Untuk yang pertama kali nak travel ke luar
negara, mesti teruja kan. Saya dulu pun sama! Pertama kali saya
travel overseas tahun 2005. Masa tu naik flight domestik pun belum pernah,
tiba-tiba boss assigned pergi trade fair di Tehran, Iran. Setakat tahun 2016, banyak juga negara saya dah sampai dan tentunya setiap perjalanan ada kenangan dan pengalaman tersendiri.
Hari ini saya kongsikan info, persediaan sebelum travel ke luar negara dari pengalaman yang tak seberapa sebagai rujukan.
1. SEMAK PASSPORT & VISA
Pastikan passport masih sah, iaitu tak kurang dari 6 bulan selepas tarikh perjalanan. Kalau saya, akan kira tempoh melebihi 6 bulan tu sampai tarikh saya balik Malaysia semula. Risau kalau timbul masalah semasa di luar negara.
Kedua, periksa maklumat tentang Visa. Pemegang passport Malaysia boleh berkunjung ke negara Eropah tanpa Visa. Tapi jika ke negara Timur Tengah, Asia, atau benua Amerika Tengah dan Utara, perlu memohon Visa.
Contohnya,
Hari ini saya kongsikan info, persediaan sebelum travel ke luar negara dari pengalaman yang tak seberapa sebagai rujukan.
1. SEMAK PASSPORT & VISA
Pastikan passport masih sah, iaitu tak kurang dari 6 bulan selepas tarikh perjalanan. Kalau saya, akan kira tempoh melebihi 6 bulan tu sampai tarikh saya balik Malaysia semula. Risau kalau timbul masalah semasa di luar negara.
Kedua, periksa maklumat tentang Visa. Pemegang passport Malaysia boleh berkunjung ke negara Eropah tanpa Visa. Tapi jika ke negara Timur Tengah, Asia, atau benua Amerika Tengah dan Utara, perlu memohon Visa.
Contohnya,
- Visa On Arrival : Maldives, Egypt, Qatar, UAE
- e-Visa : Kuwait, Tajikistan
- Embassy Visa : Afghanistan, China, Canada, USA (perlu memohon di pejabat kedutaan / konsulat lebih awal sebelum tarikh berlepas).
2. CETAK DOKUMEN PERJALANAN
Print semua e-ticket yang dibeli online : Tiket penerbangan, Itinerary, Hotel booking confirmation, Express train… dan lain-lain. Sebabnya, imigresen di sesetengah negara ada yang akan tanya soalan-soalan seperti;
- Apa tujuan datang ke negara tersebut?
- Berapa lama akan tinggal di situ dan di mana? -- verify hotel booking & return ticket.
- Bawa duit berapa banyak?
Ini berdasarkan pengalaman business trip semasa sampai di Frankfurt, Germany. My colleague (chinese) tak kena soal sangat. Saya yang beratur di belakang kawan saya tu macam-macam soalannya. Sudahlah flight delay masa transit di Singapore, sampai Frankfurt ngam-ngam jer ada masa satu jam untuk boarding connecting flight ke Bremen. Berlari kami berdua di airport Frankfurt tu ke boarding gate yang jauh kat hujung.
Buat juga satu salinan dokumen untuk rujukan waris terdekat jika berlaku kecemasan. Sekarang mudah, camscanner kan ada.
3. IKLIM NEGARA YANG AKAN DIKUNJUNGI
Seminggu sebelum berlepas, check keadaan cuaca di negara yang akan di kunjungi. Terutamanya kalau perjalanan tu di antara pertukaran musim, contoh end winter memasuki spring. Waktu siang mungkin tak berapa sejuk, tapi bila senja suhu boleh turun 12-10°C. Step ni akan bantu kita decide nak packing baju apa.
Kalau travel semasa musim sejuk, sediakan -- baju thermal, sarung tangan, stokin tebal, down parka / winter coat / trench coat, muffler. Muffler atau pashmina penting untuk cover leher & hidung dari cuaca sejuk. Perlu pakai kasut yang sesuai (tapak berbunga tebal) untuk kurangkan risiko tergelincir / jatuh di kawasan bersalji.
4. SANITARY / TOILETRIES / UBAT / SURAT DOKTOR / ADAPTOR PLUG
For ladies, always check your calendar. Bawa 1 pek sanitary napkin supaya tak kalut nak cari convenience store masa travel. Isikan toiletries dalam botol kecil kurang 100ml dan pack semua dalam transparent bag. Bawa juga soft bottle yang boleh dilipat untuk kegunaan istinjak. Kebanyakan tandas di negara luar takde hand bidet. Juga jangan dilupa, wet wipes!
Ubat-ubatan : Bawa yang asas seperti panadol, balm, handiplast, ubat diarrhea. Jika on specific medication, masukkan dalam pillbox. Vitamin asas seperti Vitamin C jangan dilupa!
Surat doktor : Sekiranya ada metal implant (plat, skru, wire) titanium yang dipasang pada tulang akibat kecederaan patah, perlu tunjukkan surat dari surgeon kepada imigresen, sebab scanner akan berbunyi.
Adaptor plug : Perlu bawa universal adaptor sebab pin plug di luar negara tak sama dengan Malaysia.
5. MAKANAN KERING
Bawa makanan ready-to-eat sekadar yang mencukupi. Sekarang dah banyak travel friendly food tersedia di pasaran. Katakan lebih 8 jam anda transit di airport yang tiada restoran makanan halal, bekal makanan ni akan jadi penyelamat perut yang sedang lapar.
Selain itu, cuba browse website
airport dimana anda transit dan cari info tentang kemudahan yang disediakan untuk
travelers. Mana tahu ada complimentary meal voucher, kan dah boleh save duit poket. Ini contoh meal voucher yang saya redeem di airport Changi semasa
trip ke China tahun 2016 dulu.
6. CASH & CARD
Tukar duit kepada matawang asing yang diperlukan sebelum tarikh penerbangan. Sebab kadar tukaran di luar negara biasanya lebih mahal.
Aktifkan kad kredit untuk kegunaan di luar negara sebelum berlepas. Kalau tak mahir nak buat sendiri online, call jer careline bank dan beritahu tarikh berlepas dan tarikh balik Malaysia kepada pihak bank. Apa pun, duit tunai masih juga perlu.
Boleh juga gunakan multicurrency debit card semasa di luar negara. Anda perlu membuka akaun simpanan multicurrency terlebih dahulu. Setakat yang saya tahu, RHB bank ada kemudahan ini.
7. LOKASI HOTEL
Tempah hotel yang berdekatan dengan tram untuk memudahkan pergerakan. Lokasi hotel juga pilih yang tak terlalu jauh dari airport untuk mengelakkan dari membayar kos pengangkutan yang mahal.
8. BELI TRAVEL TAKAFUL & PERMIT MEMANDU ANTARABANGSA
Sekiranya pelan perlindungan takaful hayat anda tiada manfaat kemalangan di luar negara, beli travel takaful plan yang cover accidental, lost baggage dan extreme sport (jika ada dalam itinerary).
Dapatkan juga permit memandu antarabangsa sekiranya perlu. Mana tahu dalam itinerary awak nak sewa dan memandu kereta sendiri merentas negeri semasa di luar negara.
9. MAKLUMAT KEDUTAAN
Simpan maklumat kedutaan Malaysia di negara yang akan dikunjungi, untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku kecemasan semasa travel.
10. BUDAYA / BELAJAR BASIC GREETINGS
Buat sedikit research tentang budaya masyarakat setempat negara yang akan dikunjungi. Contohnya adakah okay untuk bersembang atau gelak ketawa di dalam kenderaan awam.
Jika ke negara yang "anti" bahasa inggeris, belajar simple greetings dalam bahasa tempatan untuk memudahkan kita menyapa penjual kedai souvenir atau snek.
11. MAKLUMAT VAKSINASI / AIRPORT TAX / SEKATAN LAIN
Dapatkan maklumat vaksinasi (jika diperlukan) sebelum berlepas ke negara yang akan di kunjungi. Pastikan juga anda tiada sekatan untuk ke luar negara seperti hutang PTPTN.
Dapatkan juga maklumat berkenaan cukai lapangan terbang. Contohnya Indonesia ada mengenakan airport tax. Dulu caj yang dikenakan IDR100,000 (lebih kurang RM38) yang perlu dibayar sebelum berlepas pulang.
12. SENTIASA WASPADA
Semasa berada di lapangan terbang, jangan tinggalkan luggage tanpa pengawasan. Jangan terima atau pegang apa-apa bungkusan dari stranger atau diminta tolong menjaga beg. Risau jika beg/bungkusan itu mengandungi bahan terlarang.
Sewaktu saya di Buenos Aires, staff airport tanya setiap passenger yang sedang beratur untuk check-in sama ada bagasi yang dibawa adalah kepunyaan sendiri.
Alhamdulillah rezeki saya bekerja dulu diberi peluang travel ke luar negara. Walaupun tak berkesempatan untuk explore, tapi pengalaman 2-5 hari flight hopping ke negara yang berlainan cukup bermakna.
Sekarang ni saya berangan nak revisit Canada, teringin nak pergi Alberta dan negeri lain yang ada national park. Saya dah terpukau dengan gambar pemandangan cantik dari lensa handphone ex-boss & colleagues yang baru bercuti di sana. Tengoklah 3 gambar ni, sebijik macam wallpaper yang selalu muncul dekat website.
Bow Lake, Alberta Canada |
Semoga tips travel yang saya
kongsikan ini membantu. Till then, happy traveling & enjoy your trip bestie!
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.
#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
No comments:
Post a Comment