Baru-baru ini saya terbaca fakta
menarik tentang personaliti introvert. Kita mungkin selalu menganggap seseorang
introvert mempunyai personaliti anti-sosial, tak pandai berkawan, suka
menyendiri dalam dunia mereka. Tapi rupa-rupanya ada empat kategori introvert:-
- Social Introvert - mereka selesa berada dalam kumpulan kecil, contohnya 3-4 orang berbanding crowd yang ramai. Mereka bukan pemalu atau pendiam, tetapi berasa lebih senang melakukan sesuatu perkara berseorangan.
- Thinking Introvert - personalitinya seorang yang pemikir dan suka menganalisa sesuatu. Mereka suka membaca dan aktiviti yang berkaitan dengan proses otak, berbanding bersuara. Kekuatan mereka pada idea, penulisan, dan data. Mereka ini biasanya kurang bercakap bila di depan orang, tapi ekspresi mukanya jelas sedang sibuk berfikir.
- Anxious Introvert (Gementar) - mempunyai personaliti suka menyendiri kerana tidak pandai bergaul. Mereka sering berasa janggal atau gemuruh bila di hadapan orang ramai.
- Restrained Introvert (Terkawal) - seorang yang berhemah, mereka mempunyai kesabaran dan ketenangan yang tinggi. Golongan ini mempunyai ciri-ciri pemimpin kerana personaliti mereka yang berfikir sebelum bertindak dan tidak membuat keputusan secara terburu-buru.
Dalam kerjaya, seorang introvert secara semulajadi tertarik kepada pekerjaan yang mempunyai sedikit interaksi dengan orang lain. Mereka lebih selesa bekerja dalam persekitaran yang tenang kerana mudah bagi mereka untuk fokus.
Bagaimana pula dengan bisnes, adakah introvert tidak sesuai bekerja dalam bidang jualan? Sebenarnya, introvert tiada masalah berkomunikasi. Cuma bila dalam perjumpaan, kebanyakan mereka akan stick to the purpose. Bincang perkara yang perlu sahaja. Melainkan jika muncul chemistry dengan orang yang ditemui, maka perbualan boleh meleret berjam-jam.
LIMA KERJAYA ATAU BISNES DARI
RUMAH YANG SESUAI UNTUK INTROVERT
1) PENTERJEMAH
Sekiranya anda fasih berbahasa Inggeris, atau mempunyai kemahiran berbahasa asing lain seperti Arab, Mandarin, Jepun, Perancis, Jerman, Turki atau Sepanyol, anda boleh tawarkan perkhidmatan menterjemah skrip TV atau filem, rakaman audio, atau dokumen bertulis.
Walaupun ada aplikasi Google Translate, tapi kualiti hasil terjemahan bot AI dan manusia berkemahiran sangat jauh bezanya. Kebanyakan penterjemah bekerja sendiri, jadi sangat sesuai bagi seorang introvert.
2) PEREKA GRAFIK / SERVIS EDIT VIDEO
Kedua-dua kerjaya ini sesuai untuk personaliti introvert kerana kebanyakan masa dihabiskan untuk menghasilkan karya seni, berdamping dengan komputer.
Antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh pereka grafik adalah seperti -- design Brochure, Poster, Flyer, Menu Card, Banner / Bunting, Booklet, Kad Jemputan, Logo, Packaging, dan lain-lain. Bagi designer amatur, aplikasi Canva sangat membantu anda menjadi "creative director" bisnes anda. Canva aplikasi yang sangat user friendly untuk beginner. Bagi designer pro, sudah tentu mereka akan gunakan Adobe Illustrator.
Servis edit video pula adalah aktiviti design dan menambahbaik video dengan memasukkan special effect, merge video dan gambar ke dalam video.
Kerjaya pereka grafik dan video editor memerlukan skill dan kreativiti, sesuai bagi mereka yang ingin bekerja sendiri atau sepenuh masa. Anda boleh iklankan servis yang ditawarkan dengan cara memuat naik portfolio yang anda design untuk pelanggan individu/syarikat di media sosial.
3) PENULIS CONTENT DIGITAL
Seorang introvert cenderung mengekspresikan diri mereka dengan lebih baik melalui penulisan berbanding komunikasi langsung.
Penulis digital adalah individu yang menulis content di Blog, Website dan Media Sosial. Majoriti kita sekarang ini mencari sumber ilmu secara online. Penulis digital boleh menggunakan peluang ini untuk menulis topik yang engaging dan seterusnya mampu menjana pendapatan menerusi tulisan berbayar, promosi link affiliate, malah menjual produk fizikal.

Biasanya,
anda perlu mencipta nama atau branding sebelum mampu menjana pendapatan online
dari rumah. Apabila branding atau nama anda sudah mula dikenali, anda boleh
menikmati hasil yang baik dari penulisan digital dengan mempromosikan produk,
servis menulis konten dan promote link affiliate.
4) SERVIS BUAT RESUME
Setiap tahun, lebih 200,000 mahasiswa yang baru menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi dan mula mencari peluang pekerjaan. Jadi, permintaan untuk servis membuat resume sentiasa ada saban tahun.
Banyak template resume yang menarik mengikut kategori kerjaya yang dipohon boleh didapati dari software Canva. Anda juga boleh mengenakan bayaran tambahan untuk resume dengan custom design. Kadar bayaran untuk servis membuat resume biasanya serendah RM10 untuk resume template dan RM100 untuk resume custom design.
Muatnaik beberapa contoh template resume yang menarik di page atau group pencarian kerja untuk iklankan servis anda.
5) BISNES DROPSHIP / JUAL PRODUK DI MARKETPLACE
Dropship adalah aktiviti menjual produk fizikal mengikut harga yang ditetapkan kepada pelanggan secara online. Idea bisnes dropship ini sangat bagus kerana kurang risiko, tak perlu pegang stok inventori dan semua urusan penghantaran produk diuruskan supplier atau HQ.

Marketplace
pula adalah platform online yang menghubungkan peniaga dan pembeli online,
lengkap dengan sistem pembayaran online. Jadi bisnes menggunakan platform
marketplace seperti Shopee, Lazada, PG Mall ini lebih sistematik bagi solo-preneur.
Dengan kebangkitan gig ekonomi, menjual produk di marketplace semakin popular sebagai bisnes online dari rumah dan anda boleh tingkatkan keuntungan dengan menjual lebih banyak produk.
KESIMPULAN
Dari perkongsian idea bisnes ini, banyak juga peluang kerjaya sambilan atau sepenuh masa yang boleh diceburi oleh seorang introvert untuk menjana pendapatan online dari rumah. Hanya perlu fokus kepada satu atau dua idea bisnes yang sesuai dengan skill anda dan mulakannya secepat mungkin dengan modal serendah mungkin.
Jom join saya jadi Blogger Shaklee dan bina kerjaya dari rumah. Modal bisnes Shaklee cuma RM35, bisnes yang murni membantu orang ramai menjaga kesihatan. Supplement HALAL, dibangunkan dari kajian saintifik, terbukti berkesan dan selamat.
Bisnes Shaklee juga kurang risiko sebab pengedar tak perlu pegang stok inventori. Pembelian/pesanan produk boleh dibuat secara online dan pihak Shaklee akan uruskan penghantaran terus kepada pelanggan.
Kalau boring duduk kat rumah, start
kereta pergi lepak kedai kopi sambil bekerja (tulis entri Blog). Siapa tau rezeki, sangkut customer meja sebelah. ☺
Saya okay jer mingle dengan both introvert dan extrovert. Tapi kadang mati akal juga nak fikir topik sembang dengan orang yang terlalu reserved. Dan saya rasa penat pula bila terpaksa melayan orang yang tak henti-henti bercakap. Mungkin saya kategori hibrid kot. Hahaa
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.
PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
No comments:
Post a Comment