Wednesday, May 31, 2023

Allah Maha Mengetahui

Assalam & hai bestie!
Saya nak share satu cerita yang saya baca di Facebook untuk renungan bersama.

💖💖💖

Sedih baca kisah ni. Terus rasa nak baca Al Waqiah. 

Ada sorang peniaga tauhu yg setiap hari dia pergi jual tauhu dia kat pasar. Untuk sampai pasar, dia kena naik kenderaan awam.

Untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui padang sawah. Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Allah supaya tauhunya semua habis dijual. Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Barang dagangannya selalu habis dijual.

Satu hari tu, semasa dia lalu di sawah nak menuju ke jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba-tiba dia terjatuh ke dalam sawah tersebut. Habis semua tauhunya jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan aje keuntungan, modal pun habis. 
 
Dia mengeluh kepada Allah, bahkan menyalahkan Tuhan, mengapa dia diberi ujian sampai begitu sekali? Padahal dia selalu berdoa dan solat setiap pagi. Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.

Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahawa kenderaan yg disewanya setiap hari pada pagi itu telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban! Hanya dia satu-satunya bakal penumpang yg selamat, semua adalah disebabkan tauhunya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak jadi berniaga pada hari itu dan membawa semua  tauhu-tauhunya yg sudah rosak dan penyek.

Tetapi pada sebelah petang, ada seorang penternak itik 🦆 telah mencari dia dan hendak membeli tauhu untuk makanan itik, tetapi yg anehnya penternak itik itu mencari tauhu yg rosak/hancur kerana ia hanya untuk dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja. Terus peniaga itu menangis kerana tauhunya yg rosak hendak dibeli semuanya oleh penternak itik itu. 

PENGAJARAN
Doa tidak semestinya dimakbulkan sesuai dengan permintaan, tapi ia diganti oleh Allah dengan sesuatu yg jauh lebih baik dari yg diminta.

Allah maha mengetahui keperluan kita jika dibandingkan dengan diri kita sendiri.
Sebab tu janganlah jemu berdoa, jangan sesekali mengeluh juga, apalagi mengutuk! 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan manusia tidak mengetahui” (Al Baqarah ayat 216).

“Saat Allah menjawab doamu, Dia sedang menambah imanmu. Saat Allah menundanya, Dia sedang menambah kesabaranmu. Saat Allah tidak menjawab doamu, Dia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.” 

Semoga hari ini dan hari hari seterusnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahanNya.

Kredit: Nadiah Azaman

💖💖💖



#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#Tazkirah



1 comment: