Monday, October 3, 2022

Derita Hidup Dengan Fibroid

Ramai dikalangan kawan-kawan cik Faz yang tanya... 
"Fibroid tu menyakitkan tak?"
 
Honestly, saya tak mengalami sakit atau simptom yang aneh. Period setiap bulan sentiasa on time and senggugut pun boleh dikira dengan jari. Jarang sangat kena. Mungkin sebab tu kot saya tak sedar. Walaupun tahun sebelumnya saya ada buat medical check-up, tapi saya just buat health screening biasa (blood & urine) tanpa pelvic scan sebab tak suspect apa-apa yang pelik. So kalau ditanya bila fibroid tu mula tumbuh, memang saya tak tahu sehingga saya perasan perut buncit.
 
Pengalaman fibroid saya sangat berbeza daripada senarai tanda-tanda fibroid yang biasa dialami oleh gadis atau wanita lain. Saya kongsikan 3 simptom derita hidup "couple" dengan fibroid yang saya alami.
 

1. HEAVY FLOW PERIOD
Ini memang nightmare bagi saya. 3 hari pertama period adalah hari yang sangat memenatkan, deras macam air terjun! Bayangkan pad overnight yang saya gunakan tu penuh dalam masa 4 jam. Delay sikit tukar pad confirm akan bocor. Kadang tu saya terpaksa set alarm, bangun tengah malam semata-mata untuk tukar pad. Paling leceh bila kat office terpaksa kerap tukar pad. Normally waktu ni mood saya pun haywire, sebab letih banyak body fluid yang hilang. Ada masanya saya rasa macam ni;
 
(Google image)
Period banyak sampai feeling macam vagina nak runtuh. Ok ini over, tapi betul
😆
 
Actually saya tak suspect pun period heavy flow petanda fibroid, sebab memang sejak dari first period umur 13 tahun dah heavy bleeding. So saya tak rasa pelik sebab bukan perubahan dari flow sikit kepada banyak. Saya pernah tanya doktor kat klinik biasa whether normal ker orang heavy period macam saya ni. Then doktor jawab, tak perlu risau kalau dah memang dari awal flow banyak macam tu. Jadi saya pun takde lah concern nak buat further check-up kat specialist. 
 
Amazingly lepas operate buang fibroid, flow period saya lebih manageable. Tempoh period masih sama 8-9 hari, cycle pun masih sama 28 hari. Tapi perbezaan paling ketara, dalam 3 hari pertama period dah takde cebisan darah seakan 'daging' yang keluar dengan flow. Tenang sikit hidup saya waktu period lepas dah operate.
 
 
2. JERAWAT KRONIK
Ini satu lagi nightmare. Jerawat sebab fibroid ni memang lain macam degilnya. Facial dan anti-acne skincare memang tak mampu nak sembuhkan. Sebenarnya, jerawat tu sebab hormon yang dah tak stabil.
 
Nak cerita betapa teruknya situasi kulit saya masa ni, jerawat yang stok bulan lepas tak sempat nak kecut dah tumbuh yang lain. Lepas tu scarring yang scary. Parut jerawat jadi hitam, kulit muka sangat kusam tak berseri langsung. Confident level saya drop at lowest point.
 
Feb 2012 sebelum surgery, boss assigned saya pergi trade fair dekat Cologne, Germany. Tapi saya refused. Sebenarnya saya taknak pergi travel tu bukan sebab tak sihat (fibroid), tapi sebab low self-esteem. Masa tu muka saya memang teruk. Saya tak confident nak jumpa client dengan scars and active breakouts. Jujur masa tu saya rasa hodoh sangat.
 
Dulu saya memang tak sangka yang jerawat kronik tu gejala fibroid. So, memang banyak lebur duit untuk pakej facial dan skin specialist. Kalau kira kos yang lebur, boleh beli emas 125 gram. Sobs! 😢
 
Magiknya, masalah jerawat saya beransur sembuh lepas operation buang fibroid. Tapi, parut yang warnanya dah gelap tu memang susah nak hilang. Lebih setahun saya cuba bermacam produk skincare untuk hilangkan bekas jerawat hitam tu, tapi takde yang berkesan. Bila saya amalkan supplement antioksidan (Vivix Shaklee) dengan konsisten, barulah sel-sel kulit saya pulih. Tahun 2015 kulit saya recover sepenuhnya. Cuma ada minor "kawah" yang permanent, tapi yang penting parut hitam gelap tiada lagi.
 
jerawat kronik kerana fibroid

2015 kulit dah sihat semula selepas amalkan Vivix.
Gambar natural light, No filter (iPhone MUA)

  
3. KETAGIHAN GULA
Sebelum fibroid 17cm tu dibuang, saya ada masalah ketagihan gula yang serius. Saya akan cepat lapar walaupun baru 2-3 jam makan. Gejala lapar tu macam ni…
 
08:00 AM – Breakfast (wajib minum kopi & biasanya makan kuih – karipap, keria, donut, pulut panggang… etc)
10:00 AM – Lapar (makan biskut)
12:00 PM – Lunch (always makan nasi)
01:30 PM – Kopi lagi
04:00 PM – Lapar lagi (mesti nak snacking yang manis, biasanya coklat)
 
Lapar waktu petang tu paling kronik. Kalau delay tak makan apa-apa, tangan jadi menggigil, kadang sampai lutut lemah semacam tak larat nak jalan, or blur vision. Bila makan benda manis baru lega. Tapi insiden cepat lapar ni cuma berlaku waktu hari bekerja. Masa ni saya dah transfer ke International Department, handle export sales memang quite demanding kerjanya. Jadi saya assume masalah cepat lapar tu sebab metabolisma badan saya tinggi, dan saya perlukan lebih tenaga untuk berfikir and kerja long hours sebab deal dengan customers on different time zone. Tak terfikir pun petanda ada masalah lain. Lagi pun berat badan saya memang tak naik walaupun makan dengan kerap. 
 
Bila dah dekat nak period pula, datang sweet cravings. By the way ladies, awak kena tau bila teringin makan benda manis sebenarnya bukanlah kerana PMS. Tapi disebabkan oleh yis candida dan ada sejenis yis yang menumpang kat celah otak yang inginkan gula. Kalau kita cut-off gula dalam diet, yis ni akan mati. Saya tak pasti apa kaitan yis dengan fibroid. Tapi yang pasti, diet tinggi gula punca radang yang merangsang ketumbuhan seperti fibroid.
 
  
PUNCA FIBROID
 
Saya rasa, ada 2 faktor yang mungkin menyumbang kepada pertumbuhan fibroid ni.

Pertama sebab pemakanan. Dulu, saya selalu dan suka sangat makan fastfood terutamanya McDonald. Kurang kesedaran yang makanan segera tinggi MSG, gula, garam, lemak, highly processed ni melemahkan fungsi ginjal dan hati, organ penapis dalam badan kita. Bila fungsi hati kita lemah, toksin yang terbentuk daripada makanan tak sihat tadi tak dapat disingkirkan dan akan terserap ke dalam darah. Darah yang acidic sebab toksin jadi punca keradangan sel. Lama kelamaan muncul ketumbuhan fibroid.
 
Yang kedua, faktor persekitaran. Years before saya transfer job ke International Department, saya kerja kat Lab. Kerja sebagai researcher memang tak dapat elak dari gunakan Toluene (solvent) untuk bersihkan equipment lepas buat testing or formulation. Tapi masa tu saya macam kurang kesedaran apa kesannya bila tersentuh atau terhidu wap solvent kepada badan. Mungkin sebab saya tengok Lab Assistant yang dah lama kerja kat company tu sihat jer. Saya tak sedar yang sebenarnya bukan semua orang boleh tolerate dengan chemicals, yang mungkin berisiko mengganggu sistem endokrin dan menyebabkan keseimbangan hormon jadi celaru.
 
Mungkin kerana tabiat pemakanan kurang sihat (pro-keradangan), terdedah dengan chemical fumes dan hormon imbalance, jadi punca fibroid tumbuh at later time. Biasa juga kita dengar kesan kesihatan ni bukan serta merta, tapi lepas sepuluh tahun kemudian baru muncul.
 
Macam tu lah kisah pengalaman fibroid saya. Sekiranya awak mengalami simptom seperti saya, cubalah pergi buat medical check-up. Mungkin ada underlying disease yang jadi punca utamanya. Alhamdulillah dengan izinNya, lepas operate buang fibroid disertai dengan usaha perbaiki diet dan detoks, sistem badan saya beransur-ansur kembali normal semula.
 
Jadi, ingatlah pesanan ini... 
 
"You have a choice of what you are made of. What you eat becomes you, because your body makes new cells from the food you eat."
 
Till then, be happy & stay healthy.


💖💖💖💖
PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


No comments:

Post a Comment