Assalam & Hai bestie!
Hari ni saya nak share satu entri special, testimoni Vivix
Shaklee untuk sakit tulang belakang. Ini kisah saya sendiri tau 😊
Semuanya bermula pada August 2021, tepatnya tiga hari
sebelum cuti Merdeka iaitu pada 28-August. Kalau tak silap ingat, waktu ni fasa
PKP pemulihan. Saya join kawan saya hiking dekat Setia Alam Community Forest
Trail. Sebelum tu pernah juga follow kawan saya hiking, tapi setakat panjat ke
Peak Garden jer. Level beginner macam saya ni kalau tak pancit bolehlah sampai
Peak Garden dalam 30 minit.
Pada hari kejadian, saya follow kawan saya and the gang hiking ke 'sarang
burung'. Trail nya jauh sikit, dari Setia Eco Park rentas ke Alam Budiman. Apa
yang saya perasan, bila masuk kawasan hutan Alam Budiman lantai hutannya lebih
berbatu dan ada beberapa laluan ke checkpoint sarang burung tu memang curam.
Saya memang sentiasa hati-hati sebab satu jari kaki saya ada skru (fractured
sebab jatuh pakai heels, then operate masuk skru). Tapi benda nak jadi. Masa
downhill nak balik dari sarang burung ke Alam Budiman, entah macam mana waktu
sebelah kaki saya menapak atas batu (besar), saya rasa spine dekat area
pinggang terhentak dan serta merta rasa sharp pain. Sebab saya jerit
"Ouchh!" then kawan semua stop, rehat sekejap. Tak lama lepas tu saya
rasa okay dan teruskan perjalanan balik. Tapi rasa sakit macam kena gigit
kerengga dekat lower back tu tetap ada.
Sampai rumah lebih kurang pukul 4 petang. Time ni saya dah
mula tak selesa bila duduk, terasa spine macam compressed and sakit dekat
lumbar. Tak tahu saya nak describe macam mana, tapi rasa macam nerve pain dan
saya tak boleh duduk tegak macam biasa. Maka bermulalah pencarian (Google)
untuk settle kan masalah baru ni. Dalam fikiran saya masa tu, cari Chiropractic
yang terdekat. Tak terfikir langsung nak pergi klinik Orthopedic. Kalau tak,
boleh juga claim bill klinik dekat Prudential atas sebab sport injury.
Then, pada 2-Sep-2021 saya pergi Chiropractic center
dekat Setia Alam sebab ada promo Merdeka RM64 untuk consultation dan satu trial
adjustment. Well, lepas Dr chiro krak krak tulang saya, memang rasa better
sangat, rasa sakit terus berkurangan dan saya dah boleh duduk macam orang
normal. Menurut chiro, saya perlu go through tiga fasa terapi -- 30 session Intensive Correction stage, 24 session Strengthening stage, dan 24 session Wellness/Preventive care. Keseluruhannya 78 session untuk tempoh 46 minggu (hampir setahun). Disebabkan nak sembuh, saya terus ambil pakej RM3,600 untuk 40 sesi
adjustments dan RM280 untuk X-ray.
Condition saya ialah -- forward head posture (C5/6/7 phase
one degenerative), dan minor scoliosis. Nampak spine senget ke kiri sikit. Mungkin selama ni saya terlupa untuk
jaga body posture masa duduk atau berdiri. So bila 'accident' masa hiking terus trigger
pain.
Lepas 40 sesi terapi, saya rasa dah sembuh sedia kala. Cuma
kadang-kadang akan rasa tak selesa (pinggang lenguh/sakit) bila buat kerja rumah atau
mengemas yang beriya. Ikutkan saya nak stop treatment sebab financial constraint.
Tapi disebabkan saya tak pernah ada masalah sakit tulang
belakang sebelum kejadian ni, so saya tambah lagi 10 sesi strengthening
adjustment. Total sesi terapi yang saya bayar 50 adjustments, dengan kos
RM5,162. Sumber kewangan saya masa tu dari duit GKP (geran khas prihatin).
Nasib baik saya simpan duit GKP, tapi terpaksa batalkan plan nak beli laptop
dan printer. So saya tak cukupkan 78 session seperti yang dicadangkan oleh chiropractor.
Lepas saya discontinue Chiro treatment, saya just practice
senaman-senaman yang Dr ajarkan. Mostly yoga stretch. To be honest, I am free
from lower back pain for a few months. Kemudian, sekali sekala sakit tulang
belakang akan muncul -- bila duduk mengadap desktop lebih sejam, atau duduk
atas lantai simen / kerusi besi. Saya kena kerap buat senaman regangan.
Setahun kemudian… September 2022 saya pergi jumpa doktor Orthopedic dekat Hospital Shah Alam (HSA) untuk check condition saya. Doktor dekat HSA review X-ray saya, tapi Dr kata spine saya nampak normal. So doktor just assign buat fisio dan bekalkan ubat muscle relaxation. Saya pergi fisio sekali jer, lepas tu practice sendiri kat rumah. Kesian physiotherapist dekat HSA tu ada banyak pesakit lain yang lebih kronik dia nak kena attend.
It seems like I have to live with lower back pain for the
rest of my life 😢.
Sehingga ke hari ini, Alhamdulillah masalah saya ni masih
boleh di atasi dengan senaman dan juga supplement. Ada waktunya, dah buat
stretching and senaman cat-cow, tapi rasa tak selesa tu lega sekejap jer. Bila
jadi macam ni, waktu malam sebelum tidur saya akan minum 2 sudu Vivix. Hari
biasa minum Vivix 1 sudu jer dah cukup. Selain Vivix, supplement calcium
(Ostenutrix) pun saya makan 2 biji sebelum tidur. Alhamdulillah, pagi esoknya dah takde
sakit belakang.
Setahun kemudian… September 2022 saya pergi jumpa doktor Orthopedic dekat Hospital Shah Alam (HSA) untuk check condition saya. Doktor dekat HSA review X-ray saya, tapi Dr kata spine saya nampak normal. So doktor just assign buat fisio dan bekalkan ubat muscle relaxation. Saya pergi fisio sekali jer, lepas tu practice sendiri kat rumah. Kesian physiotherapist dekat HSA tu ada banyak pesakit lain yang lebih kronik dia nak kena attend.
Vivix & Ostenutrix, vitamin untuk sakit tulang belakang |
- Kandungan Polyphenol didalam Vivix adalah bersifat antioksidan dan antiradang yang sangat mujarab melegakan sakit dan memperbaiki sel.
- Ostenutrix membekalkan kalsium dan magnesium untuk melegakan sakit dan kesihatan tulang.
Untuk orang yang ada masalah slip disc pun disarankan untuk minum Vivix. Alhamdulillah ramai yang bertambah sihat dengan izinNya.
Diharapkan perkongsian testimoni saya ini dapat membantu mereka yang mencari supplement untuk
meringankan masalah sakit tulang belakang. Doakan juga saya dapat hadiah
istimewa tajaan www.anakkuwira.com
Baca juga Testimoni Shaklee oleh master Azlin untuk masalah saraf. Till then, jumpa lagi di posting yang seterusnya.
Baca juga Testimoni Shaklee oleh master Azlin untuk masalah saraf.
Promosi Vivix (1 June - 31 July 2023) |
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.
PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
No comments:
Post a Comment