FAQ Fibroid

Ruangan ini Cik Faz sediakan untuk bantu bestie yang dalam dilemma, tak pasti nak buat apa bila diberitahu ada fibroid “menumpang” dekat rahim, atau ragu dengan tanda-tanda yang sedang dialami.


Q1:
“Sis, saya baru kawin & baru dapat tahu ada fibroid 10cm, Doktor cadangkan untuk bedah buang fibroid, tapi saya takut. Tolong saya sis... saya nak pregnant!”

A1:
Pasal sis nak pregnant tu saya tak dapat tolong heheee.

Ok, bagi sis yang dah kahwin dan nak pregnant tapi at the same time ada fibroid besar, saya nasihatkan silalah ikut cadangan Doktor untuk bedah buang fibroid.

 

Bukan apa… mari kita buat kira-kira sikit. Kalau saya ambil masa 9 bulan untuk kecutkan fibroid saiz 3cm, cuba sis agak-agak berapa lama pula masa yang sis perlukan untuk kecutkan saiz 10cm? Sis ada cukup kesabaran ker nak tunggu? Saya yakin keinginan sis nak pregnant tu akan mengatasi kesabaran sis nak tunggu fibroid kecut secara semulajadi.

So, pembedahan jer cara paling cepat untuk hilangkan fibroid awak. Lepas operation, saya cadangkan sis makan supplement yang promote healthy recovery part supplement ni saya boleh bantu, jangan risau πŸ˜‰

Prosedur pembedahan buang fibroid ni ada minor, ada major. Contoh major surgery tu sama macam Ceasarean. Kalau tak makan supplement, mungkin badan perlukan lebih 6 bulan untuk betul-betul sihat. Jadi lepas operation tu sis pantang elok-elok & makanlah vitamin. InsyaAllah dengan izin-Nya rahim yang baru dibedah akan sembuh secara sihat dan lepas tu sis dah boleh get ready untuk pregnant.



Q2:
“Sis, saya takut nak operate buang fibroid, sebab takut nanti Doktor buang rahim saya sekali”

A2:
Sis, tenang... sebagai patient, pastikan sis dengar betul-betul apa yang Doktor sis terangkan. Bedah buang fibroid sahaja atau bedah buang rahim? Kalau kurang pasti, clarify dengan Doktor.

 

Sis kena ingat ni, Doktor takkan suka-suka mencadangkan kepada patient untuk bedah buang rahim tanpa selidik dan sebab yang munasabah.

 

Let say sis kurang yakin dengan cadangan Doktor yang mula-mula sis jumpa, sis pergilah dapatkan nasihat Doktor lain; second, third, fourth opinion... Lepas tu sis pertimbangkan cadangan mana yang terbaik.



Q3:
“Kalau saya makan supplement yang Cik Faz cadangkan ni, berapa cepat fibroid saya boleh kecut?”

A3:
Ia bergantung kepada saiz fibroid, diet dan tahap kecekapan badan seseorang menyerap nutrien. Jadi, tak ada nombor yang spesifik untuk jawab soalan ni.

 

Pada pendapat saya, cara yang saya amalkan ini mungkin sesuai untuk saiz fibroid yang kurang dari 5cm.



Q4:
“Lepas fibroid dah kecut, boleh tak kalau saya nak stop makan supplement?”

A4:
Err... Sis tak risau ker nanti fibroid tumbuh semula bila badan tak dapat bekalan nutrisi baik?

 

Ok, kat sini saya nak sis faham konsep yang disebut CAUSE & EFFECT. Wujudnya fibroid ini dikaitkan dengan masalah estrogen dominan (terlebih hormon kesuburan). Kenapa boleh berlaku estrogen dominan ini pula dikaitkan dengan faktor pemakanan, persekitaran, dan tahap kecekapan fungsi hati kita; organ yang tugasnya memecah dan menyingkirkan lebihan estrogen keluar dari badan.

 

Supplement detoks yang saya amalkan (dan cadangkan) ini mengandungi herba-herba yang khusus untuk memperbaiki kesihatan sel-sel hati kita. Hati yang sihat akan mampu menyingkirkan lebihan estrogen dengan lebih efektif. Kesannya, sel fibroid akan semakin kurang mendapat bekalan estrogen dan akhirnya ia pun mengecut.

 

So kesimpulannya, kalau sis yakin sis mampu 100% mengelak dari makan makanan yang mengandungi hormon tiruan dan 100% hanya menggunakan produk penjagaan diri atau make-up yang bebas kimia Xenoestrogens, mungkin tak jadi masalah untuk sis berhenti ambil supplement detoks yang dicadangkan.



Q5:
“Perut saya ni buncit juga, period pun heavy flow. Saya ada fibroid ker sis?”

A5:
Maaf yer sis, saya bukan bomoh. Hehehee

 

Sis, kalau sis syak mengalami tanda-tanda macam symptom fibroid, saya nasihatkan sis pergilah jumpa Doktor buat pelvis scan. Setakat baru suspek, sis tak perlu nak terus jumpa specialist. Pergi ke klinik biasa yang sediakan servis ujian ultrasound dah memadai.

 

Tapi saya amat galakkan sis buat health screening dekat hospital (pilih pakej women wellness yang include pelvis scan), dan jadikan ia sebagai rutin tahunan. Kebanyakan klinik pun ada pakej medical check-up, tapi tanya dulu sama ada pakej yang ditawarkan termasuk pelvis scan atau tidak. Sebab kalau klinik tu bukan klinik Gynae, biasanya mereka akan gunakan khidmat visiting doctor (sakit puan) untuk consult, dan mereka caj berasingan.

 

Berapa kos medical check-up tu, saya mohon sis rujuk dekat website hospital atau walk-in dekat klinik. So, ikut lah yang mana lebih mudah dan menepati keperluan sis.



Q6:
"Sis, perempuan yang belum kawin boleh ada masalah fibroid juga ker?"

A6:
Fibroid tak mengenal status dan usia yer sis. Tak kiralah sis anak dara atau dah kawin dan dah ada anak dara, selagi sis masih datang period, yakni dalam lingkungan umur subur, fibroid ni boleh jer terjadi. Tapi bergantung juga dengan pemakanan, gaya hidup dan faktor lain. 




πŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œ
Dear,

Harap maklum saya TAK IZINKAN mana-mana pihak copy paste posting/tulisan berkenaan Kisah Fibroid ChicFaz untuk tujuan pemasaran jualan produk tanpa kredit dan link ke Blog / posting saya. Jika info yang saya kongsikan bermanfaat, anda boleh pilih untuk SHARE mengikut medium yang telah disediakan oleh Blogger.

 

Bukan saya kedekut atau berkira, tapi mohon hormati usaha, masa dan tenaga yang saya dah invest untuk sampaikan perkongsian ni.

 

Terima kasih kerana memahami. Awak memang ohsem! πŸ˜

πŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œ