Friday, December 15, 2023

Pain Relief Caplet Shaklee Untuk Sakit Sendi Dan Otot

Sendi adalah tempat yang menghubungkan tulang dan membolehkan kita bergerak, contohnya sendi di bahagian bahu, siku, lutut, pergelangan tangan dan lain-lain.

Semakin umur meningkat, struktur tulang rawan di kawasan sendi semakin merosot dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Biasanya, ruang sendi tersebut menjadi sempit menyebabkan tulang boleh bergesel antara satu sama lain. Keadaan ini akan mencederakan tisu dan berlaku keradangan pada sendi.


Ada 3 jenis sakit sendi, iaitu:

  • OSTEOARTHRITIS - merupakan masalah degeneratif dan jenis sakit sendi yang paling biasa. Ia berlaku apabila tisu rawan yang berfungsi sebagai pelapik yang melancarkan pergerakan sendi semakin haus dan nipis, terutamanya sendi yang menanggung beban di tulang belakang, pinggul dan lutut. 

  • RHEUMATOID ARTHRITIS - radang sendi yang disebabkan oleh penyakit autoimun. Ia terjadi apabila sistem imun badan seseorang menyerang tisu di kawasan sendi, menyebabkan sendi bengkak, sakit dan susah untuk digerakkan (kaku). Radang sendi ini berkait dengan genetik dan boleh diwarisi.

  • GOUT - berlaku disebabkan pengumpulan asid urik yang membentuk kristal di kawasan sendi. Biasanya gout menyerang sendi pada ibu jari kaki, menyebabkan sendi tersebut bengkak, kemerahan dan berasa panas.


Difahamkan, 7 kemungkinan ini adalah faktor yang menyebabkan punca sakit sendi.

  • UMUR - penuaan menyebabkan kawasan sendi mengalami degeneratif (wear & tear). Pengeluaran cecair sinovial (pelincir sendi) terjejas dan kehausan tulang rawan di antara sendi menyebabkan peningkatan geseran, ketidakselesaan dan pergerakan terbatas.
  • KECEDERAAN - pengalaman terseliuh atau patah tulang boleh merosakkan struktur dalam sendi, menyebabkan kesakitan dan keradangan.
  • GENETIK - keadaan genetik tertentu seperti masalah autoimun (Rheumatoid Arthritis dan SLE) boleh menyebabkan keradangan, sakit dan bengkak pada sendi.
  • JANGKITAN - terdapat beberapa jenis jangkitan bakteria, virus, atau kulat yang boleh menyebabkan keradangan dan kesakitan pada sendi.
  • OBESITI - berat badan berlebihan akan memberi tekanan yang lebih pada sendi terutamanya lutut dan pinggul. Tekanan tambahan ini menjejaskan rawan sendi, mengakibatkan terjadinya Osteoarthritis.
  • PEKERJAAN - ketegangan berterusan pada sendi akibat beban kerja seperti mengangkat barang yang berat, berdiri berpanjangan atau pergerakan berulang-ulang boleh menyebabkan kecederaan dan ketidakselesaan sendi.
  • JANTINA - kebanyakan masalah radang sendi cenderung berlaku pada wanita. Ini mungkin disebabkan oleh faktor hormon dan variasi sistem imun.

Cara Rawatan Sakit Sendi
Sakit sendi yang berlarutan pastinya menyukarkan seseorang untuk meneruskan aktiviti harian. Lama-kelamaan, kesakitan yang dialami akan mempengaruhi emosi apabila terpaksa mengelak daripada melakukan hobi yang disukai.

Antara cara rawatan mengatasi sakit sendi adalah:
  1. Senaman regangan
  2. Fisioterapi
  3. Ubat analgesik untuk hilangkan rasa sakit, ubat antiradang bukan steroid, atau ubat streoid yang disuntik pada sendi untuk menghilangkan rasa sakit, radang dan bengkak. Namun, ubatan ini tidak boleh diamalkan dengan kerap kerana kesan sampingan negatif.
 
Jadi, ada tak ubat sakit sendi yang selamat untuk kegunaan jangka panjang
Mestilah ada! Pain Relief Caplet Shaklee jawapannya.



Pain Relief Shaklee dirumus khas menggunakan bahan semulajadi (ekstrak Safflower dan Boswellia) yang bersifat antiradang untuk mengurangkan kesakitan masalah sendi dan otot. Formula pain relief shaklee yang dipatenkan ini bertindak dalam 3 cara:

  • MELEGAKAN kesakitan dan ketidakselesaan sendi, meningkatkan mobiliti dan fleksibiliti.

  • MELINDUNGI tulang rawan daripada kerosakan dengan mengurangkan keradangan.

  • MENYOKONG proses pemulihan dengan meningkatkan aliran darah ke bahagian sendi.




Bahan utama pain relief shaklee

  • Ekstrak Safflower - kaya dengan polifenol yang merupakan sebatian semulajadi dengan sifat antioksida dan antiradang.

  • Ekstrak Boswellia - mengandungi sebatian asid boswellic yang mempunyai sifat antiradang dan melegakan kesakitan.


Kajian saintifik keatas Pain Relief Shaklee ini membuktikan ia berkesan menghalang kesakitan secara semulajadi, dan selamat untuk diamalkan dalam jangka masa panjang. Kat sini saya sertakan beberapa testimoni pengguna pain relief shaklee sebagai rujukan.





Masalah sakit sendi tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak segera dirawat, ia boleh menyebabkan kerosakan sendi kekal sekaligus menjejaskan kualiti hidup. Rawatan pembedahan penggantian sendi tulang pula kosnya sangat tinggi. Sebagai contoh, kos pembedahan Total Knee Replacement antara RM22-30 ribu untuk satu lutut sahaja.

Maka sebelum terjadi masalah sendi, marilah kita amalkan 5 tip menjaga kesihatan sendi dan tulang, iaitu:
  • Kekal aktif - setiap hari, tetapkan masa 30 minit untuk bersenam. Senamrobik, jogging, lompat tali, atau berjalan dengan cepat membantu menguatkan otot dan tulang.
  • Nutrisi untuk tulang dan sendi - makan makanan atau supplement yang mengandungi Kalsium, Magnesium, Vitamin D, asid lemak Omega-3 serta Polifenol, nutrisi penting dalam membina tulang dan sendi yang kuat.
  • Postur - amalkan postur berdiri dan duduk yang betul. Sebaiknya guna kerusi yang menyokong tulang belakang semasa bekerja di pejabat/rumah. Pakai kasut yang sesuai dengan aktiviti/pekerjaan. Elakkan menunduk semasa menggunakan telefon bimbit.
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama - boleh menyebabkan sendi mengunci dalam kedudukan tersebut. Sebaiknya buat gerakan/senaman regangan setiap 30 minit. Duduk terlalu lama akan memberi tekanan pada tulang belakang. Berdiri terlalu lama pula menjejaskan sendi pada pinggul, lutut, dan kaki.
  • Kekalkan berat badan sihat - obesiti atau berat badan berlebihan meningkatkan risiko osteoartritis.


Makanan yang mengandungi nutrisi yang baik untuk kesihatan sendi dan tulang.


💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


No comments:

Post a Comment