Friday, July 28, 2023

Percutian Tajaan Shaklee 2024

Salam Jumaat semua!

Dalam bisnes Shaklee, selain bonus tunai dan bonus kereta, bonus percutian bertaraf 6 bintang juga disediakan kepada bisnes leader yang layak. Kenapa 6 bintang? Sebabnya… semua perbelanjaan dari tiket penerbangan, penginapan mewah, termasuk duit poket dan tiket masuk ke taman tema, Shaklee yang sediakan. Peserta cuma perlu siapkan diri jer pergi holiday. Goodies yang Shaklee sediakan untuk setiap peserta pun limited edition. Bestnya!

Untuk bisnes cycle 2023/2024, Shaklee menawarkan dua percutian mewah khas kepada bisnes leader yang layak.


1. Regional Trip
Pelayaran di atas kapal persiaran mewah Royal Carribean dari Singapura ke Phuket, Thailand. Kapal persiaran 18 dek yang penuh dengan aktiviti menghiburkan seperti RipCord, North Star (pemegang Guinness Book of Record untuk dek pemerhatian tertinggi di atas kapal persiaran), fine dining citarasa antarabangsa, dan menonton filem di dek terbuka bersaksikan bulan, bintang dan angin laut.
 


2. International Trip - Jepun
OSAKA - Bandar yang menyatukan tradisi dan masa depan. Terkenal sebagai destinasi makanan, membeli-belah dan hiburan. Antara tarikan di Osaka adalah; Universal Studio Japan, Osaka Aquarium, Istana Osaka, dan Umeda Sky Building dengan reka bentuk yang futuristik.
 

KYOTO - merupakan bekas ibu negara dan salah satu bandar tertua di Jepun. Tempat menarik di sini terdiri dari museum, kuil Kiyomizudera, dan taman yang cantik. Arashiyama Bamboo Grove adalah tourist spot yang di gemari travelers apabila sampai di Kyoto. Wajib OOTD di sini kerana keunikannya yang tiada di tempat lain.
 

NARA - bandar yang kaya dengan sejarah Jepun. Selain bangunan bersejarah dan khazanah senibina, terdapat banyak taman dengan pemandangan menarik di sini. Taman Nara adalah antara tempat yang mesti di lawati, terkenal dengan 1,400 rusa yang jinak dan bebas berkeliaran.
  


Cara Untuk Sertai Percutian Mewah Tajaan Shaklee
  • Pertama sekali, anda mestilah jadi ahli untuk memulakan bisnes Shaklee.
  • Jemputan menyertai percutian mewah tajaan Shaklee berdasarkan Conference Points dan minimum Effective Rank, iaitu Coordinator Rank untuk percutian Antarabangsa dan Senior Supervisor untuk percutian Serantau. Rank mestilah efektif di sepanjang tempoh kelayakan April 2023 hingga Mac 2024, dan sehingga 1 bulan sebelum lawatan.
  • Bagi bisnes leader yang baru, minimum effective rank hanya bermula dari bulan naik pangkat sebagai Coordinator atau Senior Supervisor.
  • Lebih banyak point yang dikumpul dari volume jualan setiap bulan dan melahirkan bisnes leader baharu dibawah pimpinan anda, akan melayakkan anda mendapat lebih dari satu tiket bonus percutian. Jadi boleh lah bawa pasangan dan keluarga merasai keseronokan percutian yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. 


Walaupun saya belum di rezekikan menyertai percutian tajaan Shaklee, tapi dengar perkongsian dari leader yang dah merasai percutian mewah ke USA, Switzerland, Korea dan lain-lain destinasi tajaan Shaklee sangatlah mengujakan. Yang pasti mereka pulang dengan kenangan manis dan semangat baru. Doakan juga saya layak dapat insentif percutian Shaklee tahun depan ya.


💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023



Monday, July 24, 2023

Tips Travel: Persediaan Penting Sebelum Ke Luar Negara


Assalam & Hai bestie!

Untuk yang pertama kali nak travel ke luar negara, mesti teruja kan. Saya dulu pun sama! Pertama kali saya travel overseas tahun 2005. Masa tu naik flight domestik pun belum pernah, tiba-tiba boss assigned pergi trade fair di Tehran, Iran. Setakat tahun 2016, banyak juga negara saya dah sampai dan tentunya setiap perjalanan ada kenangan dan pengalaman tersendiri.
 
Hari ini saya kongsikan info, persediaan sebelum travel ke luar negara dari pengalaman yang tak seberapa sebagai rujukan.
 
 
1. SEMAK PASSPORT & VISA
Pastikan passport masih sah, iaitu tak kurang dari 6 bulan selepas tarikh perjalanan. Kalau saya, akan kira tempoh melebihi 6 bulan tu sampai tarikh saya balik Malaysia semula. Risau kalau timbul masalah semasa di luar negara.
 
Kedua, periksa maklumat tentang Visa. Pemegang passport Malaysia boleh berkunjung ke negara Eropah tanpa VisaTapi jika ke negara Timur Tengah, Asia, atau benua Amerika Tengah dan Utara, perlu memohon Visa.
 
Contohnya,
  • Visa On Arrival : Maldives, Egypt, Qatar, UAE
  • e-Visa : Kuwait, Tajikistan
  • Embassy Visa : Afghanistan, China, Canada, USA (perlu memohon di pejabat kedutaan / konsulat lebih awal sebelum tarikh berlepas).


 
2. CETAK DOKUMEN PERJALANAN
Print semua e-ticket yang dibeli online : Tiket penerbangan, Itinerary, Hotel booking confirmation, Express train… dan lain-lain. Sebabnya, imigresen di sesetengah negara ada yang akan tanya soalan-soalan seperti;
  • Apa tujuan datang ke negara tersebut?
  • Berapa lama akan tinggal di situ dan di mana? -- verify hotel booking & return ticket.
  • Bawa duit berapa banyak?
 
Ini berdasarkan pengalaman business trip semasa sampai di Frankfurt, Germany. My colleague (chinese) tak kena soal sangat. Saya yang beratur di belakang kawan saya tu macam-macam soalannya. Sudahlah flight delay masa transit di Singapore, sampai Frankfurt ngam-ngam jer ada masa satu jam untuk boarding connecting flight ke Bremen. Berlari kami berdua di airport Frankfurt tu ke boarding gate yang jauh kat hujung.
 
Buat juga satu salinan dokumen untuk rujukan waris terdekat jika berlaku kecemasan. Sekarang mudah, camscanner kan ada.
 
 
3. IKLIM NEGARA YANG AKAN DIKUNJUNGI
Seminggu sebelum berlepas, check keadaan cuaca di negara yang akan di kunjungi. Terutamanya kalau perjalanan tu di antara pertukaran musim, contoh end winter memasuki spring. Waktu siang mungkin tak berapa sejuk, tapi bila senja suhu boleh turun 12-10°C. Step ni akan bantu kita decide nak packing baju apa.
 
Kalau travel semasa musim sejuk, sediakan -- baju thermal, sarung tangan, stokin tebal, down parka / winter coat / trench coat, muffler. Muffler atau pashmina penting untuk cover leher & hidung dari cuaca sejuk. Perlu pakai kasut yang sesuai (tapak berbunga tebal) untuk kurangkan risiko tergelincir / jatuh di kawasan bersalji.
 
 
4. SANITARY / TOILETRIES / UBAT / SURAT DOKTOR / ADAPTOR PLUG
For ladies, always check your calendar. Bawa 1 pek sanitary napkin supaya tak kalut nak cari convenience store masa travel. Isikan toiletries dalam botol kecil kurang 100ml dan pack semua dalam transparent bag. Bawa juga soft bottle yang boleh dilipat untuk kegunaan istinjak. Kebanyakan tandas di negara luar takde hand bidet. Juga jangan dilupa, wet wipes!
 
Ubat-ubatan : Bawa yang asas seperti panadol, balm, handiplast, ubat diarrhea. Jika on specific medication, masukkan dalam pillbox. Vitamin asas seperti Vitamin C jangan dilupa!
 
Surat doktor : Sekiranya ada metal implant (plat, skru, wire) titanium yang dipasang pada tulang akibat kecederaan patah, perlu tunjukkan surat dari surgeon kepada imigresen, sebab scanner akan berbunyi.
 
Adaptor plug : Perlu bawa universal adaptor sebab pin plug di luar negara tak sama dengan Malaysia.
 
 
5. MAKANAN KERING
Bawa makanan ready-to-eat sekadar yang mencukupi. Sekarang dah banyak travel friendly food tersedia di pasaran. Katakan lebih 8 jam anda transit di airport yang tiada restoran makanan halal, bekal makanan ni akan jadi penyelamat perut yang sedang lapar.

 
Selain itu, cuba browse website airport dimana anda transit dan cari info tentang kemudahan yang disediakan untuk travelers. Mana tahu ada complimentary meal voucher, kan dah boleh save duit poket. Ini contoh meal voucher yang saya redeem di airport Changi semasa trip ke China tahun 2016 dulu.

 

 
6. CASH & CARD
Tukar duit kepada matawang asing yang diperlukan sebelum tarikh penerbangan. Sebab kadar tukaran di luar negara biasanya lebih mahal.
 
Aktifkan kad kredit untuk kegunaan di luar negara sebelum berlepas. Kalau tak mahir nak buat sendiri online, call jer careline bank dan beritahu tarikh berlepas dan tarikh balik Malaysia kepada pihak bank. Apa pun, duit tunai masih juga perlu.
 
Boleh juga gunakan multicurrency debit card semasa di luar negara. Anda perlu membuka akaun simpanan multicurrency terlebih dahulu. Setakat yang saya tahu, RHB bank ada kemudahan ini.
 
 
7. LOKASI HOTEL
Tempah hotel yang berdekatan dengan tram untuk memudahkan pergerakan. Lokasi hotel juga pilih yang tak terlalu jauh dari airport untuk mengelakkan dari membayar kos pengangkutan yang mahal.
 
 
8. BELI TRAVEL TAKAFUL & PERMIT MEMANDU ANTARABANGSA
Sekiranya pelan perlindungan takaful hayat anda tiada manfaat kemalangan di luar negara, beli travel takaful plan yang cover accidental, lost baggage dan extreme sport (jika ada dalam itinerary).
 
Dapatkan juga permit memandu antarabangsa sekiranya perlu. Mana tahu dalam itinerary awak nak sewa dan memandu kereta sendiri merentas negeri semasa di luar negara.
 
 
9. MAKLUMAT KEDUTAAN
Simpan maklumat kedutaan Malaysia di negara yang akan dikunjungi, untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku kecemasan semasa travel.
 
 
10. BUDAYA / BELAJAR BASIC GREETINGS
Buat sedikit research tentang budaya masyarakat setempat negara yang akan dikunjungi. Contohnya adakah okay untuk bersembang atau gelak ketawa di dalam kenderaan awam.
 
Jika ke negara yang "anti" bahasa inggeris, belajar simple greetings dalam bahasa tempatan untuk memudahkan kita menyapa penjual kedai souvenir atau snek.
 
 
11. MAKLUMAT VAKSINASI / AIRPORT TAX / SEKATAN LAIN
Dapatkan maklumat vaksinasi (jika diperlukan) sebelum berlepas ke negara yang akan di kunjungi. Pastikan juga anda tiada sekatan untuk ke luar negara seperti hutang PTPTN.
 
Dapatkan juga maklumat berkenaan cukai lapangan terbang. Contohnya Indonesia ada mengenakan airport tax. Dulu caj yang dikenakan IDR100,000 (lebih kurang RM38) yang perlu dibayar sebelum berlepas pulang.
 
 
12. SENTIASA WASPADA
Semasa berada di lapangan terbang, jangan tinggalkan luggage tanpa pengawasan. Jangan terima atau pegang apa-apa bungkusan dari stranger atau diminta tolong menjaga beg. Risau jika beg/bungkusan itu mengandungi bahan terlarang.
 
Sewaktu saya di Buenos Aires, staff airport tanya setiap passenger yang sedang beratur untuk check-in sama ada bagasi yang dibawa adalah kepunyaan sendiri.
 

Alhamdulillah rezeki saya bekerja dulu diberi peluang travel ke luar negara. Walaupun tak berkesempatan untuk explore, tapi pengalaman 2-5 hari flight hopping ke negara yang berlainan cukup bermakna.

Sekarang ni saya berangan nak revisit Canada, teringin nak pergi Alberta dan negeri lain yang ada national park. Saya dah terpukau dengan gambar pemandangan cantik dari lensa handphone ex-boss & colleagues yang baru bercuti di sana. Tengoklah 3 gambar ni, sebijik macam wallpaper yang selalu muncul dekat website.

Maligne Lake - Jasper National Park, Alberta

Peyto Lake, Banff National Park

Bow Lake, Alberta Canada

Semoga tips travel yang saya kongsikan ini membantu. Till then, happy traveling & enjoy your trip bestie!
 
 
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.
 
PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023



Thursday, July 20, 2023

Pengalaman Bedah Buang Dermoid Cyst & Ovari

19-Mar-2019, seminggu lepas discharge dari HSA saya pergi SJMC. Kali ini saya consult dengan Dato Dr Siti, a very soft spoken and elegant doctor. Bila doktor buat ultrasound, ukuran cyst 10.4cm X 6cm. Lebih besar daripada ukuran masa scan dekat HSA 😭. Doktor cakap possibly ovari saya dah twisted pada hari yang saya sakit dan rush ke HSA.

Disebabkan saiz cyst yang besar dan kemungkinan dah berlaku ovarian torsion, memang kena buat surgery. Tapi oleh kerana doktor akan bercuti seminggu, jadi schedule surgery saya pada 1-April-2019. Itu pun saya bernasib baik sebab ada patient yang cancel surgery, jadi doktor terus masukkan nama saya. Sebelum balik saya daftar untuk pre-admission dan bayar bil yang berkenaan. Resit kena simpan sebab nanti nak claim sekali dengan bil post-surgery. Alhamdulillah esoknya GL approved.
 
Petang 31-Mar-2019 saya check-in ward, kena bayar deposit RM500. Dalam pukul 8:00 malam doktor datang visit dan beritahu procedure esok pukul 8:30 pagi. Masa ni doktor inform juga, kalau ovari masih okay dia akan buang cyst sahaja, tapi kalau tak okay akan remove sekali dengan ovary, bergantung apa finding doktor masa operation esok. Lepas doktor balik, kawan saya Ziela datang, kami pun ngopi kat kedai depan SJMC tu. Pukul 10 malam saya balik wad, sekali tu entrance ke wad dah lock pulak… kalut sekejap, tetiber ternampak ada button untuk request access. Nasib baik tak kena marah dengan nurse, hahaa.
 
1-April-2019, jam 8:00 pagi saya dah ready untuk dibawa ke bilik bedah. Pre-surgery preparation sama jer macam dulu sebelum nak operate fibroid. Sampai dewan bedah, terkejut sikit sebab meriahhh ramai patient yang tunggu giliran masuk ke bilik bedah. Suasana pagi tu mengurangkan sikit debaran di hati saya sebab teringatkan apa yang doktor beritahu malam tadi.
 
Lepas operation, lebih kurang pukul 11:00 pagi saya dihantar semula ke wad. Kali ini takde tiub bag collect darah. Tapi bila kesan ubat bius hilang, sakitnyaaaa tempat operation tu memang terasa. Petangnya bila doktor datang visit, saya diberitahu yang ovari kanan beserta fallopian tube dibuang sekali sebab sel dah mati. Sobs! Sedih, tapi life must go on. Seingat saya, satu hari setengah saya berbaring jer sebab memang pedih sangat luka operation kali ni.
 
4-April-2019 doktor beritahu specimen cyst tu benign, bukan kanser. Alhamdulillah syukur, dan saya dah boleh discharge. Jumlah bil semuanya RM15,893.55 selepas diskaun, kalau tidak hampir RM17,000 juga. Kali ni medical card saya cover semua cost sebab saya dah upgrade plan zero deductible since 2014. Deposit yang saya bayar pun dikembalikan semula RM460 (tolak RM40 untuk caj medical record).
 
Dermoid cyst dalam Ovari.
Doktor remove sekali Appendix & small Fibroid.

BERPANTANG SELEPAS PEMBEDAHAN BUANG CYST DAN OVARI
 
Berpantang lepas pembedahan kali ini memang saya ambil vitamin jer, takde langsung makan sup ikan haruan. Kawan saya Puteri hadiahkan Vitamin B complex, dan saya dah prepare beli Vivix sebelum masuk wad. Thanks Puteri! Doktor bagi cuti medical 40 hari. Alhamdulillah recovery process berjalan lancar. Masa appointment post surgery check-up, saya tanyalah dengan doktor, apa yang saya perlu expect bila ovari dah tinggal sebelah. Doktor cakap, takde apa yang berubah. Fungsi biologi wanita masih normal walaupun cuma ada satu ovari sahaja. Lega saya dengar jawapan doktor.
 
Tapi 2 cycle period saya lepas surgery tu memang haywire. 8-April sepatutnya saya period, tapi sampai habis bulan April langsung tak datang period. Saya mula risau… alamakkk menopause ke? Period saya selama ni memang predictable sebab sentiasa on time ikut schedule. Ok sabar dulu, kalau bulan May period tak muncul juga, next appointment memang kena inform doktor.
 

Akhirnya 4-May period muncul, tapi 5 hari pertama spotting sikit-sikit jer, hari ke-6 baru normal flow lasting sampai 11 hari. Kemudian seminggu bersih, 22-May bleeding lagi 9 hari. Masa ni dah lar bulan puasa, confuse saya nak puasa ke tidak. Disebabkan was-was saya tak puasa. Memang banyak hari kena qada. Mungkin badan saya tengah nak adjust dengan perubahan, itu yang jadi celaru. Bulan Jun period dah mula stabil dan bulan July kembali kepada normal cycle saya. Fuhhh legaaaa belum menopause. Hahahaaa
 

Masa cuti rehat tu saya banyak berfikir juga. Saya musykil, kenapa masa buat check-up bulan October 2018 tak detect pun ada cyst dekat ovari. Takkan lah mesin ultrasound dekat klinik tu kurang canggih pulak. Maknanya kalau kira dari Oct-2018 saya buat scan, sampai hari saya sakit perut Mar-2019 tempohnya baru 5 bulan. Sepantas itu cyst boleh wujud dan membesar?
 
Check up (scan) Oct-2018 tak detect pun Ovarian Cyst.

Tapi bila diamati, ada satu perubahan yang diluar kebiasaan saya alami. Saya perasan masa Jan-2019 saya mula ada cheese cravings. Dalam seminggu boleh dikatakan 2x akan lunch pizza, sebab rasa nak sangat makan cheese. Naturally, saya bukan peminat cheese atau apa saja makanan yang berkeju. Kemudian jerawat pun mula tumbuh non-stop. Masa ni saya dah trigger juga nak buat check-up, tapi asyik tangguh sebab busy tak sempat nak ambil cuti. Sampailah kejadian saya tiba-tiba sakit perut dan warded di HSA.
 
Memang tak sangka, dalam pada saya jaga pemakanan, lepas 7 tahun operate fibroid saya masuk bilik bedah lagi…
 

💖💖💖💖
PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


Wednesday, July 19, 2023

Sakit Perut, Rupanya Dermoid Cyst

Kisah dermoid cyst saya ni bermula pada 8-Mar-2019, tepat pada International Womens Day.

 

Jam 3:00 pagi saya terjaga dari tidur, terasa lenguh kat area pinggang sebelah kanan. Tak pernah lagi rasa macam ni. Puzzle memikirkan apa punca rasa tak selesa yang sedang melanda, saya pun pergi ke dapur dan minum segelas air suam. Lepas tu saya baring semula dan cuba untuk tidur.

 

Jam 5:00 pagi saya terjaga lagi. Kali ini mula terasa sakit sikit, masih di sebelah kanan tapi kat bahagian bawah abdomen. Saya dah mula pelik… apa sebenarnya yang berlaku ni? Saya minum 1 sudu Vivix dengan air suam, dan berharap rasa sakit tu akan hilang.

 

Tengok jam dah 5:30 pagi, sekejap lagi masuk waktu subuh. Saya duduk sambil layankan jer rasa sakit tu. Jam 6:00 pagi, sakit masih belum hilang, malah semakin intense. Berdiri pun dah tak boleh nak tegak. Badan saya mula berpeluh-peluh. Confirm pagi ni kena rush pergi hospital. Saya gagahkan diri ke bilik air, mandi etc. Takkan lah nak pergi hospital tak berus gigi pulak kan...

 

Lepas subuh dalam jam 6:20 pagi Abah saya call adik suruh balik. Saya dah merengkok macam tenggiling tahan sakit. Jam 7:30 pagi baru adik saya sampai rumah dari Setia Alam. Geram saya, apa hal lama sangat! Patutnya 30 minit jer dari Setia Alam tu. Tapi nak bercakap pun saya dah tak mampu, apa lagi nak marah.

 

Saya just capai benda basic - wallet, spec, phone & charger, masukkan dalam tote bag then terus pergi hospital. Berjalan pun terbongkok-bongkok. Nak pergi hospital mana pun saya tak sure. Asalnya heading to SJMC, tapi disebabkan stucked in traffic jam dekat Seksyen 7, terus turn ke Hospital Shah Alam (HSA). Saya dekat seat belakang dah stress menahan sakit. Tak tahu saya nak gambarkan rasa sakitnya tu macam mana, terasa sesuatu memulas tegang. In case kalau warded pun HSA ni hospital baru, at least boleh lah expect kemudahan untuk pesakit tu selesa.

 


Hampir pukul 9:00 pagi sampai emergency HSA. Benda pertama yang saya request adalah painkiller jab. Serius tak tahan, sakit sangat. Doktor suspect appendicitis. Seharian saya kena tunggu kat emergency, sambil menahan kesakitan (painkiller cuma kurangkan rasa sakit dari skala 8 ke 6). Jam 6:15 petang baru dapat masuk wad. Tak tahulah kenapa prosesnya lama sangat. Ini pengalaman pertama saya masuk wad hospital kerajaan.

 

Disebabkan doktor suspect appendix, saya ditempatkan di wad surgery. Wad 5 katil, berhawa dingin, memang selesa. Saya tak ingat pukul berapa doktor datang tanya tentang medical history. Saya pun inform doktor ada sejarah fibroid tapi dah operate di SJMC. Kemudian doktor cakap, saya mungkin perlu dirujuk ke gynae dulu (tapi tak mention bila).

 

Malam tu saya pun tidur di wad yang selesa, lepas dapat another dose of painkiller. Tiba-tiba… jam 2:00 pagi saya dikejutkan oleh seorang male nurse. Katanya nak bawa saya ke wad gynae, ada doktor yang oncall nak buat ultrasound. Dan… disinilah punca sebenar sakit perut saya terjawab. Bila doktor scan, detect cyst 6cm X 6cm di ovari kanan. Yang lebih menggerunkan saya, doktor kata bukan fluid-filled cyst tapi dermoid cyst sebab ada solid mass mungkin lemak atau rambut. 😓

 

Hari kedua, saya dipindahkan ke wad maternity - wad biasa, full house, takde aircond (tapi taklah panas). Bermulalah pengalaman baru… katil saya berjiran dengan mommy yang tengah contraction tunggu masa labour. Sebenarnya dalam cubical yang sama, maksudnya 2 bed dalam satu tirai. Jarak bed kami cuma dipisahkan dengan kabinet kecik yang untuk letak personal items tu jer. Sejujurnya memang saya tak selesa, culture shock tiba-tiba.

 

Saya perhatikan macam saya seorang jer kes gynae kat area situ. Suasana kat wad maternity ni bising dengan bunyi mesin (mungkin count heartbeat, I guess lah), jauh beza dengan suasana dekat wad surgery. Patient sebelah saya ni bersalin petang, lepas tu babycot anaknya diletakkan dekat dengan katil saya. Malam tu saya tak boleh tidur, sebab baby sebelah saya ni menangis the whole night. Mungkin anak pertama, ibunya pun tak tau sangat nak tenangkan. Saya macam nak suruh ibunya pasang surah yaasin (mana tau anaknya berhenti menangis), tapi malas pulak nak bertegur sapa. Saya memang takde mood nak bersembang dengan sesiapa dekat wad tu. Saya stress dengan kesakitan yang tak hilang-hilang.

 

Doktor yang datang bertukar-tukar. Setiap doktor tanya skrip soalan yang hampir sama dan saya repeat explain medical history kepada setiap doktor yang datang. Hari ketiga was the worst. Pagi, doktor datang dengan nurse untuk jab painkiller. As soon cecair painkiller tu masuk salur darah, saya terus pening dan rasa semakin sakit. Tapi doktor tak boleh buat apa sebab painkiller tu jenis yang paling kuat katanya. Sebelah petangnya saya demam, nurse suruh mandi basahkan kepala untuk turunkan suhu badan.

 

Hari keempat saya dah mula rimas, sebab tiap-tiap hari 2x dose painkiller sampai kencing pun bau ubat. Kesian buah pinggang saya bekerja keras tapis drugs. Doktor cakap saya tak boleh discharge selagi rasa sakit saya tak hilang. Saya fikir, biar betul… dah 4 hari kat wad ni, pagi petang cucuk painkiller saja. Saya nak pengesahan kenapa saya jadi sakit, sebab cyst twisted ke? Atau cyst pecah ke sebab semalam demam? Kalau cyst twisted or burst, what's next? Kena surgery ke? -- takde jawapan. Petang hari ke-4 tu bila doktor tanya skala sakit, saya cakap dah berkurang (walaupun sebenarnya kadang kala masih intense).

 

Hari kelima, pagi 12-Mar-2019. Macam biasa, doktor datang visit memang akan tanya skala sakit. Disebabkan saya dah taknak duduk dalam wad ni tanpa hala tuju yang jelas, saya pun jawab sakit sikit-sikit jer (skala 2). Akhirnya, tengahari tu doktor bagi tau dah boleh discharge. Lepas dapat discharge note dan selesaikan bayaran, saya pun balik ke rumah.

 

Remark kat period calendar, senang nak trace back.


Bersambung Part 2…


💖💖💖💖
PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


Thursday, July 13, 2023

Perbezaan Vivix Dan ResV

Assalam & Hai bestie,
 
Entri kali ini masih berkongsi topik tentang Polifenol. Sebenarnya, dekat Shaklee ada DUA supplement Polifenol iaitu Vivix dan Res-V. Kalau Vivix dah premium, Res-V pula super premium. Dilancarkan pada March 2020, jom saya kongsikan apa perbezaan antara Vivix dan Res-V.
 

SEPULUH PERBEZAAN VIVIX & RES-V SHAKLEE
 
1) BENTUK FIZIKAL
Vivix : Cecair bewarna merah gelap (maroon). Boleh terus diminum.
Res-V : Kapsul gel lembut, jadi ia lebih travel friendly, tiada risiko tumpah.
  
2) PACKAGING
Vivix : 150ml setiap botol
Res-V : 60 kapsul setiap botol  
 
3) CARA PENYIMPANAN
Vivix : Simpan dalam peti sejuk selepas dibuka untuk mengekalkan kesegarannya.
Res-V : Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.
              
4) FORMULA
Vivix : Diformulasi dari 4 jenis tumbuhan
Res-V : Formulasi asas seperti Vivix, dengan tambahan 5 jenis tumbuhan termasuk makanan sunnah (buah delima).
 
5) JENIS POLIFENOL
Vivix : Kaya dengan polifenol semulajadi dari 4 jenis tumbuhan (Muscadine Grape, Japanese Knotweed, Purple Carrot, European Elderberry)

Res-V : Gabungan lebih spektrum Polifenol semulajadi dari 7 jenis tumbuhan (Muscadine Grape, Japanese Knotweed, Purple Carrot + Chebulic Myrobalan, Pomegranate, Blackcurrant, Grape Pomace & red Grapes)
              
6) KUASA ANTIOKSIDAN / POLIFENOL
Vivix : Menghalang pembentukan AGE protein punca penyakit akibat penuaan, 10X lebih berkuasa berbanding Resveratrol tunggal.
  
Res-V : 30% lebih berkuasa dari Vivix dalam merencatkan pembentukan AGE protein punca penyakit akibat penuaan. Mestilah lebih power sebab formulanya pun ada extra superfruit.

7) CARA PERLINDUNGAN
Vivix : Bertindak MELINDUNGI sel sepanjang waktu aktif
Res-V : Bertindak MEMPERBAIKI sel sepanjang waktu tidur
  
8) CARA PENGAMBILAN
Vivix : Makan pada waktu pagi selepas sarapan
Res-V : Makan pada waktu malam sebelum tidur
               
9) KATEGORI SUPPLEMENT
Vivix : Didaftarkan dalam kategori makanan
Res-V : Didaftarkan dalam kategori ubat tradisional
  
10) HARGA SEBOTOL
Vivix : RM498.75 (runcit), RM399 (ahli)
Res-V : RM535 (runcit), RM428 (ahli)
 
 


KEUNIKAN LAIN RES-V
  • Disokong oleh 6 paten - Shaklee menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan segala kebaikan polifenol dalam ResV supaya anda boleh menikmati kandungan nutrisi dan manfaatnya secara sepenuhnya.
  • Disahkan halal oleh Islamic Services of America (ISA) yang diiktiraf oleh JAKIM.



RES-V UNTUK SIAPA?
 
1. PERLUKAN PEMULIHAN PANTAS
Bagi yang sedang menjalani proses pemulihan selepas pembedahan, demam denggi atau Covid-19, Polifenol mempunyai ciri antikeradangan yang kuat bagi membantu mengurangkan keradangan dan meredakan kesakitan untuk pemulihan yang pantas.
 
 
2. MENGALAMI BANYAK TEKANAN
Tekanan yang berlarutan akan menjejaskan kesihatan dan sistem imun. Polifenol membantu mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif supaya tubuh badan anda boleh berfungsi secara optimum untuk melindungi kesihatan anda.
 
 
3. MUDAH JATUH SAKIT (selsema, batuk, demam)
Polifenol membantu menyokong sistem imun anda melawan jangkitan secara lebih cekap supaya anda tidak mudah jatuh sakit dan menjadi lebih produktif di tempat kerja.
 
 
4. PELAJAR YANG BERTUNGKUS LUMUS UNTUK PEPERIKSAAN
Adakah anda seorang pelajar kolej atau universiti yang sibuk dengan tugasan dan pelajaran? Polifenol membantu meningkatkan aliran darah dan oksigen ke otak untuk meningkatkan daya ingatan, menajamkan perhatian dan
memberikan keupayaan mengingat yang lebih baik supaya anda lebih fokus di dalam kelas.
 
 
5. SIFAT PELUPA ATAU DEMENTIA
Otak kita mengecut seiring dengan peningkatan usia yang akan menjejaskan ingatan dan kesihatan kognitif. Polifenol mampu mengubahsuai aliran darah ke otak untuk melambatkan proses penuaan otak dan mengekalkan keremajaan otak.
 
 
6. SUKAR TIDUR MALAM
Mengalami masalah untuk tidur? Polifenol mempengaruhi isyarat dan komunikasi sel untuk menghasilkan melatonin, iaitu “hormon tidur” yang membantu anda tidur dengan lebih baik.
 
 
7. KELIHATAN TUA DARI USIA SEBENAR
Polifenol membantu memperlahankan penguraian kolagen dan elastin untuk mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit agar kulit kelihatan lebih muda.
 
 
8. LESU SEPANJANG MASA
Polifenol mempercepatkan penghasilan mitokondria iaitu penjana utama tenaga di dalam sel-sel tubuh badan supaya kita lebih bertenaga melakukan aktiviti harian.
  

Personally saya baru jer mula consume Res-V sebab ada promosi twinpack ResVivix. Beza Vivix dan Res-V dari segi feeling masa makan supplement tu, saya prefer Vivix sebab dapat feel cecair yang rasanya masam, kelat-kelat sikit tapi sedap lalu kat tekak sejuk-sejuk. Kalau Res-V, pop masuk mulut dan telan. Haaa gitu jer settle.
 
By the way, promo Vivix dan Res-V masih berlangsung. Jom dapatkan set kombo supplement Polifenol terbaik ini dengan harga diskaun antara 5% hingga 10%. Untuk pemegang kad kredit Maybank pula, boleh apply 6 bulan instalment dengan pembelian set kombo ini.




💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.
 
PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023