Monday, June 5, 2023

Kenali 8 Tanda Badan Kekurangan Vitamin

Assalam & hai bestie!

Bagi yang biasa driving, kalau tiba-tiba lampu indicator gambar bateri, enjin atau suhu dekat dashboard tu menyala mesti gelabah. Tanda kereta ada masalah, condition tak tip top untuk traveling. Sama jugalah dengan manusia. Bila ada yang tak kena (kekurangan nutrisi), badan kita akan bagi ‘signal’ untuk alert si tuan badan.

Malangnya, ramai yang abaikan ‘signal’ dari badan ni. Jangan ambil mudah ya, sebab kalau kita tak bertindak atasinya dengan segera ia boleh melarat jadi masalah yang lebih serius. So, posting kali ini saya nak share tentang tanda-tanda kekurangan vitamin atau nutrisi yang perlu kita alert.


8 TANDA BADAN KITA KEKURANGAN VITAMIN

1- RAMBUT BERUBAN PRAMATANG
Umur belum sampai 30 tahun, tapi dah banyak uban. Uban pramatang ni bukan sebab banyak berfikir ya, tapi ini antara tanda kekurangan Vitamin B12 dan juga Vitamin D. Vitamin D bukan sahaja penting untuk kesihatan tulang dan mood kita, tapi tahap Vitamin D yang rendah boleh menyebabkan rambut cepat beruban.

Jika sukar mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi untuk membantu kulit kita menghasilkan vitamin D, pastikan makan banyak telur, ikan dan juga mengambil supplement vitamin D3.


2- BIBIR MEREKAH
Gejala bibir yang kerap merekah, walaupun sudah disapu pelembab bibir petanda kekurangan ribovlavin (vitamin B2). Tahap vitamin B2 yang rendah juga menyebabkan ulser dalam mulut dan sakit tekak. Jika tidak dirawat, ia boleh menimbulkan masalah lebih serius seperti kerosakan saraf dengan kesemutan di jari kaki dan tangan. Masalah ini boleh diatasi dengan mengambil banyak sayuran hijau seperti bayam serta supplement B kompleks.


3- JERAWAT
Jerawat yang tumbuh berterusan adalah tanda badan kekurangan asid lemak Omega-3 yang bersifat anti-radang. Ini kerana, Omega-3 memainkan peranan dalam mengekalkan penghalang lipid kulit. Biasa dengar istilah ‘skin barrier’ kan? Haa inilah fungsi Omega-3 kepada kesihatan kulit.

Bila asid lemak Omega-3 mencukupi, minyak semulajadi kulit kita akan mempunyai kualiti antimikrob yang menghalang kemasukan bakteria. Kekurangan nutrisi menyebabkan liang roma kulit dijangkiti bakteria. Ikan berlemak seperti salmon dan sardin kaya dengan asid lemak Omega-3 ini.


4- LUKA LAMBAT SEMBUH
Semasa remaja, luka dan calar boleh sembuh dengan cepat. Semakin dewasa, proses penyembuhan luka mengambil sedikit masa. Contoh mudah, bekas jerawat… makin dewasa makin lambat nak hilang parut bekas picit jerawat kan.

Tapi kalau luka terlalu lama untuk sembuh, kemungkinan besar anda kekurangan protein. Ini kerana, protein diperlukan untuk membina dan membaiki tisu. Vitamin C juga penting dalam proses penyembuhan luka.


5- GUSI BERDARAH
Gusi berdarah sedikit semasa memberus gigi biasanya tanda gusi meradang dan anda perlu berhati-hati semasa memberus gigi. Tapi jika sudah memberus dengan lembut dan gusi masih berdarah, mungkin anda kekurangan vitamin K. Peranan utama vitamin K adalah membantu pembekuan darah. Sumber vitamin K boleh didapati dari sayur-sayuran hijau berdaun gelap dan kekacang.


6- WAJAH PUCAT
Wajah yang pucat menandakan anda kekurangan zat besi. Cara paling mudah untuk check, lihat pada bahagian dalam kelopak bawah mata — anda akan dapati warnanya kurang merah. Bila zat besi kurang, sel darah merah juga berkurang menyebabkan anda kelihatan pucat.

Wanita lebih berisiko mengalami anemia (kurang sel darah merah) disebabkan haid. Lebihkan pengambilan daging merah dan sayuran seperti bayam bagi mengatasi kekurangan nutrisi ini. Vitamin C juga perlu bagi membantu badan menyerap zat besi.


7- KUKU RAPUH
Jika anda mempunyai kuku yang kering dan mudah patah, anda mungkin kekurangan biotin (vitamin B7). Biotin menggalakkan pertumbuhan kuku yang sihat dan penting dalam pembentukan teras kuku, dimana kuku tertanam di dalam jari dan kulit sekeliling kuku tidak longgar. Biotin boleh didapati dari telur, avocado, keledek, bunga kobis, rasberi, dan badam.


8- OTOT KAKI KEJANG
Kekejangan otot yang kerap di betis, lengkungan kaki dan rasa ‘tikaman’ di jari kaki mungkin menandakan anda kekurangan salah satu nutrien penting yang berfungsi secara seimbang untuk mengawal ion lain. Kebiasaannya ia dikaitkan dengan kekurangan mineral Magnesium.

Magnesium juga penting dalam menyokong fungsi saraf yang sihat dalam badan, membantu proses relaksasi dan pengecutan otot. Tahap magnesium yang rendah menyebabkan ketidakseimbangan dalam saluran ion Kalsium di seluruh badan. Kalsium terlibat dalam pengecutan otot dan membantu menjana impuls saraf. Kekurangan kalsium juga mungkin menjadi sebab otot tegang tersebut.

Mineral mineral penting ini boleh didapati dari avocado, biji labu, badam, yogurt, air kelapa, dan susu.


Cuba perhatikan, daripada 8 tanda-tanda kekurangan nutrisi yang saya kongsikan di atas, berapa yang bestie pernah atau sedang alami? Kalau bestie tak pernah mengalami sebarang simptom tersebut, tahniah! awak memang terbaik jaga pemakanan seimbang. Tapi kalau banyak tanda-tanda kekurangan vitamin yang sedang dialami, bestie boleh amalkan supplement Multivitamin bagi melengkapkan keperluan nutrisi badan.


DAPATKAN NUTRISI LENGKAP DENGAN VITALIZE, MULTIVITAMIN SHAKLEE YANG BERWAJAH BARU.

Multivitamin shaklee yang sebelum ini dikenali dengan nama Vita-Lea Iron Plus, kini berwajah baru dengan formula baharu yang dipertingkatkan. Namanya juga baru, iaitu Vita-Lize.


VitaLize formula baru ini mengandungi Vitamin K (ingat lagi tak masalah gusi berdarah?), manakala kandungan Vitamin D dan Asid Folik pula dipertingkatkan dari formula yang terdahulu.

Setiap hidangan VitaLize membekalkan 25 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk keperluan harian badan kita. 2 tablet VitaLize membekalkan 600 mcg Asid Folik dan Vitamin B yang penting untuk kesihatan optimum. VitaLize direka dengan sistem penghantaran salutan mikro berpaten, untuk memastikan penyerapan Asid Folik yang efektif.

Siapa yang perlu ambil Multivitamin Vita-Lize.
  • Orang dewasa yang sentiasa sibuk
  • Orang yang selalu tertekan (stress, emosi mudah terganggu)
  • Orang dewasa yang kurang berat badan
  • Orang dewasa yang aktif
  • Mengamalkan diet tak seimbang
  • Ibu hamil dan menyusu bayi

Oleh kerana kita pun tak pernah sukat sama ada vitamin dan mineral yang kita makan dari makanan setiap hari mencukupi atau tidak, eloklah kita amalkan Multivitamin Shaklee (Vita-Lize) untuk melengkapkan jurang nutrisi. Semoga dengan usaha ini kita dapat menikmati kesihatan yang optimum. Insya Allah.



💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


No comments:

Post a Comment