Tuesday, December 5, 2023

Set Kurus Shaklee Bantu Cegah Obesiti


Gemuk tanda bahagia?
Kalau betul gemuk tanda bahagia, kenapa merungut bila susah cari saiz baju, atau sedih bila orang tegur "wahh kau gemuk lah sekarang". Saya minta maaf awal-awal kalau ada yang terasa hati. Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi kesedaran tentang isu obesiti yang semakin kritikal. Insha Allah, ada harapan untuk bestie yang betul-betul tekad nak turunkan berat badan. Baca sampai habis ok 😊


Lebih 50.1% individu dewasa di Malaysia obes!
Ini adalah data daripada Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada tahun 2019. Dengan kata lain, 1 daripada 2 orang dewasa Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan. KKM juga melaporkan kadar obesiti di Malaysia sebanyak 15.6% adalah yang paling tinggi di Asia Tenggara.


Punca Obesiti
Selain kurang bersenam, ada segelintir masyarakat yang menganggap obesiti diwarisi dari genetik keluarga. Percaya atau tidak, sebenarnya faktor pemakanan yang telah mengubah genetik seseorang menjadi obes.
  1. Makanan segera yang diproses - Selain tinggi lemak dan gula, kebanyakannya ditambah perisa dan bahan pengawet yang bukan hanya berfungsi mengawet makanan, tetapi juga menyedapkan lagi rasa makanan tersebut. Bahan ini merangsang bahagian otak yang berkaitan dengan 'reward' menjadi ketagih terhadap makanan, menyebabkan seseorang itu makan lebih kerap hingga berat badan meningkat.
  2. Gula - pengambilan kadar gula tinggi setiap hari menjadikan gula ditukarkan kepada bentuk lemak dan disimpan didalam tubuh. Ini termasuklah gula fruktosa dan sukrosa dalam buah-buahan, dan glukosa dalam nasi yang kita makan.



Bahaya Obesiti
Kesan negatif obesiti bukan sekadar isu penampilan, malah mempengaruhi kualiti hidup dan kecergasan fizikal. Sebelas kesan buruk yang boleh berlaku disebabkan Obesiti.
  1. Tekanan darah tinggi - obesiti memaksa jantung bekerja keras untuk mengepam darah keseluruh badan. Proses mengepam darah ini juga akan memberi tekanan yang kuat pada arteri (salur darah) jantung.
  2. Kolesterol tinggi - obesiti meningkatkan jumlah LDL (kolesterol tidak baik) dihasilkan oleh hati.
  3. Risiko strok - kesan daripada kolesterol dan tekanan darah tinggi boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan pembentukan gumpalan darah yang menjadi punca strok di jantung dan juga otak.
  4. Kencing manis - obesiti meningkatkan keradangan dan kerintangan insulin yang menyebabkan terjadinya diabetes jenis II.
  5. Asma - lemak berlebihan disekitar dada dan perut meningkatkan keradangan yang boleh merosakkan fungsi paru-paru dan menyebabkan masalah asma. Lemak ini juga menyempitkan paru-paru, menyukarkan mereka yang obese untuk bernafas.
  6. Penyakit buah pinggang - berat badan berlebihan akan memaksa buah pinggang untuk bekerja lebih keras menyaring sisa tubuh melebihi tahap normal.
  7. Osteoartritis - obesiti meningkatkan risiko osteoartritis (masalah sendi) sebanyak dua kali ganda. Sendi lutut yang paling biasa terkesan disebabkan terpaksa menampung berat badan berlebihan.
  8. Penyakit pundi hempedu - penyelidik mendapati individu obese mempunyai kadar kolesterol yang tinggi pada hempedu mereka. Jumlah lemak yang besar pada bahagian pinggang pula menyebabkan mereka cenderung untuk mendapat masalah batu hempedu. Risiko penyakit pundi hempedu ini lebih tinggi dalam kalangan wanita.
  9. GERD (penyakit refluks gastroesofageal) - masalah aliran balik asid yang disebabkan tekanan oleh lemak perut berlebihan.
  10. Menjejaskan kesuburan - Obesiti mengganggu keseimbangan hormon dalam tubuh lelaki dan wanita. American Society for Reproduction melaporkan, lelaki obes cenderung mengalami kecelaruan hormon testosteron. Lemak berlebihan mencetus penukaran Androgen kepada Estrogen dan menyebabkan tahap Testosteron menjadi rendah dan mengurangkan kualiti sperma. Kesan obesiti kepada wanita pula, menjejaskan ovulasi (penghasilan ovum tidak matang, kualiti ovum merudum) dan kekurangan respon ovari kepada ubatan IVF.
  11. Kanser - Kajian menunjukkan lemak badan berlebihan meningkatkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, rahim, esofagus, ginjal dan pankreas. Pakar perubatan percaya ia berpunca daripada keradangan yang disebabkan oleh lemak viseral iaitu lemak yang mengelilingi organ penting dalam badan.

Jom kita sama-sama lihat infografik oleh cancer research UK, bagaimana Obesiti boleh menyebabkan kanser.

1.  ESTROGEN
Sel lemak menghasilkan estrogen dalam jumlah yang tinggi. Selepas menopause, estrogen ini menyebabkan sel-sel di payudara dan rahim berkembang lebih cepat dan meningkatkan risiko kanser.

2. INSULIN & FAKTOR HORMON PERTUMBUHAN
Lemak berlebihan menyebabkan paras insulin dan faktor pertumbuhan lain meningkat, seterusnya menyebabkan sel-sel berkembang dengan lebih cepat.

3. KERADANGAN
Sel didalam lemak iaitu mikrofaj merembeskan sejenis bahan kimia disebut sitokin yang menggalakkan pertumbuhan sel termasuk sel kanser.



Kesimpulannya, marilah kita berusaha kawal berat badan untuk kesihatan. Kajian mendapati, individu yang berjaya turunkan berat badan hingga 20 Kg atau lebih (bergantung kepada tahap BMI) akan mengalami 7 perkara ini.
  • Pernafasan lebih lancar pada waktu malam dan kualiti tidur juga meningkat.
  • Prestasi otak (ingatan) meningkat
  • Kesihatan seksual bertambah baik
  • Jarang sakit lutut dan sendi
  • Tekanan darah menurun
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Kolesterol menurun

Cegah Obesiti - Tip Turunkan Berat Badan
  1. Buat aktiviti fizikal selama 30-60 minit sehari
  2. Tetapkan corak pemakanan seimbang (suku suku separuh)
  3. Berhenti makan sebelum kenyang dan hadkan pengambilan kalori
  4. Kurangkan makanan segera, makanan ringan, berlemak, pemanis dan garam
  5. Lebihkan makan buah-buahan, sayur dan serat.
  6. Ambil supplement yang membantu kawal selera makan dan bakar lemak berlebihan dalam badan, contohnya Set Kurus Shaklee (Cinch shake, Omegaguard, Lecithin)


Syoknyer berat dah turun!
Bestie, dah sedia nak kurus dalam 30 hari? Jom amalkan Set Kurus Shaklee beserta guideline yang terbukti berkesan. Ini testimoni peserta yang dah berjaya turunkan berat badan dalam 30 hari.

lebih bertenaga, tidur lebih berkualiti, kulit lebih sihat

lebih cergas dan produktif

lebih bertenaga melakukan tugas harian, tidak mudah berasa lapar

set transformasi terbaik, tiada lagi perut buncit


💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


No comments:

Post a Comment