Beza dengan bisnes Shaklee,
walaupun nampak macam buat bisnes sorang-sorang, tapi sebenarnya kita ada team
upline yang boleh dirujuk almost anytime. Wasap jer, kalau upline belum tidur
mesti dapat reply. Dari segi pengurusan masa pula, saya cuba practice guideline
dari buku atau seminar entrepreneur yang pernah saya hadiri sebelum ini.
TIPS BUAT BISNES ONLINE DARI
RUMAH YANG PRODUKTIF
1) RANCANG AKTIVITI LEBIH AWAL
Sediakan satu buku untuk
senaraikan apa aktiviti / task yang akan dibuat setiap hari. Plan ahead supaya
kita ada jadual harian, jadi kita lebih berdisiplin. Dengan adanya jadual,
kita boleh membahagikan masa dengan adil untuk komitmen bisnes dan keperluan
lain.
2) BANGUN AWAL
Saya pernah terbaca yang CEO
syarikat-syarikat ternama dunia bangun tidur seawal jam 4:30 pagi, jadi mereka
ada masa extra di awal pagi untuk membaca buku atau meditasi.
Bagi kita orang islam pula,
bangun awal pagi untuk buat amalan sunat seperti solat taubat dan tahajjud.
Saya ingat pesan tuan Fahdi Ghazali dari satu seminar Funnel Evo yang pernah
saya hadir -- "Buat Apa Allah Suka, Allah Beri Apa Kita Suka".
Jadi kalau nak rezeki lancar terutamanya pendiri bisnes yang takde gaji tetap,
maka perbanyakkan amalan yang Allah suka. Tapi kalau Allah belum beri apa yang
kita mahu, jangan pula putus asa. Beramal kena ikhlas, bukan semata-mata sebab
nak kaya. Rezeki Allah bagi tu pelbagai bentuk, bukan semata-mata duit yang
banyak.
3) BERSENAM
Bersenam akan melancarkan
pengaliran darah ke seluruh badan, jadi tumpuan kita terhadap kerja pun bagus.
Biasanya saya buat senaman ringan untuk posture. Saya refer youtube Emi Wong
sebab step senamannya senang nak follow.
4) WORKING CORNER UNTUK BEKERJA
DI RUMAH
Orang
yang bekerja dari rumah sebenarnya bekerja lebih lama berbanding orang yang
bekerja di pejabat. Mereka perlukan motivasi yang kuat setiap hari untuk
bekerja tanpa gangguan. Jadi, walaupun takde
"pejabat" khas di rumah, usahakan untuk wujudkan working corner yang
jauh dari bilik tidur supaya kita tetap fokus terhadap kerja.
5) MASA BEKERJA
Bila bekerja sendiri di rumah,
bukan bermaksud kita boleh bekerja sesuka hati. Kita kena respect masa, dan
respect diri kita sendiri juga. Peruntukkan masa untuk bekerja yang sewajarnya.
Kalaupun perlu bekerja long hours, jangan sampai tak tidur malam. Ini sudah
mengganggu proses biologi tubuh manusia. Badan kita bukan robot.
6) PROMOSIKAN BISNES DI PELBAGAI
PLATFORM
Pelbagaikan channel pemasaran.
Contohnya, Facebook dan Instagram untuk posting pendek dan video reels.
WhatsApp business dengan katalog produk, memudahkan prospek yang menghubungi
kita untuk preview produk dan servis. Blog pula untuk berkongsi artikel yang
lebih detail tentang produk dan servis yang kita tawarkan.
Mahirkan diri juga menggunakan
aplikasi seperti Canva dan Capcut untuk buat poster dan video marketing di
media sosial.
7) YAKIN DENGAN PRODUK
Satu kesilapan
besar bagi peniaga online yang merasa tidak yakin dengan produk sendiri, atau
menjual semata-mata untuk mendapat keuntungan. Tahu tak, bakal pelanggan boleh
sense tahap keyakinan dan ketulusan kita berbisnes.
Jadi
untuk membuat bakal pelanggan jatuh cinta kepada produk, kita sendiri mestilah
yakin dan jatuh cinta terhadap produk terlebih dahulu. Supplement Shaklee
pastinya diyakini selamat dan berkesan. Buktinya saya kongsikan testimoni saya
sendiri yang sudah mengamalkan produk Shaklee sekian lama.
8)
BRANDING
Branding
sangat penting dalam apa saja bisnes, sama ada kita berniaga produk orang lain
atau produk sendiri. Branding bukan sekadar pada nama produk dan logo. Ia
merupakan ‘proses’ yang terlibat dalam mencipta nama yang unik dan imej
produk/servis dalam minda pengguna, terutamanya melalui kempen pengiklanan
dengan tema yang konsisten.
Secara
mudahnya, tanya diri kita -- Apakah style atau trademark yang buat orang kenal
kita?
Contohnya saya mahu dikenali
sebagai pengedar Shaklee yang menyebarkan kesedaran tentang fibroid. Jadi saya pilih niche "story fibroid" dan kongsikan pengalaman peribadi secara detail di Blog. Saya mahu bila
orang cari set fibroid Shaklee, orang akan terus ingat Cik Faz.
9) URUS KEWANGAN
Walau
apa pun model bisnes yang kita buat, jangan abaikan pengurusan kewangan.
Asingkan akaun duit perniagaan dan peribadi. Contohnya di Maybank2U, kita boleh
buat akaun Savers-i secara online untuk asingkan akaun income bisnes dan saving
account untuk kegunaan peribadi.
Jika
sudah mendaftarkan syarikat enterprise di SSM, sebaiknya buka satu akaun bank
untuk syarikat khas untuk urusan bisnes sahaja. Mahirkan diri dengan pengurusan
kewangan dari awal supaya kita belajar dan tahu mengurus kewangan apabila
bisnes berkembang.
10) OPTIMIS
Dunia bisnes bukan mudah. Ada
masanya kita akan berdepan situasi yang bercanggah dari apa yang kita rancang.
Masa ni kalau kita sorang-sorang memang akan timbul rasa kecewa, nak give-up.
Kat sini pentingnya ada circle yang positif untuk pull kita semula supaya tak
lama sangat berada dalam rasa kecewa tu. It's okay to feel sad, tapi jangan
lama-lama sebab it's draining your energy. Apa pun yang jadi, kalau nak nangis
maksimum 2 hari jer. Lepas tu, move forward.
Lagi satu, circle bisnes ni
penting untuk berkongsi ilmu supaya kita alert dengan perkembangan pasaran
online. Jadi kita tak ketinggalan atau terkebelakang dari orang lain.
Bisnes online boleh dijalankan di mana-mana |
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau
#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
No comments:
Post a Comment