Hai bestie! Cik Faz nak
tanya ni, ada tak yang tiap-tiap tahun set azam nak kurus sebelum Raya, tapi
malangnya berat tak turun-turun sampai sekarang sebab kalah dengan juadah
berbuka yang sinfully irresistible di bulan Ramadhan. Aippp jangan nak salahkan
makanan yang sedap tu pulak ya haha!
But worry not, saya kongsikan 7 tips mudahnya kurus sebelum Raya khas untuk bestie semua.
But worry not, saya kongsikan 7 tips mudahnya kurus sebelum Raya khas untuk bestie semua.
Target kurus sebelum Raya |
1 | Gantung Baju Raya
Beli awal baju raya saiz idaman dan gantung / tengok baju ni setiap hari untuk beri motivasi supaya kita tak makan berlebihan sampai lupa diri. Nak kurus sebelum raya dan nampak bergaya di pagi Syawal kan?
2 | Mulakan Hari Dengan Langkah Yang Betul
Semasa bersahur, elakkan makanan terlalu manis dan masin kerana gula boleh meningkatkan insulin dan menyebabkan rasa lapar. Makanan masin pula menyebabkan rasa dahaga.
Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi berzat. Pilih makanan tinggi serat dan berasaskan protein kerana ia akan dihadam secara perlahan dan membuat kita merasa kenyang lebih lama. Antara pilihan makanan yang baik seperti Oat yang disajikan bersama kekacang, kismis dan buah beri. Telur juga merupakan sumber protein yang sangat baik untuk dimakan ketika sahur.
Elakkan mengambil keju dan daging yang diproses kerana mengandungi terlalu banyak garam.
3 | Elakkan Tidur Selepas Sahur
Badan kita memerlukan sedikit masa untuk memproses serta menghadam makanan dan minuman yang diambil. Dengan tidur selepas bersahur, ia akan merencatkan proses ini lalu tubuh badan tidak mendapat resapan nutrisi yang sewajarnya. Jangan terkejut jika ukur lilit pinggang kalian makin lebar jika masih meneruskan tabiat ini ya.
Bahaya tidur sejurus selepas makan juga termasuk mencetuskan pedih ulu hati. Lebih-lebih lagi jika kita makan terlalu banyak atau makan makanan pedas yang mencetuskan keadaan ini.
4 | Minum Air Secukupnya Semasa Berpuasa
Badan kita perlukan air untuk - Menyelaraskan suhu badan, membekalkan nutrien kepada organ tubuh badan, membantu proses penghadaman yang baik, mengelak daripada sembelit, bertindak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh, sebagai agen pembuang bahan toksik, dan sebagai pelincir kepada sendi dan organ.
Kekurangan air akan menyebabkan kita berasa letih dan tidak bermaya. Kita pula fikir rasa lesu itu sebab lapar kerana berpuasa dan kita makan berlebihan semasa berbuka. Akibatnya berat tak turun-turun.
Jangan ambil mudah ya bestie. Dehidrasi melampau boleh menyebabkan seseorang mengalami tekanan darah rendah, demam, sawan dan pengsan serta mengalami kerosakan buah pinggang.
Untuk mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa, kita boleh amalkan teknik minum 8 gelas air sehari ini.
5 | Elakkan Makan Berlebihan & Manis Ketika Berbuka
Oleh kerana di bulan Ramadhan banyak jemputan berbuka puasa, kita perlu berhati-hati pilih makanan dan elakkan makan secara berlebihan. Ambil portion yang seimbang - air, buah, nasi sekadarnya. Elakkan makanan berlemak atau yang terlalu manis.
Buah-buahan kering seperti kurma, apricot, buah tin, kismis dan prune adalah pilihan yang baik untuk kita berbuka puasa kerana mengandungi gula semulajadi yang membekalkan tenaga, mineral, serat dan nutrien lain. Buah-buahan segar membekalkan gula semulajadi untuk tenaga, air, vitamin dan mineral terpilih.
Walaupun kita teringin sangat nak makan makanan istimewa sewaktu berbuka, pastikan makanan berlemak dan manis diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Kena ingat azam nak kurus sebelum raya tu ya bestie.
Selain itu tahan diri pergi ke bazar Ramadhan, sebab masa pergi ke bazar tu perut tengah lapar, semua benda kita nampak sedap. Bila dah terbeli makanan dalam kuantiti banyak, sayang pula kalau dibazirkan. Akhirnya nanti misi nak kurus pun gagal lagi.
6 | Kekal Aktif
Kita disarankan untuk tetap lakukan senaman di bulan Ramadhan terutamanya selepas berbuka puasa. Paling mudah berjalan kaki. So kalau pergi ke masjid untuk Tarawih, parking kereta jauh sikit dari pagar masjid supaya boleh exercise jalan kaki. Berjalan membantu penghadaman dan membantu menurunkan berat badan.
7 | Ambil Supplement Set Puasa Shaklee
Lazimnya tempoh masa kita berpuasa Ramadhan di Malaysia sekitar 13 hingga 14 jam. Bagi menyokong tips nombor 2 hingga 6 yang saya sebutkan di atas, kita digalakkan untuk mengambil makanan tambahan yang berkualiti. Untuk tujuan ini sudah tentulah saya amalkan Set Puasa Shaklee.
klik untuk imej lebih besar/jelas |
- CINCH® Mixed Soy Protein - untuk kawal rasa lapar. Cinch sangat sesuai sebagai menu sahur menggantikan nasi goreng.
- Energizing Soy Protein (ESP) - untuk tenaga berpanjangan, juga sesuai diambil sewaktu sahur kerana rendah Indeks Glisemik.
- Performance Drinks - untuk kekal hidrat, sesuai untuk menu sahur dan berbuka menggantikan minuman manis.
Baca perincian tentang bagaimana Cinch dan ESP membantu kita semasa berpuasa yang saya kongsikan dalam artikel sebelum ini >>> Protein Shake Untuk Puasa Yang Cergas Sepanjang Hari.
Untuk info tentang Performance Drinks pula, saya kongsikan dalam artikel bertajuk Pengalaman Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee.
Selain itu, bestie boleh juga tambah supplement Lecithin dan Herblax bagi menyokong penurunan berat badan ketika berpuasa dan kekalkan berat ideal selepas Raya.
Kedua-dua supplement Lecithin dan Herblax ini juga terdapat dalam Set Kurus Shaklee Hello New You yang popular kerana keberkesanannya dalam membantu ramai orang berjaya turunkan berat badan.
Kalau bestie nak berjaya kurus sebelum raya, wajib baca artikel saya tentang Set Kurus Shaklee Hello New You untuk tahu apakah punca sebenar masalah berat badan dikalangan wanita, dan nutrisi yang mampu mengawal perkembangan sel lemak. Semua info itu ada saya kongsikan dalam artikel bertajuk >>> Set Kurus Shaklee Paling Berkesan Turunkan Berat Badan.
Cinch Soy Protein, Omega Guard, Lecithin, Herblax |
Amalkan tips yang saya cadangkan di atas, insha Allah bestie dapat bergaya pakai kebaya idaman di pagi Syawal.
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.
PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
No comments:
Post a Comment