Tuesday, February 14, 2023

Set Kurus Shaklee Paling Berkesan Turunkan Berat Badan

Dalam entri Intermittent Fasting yang lepas, saya dah kongsikan manfaat detoks dari IF dan kesannya dalam mengimbangi hormon estrogen. Tahu tak kenapa normal estrogen level sangat penting bagi kita wanita? Bila terlebih estrogen, timbul masalah gynae seperti uterine fibroid, ovarian cyst dan yang seangkatan dengannya. Bila kurang estrogen pula, jadi penyebab masalah kesuburan, tulang rapuh dan kegemukan.
 
Ya, masalah berat badan berlebihan dikalangan wanita dipengaruhi oleh hormon estrogen. Fungsi estrogen bukan sahaja hormon kesuburan, tapi estrogen juga bertanggungjawab dalam metabolisma glukosa dan insulin sensitivity.
 
Complex kan jadi makhluk perempuan ni. Tapi kawan saya kata… "women is a delicate creature that should be handle with care". Gituhhh
 
Ok, bagi membantu mereka yang tengah struggle nak turunkan berat badan, saya ingin cadangkan Set Kurus Shaklee - Hello New You! Jom baca apakah fungsi setiap supplement dalam set kurus ini yang menjadikannya begitu berkesan menurunkan berat badan.


SET KURUS SHAKLEE - CINCH SHAKE
Sejenis minuman protein soya non-GMO berkualiti tinggi. Cinch mengandungi vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk membina tisu yang sihat dan memacu pembentukan otot dalam usaha menurunkan berat badan.
 
Mempunyai Glisemik Indeks yang rendah, Cinch dapat memberi rasa kenyang lebih lama, mengekalkan tenaga lebih berpanjangan, serta dapat mengurangkan nafsu makan.
 
Formula Cinch diperkaya dengan Leucine yang membantu membina dan mengekalkan jisim otot tanpa lemak. Menyokong pemulihan dan mengurangkan keletihan otot selepas bersenam.
 
Lebih banyak otot terbentuk, metabolisma semulajadi akan meningkat. Oleh itu, lemak badan dapat dibakar untuk mencapai berat badan yang lebih sihat. Oleh kerana Leucine tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan, kita perlu mendapatkannya dari makanan tambahan.
 
Phyto-estrogen dari sumber kacang soya dalam Cinch juga bermanfaat untuk wanita mengimbangi paras estrogen dalam badan.



SET KURUS SHAKLEE - OMEGA GUARD
Minyak ikan Omega-3 (DHA & EPA) membantu menurunkan paras serum trigliserid, seterusnya dapat mengelak pembentukan lemak di bawah kulit dan abdomen (visceral and subcutaneous fat). Ia membantu membakar dan menggerakkan lemak dengan mempercepatkan pengoksidaan/pemecahan asid lemak, seterusnya meningkatkan jisim otot.
 
Minyak ikan memulihkan nisbah asid lemak Omega-3 dan Omega-6 untuk menurunkan berat badan. Kajian menunjukkan, nisbah Omega-3 dan Omega-6 yang tidak normal akan meningkatkan keradangan punca berat badan naik.
 
Kandungan Omega-3 dalam minyak ikan menghalang rintangan insulin. Badan boleh menjadi rintang terhadap insulin jika paras gula darah sentiasa tinggi. Insulin menjadi tidak sensitif dan ini membuatkan anda berasa lapar kerana sel anda tidak mempunyai glukosa. Akibatnya anda makan lebih banyak dan berat badan meningkat.
 
Minyak ikan membantu menurunkan berat badan dengan meningkatkan proses metabolisma tubuh. Semakin tinggi tahap metabolisma, semakin besar peluang berat badan anda turun.



 
SET KURUS SHAKLEE - LECITHIN
Lecithin mengandungi sejenis nutrien dikenali sebagai Choline. Choline diperlukan untuk metabolisma lemak dalam badan. Tugasnya memecahkan lemak dari makanan kepada molekul kecil, yang kemudiannya boleh bertukar menjadi asid lemak yang mudah dibakar oleh badan sebagai tenaga. Choline membantu mengemulsi lemak dalam badan seperti kolesterol. Ia menghalang penyimpanan lemak, oleh itu membantu penurunan berat badan.
 
Aktiviti Choline ini sangat membantu dalam mencegah gangguan seperti hati berlemak dan pengumpulan lemak darah. Metabolisma lemak yang cekap oleh Choline ini juga menjadikan rasa kenyang lebih cepat dicapai. Dengan itu kita tidak makan secara berlebihan dan berat badan terkawal.
 
 
SET KURUS SHAKLEE - HERBLAX
Ramuan asas Herblax terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisional dan teknologi moden. Ia mengandungi 9 herba semulajadi - daun Senna, daun Alfalfa, akar Licorice, akar Culvers, akar Rhubarb, Anise seed, Fennel seed, Buckthorn bark, dan bunga Blue Malva.
 
Herblax membantu masalah sembelit, mengembalikan proses semulajadi bowel movement yang normal. Ia juga baik untuk kesihatan hempedu. Herblax merangsang proses detoks usus secara lembut (singkirkan sisa/kerak najis yang tersekat di usus). Hasilnya, perut kempis dan berat badan boleh turun.



 
SET KURUS SHAKLEE (BOOSTER) - VIVIX
Minuman botani yang mengandungi potent Polyphenol dalam ramuannya - Anggur Muscadine (super fruit) dan campuran REJUVETROL dari ekstrak Lobak Ungu, Japanese Knotweed dan European Elderberry. Polyphenol merupakan antioksidan padu yang mengimbangi proses Angiogenesis dalam badan.
 
Angiogenesis adalah proses pembentukan salur darah, terdiri daripada Angiogenesis Stimulator (perangsang) dan Angiogenesis Inhibitor (penyekat). Proses ini berlaku di sepanjang hayat manusia sejak embrio lagi.
 
Obesiti dikaitkan dengan perubahan struktur tisu adipos (lemak). Keradangan pada tisu adipos dan rintangan insulin dikenalpasti mengubah keseimbangan proses Angiogenesis, dimana ADIPOGENESIS (perangsang pembentukan dan pengumpulan sel lemak) menjadi tidak terkawal.
 
Dengan kata lain - bila kita asyik makan makanan yang merangsang keradangan (makanan segera, tinggi MSG, gula, etc…) kita sebenarnya sedang menggalakkan ADIPOGENESIS, lebih banyak cabang salur darah baru terhubung kepada sel lemak. Jadi semakin banyaklah laluan "bad food / toksik" pergi ke sel lemak. Lemak pun semakin membukit melekat pada organ dan bahagian lain badan.

Terapi anti-Angiogenesis pada awalnya dijalankan untuk rawatan tumor dan kanser. Namun kajian oleh Dr William Li, saintis dan presiden Angiogenesis Foundation mendapati, masalah Obesiti juga dapat dikawal dengan mengambil makanan yang mengandungi potent Polifenol seperti yang terkandung dalam Anggur merah. Polifenol ini dapat menyekat salur darah tidak normal terhubung ke sel lemak, dan menghalangnya dari terus berkembang.
 
Kenapa Vivix, dan bukan supplement polifenol/antioksidan lain?
  1. Manfaat Vivix jauh lebih besar, bukan hanya untuk kurus. Saya berjaya kecutkan Fibroid dengan amalkan Vivix dan DTX complex. Kandungan polifenol dalam Vivix sebenarnya sangat powerful (anggur Muscadine mengandungi kedua-dua Resveratrol dan Ellagic acid), melindungi dan memperbaiki jauh kedalam sel.
  2. Natural dan concentrated. Tiada perisa tiruan, pewarna, atau pemanis tambahan. Rasa Vivix ni masam dan kelat sikit.
  3. Ada landmark study dan formula Vivix ni dipatenkan. Jadi syarikat lain tak boleh tiru ramuannya.


Jadi, kalau nak berat badan cepat turun, boleh tambah Vivix sebagai booster. Ini pula testimoni mereka yang sudah berjaya turunkan berat dengan Set Kurus Shaklee - Hello New You!






Semoga sharing kali ini bermanfaat. 

💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


6 comments:

  1. first time tengok video Dr William Li tu tahun 2014, thanks to you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mindblowing kan bila tau cara kerja Polifenol against tumor tu.

      Delete
  2. Hello New Me..selamat tinggal lemak!!! bestnyeee

    ReplyDelete
  3. Best. Padat dengan info. Nanti nak terjah juga tengok video Dr. William tuh.

    ReplyDelete