Monday, October 10, 2022

Masalah Tidur Tanda Kurang Vitamin D

Nak citer sikit. Saya mengalami simptom ni dari bulan 7.
  • Susah tidur malam
  • Tidur sekejap, tiba tiba terjaga & tak dapat sambung tidur
  • Siang jadi letih sebab tak dapat tidur berkualiti

Bayangkan dua bulan lebih hadap masalah tidur. Kesannya jadi stress dan kurang bersemangat. Mula lah fikir, mid-life crisis ke ni?
 
Makanya saya buat medical checkup hari tu. Lagi pun, saya concern pasal Ovarian Cyst juga (sebab ada history).
 
Bila dapat screening result, rupanya Ca & Hb rendah. Partly saya suspect berpunca daripada kafein. Tapi punca sebenarnya kurang Vitamin D!
 
Disebabkan sekarang ni tak dapat nak berjemur masa pukul 9-10 pagi, makanya saya beli je supplement. Time PKP dulu sampai sun burn kulit berbelang tiap hari sunbath.
 
Hasilnya, 2 minggu makan Oste ni, settle semua masalah tidur. Manfaat 2-in-1 sebab badan perlukan Vit D untuk serap Calcium.
 
Untuk Hb rendah tu, saya makan Vitalea yg ada tambahan Iron sekali. Taknak makan Iron supplement berasingan sebab serammm dengan kesannya (YTJT) 😄.
 
To my friend yg ada masalah sama, dah makan supplement melatonin pun tak berkesan, boleh cuba Oste ni. Salah satu effort untuk kesihatan tulang juga.
 
Nak tanya-tanya dulu pun boleh, direct wasap saya di sini.

Order pun senang, online klik klik jer nanti abam Gdex hantar ke pintu rumah uols.
 
 
P/S:
Beza betul kesan kafein bila umur dah 40-an. Masa muda 20/30-an dulu rilek je minum kopi 2 kali sehari takde effect Ca & Hb pun.


OsteNutrix, bukan sekadar Vitamin untuk tulang sahaja



PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


Monday, October 3, 2022

Derita Hidup Dengan Fibroid

Ramai dikalangan kawan-kawan cik Faz yang tanya... 
"Fibroid tu menyakitkan tak?"
 
Honestly, saya tak mengalami sakit atau simptom yang aneh. Period setiap bulan sentiasa on time and senggugut pun boleh dikira dengan jari. Jarang sangat kena. Mungkin sebab tu kot saya tak sedar. Walaupun tahun sebelumnya saya ada buat medical check-up, tapi saya just buat health screening biasa (blood & urine) tanpa pelvic scan sebab tak suspect apa-apa yang pelik. So kalau ditanya bila fibroid tu mula tumbuh, memang saya tak tahu sehingga saya perasan perut buncit.
 
Pengalaman fibroid saya sangat berbeza daripada senarai tanda-tanda fibroid yang biasa dialami oleh gadis atau wanita lain. Saya kongsikan 3 simptom derita hidup "couple" dengan fibroid yang saya alami.
 

1. HEAVY FLOW PERIOD
Ini memang nightmare bagi saya. 3 hari pertama period adalah hari yang sangat memenatkan, deras macam air terjun! Bayangkan pad overnight yang saya gunakan tu penuh dalam masa 4 jam. Delay sikit tukar pad confirm akan bocor. Kadang tu saya terpaksa set alarm, bangun tengah malam semata-mata untuk tukar pad. Paling leceh bila kat office terpaksa kerap tukar pad. Normally waktu ni mood saya pun haywire, sebab letih banyak body fluid yang hilang. Ada masanya saya rasa macam ni;
 
(Google image)
Period banyak sampai feeling macam vagina nak runtuh. Ok ini over, tapi betul
😆
 
Actually saya tak suspect pun period heavy flow petanda fibroid, sebab memang sejak dari first period umur 13 tahun dah heavy bleeding. So saya tak rasa pelik sebab bukan perubahan dari flow sikit kepada banyak. Saya pernah tanya doktor kat klinik biasa whether normal ker orang heavy period macam saya ni. Then doktor jawab, tak perlu risau kalau dah memang dari awal flow banyak macam tu. Jadi saya pun takde lah concern nak buat further check-up kat specialist. 
 
Amazingly lepas operate buang fibroid, flow period saya lebih manageable. Tempoh period masih sama 8-9 hari, cycle pun masih sama 28 hari. Tapi perbezaan paling ketara, dalam 3 hari pertama period dah takde cebisan darah seakan 'daging' yang keluar dengan flow. Tenang sikit hidup saya waktu period lepas dah operate.
 
 
2. JERAWAT KRONIK
Ini satu lagi nightmare. Jerawat sebab fibroid ni memang lain macam degilnya. Facial dan anti-acne skincare memang tak mampu nak sembuhkan. Sebenarnya, jerawat tu sebab hormon yang dah tak stabil.
 
Nak cerita betapa teruknya situasi kulit saya masa ni, jerawat yang stok bulan lepas tak sempat nak kecut dah tumbuh yang lain. Lepas tu scarring yang scary. Parut jerawat jadi hitam, kulit muka sangat kusam tak berseri langsung. Confident level saya drop at lowest point.
 
Feb 2012 sebelum surgery, boss assigned saya pergi trade fair dekat Cologne, Germany. Tapi saya refused. Sebenarnya saya taknak pergi travel tu bukan sebab tak sihat (fibroid), tapi sebab low self-esteem. Masa tu muka saya memang teruk. Saya tak confident nak jumpa client dengan scars and active breakouts. Jujur masa tu saya rasa hodoh sangat.
 
Dulu saya memang tak sangka yang jerawat kronik tu gejala fibroid. So, memang banyak lebur duit untuk pakej facial dan skin specialist. Kalau kira kos yang lebur, boleh beli emas 125 gram. Sobs! 😢
 
Magiknya, masalah jerawat saya beransur sembuh lepas operation buang fibroid. Tapi, parut yang warnanya dah gelap tu memang susah nak hilang. Lebih setahun saya cuba bermacam produk skincare untuk hilangkan bekas jerawat hitam tu, tapi takde yang berkesan. Bila saya amalkan supplement antioksidan (Vivix Shaklee) dengan konsisten, barulah sel-sel kulit saya pulih. Tahun 2015 kulit saya recover sepenuhnya. Cuma ada minor "kawah" yang permanent, tapi yang penting parut hitam gelap tiada lagi.
 
jerawat kronik kerana fibroid

2015 kulit dah sihat semula selepas amalkan Vivix.
Gambar natural light, No filter (iPhone MUA)

  
3. KETAGIHAN GULA
Sebelum fibroid 17cm tu dibuang, saya ada masalah ketagihan gula yang serius. Saya akan cepat lapar walaupun baru 2-3 jam makan. Gejala lapar tu macam ni…
 
08:00 AM – Breakfast (wajib minum kopi & biasanya makan kuih – karipap, keria, donut, pulut panggang… etc)
10:00 AM – Lapar (makan biskut)
12:00 PM – Lunch (always makan nasi)
01:30 PM – Kopi lagi
04:00 PM – Lapar lagi (mesti nak snacking yang manis, biasanya coklat)
 
Lapar waktu petang tu paling kronik. Kalau delay tak makan apa-apa, tangan jadi menggigil, kadang sampai lutut lemah semacam tak larat nak jalan, or blur vision. Bila makan benda manis baru lega. Tapi insiden cepat lapar ni cuma berlaku waktu hari bekerja. Masa ni saya dah transfer ke International Department, handle export sales memang quite demanding kerjanya. Jadi saya assume masalah cepat lapar tu sebab metabolisma badan saya tinggi, dan saya perlukan lebih tenaga untuk berfikir and kerja long hours sebab deal dengan customers on different time zone. Tak terfikir pun petanda ada masalah lain. Lagi pun berat badan saya memang tak naik walaupun makan dengan kerap. 
 
Bila dah dekat nak period pula, datang sweet cravings. By the way ladies, awak kena tau bila teringin makan benda manis sebenarnya bukanlah kerana PMS. Tapi disebabkan oleh yis candida dan ada sejenis yis yang menumpang kat celah otak yang inginkan gula. Kalau kita cut-off gula dalam diet, yis ni akan mati. Saya tak pasti apa kaitan yis dengan fibroid. Tapi yang pasti, diet tinggi gula punca radang yang merangsang ketumbuhan seperti fibroid.
 
  
PUNCA FIBROID
 
Saya rasa, ada 2 faktor yang mungkin menyumbang kepada pertumbuhan fibroid ni.

Pertama sebab pemakanan. Dulu, saya selalu dan suka sangat makan fastfood terutamanya McDonald. Kurang kesedaran yang makanan segera tinggi MSG, gula, garam, lemak, highly processed ni melemahkan fungsi ginjal dan hati, organ penapis dalam badan kita. Bila fungsi hati kita lemah, toksin yang terbentuk daripada makanan tak sihat tadi tak dapat disingkirkan dan akan terserap ke dalam darah. Darah yang acidic sebab toksin jadi punca keradangan sel. Lama kelamaan muncul ketumbuhan fibroid.
 
Yang kedua, faktor persekitaran. Years before saya transfer job ke International Department, saya kerja kat Lab. Kerja sebagai researcher memang tak dapat elak dari gunakan Toluene (solvent) untuk bersihkan equipment lepas buat testing or formulation. Tapi masa tu saya macam kurang kesedaran apa kesannya bila tersentuh atau terhidu wap solvent kepada badan. Mungkin sebab saya tengok Lab Assistant yang dah lama kerja kat company tu sihat jer. Saya tak sedar yang sebenarnya bukan semua orang boleh tolerate dengan chemicals, yang mungkin berisiko mengganggu sistem endokrin dan menyebabkan keseimbangan hormon jadi celaru.
 
Mungkin kerana tabiat pemakanan kurang sihat (pro-keradangan), terdedah dengan chemical fumes dan hormon imbalance, jadi punca fibroid tumbuh at later time. Biasa juga kita dengar kesan kesihatan ni bukan serta merta, tapi lepas sepuluh tahun kemudian baru muncul.
 
Macam tu lah kisah pengalaman fibroid saya. Sekiranya awak mengalami simptom seperti saya, cubalah pergi buat medical check-up. Mungkin ada underlying disease yang jadi punca utamanya. Alhamdulillah dengan izinNya, lepas operate buang fibroid disertai dengan usaha perbaiki diet dan detoks, sistem badan saya beransur-ansur kembali normal semula.
 
Jadi, ingatlah pesanan ini... 
 
"You have a choice of what you are made of. What you eat becomes you, because your body makes new cells from the food you eat."
 
Till then, be happy & stay healthy.


💖💖💖💖
PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


Sunday, October 2, 2022

Pengalaman Bedah Buang Fibroid 17CM

5 bulan kemudian…
 
June 2012 saya datang semula ke klinik Dr Delaila untuk check-up dan set tarikh surgery. Syukur waktu ni saya dah ada medical card dan Alhamdulillah guarantee letter lulus dengan mudah.
 
Pagi 22.06.2012 saya check-in kat SJMC. Kalau tak silap ingat, scheduled surgery saya jam 3 petang. Lepas daftar, saya dibawa ke wad. Kemudian nurse pun datang check blood pressure dan suruh saya pakai 'uniform' wad yang sehelai tu. Dah lah oversized, takde butang pulak, main ikat-ikat jer.
 
Tak lama lepas tu, datang nurse lain nak prep untuk surgery. Masa ni ada awkward moment. Nurse cakap dia nak shave private part. I said, I dah buat. Tapiiii nurse cakap doktor cerewet, so dia kena pastikan ikut standard doktor. Jadi… walaupun kau malu giler tapi tetaplah kena "preview" kat nurse tu juga yer. Ok lulus!
 
Then nurse pasang branula, bagi ubat untuk kosongkan usus dan pesan kena mandi guna surgibath (shower gel antiseptic) khas untuk prep sebelum surgery. Lepas tu kena tukar baju untuk surgery juga. Pukul 2 petang saya dihantar ke dewan bedah.
 

Sampai dewan bedah, nurse parking katil saya kat waiting area. Sejuk giler tempat ni. Then nurse pasang satu bag drip. Sementara tunggu drip tu habis, Doktor bius pun datang terangkan prosedur dan minta saya sign kat borang tu. Hati dah berdebar-debar, saya sign je. Habis drip, saya ditolak masuk ke bilik bedah.
 
Suasana kat dalam bilik bedah sangat terang dan teramat sejuk. Saya kena baring di 'flat bed' surgery, depa kedua tangan. Memang design surgery bed macam tu kot. Sebelum operation dimulakan, doktor bius tanya… "awak nak bius separuh badan atau nak tidur?" Saya yang dah sedia nervous ni memang request "tidur" (general anesthesia). Tak cukup kegigihan nak dengar / menyaksikan doktor buat kerja.
 
Lepas tu doktor pasangkan topeng gas kat muka saya. "Ok Fazrina… sekejap lagi awak akan tidur". Saya pun macam, oh ok… tapi kenapa masih sedar jer ni. Dengan kaki dah start gigil sebab terlalu sejuk. Masa ni tak teringat pula nak mengucap, mana tau "tidur" terus lepas operation.
 
Tiba-tiba… sayup-sayup saya dengar suara panggil nama saya. "Fazrina… Fazrina… Fazrina… bangun, operation dah siap". Saya pun buka mata… dalam keadaan mamai saya tengok sekeliling, oh saya dah kat waiting area dengan ada heater macam lampu panjang kat dalam selimut. Satu badan saya masih menggigil kesejukan. Tak tahu lah berapa lama nurse yang monitor panggil-panggil nama nak bagi saya sedar. Saya tanya jam, nurse cakap pukul 5:30 petang. Bila badan saya dah agak stabil, saya pun dihantar semula ke wad.
  
Masuk pukul 8 malam saya mula batuk-batuk. Seksa betul rasanya… dengan pedihnya, terasa macam nak terbuka jahitan kat perut. Dekat sebelah bahagian yang kena operate tu ada satu tiub untuk alirkan darah ke bag. Setiap kali batuk akan nampak tiub tu merah jer. Nurse cakap saya batuk kesan daripada ubat bius. Disebabkan takde bantal kecil, nurse bagi selimut extra untuk tahan perut bila nak batuk. Malam tu doktor datang visit bawa sekali specimen fibroid (dalam balang), bagi saya tengok sebelum dihantar ke lab untuk analisis.
 
Hari kedua dalam wad masih layan batuk dan kepedihan. Mandi dan shampoo rambut pun saya guna bed-bath jer. Shampoo tu dalam serkup kepala non-woven. Menyesal request serkup shampoo tu sebab rambut jadi sticky. Rimas jadinya. Tengahari baru saya boleh makan. Sebelum tu, memang on drip jer dari lepas operate.
 
Hari ketiga… paling mencabar waktu pagi nak bangun dari katil, terasa badan ni berattt sangat. Tapi kena bangun juga (dengan bantuan nurse). Saya cakap dengan Mak, saya nak mandi and shampoo rambut betul-betul guna buih dekat shower. Masa tengah berus gigi, boleh pulak saya rasa nak pitam. Cepat-cepat saya duduk dekat toilet and call nurse. Maka kalut lah nurse datang papah. Lepas dah ok sikit, saya minta tolong Mak saya letak kerusi dekat shower. Saya pun mandi ala kadar (sebab risau tempat operate basah) tapi shampoo rambut puas-puas. Lega rasanya rambut bau shampoo wangi.
  
Hari keempat 25.06.2012 doktor kata saya dah boleh discharge. Masa nurse nak cabut tiub yang collect darah tu, dia kata akan rasa tak selesa sikit. Hakikatnya bukan jer tak selesa, tapi pedih dan ngilu. Saya ingat tiub tu pendek, rupanya panjanggg macam 1 meter. Tapi pantas nurse tarik tiub tu, zap! dah settle.
 
Lepas dapat bill dan selesaikan bayaran yang perlu, saya pun balik ke rumah. Total bill RM10,200 tapi ada 10% co-insurance yang saya kena bayar sendiri. Tapi amaun yang saya bayar sendiri tu saya claim under insurance company tempat saya kerja. Nasib baik juga masa tu office dah ada group insurance, cuma sebab coverage tak cukup nak cover kos pembedahan saya, so saya guna medical card sendiri.
  

Berpantang Selepas Pembedahan Buang Fibroid
 
Lepas major operation macam tu, mestilah kena pantang kan... kalau orang melayu, ikan haruan memang sinonim dengan berpantang. Tapi ada sorang kawan yang prihatin, seawal saya keluar hospital dah call bagitau jangan minum haruan essence sebab nanti luka operation tu jadi hodoh, tumbuh daging lebih (keloid). Saya pun follow lah nasihat kawan ni sebab tak mau perut berparut hodoh. Tapi… mak saya pergi juga cari ikan haruan hidup untuk buat sup. Tapi sumpah, saya tak lalu nak makan. Maksimum 4 hari je saya mampu hadap sup ikan haruan. Aissh... tekak memang block tak boleh telan ikan haruan walaupun sup yang Mak masak tu harum semerbak dengan daun saderi and rempah ratus yang banyak.
 
3 minggu lepas operation, saya jumpa doktor untuk check-up. So doktor confirm rahim saya dah elok. Masa doktor scan tu nampak jelas rahim yang berjahit. Seram juga. Then doktor pesan, kalau dalam tempoh 5 tahun lepas operation tak ada anak, fibroid boleh tumbuh semula. Saya angguk-angguk jer lah dengar pesan doktor, sambil mengomel dalam hati... “ingat cari husband tu senang macam nak beli kereta, boleh pergi showroom & pilih spec yang berkenan?” Hehehee
 
Doktor bagi medical leave 40 hari jer. Hari pertama masuk office terus jumpa HR manager nak kira berapa paid/unpaid leave. HR cakap saya sebenarnya entitle untuk 60 days leave sebab masuk wad, jadi tak perlu tolak annual leave. Fuhh legaaa…
 
Office saya dekat tingkat satu, kena daki 3 tangga. Masa ni bila perut bergegar sebab banyak berjalan atau naik turun tangga, masih terasa ngilu lagi. Cuba bayangkan, kulit yang berlapis-lapis kena hiris, sampai ke 
rahim pun kena jahit juga. Mungkin luka bahagian dalam tu belum sembuh sepenuhnya. Saya pun cuba tanya-tanya dengan kawan yang ada pengalaman bersalin czer, tanya kat Puteri Yusof. Then Puteri suggest kat saya consume protein soya ESP & GLA complex Shaklee. Alhamdulillah, keduanya bantu saya pulih secara sihat dan yang paling saya happy, luka bekas operation 15cm tu tak ketara, cuma nampak kesan garis halus je.
 
Masa cuti medical tu, saya flashback apa yang saya lalui. Macam life review gitu lah. Tiba-tiba saya rasa macam apa yang berlaku ni seolah-olah "gurauan yang jadi realiti". Mungkin coincidence tapi macam ada betulnya. Dulu masa sekolah, antara cita-cita saya ialah nak jadi doktor (cita-cita lain nak jadi pramugari 😄). Time tu tengah top drama bersiri kedoktoran ER. Setiap minggu mesti tunggu depan TV nak tengok "Dr" Noah Wyle dengan George Clooney yang hensem (pada ketika itu).
 
Lepas tu gedik, pasang pulak cita-cita nak pakwe doktor hensem yang macam Noah Wyle. Pernah beberapa kali saya gurau dengan kawan cakap macam ni “aku teringin lar nak rasa duduk wad. Taknak lama, 2-3 hari jer cukup lar... asalkan dapat jumpa doktor hensem”. Lepas tu gelak berjemaah. Hahahaaa  
 
Naifnya saya dulu. Macam lar tak boleh nak terjumpa pakwe doktor tu dekat kenduri ker, atau time jogging kat taman ker... kan? Tanpa dijangka, joke berbelas tahun dulu masa zaman sekolah jadi kenyataan pula. Tapi part jumpa doktor hensem (and available) belum jadi kenyataan lagi. Hehee
 
Nah, sekarang dah terbukti apa yang kita sebut tu satu doa, walaupun cakap main-main. 
Jadi ingatlah pesan saya ni, sebutlah yang baik-baik jer… okay 😊
 


💖💖💖💖
PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


Saturday, October 1, 2022

Sah Fibroid, Misteri Perut Buncit Terjawab!

Bismillah.

 

Ini kisah Fibroid yang pertama, original pengalaman saya sendiri. Dulu, saya pernah tulis kisah fibroid ini di Blog 'cikbellarina' (blog lama saya). Oleh kerana Blog 'cikbellarina' dah deactivated, saya kongsikan semula di sini. Masa fibroid ni dikesan, umur saya nak masuk 33 tahun.

 

Macam mana saya syak ada fibroid?

 

Sebab utama ialah perubahan ketara pada fizikal saya, iaitu bahagian bawah abdomen nampak buncit. Buncitnya tu memang lain macam. Bila saya cuba kempiskan perut dan tekan-tekan manja dekat kawasan tu, saya boleh rasa ada seketul "benda" keras. Weird dan menyeramkan! In the meantime, saya sangat pasti takde "buat salah" (you know what I mean).

 

Jadi persoalannya, kenapa perut jadi buncit? Apa sebenarnya seketul benda keras yang kat dalam tu? Mungkin ker fibroid? Tapi… macam mana kalau bukan fibroid? Bertubi-tubi soalan bermain dalam fikiran saya.

 

Disebabkan risau dan curiosity yang tinggi, saya Google cari klinik gynae. Finally saya book appointment kat SJMC. Tiba hari appointment yang mendebarkan… Masa tunggu turn dekat klinik Dr Delaila, jantung saya ni memang dub dab dub dab jer. Takut nak dengar apa komen doktor nanti. Rasa nak cancel pun ada. Tapi kalau tak check, sampai bila-bila pun tak tahu apa masalahnya.

 

So saya cuba bertenang… akhirnya sampai giliran saya. Lepas cerita my concern, doktor suruh saya baring dekat bed untuk di scan. Pertama kali dalam hidup saya buat ultrasound ni. Bila dah lorotkan sikit jeans yang saya pakai, maka terbonjol seketul "benda" yang jadi tanda tanya tu. Doktor pun sapu gel kat atas perut saya, lepas tu scan.

 

Jeng jeng jeng… inilah keputusan ultrasound tu.



Akhirnya, misteri perut buncit chic Faz terjawab. Doktor sahkan, seketul "benda" keras tu ialah fibroid!


Dari imej scan, size fibroid saya 15cm. Paling tak boleh lupa, doktor kata rahim saya dah expand macam preggy 5 bulan!

 

Then doktor tambah lagi, "besar sangat ni, awak mesti dibedah untuk buang fibroid ni."

 

Whoa! masa dengar komen doktor, perasaan saya dah bercampur aduk macam rojak. Pertama, lega sebab confirm benda tu fibroid. At least bukan suspek kes lain yang bahaya. Tapi nervous giler bila fikir nak kena bedah. Seumur hidup saya belum pernah warded, tiba-tiba nak kena bedah pulak. Takut beb!

 

 

Fibroid boleh jadi cancerous tak?

 

Selesai scan, sesi soal jawab dengan doktor… Doktor lukis bentuk rahim dan terangkan secara ringkas tentang fibroid saya. Saya dengar penjelasan doktor tanpa banyak bicara. Tapi, ada satu perkara yang saya nakkan kepastian dari doktor.

 

"Doktor, saya just nak confirm... fibroid ni boleh jadi cancerous tak?"

 

Ini jawapan doktor;

 

"Kebarangkaliannya tipis. Basically, fibroid is benign cell. Maksudnya bukan jenis yang berisiko jadi kanser."

 

Fuhhh lega saya bila dengar sendiri jawapan tu dari pakar gynae. Jadi betullah apa yang saya baca dekat internet tu.

 

5 saat kemudian… "So let's discuss tarikh surgery"

 

Zassss! sekelip mata kelegaan tadi lenyap. Seriously saya tak bersedia nak tempuh situasi ni. Kalau minor surgery mungkin perasaan takutnya tu kurang sikit. Tapi yang bakal saya lalui nanti ialah major surgery. Serta merta terbayang keadaan perut yang ditoreh, diregang, dan dikeluarkan isinya. (>_<)

 

"Errr doktor, macam kes saya ni tak boleh ker kalau tak operate? Tak ada ker ubat yang boleh kecutkan fibroid?"

 

Sebolehnya saya cuba mengelak dari dibedah. Takut! namun, jawapan yang saya terima lebih menggerunkan.

 

"Memang ada ubat untuk kecutkan fibroid, tapi kesan sampingannya tulang reput. And once you stop makan ubat tu, fibroid may regrow larger."

 

Gulp! terkedu saya dengar. Kenapa macam dah takde pilihan lain jer ni.

 

"Emm… doktor, saya sebenarnya takut nak kena bedah. Boleh tak doktor bagi saya masa untuk fikir. Bila saya dah ready, saya datang semula untuk set tarikh surgery."

 

Sungguh saya tak bersedia nak serah diri untuk dibedah dalam masa terdekat. Tapi doktor seakan tak peduli dengan perasaan yang sedang bergolak dalam hati saya ni.

 

"Awak nak fikir apa lagi? Awak tahu tak, buah pinggang awak boleh rosak kalau fibroid tu bertambah besar."

 

Kali ni tone suara doktor agak tegas. Tapi saya betul-betul perlukan masa untuk hadamkan semua ni dulu.

 

"Hmm… saya faham doktor. Saya janji saya akan datang semula. Bagi saya masa bertenang, sekejap jer."

 

Akhirnya doktor setuju untuk beri kelonggaran.

 

"Tapi jangan lama sangat delay. Your fibroid is really huge."

 

Lepas ucapkan terima kasih, saya pun tinggalkan klinik Dr Delaila terus menuju parkir kereta. Perjalanan satu jam dari Subang Jaya terasa pendek. Tiba-tiba dah sampai rumah. Ligat saya fikir macam mana nak sampaikan berita ni dekat Mak.

 

Sebenarnya, masa tu parents saya tengah sibuk buat persiapan kenduri walimatulurus adik saya. Majlis kat rumah saya 2 hari jer lagi. Obviously kalau saya bagi tau pasal fibroid and berita nak kena bedah, sure spoil mood Emak dengan Abah. Akhirnya… saya rahsiakan dulu perkara ni dari family. Taknak nanti diorang sedih ('_')

 

Jenis-jenis fibroid pada rahim

 

💖💖💖💖
PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.