Friday, March 31, 2023

Diet Fibroid: 9 Menu Sahur Sihat Dan Kenyang Lama Ketika Berpuasa

Assalam & hai bestie! Walaupun kita dah seminggu berpuasa, rasanya belum terlewat untuk saya cerita topik menu sahur kan? Lagipun menu sahur yang akan saya kongsikan ni special untuk bantu mereka yang ada masalah fibroid dalam rahim. Sebagai seorang yang pernah 2 kali ‘kapel’ dengan fibroid, saya tahu bukan mudah untuk kita pilih menu yang tak menggalakkan tumbesaran fibroid.
 
Jangan risau, walaupun topik kita hari ni menu sahur sihat, percayalah semua menu pilihan saya tetap marvellous sesedap menu chef tersohor hey wassup gaisss 😄
 
9 MENU SAHUR SIHAT, RINGKAS, KENYANG DAN SESUAI UNTUK MEREKA YANG ADA MASALAH FIBROID.

Tempe kaya dengan Probiotik
 
1 | OVERNIGHT OAT
Oat mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang membekalkan tenaga serta membuatkan kita kenyang dengan lebih lama. Makanan tinggi serat penting untuk penghidap fibroid, terutamanya jika mereka menghadapi masalah sembelit.
 
Kenapa? Bila kita sembelit, terdapat lebih banyak masa untuk estrogen diaktifkan semula dan diserap semula dari usus yang berpotensi mengakibatkan peningkatan tahap estrogen dalam badan - faktor risiko perkembangan fibroid dalam rahim. Menurut kajian, diet tinggi serat dikaitkan dengan tahap estrogen yang lebih rendah.
 
Oleh kerana plain oat tak sedap, pilihan saya adalah Overnight Oat - tambahkan 1 scoop Protein Powder Shaklee (ESP atau Cinch Vanilla, larutkan dengan 25ml air), buah-buahan, kismis, dan kekacang (badam, hazelnut) supaya lebih sedap di samping memberi lebih khasiat.
 
Kandungan penting seperti serat, protein dan karbohidrat kompleks dalam kekacang amat membantu dalam membekalkan tenaga sepanjang hari. Elakkan kekacang yang mengandungi perasa tambahan seperti garam atau gula supaya khasiatnya terpelihara.
 
Overnight Oat mangga strawberry paling sedap

Dengan kiwi, mangga, dried cranberry pun ok

Try kiwi, pisang, coklat, tak berapa best tapi still ok
 
Tapi kan… ESP dan Cinch tu berasaskan soya, boleh ker orang ada fibroid minum ESP dan Cinch?
 
Kita mungkin pernah dengar bahawa Fitoestrogen (dalam soya) adalah larangan untuk hormon wanita. Tapi, mengikut ulasan dalam Jurnal Antarabangsa Penyelidikan Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, soya sebenarnya boleh berfungsi sebagai "anti-Estrogen". Apabila dimakan secara sederhana, Fitoestrogen boleh modestly blocked  kesan estrogen sebenar yang berlebihan dalam badan, menghalang keupayaannya untuk menggalakkan pertumbuhan fibroid.
 
Untuk pengetahuan bestie, soya mengandungi Fitoestrogen yang sangat berbeza daripada Xenoestrogen. Sumber utama Xenoestrogen - hormon sintetik, mekap, losyen, perfume, detergent, bahan plastik dan racun serangga yang berbahaya bukan sahaja kepada hormon kita malah kesihatan keseluruhan. Kajian menunjukkan, soya agak neutral dan juga mempunyai manfaat perlindungan terhadap kanser tertentu. Jadi, orang yang menghidap fibroid boleh menikmati produk soya.
 
Syaratnya consume secara sederhana, dan produk soya itu mestilah dari sumber non-GMO dan berkualiti. Saya juga minum ESP / Cinch, disamping mengambil supplement tablet kunyit (antiradang & antioksida).

 
2 | TELUR
favourite saya medium boiled 8 minit

Telur rebus ialah makanan yang paling mudah disediakan, dan antara makanan yang paling berkhasiat. Telur rebus amat disarankan sebagai makanan wajib untuk sahur kerana kandungan protein yang tinggi dan kaya dengan Vitamin A, B, D, E, kalsium serta rendah kalori.
 
Kandungan nutrisi yang tinggi dalam telur inilah membuatkan kita kenyang lebih lama dan mengurangkan rasa lapar pada siang hari.
 
Kuning telur sering menjadi isu kerana kandungan kolesterol. Namun, dengan mengambil kandungan kolesterol yang sederhana, ianya tidak akan meningkatkan kolesterol jahat (LDL) dalam darah kita. Malah, kuning telur merupakan makanan paling bernutrisi di muka bumi.
 
Kuning telur kaya dengan;
  • Choline (vitamin B4) - baik untuk otak, meningkatkan daya ingatan.
  • Vitamin D - baik untuk mengawal perkembangan fibroid.


Vitamin D boleh menyekat pertumbuhan fibroid, tetapi tahap vitamin D mesti mencukupi agar proses ini berfungsi. Dari satu kajian mendapati, orang yang menghidap Fibroid dalam rahim mempunyai tahap Vitamin D yang lebih rendah berbanding wanita yang tidak mempunyai uterine fibroid.
 
Jadi, kita boleh gabungkan sumber vitamin D dari pemakanan dan supplement, jika kita kurang buat aktiviti sun-bathing di waktu pagi.

 
3 | AVOCADO
Macam ni, tekak saya tak boleh terima ;)

Semangkuk avocado yang dimakan waktu sahur mampu mencegah rasa lapar ketika berpuasa. Sebiji avocado mengandungi serat serta 15g lemak sihat (oleic acid) yang memerlukan waktu yang lama untuk dihadam. Avocado mengandungi Fitosterol yang dapat menghalang penyerapan kolesterol, juga kaya dengan khasiat lain seperti Folat, Kalium dan Vitamin E untuk kesihatan menyeluruh. Sebab itulah kita akan rasa kenyang lebih lama.
 
Oleic acid yang terkandung dalam avocado adalah jenis asid lemak monounsaturated, yang terbukti boleh mengurangkan keradangan dan mengurangkan risiko penyakit kanser bagi mereka yang mempunyai gen pembawa kanser.
 
Avocado mungkin tak berapa popular dalam sajian kita orang melayu. Saya sendiri tak boleh terima rasa 'pelik' avocado yang greasy dan tawar. Tapi jika avocado dibuat smoothie, saya suka!
 
Resipi smoothie avocado super yummy cara saya;
  • Sebiji avocado masak (isinya lembut), blend dengan almond milk, kemudian campurkan dengan serbuk koko dan madu secukup rasa.
  • Atau gantikan serbuk koko & madu dengan 1 scoop Cinch Chocolate Shaklee.
Avocado smoothie, saya suka!


4 | IKAN
Ikan cukup popular sebagai makanan yang tinggi khasiat protein bagi membekalkan tenaga ketika berpuasa. Lebih-lebih lagi ikan seperti salmon dan tuna yang tinggi kandungan lemak Omega-3 yang bersifat antiradang dan turut membantu untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah.
 
Ikan tempatan yang mengandungi asid lemak Omega-3 seperti; Siakap, Kembung, Sardin (tamban), Tongkol, Bawal Putih & Hitam. Dengan memadankan ikan panggang dan sayuran berkhasiat, kita boleh menyediakan hidangan sahur sihat di rumah dengan mudah.
 
Tips - panggang ikan balut daun pisang dan foil, bukan direct atas api macam bakar sate untuk elakkan charring. Charring tu karbon, karsinogen yang beri kesan buruk pada kesihatan kalau dimakan.
 


5 | SAYURAN HIJAU
Sayuran seperti sawi, bayam, brokoli mempunyai kandungan klorofil yang tinggi dan sterol, bertindak mengurangkan penyerapan semula hormon estrogen oleh badan.
 
Untuk menu sayur, boleh digabungkan dengan makanan yang mesra usus seperti:
  • Tempe - mengandungi Probiotik dari proses penapaian semasa pembuatan tempe.
  • Bawang Putih, Asparagus, Daun Bawang - mengandungi Prebiotik, gentian yang memberi makan kepada bakteria baik dalam usus kita.
 
Kesihatan usus penting kerana, bakteria baik dalam usus kita terlibat dalam detoksifikasi dan penyingkiran estrogen yang berlebihan.
 
Brokoli bawang putih, anti-estrogenic food
  

6 | KURMA
Kebaikan makanan sunnah ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Dengan rasa manis semulajadi, buah kurma bukan sahaja sunnah untuk dimakan sewaktu berbuka, namun digalakkan juga untuk dimakan ketika bersahur. Khasiat seratnya yang tinggi membantu kita berasa kenyang lebih lama serta baik untuk penghadaman.
 
Ini resipi smoothie Protein Soya ESP Shaklee dan Kurma yang lazat untuk dicuba.

 
Baca juga >>> Pengalaman ramadhan dengan Set Puasa Shaklee.


7 | UBI KELEDEK
Pilih yang berwarna Ungu. Keledek ungu ialah sejenis Superfood, dengan kandungan antioksida tinggi dan antiradang. Sebiji keledek ungu saiz sederhana besar membekalkan 400% Vitamin A yang bagus untuk otak dan usus.
 
Kandungan serat yang tinggi memberikan rasa kenyang lebih lama. Ia juga membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan.
 
Cara masak ubi keledek paling ringkas, rebus! Saya suka rasa natural manisnya.
 
 

8 | BERAS PERANG
Beras perang merupakan satu lagi bijirin yang kaya dengan karbohidrat kompleks. Makan nasi beras perang ketika bersahur dapat membuatkan kita berasa kenyang lebih lama. Ia juga membekalkan khasiat penting lain seperti Kalsium, Vitamin B1, Vitamin B6 dan Magnesium.
 
Kandungan GI (glycemic index) yang rendah dalam beras perang juga membuatkan ia sesuai untuk dijadikan diet harian bagi mengawal gula dalam darah.
 
Honestly, not my favourite. Tapi kalau buat nasi dagang style klate, saya makan! Hehee
  


9 | BUAH CITRUS
Pilih buah citrus seperti oren sebagai hidangan sampingan. Menurut kajian The American Journal of Clinical Nutrition, orang yang makan 3 atau lebih hidangan sitrus setiap minggu dapat merendahkan risiko pertumbuhan fibroid berbanding orang yang makan sitrus kurang daripada sekali sebulan.
 
Tips - pilih keseluruhan buah dan bukannya jus untuk kurang gula dan lebih banyak serat. Atau boleh juga tambahkan hirisan limau nipis/lemon/oren ke dalam bancuhan Performance Drinks Shaklee untuk minuman sahur dan berbuka yang menyegarkan. 

Stok lemon-madu asli yg wajib saya buat setiap bulan.
Sedap dibancuh dengan air suam/sejuk, ikut kesesuaian.


KESIMPULAN
Pilihan diet sahaja tidak mampu mencegah atau merawat fibroid, tetapi nutrien tertentu didapati boleh mempengaruhi risiko dan pertumbuhan fibroid.
 
Bagaimana ia berkait dengan diet kita? Ini kerana sel lemak menghasilkan lebih banyak estrogen, yang boleh meningkatkan risiko fibroid dalam rahim atau menjadikannya lebih teruk.

Mengekalkan berat badan sihat dengan mengambil diet seimbang yang merangkumi banyak buah-buahan segar, sayur-sayuran, protein tanpa lemak dan lemak sihat boleh membantu mengurangkan atau mencegah pertumbuhan fibroid.


Sekiranya bestie nak tahu macam mana Cik Faz handle isu fibroid sebelum ini, just klik icon Whatsapp saya, insha Allah saya bantu seikhlas hati.
 
 
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023



Tuesday, March 28, 2023

Amalan Plastik Yang Bawa Penyakit

Untuk bacaan kita bersama, saya kongsikan satu posting dari Facebook Dr. Hafiz Sulaiman tentang bahaya bahan plastik.


Saya terbaca beberapa hari lepas mengenai kenyataan KKM mengulas laporan bahan toksik dalam plastik. Didapati tiada bahan toksik pthalates dalam 130 jenis sampel bekas plastik makanan yang diuji sejak 2017 hingga sekarang. Alhamdulillah.

Tapi jangan leka ya... bukan bahan toksik pthalates saja yang ada dalam plastik ya. BPA dan dioxin merupakan antara bahan toksik sangat biasa didapati dalam bekas plastik. Siapa sangka bahan toksik sebegini secara perlahan meresap masuk dalam badan kita... Ganggu kestabilan hormon badan kita.

Masa kita beli air panas dalam bekas plastik... Masa panaskan makanan dalam microwave... Kita terfikir tak bahaya plastik ni? Siapa sangka, amalan ini mungkin punca susah dapat anak? Berat badan susah turun? Penyakit kencing manis... sakit jantung... kanser?

Benar... kesan bahan toksin persekitaran sumber plastik ini sikit sebanyak, pelan-pelan rosakkan badan... ganggu kestabilan hormon badan kita. Badan jadi radang, streskan DNA, organ buah pinggang dan hati rosak... Alahan macam resdung, ekzema menjadi-jadi... susah nak pulih.

Berapa ramai wanita luar sana ada masalah cramping period yang teruk... ia tidak normal. Walaupun biasa kita perhatikan sekarang.

Berapa ramai ada masalah keradangan dan ketumbuhan rahim... endometriosis, adenomyosis... cyst... polyp dan kanser? Ramai sangat, muda-muda dah ada.

Jom buat perubahan sikit tapi sangat bermakna insha Allah. Saya nak share 9 tips saya biasa amalkan.

  • Minimakan pembelian makanan bungkus dalam plastik kedai. Terutamanya pi kedai makan, bawak siap-siap bekas plastik kita yang soheh selamat. Pilih plastik ikut resin number selamat.
  • Jika tak bawak bekas plastik sendiri, jangan terus minta bungkus. Cakap je nak dine in... tunggu makanan sejuk, baru minta bungkus. Makanan panas yang kena bungkusan plastik tu yang bahaya sangat.
  • Kedai mamak senang nak skodeng tempat dia buat air. Jika dia guna jug plastik letak air panas, Sori lah... Minum jus buah je la kat kedai tu. Ais kosong pun saya tak berani.
  • Jangan lah minum air panas dalam straw. Jarang orang buat... tapi kedai selalu memang letak air panas dan straw, baru topup ais kan? Air manis tapau dalam plastik terutamanya.
  • Saya elak panaskan  microwave apa saja bekas plastik tak kira jenis selamat atau tidak.
  • Botol air mineral atau bekas air plastik jangan amalkan tinggal dalam kereta ya.
  • Masak jangan guna sudip plastik. Jangan sekali-kali. Senduk kayu paling selamat insha Allah.
  • Penapis air panas pilih yang stainless steel. jangan pilih plastik pulak ya.
  • Pemanas air elektrik... MAJORITI di pasaran memang mengecewakan... plastik! Saya memang pilih kaca atau stainless steel saja dalamnya..

Ambil perhatian ya... banyak jenis pemanas air elektrik stainless steel tapi penutupnya plastik! Abaikan saja  tak berbaloi.
 
Perkakas memasak, bekas makanan ini kita pakai lama... amalan simpan makanan panas dalam plastik ni kita ulang-ulang kali buat hari-hari. Sikit saja kita ejas... cakna lebih sikit je bila nampak plastik. Nak elak terus memang tak boleh. Insha Allah sangat signifikan impaknya cegah penyakit.

Jadi jangan hairan jika sakit kronik tak pulih-pulih. Jika diuji kanser nauzubillah tak perlu tengok salasilah keluarga kita untuk cari punca.

Tengok keliling kita saja... Waspada hubungan kimia kita dengan plastik. Takpe lah leceh sikit usaha... Supaya tak sakit dan hidup lebih sejahtera.




Saturday, March 25, 2023

Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu

Marhaban ya Ramadhan! Alhamdulillah masuk hari ketiga umat islam berpuasa Ramadhan. Bestie apa khabar? Semoga semuanya berjalan lancar.

Zaman sekarang ni bukan orang Islam jer yang mengamalkan puasa, tapi orang bukan islam juga turut mengamalkan puasa Intermittent Fasting. Banyak kajian telah menunjukkan kebaikan berpuasa dari segi kesihatan. Selain manfaat dan ganjaran spiritual di bulan mulia ini, jom saya kongsikan manfaat dan kelebihan berpuasa dari sudut kesihatan.


7 Kebaikan Puasa Ramadhan & Intermittent Fasting Untuk Kesihatan


1 | Puasa Membantu Mengawal Diabetes
Seperti yang kita tahu, diabetes adalah antara penyakit kronik paling kerap berlaku di Malaysia, bahkan dunia. Kehadiran pelbagai jenis makanan kurang berkhasiat serta pengamalan gaya hidup kurang aktif banyak menyumbang kepada peningkatan kes diabetes.
 
Puasa sebenarnya mampu membantu mengawal penyakit diabetes. Hasil satu kajian yang telah dijalankan di Qatar melibatkan 1301 pesakit diabetes muslim berumur lebih 18 tahun menunjukkan bahawa, puasa di bulan Ramadan secara signifikan terkait dengan penurunan tahap kolesterol, tekanan darah dan glukosa darah dalam kalangan pesakit diabetes.
 
Namun, sebelum membuat keputusan untuk berpuasa, pengidap diabetes harus terlebih dahulu berbincang dengan doktor untuk melihat jika anda cukup sihat untuk berpuasa.
 
Ada beberapa keadaan yang membuatkan anda tidak digalakkan berpuasa bagi mengelakkan risiko tertentu. Tapi jika doktor beri lampu hijau untuk berpuasa, jangan lepaskan peluang ini!
 
 
2 | Puasa Mengurangkan Faktor Risiko Penyakit Kardiovaskular
Seperti diabetes, penyakit kardiovaskular juga merupakan penyakit kronik utama di Malaysia.
 
Antara contoh penyakit kardiovaskular ialah:   
  • Penyakit arteri koronari (CAD), biasanya dimanifestasikan dengan serangan jantung.
  • Penyakit serebrovaskular (CVD) termasuk strok.
  • Penyakit arteri periferal (PAD).

Semua penyakit ini mempunyai faktor-faktor risiko termasuk:

  • Kolesterol darah
  • Tekanan darah sistolik
  • Berat badan
  • Indeks jisim badan (BMI)
  • Ukur lilit pinggang.
 
Dari satu kajian melibatkan 82 orang sukarelawan yang mempunyai sejarah penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 tahun yang lalu, berumur antara 29 hingga 70 tahun, membuktikan penurunan yang signifikan pada faktor-faktor risiko yang disenaraikan di atas.
 
 
3 | Puasa Menurunkan Berat Badan
Berat badan bukan sekadar penting bagi tujuan penampilan, tetapi juga untuk mengekalkan kesihatan badan. Berat badan berlebihan dikenalpasti sebagai faktor risiko bagi banyak penyakit termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi dan masalah pernafasan.
 
Puasa telah terbukti mampu menurunkan berat badan. Sudah tentulah, kerana kita menahan lapar hingga 13 jam. Tapi jangan pula terkejut jika ada yang sebaliknya naik berat badan di bulan Ramadhan sebab tidak menjaga pemakanan mereka.
 
Namun, cabaran yang lebih besar adalah selepas Ramadhan untuk mengekalkan berat badan tersebut.
 
Baca >>> tips turunkan berat badan di bulan Ramadhan dan kekalkan berat ideal  selepas Raya
 
 
4 | Puasa Meningkatkan Hayat
Siapa yang tak mahu hidup sihat lebih lama? Jika diberi peluang untuk hidup lebih lama sesaat pun, pasti kita akan ambil peluang tersebut.
 
Dalam satu kajian ke atas haiwan (monyet) menunjukkan bahawa puasa boleh melanjutkan usia dan mencegah penyakit yang terkait dengan penuaan.
 
Kajian ke atas manusia juga menunjukkan hasil yang sama. Jadi, berlaparlah harini untuk menikmati kehidupan di esok hari!
 
 
5 | Puasa Mengurangkan Simptom Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)
Penyakit GERD adalah disebabkan asid dan makanan di dalam perut tertolak semula ke saluran esofagus (tiub yang menghubungkan antara mulut dan perut) menyebabkan beberapa simptom, antaranya:
  • Pedih ulu hati
  • Mual
  • Muntah
  • Nafas berbau
  • Perut kembung

Menurut kajian yang dijalankan di Indonesia, puasa Ramadan ternyata mampu mengurangkan simptom-simptom ini berbanding bulan-bulan lain.
 
 
6 | Puasa Sihat Untuk Otak
Telah dibuktikan oleh banyak kajian bahawa kebaikan berpuasa dari segi kesihatan adalah bagus untuk otak, kerana ia mampu meningkatkan daya tumpuan.
 
Fokus sebenarnya lebih baik semasa perut kosong berbanding dalam keadaan kenyang. Perut yang penuh sebaliknya lebih membuatkan seseorang mengantuk.
 
Puasa juga mampu mengurangkan risiko penyakit neurodegeneratif seperti penyakit Alzheimer, Parkinson dan Huntington. Begitu juga penyakit demensia atau mudah lupa.
 
Jadi, puasa hakikatnya membuatkan otak kita kekal segar dan lambat nyanyuk.
 
 
7 | Puasa Merangsang Autophagy
Secara saintifik, puasa juga membolehkan badan membersihkan pelbagai sisa toksin dan mengitar semula komponen sel yang rosak. Proses ini dikenali sebagai 'Autofagi' atau 'memakan diri sendiri' di mana sel akan menghancurkan komponennya yang tidak berfungsi melalui proses kitar semula.
 
Menariknya, proses ini hanya boleh dimulakan dari 'kebuluran' sel itu sendiri, dan puasa adalah salah satu faktor utama yang membantu memulakan proses Autofagi. Sel tersebut dikatakan 'membaiki' dirinya sendiri dengan menggunakan semula komponen yang tidak berfungsi sebagai makanan dalam mengekalkan sel baharu yang sihat. Mekanisma biologi ini juga dianggap sebagai proses detoksifikasi semulajadi dan ia menjelaskan bagaimana sel mati di dalam badan dilupuskan.
 
Istilah Autofagi telah dicipta dan digunakan oleh ahli biokimia dari Belgium, Christian de Duve pada 1963. Beliau dan dua lagi penyelidik (Albert Claude dan George E Palade) memenangi Hadiah Nobel dalam bidang Perubatan pada 1974 bagi penemuan mereka berkenaan struktur dan fungsi organisasi sel. Pada awal 1960-an, proses Autofagi ini dikesan menjadi aktif apabila sel berada dibawah tekanan terutama sewaktu kekurangan bekalan nutrisi dan ketika organisma berkenaan cuba melawan jangkitan tertentu.
 
Bagaimanapun, saintis masih tidak jelas bagaimana proses ini bekerja dan tidak mengetahui sel apakah yang terbabit ketika proses berkenaan. Rahsia di sebalik mekanisma autofagi telah dirungkai seorang ahli Biologi sel dari Jepun, Yoshinori Ohsumi. Kejayaan ini melayakkan beliau dinobatkan sebagai penerima tunggal bagi Hadiah Nobel dalam bidang Perubatan pada Oktober 2016. Ohsumi dan pasukan penyelidiknya mengenal pasti 15 gen penting yang terbabit dalam proses berkenaan, selain bagaimana gen bekerjasama memastikan pusat kitar semula sel berjalan.
 
Public Health Malaysia turut berkongsi bahawa gangguan Autofagi juga dianggap memainkan peranan dalam penuaan. Proses penuaan dapat diperlahankan dan sel-sel baru yang sihat dan kuat dapat dihasilkan jika proses Autofagi ini dapat diaktifkan.
 

 
Jadi, di mana keburukan Intermittent Fasting (puasa air)?
 
Jika di lihat pada timeline Intermittent Fasting (IF) di atas, badan akan memasuki fasa Autophagy ketika 18 jam berpuasa, dan mencapai kemuncak pada 72 jam (iaitu IF selama 3 hari tanpa makanan, hanya minum). Jadi ia bukan mudah.
 
Berbanding puasa kering seperti puasa di bulan Ramadhan atau puasa sunat Isnin/Khamis, lebih cepat badan kita dapat capai Autophagy, hampir 3x lebih cepat berbanding Intermittent Fasting kerana IF (wet fasting) kita masih minum air pada waktu fasting window.
 
Jadi kalau Intermittent Fasting kita capai Autophagy puncak mengambil masa selama 72 jam, dengan puasa mengikut amalan Islam, kita dapat mencapainya dengan tempoh 1 hari berpuasa.
 
Bayangkan manfaat Autophagy tu kita dapat hari-hari untuk tempoh 30 hari berpuasa, pembersihan sel ke peringkat selular berlaku selama tempoh itu!
 


Empat Keburukan Intermittent Fasting 72 Jam Yang ramai Tak Tahu
 
1- DEHIDRASI
Sebahagian daripada air dan kebanyakan elektrolit kita datang daripada makanan, jadi berpuasa 72 jam boleh mengurangkan jumlah elektrolit yang kita perolehi setiap hari. Dehidrasi boleh menyebabkan pening dan sakit kepala yang teruk, serta keadaan kesihatan seperti kerosakan buah pinggang.
 
2- HIPOTENSI ORTOSTATIK
Ini adalah masalah utama bagi mereka yang menghidap penyakit jantung kerana berpuasa air boleh mengakibatkan penurunan sementara tekanan darah akibat kekurangan pengambilan makanan, menyebabkan pengsan.
 
3- MASALAH KESIHATAN SEMAKIN BURUK
Terdapat beberapa keadaan yang mungkin diburukkan dengan intermittent fasting, ini termasuk:
 
Isu Gastrointestinal - Mereka yang mengalami ulser perut, kolitis, dan penyakit Crohn mungkin tidak boleh berpuasa tanpa mengalami loya dan cirit-birit serta sakit perut.
 
Gout - Puasa IF meningkatkan pengeluaran asid urik, yang boleh menyebabkan serangan gout akut.
 
Hipertensi - Individu yang mempunyai Hipertensi juga harus mengelakkan tempoh puasa IF yang berpanjangan untuk mengelakkan keadaan kesihatan yang teruk seperti serangan jantung dan strok.
 
Penyakit jantung - Kekurangan pengambilan makanan dalam masa yang lama, seperti 72 jam tanpa sebarang makanan, boleh mengakibatkan degupan jantung tidak teratur yang boleh menyebabkan masalah jantung yang serius.
  
4- TAHAP KOLAGEN BERKURANGAN
Intermittent fasting 72 jam boleh menyebabkan penuaan kulit, iaitu kulit menjadi kering dan hilang keanjalan disebabkan oleh kemerosotan kolagen khasnya kolagen type 1.

Untuk pengetahuan, sebanyak 28 jenis jenis kolagen telah dikenalpasti. Ia berbeza dari segi struktur molekul, komponen sel dan tempat kolagen digunakan dalam badan kita.

Ini 5 jenis utama kolagen dan fungsinya: 

  • Jenis I – ia membentuk 90% daripada kolagen badan kita. Jenis I padat dan digunakan untuk menyediakan struktur pada kulit, tulang, tendon dan ligamen kita.
  • Jenis II – ia terdapat dalam rawan elastik, yang memberikan sokongan sendi.
  • Jenis III – ia terdapat pada otot, arteri dan organ.
  • Jenis IV – ia terdapat dalam lapisan kulit kita.
  • Jenis V – ia terdapat pada kornea mata, beberapa lapisan kulit, rambut dan tisu plasenta.

 
KESIMPULAN

Pendapat peribadi dari maklumat yang saya kongsikan di atas, tak perlulah kita nak buat Intermittent Fasting yang ekstrim sehingga boleh menjejaskan kesihatan. 

Mulakan dengan method IF yang paling mudah dahulu iaitu 12 jam puasa. Berlatih untuk beberapa hari, kemudian tambah kepada 14-16 jam puasa. Beri masa kepada badan kita untuk adapt, disertai dengan meal plan untuk mengelak makan secara berlebihan semasa eating window.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk bersenam, dapatkan tidur berkualiti dan mengambil makanan tambahan yang menyokong Autophagy dengan baik. Ada dua Supplements Terbaik Shaklee yang dapat membantu mengaktifkan Autophagy, walaupun kita tidak berpuasa hingga 18 jam, iaitu:

  • Vivix - mengandungi Resveratrol untuk mengaktifkan Autophagy
  • CoQ Trol - Coenzyme Q10 menyokong proses Autophagy

Bagi mengatasi kesan kemerosotan kolagen, ambil dua lagi supplements tambahan ini:

  • Collagen Plus Powder - sumber kolagen marine tulen untuk mengembalikan semula keanjalan kulit kesan kemerosotan kolagen kerana usia dan IF.
  • Sustained Release Vita-C Plus - membantu penghasilan kolagen dan memastikan kolagen diserap dengan baik.
Supplements Autophagy

Syukurlah kita berpeluang untuk capai manfaat Autophagy, paling mudah dengan berpuasa menurut Islam. Jangan kita sia-siakan peluang yang ada di bulan Ramadan ini untuk merebut semua kelebihan berpuasa dari sudut kesihatan. 

Amalkan tips yang saya cadangkan, insha Allah kita beroleh manfaat Autophagy yang optimum. 
 
 
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023