivix, supplement polifenol terbaik di Malaysia.


Apa Itu Polifenol?
Polifenol adalah bahan semulajadi yang memberi warna terang dan pelbagai kepada buah-buahan, berries, dan sayur-sayuran. Ia merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan tumbuhan yang bertindakbalas kepada persekitaran bahaya seperti serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan keadaan iklim yang ekstrim. 
 
Gabungan polifenol super didalam Vivix menjadikannya supplement antioksidan yang hebat dalam mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan, melindungi sel-sel dalam badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Formula Vivix adalah 10X lebih berkuasa berbanding Resveratrol sahaja. 
 
Nota:
Radikal bebas = molekul yang tidak stabil dan sangat mudah bertindakbalas (reaktif terhadap sel-sel di sekitarnya). Radikal bebas terhasil dari pencemaran seperti asap rokok dan kenderaan, bahan kimia, radiasi, sinar UV matahari, makanan bergoreng. Selain itu, badan kita sendiri juga menghasilkan radikal bebas dari proses metabolisma seperti mencerna makanan, bernafas atau melakukan aktiviti harian.

Bahaya radikal bebas apabila jumlahnya melebihi antioksidan. Ia menyebabkan oksidasi, merosakkan sel dan DNA dalam tubuh kita. Apabila satu sel DNA berubah, sel itu termutasi dan menjadi pencetus penyakit seperti masalah jantung, kanser dan lain-lain.
  
Antioksidan = bahan yang melindungi sel badan kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Biasanya didapati secara semulajadi dalam makanan berasaskan tumbuhan termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, dan herba. Polifenol adalah sejenis antioksidan.
 


KEUNIKAN VIVIX SHAKLEE
  • Semulajadi - tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet.
  • Proses pengekstrakan yang telah dipaten untuk mengekalkan bioaktif polifenol.
  • Dihasilkan dari penyelidikan klinikal yang berjaya termasuk Landmark Study, salah satu kajian terbesar tentang kesan jangka panjang pengambilan supplement dan juga Telomere Study.
  • Diuji lebih daripada 16,000 kali untuk keselamatan dan kualiti semasa dicipta.
  • Disahkan halal oleh Islamic Services of America (ISA) yang diiktiraf oleh JAKIM.
  • Minuman botani yang lazat.


 

Kelebihan Bahan-Bahan Vivix Shaklee Untuk Kesihatan

Vivix diformulasi dari empat bahan utama iaitu;
 
1. MUSCADINE GRAPE
Antara anggur yang paling jarang ditemui, anggur tahan lasak dengan profil polifenol unik yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Anggur muscadine mempunyai kepekatan polifenol iaitu Ellagic Acid dan Ellagitannins yang tinggi. Apabila polifenol anggur muscadine digabungkan dengan yang lain, ia menghasilkan antioksidan yang berkuasa.
 
Anggur Muscadine mempunyai satu extra kromosom berbanding anggur biasa serta mempunyai ciri-ciri antikeradangan, antibakteria dan antivirus.
  • Menghalang dan mengurangkan pertumbuhan sel yang tidak normal.
  • Meningkatkan jangka hayat dan pengeluaran tenaga pada peringkat sel.
  • Mengawalatur tahap glukosa darah yang sihat.


Antioksidan anggur muscadine adalah paling tinggi

 
2. PURPLE CARROT
Mengandungi polifenol lutein dan anthocyanins dengan ciri antioksida yang berkuasa. Lobak ungu mengandungi sembilan kali lebih banyak antioksida polifenol berbanding lobak bukan berwarna ungu.
  • Menggalakkan penglihatan yang sihat.
  • Meningkatkan keanjalan salur darah.
  • Mengurangkan keradangan.



3. JAPANESE KNOTWEED (POLYGONUM CUSPIDATUM)
Mengandungi polifenol utama Resveratrol, yang telah terbukti mempunyai banyak manfaat kesihatan.
  • Anti-keradangan
  • Memperbaiki pengaliran darah
  • Mengurangkan pengumpulan platelet darah



4. EUROPEAN ELDERBERRY
Mengandungi polifenol aktif seperti antosianin, asid fenolik dan flavonol yang mempunyai ciri antioksida, antiradang dan antivirus.
  • Meningkatkan perlindungan imun.
  • Ciri-ciri antibakteria dan antivirus.
  • Menggalakkan perkembangan sel-sel yang normal dan sihat.




ENAM MANFAAT UTAMA VIVIX UNTUK KESIHATAN
 
1. Manfaat Vivix Untuk Perlindungan Sel

(a) Meningkatkan Pertahanan Sel.
Badan kita mempunyai "suis induk" yang dikenali sebagai Nrf2 untuk mengaktifkan proses detoksifikasi dan pertahanan sel. Gabungan polifenol yang sempurna dalam Vivix telah diakui secara sinergi mengaktifkan "suis induk" supaya dapat:
  • Mengurangkan keradangan dengan mengoptimumkan sistem imun.
  • Meningkatkan proses detoksifikasi terutamanya di hati.
  • Meningkatkan tahap antioksidan dalam badan.
  • Mengurangkan tekanan biologi dalam badan.
  
(b) Meningkatkan Tenaga Sel.
Sel-sel badan kita mengandungi "loji kuasa" tenaga dipanggil mitrokondria. Ia menghasilkan tenaga supaya kita kekal bertenaga untuk melakukan lebih banyak aktiviti sepanjang hari. Walau bagaimanapun, pengeluarannya menurun dengan peningkatan umur dan gaya hidup tidak sihat. Polifenol dikenalpasti membantu untuk:
  • Menggalakkan fungsi mitrokondria yang sihat supaya ia menghasilkan tenaga secara optimum.
  • Meningkatkan bilangan mitrokondria jadi badan kita mempunyai lebih banyak "loji kuasa" untuk menghasilkan tenaga.
 
(c) Menggalakkan Pemulihan Sel.
Sel-sel dalam badan kita terdedah kepada pelbagai serangan oleh radikal bebas atau penceroboh alam sekitar yang merosakkan DNA setiap hari dan mengakibatkan kematian sel. Polifenol didapati membantu:
  • Melindungi DNA dari kerosakan akibat radikal bebas.
  • Menyokong replikasi DNA untuk fungsi sel yang lebih sihat.
 
(d) Mengoptimumkan Prestasi Sel.
Semakin badan kita berusia, fungsi organ merosot, memburukkan penyakit degeneratif seperti jantung, ginjal dan diabetes. Kajian menunjukkan bahawa:
  • Polifenol dari biji dan kulit anggur muscadine dapat meningkatkan kesihatan sel dan jangka hayat.
  • Polifenol campuran Anggur Muscadine, ekstrak Polyganum Cuspidatum, ekstrak Lobak Ungu dan ekstrak Eldeberi Eropah dapat menghentikan kerosakan diperingkat sel.




2. Manfaat Vivix Untuk Kecantikan Kulit (anti-penuaan)

(a) Menghentikan Penguraian Kolagen Dan Elastin.
Kajian menunjukkan bahawa, polifenol membantu meneutralkan radikal bebas yang menguraikan kolagen dan elastin, seterusnya mengakibatkan kulit kendur dan kurang anjal. Dengan polifenol yang bertindak sebagai penghalang radikal bebas, kolagen baru boleh dibentuk dan kulit mampu membaiki selnya sendiri untuk kulit yang lebih sihat.
 
 
(b) Melindungi Dari Kerosakan Akibat Pendedahan Kepada Matahari.
  • Polifenol melindungi kulit daripada kerosakan UV dengan meningkatkan kandungan antioksida di dalam sel-sel badan, yang bertindak sebagai mekanisma pertahanan terhadap kerosakan akibat radikal bebas.
  • Polifenol merencatkan paras sitokin penggalak keradangan di dalam kulit. Mengurangkan kemerahan, kulit sensitif dan keradangan selepas terdedah kepada sinaran UV.
  • Polifenol mengaktifkan mekanisma pemulihan terhadap kerosakan DNA, menjadikan kulit kekal sihat dan berseri sepanjang hari!
  
(c) Menghalang Pembentukan Protein AGE.
Advanced Glycation End (AGE) adalah sebatian berbahaya yang terbentuk dalam badan dan makanan. Tahap AGE yang tinggi akan menyebabkan tekanan oksidatif serta keradangan dan menyumbang kepada pengurangan keanjalan, kedutan dan penuaan kulit yang lebih cepat. Polifenol membantu menghalang pembentukan AGE protein supaya kita boleh kelihatan muda, jelita.
 
🎯🎯🎯
 
 

3. Manfaat Vivix Mengurangkan Risiko Kesihatan Akibat Penuaan
Polifenol membantu mengurangkan pembentukan Advanced Glycation End (AGE) sehingga 60%. AGE merupakan bahan buangan sel yang terkumpul seiring dengan peningkatan usia. 
 
Kajian makmal juga menunjukkan bahawa campuran unik polifenol anggur Muscadine dan campuran Rejuvetrol™ yang telah dipatenkan, yang terdiri daripada ekstrak Lobak Ungu, ekstrak Elderberi Eropah dan ekstrak Knotweed Jepun dapat membantu memperlahankan pembentukan AGE sehingga 90%, berbanding hanya resveratrol dengan pengurangan sebanyak 30% sahaja.
  • Menggalakkan kesihatan jantung yang lebih baik.
  • Menggalakkan kesihatan sendi yang lebih baik.
  • Meningkatkan prestasi minda.
  • Membantu mengurangkan risiko diabetes dan tekanan darah tinggi.

🎯🎯🎯
Baca pengalaman Cik Faz >>> Vivix melegakan sakit belakang
 
 

4. Manfaat Vivix Meningkatkan Kesuburan
Sperma dan ovum adalah sel-sel yang paling penting dalam sistem pembiakan. Polifenol membantu untuk:
  • Mengurangkan keradangan yang boleh merosakkan sperma dan ovum.
  • Meningkatkan kesihatan sperma dan ovum secara menyeluruh.
  • Meningkatkan peluang untuk hamil.
 


5. Manfaat Vivix Menyokong Detoks Yang Berkesan
  • Polifenol melindungi hati dengan mengawal selia tekanan dalaman badan, mengurangkan bengkak dan kemerahan, serta mengurangkan kemusnahan sel-sel pada hati.
  • Polifenol mampu meniru kesan kesihatan daripada aktiviti berpuasa atau pengurangan kalori, yang boleh membantu anda menurunkan berat badan.

🎯🎯🎯
Baca pengalaman Cik Faz >>> Fibroid mengecut dengan Vivix dan DTX
 
 

6. Manfaat Vivix Melambatkan Penuaan Otak
  • Polifenol menambah baik daya ingatan dengan meningkatkan aliran darah dan oksigen ke otak.
  • Menajamkan tumpuan dan meningkatkan ingatan jangka pendek dikalangan orang dewasa muda.
  • Meningkatkan mood dengan mengurangkan kebimbangan, kemarahan, kemurungan, dan keletihan.
 

Begitu banyak manfaat Vivix untuk kesihatan kita. Jom amalkan supplement polifenol terbaik ini dan rasai sendiri keunikan Vivix
Kesihatan yang baik bermula dengan sel-sel yang sihat!



💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023

 

No comments:

Post a Comment