Thursday, July 20, 2023

Pengalaman Bedah Buang Dermoid Cyst & Ovari

19-Mar-2019, seminggu lepas discharge dari HSA saya pergi SJMC. Kali ini saya consult dengan Dato Dr Siti, a very soft spoken and elegant doctor. Bila doktor buat ultrasound, ukuran cyst 10.4cm X 6cm. Lebih besar daripada ukuran masa scan dekat HSA 😭. Doktor cakap possibly ovari saya dah twisted pada hari yang saya sakit dan rush ke HSA.

Disebabkan saiz cyst yang besar dan kemungkinan dah berlaku ovarian torsion, memang kena buat surgery. Tapi oleh kerana doktor akan bercuti seminggu, jadi schedule surgery saya pada 1-April-2019. Itu pun saya bernasib baik sebab ada patient yang cancel surgery, jadi doktor terus masukkan nama saya. Sebelum balik saya daftar untuk pre-admission dan bayar bil yang berkenaan. Resit kena simpan sebab nanti nak claim sekali dengan bil post-surgery. Alhamdulillah esoknya GL approved.
 
Petang 31-Mar-2019 saya check-in ward, kena bayar deposit RM500. Dalam pukul 8:00 malam doktor datang visit dan beritahu procedure esok pukul 8:30 pagi. Masa ni doktor inform juga, kalau ovari masih okay dia akan buang cyst sahaja, tapi kalau tak okay akan remove sekali dengan ovary, bergantung apa finding doktor masa operation esok. Lepas doktor balik, kawan saya Ziela datang, kami pun ngopi kat kedai depan SJMC tu. Pukul 10 malam saya balik wad, sekali tu entrance ke wad dah lock pulak… kalut sekejap, tetiber ternampak ada button untuk request access. Nasib baik tak kena marah dengan nurse, hahaa.
 
1-April-2019, jam 8:00 pagi saya dah ready untuk dibawa ke bilik bedah. Pre-surgery preparation sama jer macam dulu sebelum nak operate fibroid. Sampai dewan bedah, terkejut sikit sebab meriahhh ramai patient yang tunggu giliran masuk ke bilik bedah. Suasana pagi tu mengurangkan sikit debaran di hati saya sebab teringatkan apa yang doktor beritahu malam tadi.
 
Lepas operation, lebih kurang pukul 11:00 pagi saya dihantar semula ke wad. Kali ini takde tiub bag collect darah. Tapi bila kesan ubat bius hilang, sakitnyaaaa tempat operation tu memang terasa. Petangnya bila doktor datang visit, saya diberitahu yang ovari kanan beserta fallopian tube dibuang sekali sebab sel dah mati. Sobs! Sedih, tapi life must go on. Seingat saya, satu hari setengah saya berbaring jer sebab memang pedih sangat luka operation kali ni.
 
4-April-2019 doktor beritahu specimen cyst tu benign, bukan kanser. Alhamdulillah syukur, dan saya dah boleh discharge. Jumlah bil semuanya RM15,893.55 selepas diskaun, kalau tidak hampir RM17,000 juga. Kali ni medical card saya cover semua cost sebab saya dah upgrade plan zero deductible since 2014. Deposit yang saya bayar pun dikembalikan semula RM460 (tolak RM40 untuk caj medical record).
 
Dermoid cyst dalam Ovari.
Doktor remove sekali Appendix & small Fibroid.

BERPANTANG SELEPAS PEMBEDAHAN BUANG CYST DAN OVARI
 
Berpantang lepas pembedahan kali ini memang saya ambil vitamin jer, takde langsung makan sup ikan haruan. Kawan saya Puteri hadiahkan Vitamin B complex, dan saya dah prepare beli Vivix sebelum masuk wad. Thanks Puteri! Doktor bagi cuti medical 40 hari. Alhamdulillah recovery process berjalan lancar. Masa appointment post surgery check-up, saya tanyalah dengan doktor, apa yang saya perlu expect bila ovari dah tinggal sebelah. Doktor cakap, takde apa yang berubah. Fungsi biologi wanita masih normal walaupun cuma ada satu ovari sahaja. Lega saya dengar jawapan doktor.
 
Tapi 2 cycle period saya lepas surgery tu memang haywire. 8-April sepatutnya saya period, tapi sampai habis bulan April langsung tak datang period. Saya mula risau… alamakkk menopause ke? Period saya selama ni memang predictable sebab sentiasa on time ikut schedule. Ok sabar dulu, kalau bulan May period tak muncul juga, next appointment memang kena inform doktor.
 

Akhirnya 4-May period muncul, tapi 5 hari pertama spotting sikit-sikit jer, hari ke-6 baru normal flow lasting sampai 11 hari. Kemudian seminggu bersih, 22-May bleeding lagi 9 hari. Masa ni dah lar bulan puasa, confuse saya nak puasa ke tidak. Disebabkan was-was saya tak puasa. Memang banyak hari kena qada. Mungkin badan saya tengah nak adjust dengan perubahan, itu yang jadi celaru. Bulan Jun period dah mula stabil dan bulan July kembali kepada normal cycle saya. Fuhhh legaaaa belum menopause. Hahahaaa
 

Masa cuti rehat tu saya banyak berfikir juga. Saya musykil, kenapa masa buat check-up bulan October 2018 tak detect pun ada cyst dekat ovari. Takkan lah mesin ultrasound dekat klinik tu kurang canggih pulak. Maknanya kalau kira dari Oct-2018 saya buat scan, sampai hari saya sakit perut Mar-2019 tempohnya baru 5 bulan. Sepantas itu cyst boleh wujud dan membesar?
 
Check up (scan) Oct-2018 tak detect pun Ovarian Cyst.

Tapi bila diamati, ada satu perubahan yang diluar kebiasaan saya alami. Saya perasan masa Jan-2019 saya mula ada cheese cravings. Dalam seminggu boleh dikatakan 2x akan lunch pizza, sebab rasa nak sangat makan cheese. Naturally, saya bukan peminat cheese atau apa saja makanan yang berkeju. Kemudian jerawat pun mula tumbuh non-stop. Masa ni saya dah trigger juga nak buat check-up, tapi asyik tangguh sebab busy tak sempat nak ambil cuti. Sampailah kejadian saya tiba-tiba sakit perut dan warded di HSA.
 
Memang tak sangka, dalam pada saya jaga pemakanan, lepas 7 tahun operate fibroid saya masuk bilik bedah lagi…
 

💖💖💖💖
PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.


No comments:

Post a Comment