Dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi, 2008.
00. YA ALLAH
Apabila dizikirkan 500 kali setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
Apabila dizikirkan 500 kali setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
01. YA RAHMAAN (maha pemurah)
Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 kali, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.
Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 kali, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.
02. YA RAHIIM (maha penyayang)
Apabila dizikirkan sebanyak 100 kali setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
03. YA MALIK (maha berkuasa)
Apabila dizikirkan sebanyak 121 kali setiap pagi atau setelah gelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
04. YA QUDDUS (maha suci)
Apabila dizikirkan sebanyak 100 kali setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dan lain-lain.
05. YA SALAAM (maha memberi keselamatan)
Apabila dizikirkan sebanyak 136 kali, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
06. YA MUKMIN (maha memberi keamanan)
Apabila dizikirkan sebanyak 236 kali, insyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
07. YA MUHAIMIN (maha memelihara)
Apabila dizikirkan sebanyak 145 kali sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
08. YA ‘AZIZ (maha perkasa)
Apabila dizikirkan sebanyak 40 kali sesudah solat subuh, insyaAllah kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
09. YA JABBAR (maha kuasa)
Apabila dizikirkan sebanyak 226 kali pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
10. YA MUTAKABBIR (maha memiliki kebesaran)
Apabila dizikirkan sebanyak 662 kali, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.
11. YA KHALIQ (maha pencipta)
Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731 kali, insyaAllah diberikan otak yang cerdas dan cepat menerima sesuatu pelajaran.
12. YA BAARI’ (maha merancang)
Sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 kali selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
13. YA MUSAWWIR (maha mencipta)
Untuk seorang isteri yang sudah lama berkahwin tetapi masih belum mempunyai anak, cubalah ikhtiar dengan berpuasa 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 kali, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak bersama, bacalah zikir ini sebanyak 10 kali. InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
14. YA GHAFFAAR (maha pengampun)
Sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 kali sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
15. YA QAHHAR (maha mengalahkan)
Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 kali, maka hati kita akan dijaga dari ketamakan & kemewahan dunia dan insyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
16. YA WAHHAB (maha pemberi kurnia)
Dizikir sebanyak 100 kali sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, InsyaAllah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
17. YA RAZZAQ (maha pemberi rezeki)
Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
18. YA FATTAH (maha pembuka rahmat)
Dizikir sebanyak 71 kali sesudah selesai solat subuh, insyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
19. YA ‘ALIIM (maha mengetahui)
Dizikir sebanyak 100 kali setiap kali selesai solat Maktubah, insyaAllah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
20. YA QABID (maha menyempitkan)
Dizikirkan 100 kali setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
21. YA BASIT (maha melapangkan)
Bagi mereka yang berniaga, kuatkanlah usaha & memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari. InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.
22. YA KHAFID (maha merendahkan)
Dizikirkan sebanyak 500 kali setiap hari dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, insyaAllah segala maksud yang baik akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
23. YA RAFI’ (maha meninggikan)
Dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 kali, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
24. YA MU’IZ (maha memuliakan)
Dizikirkan sebanyak 140 kali setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutamanya bagi ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
25. YA MUZIL (maha menghinakan)
Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.
26. YA SAMI’ (maha mendengar)
Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
27. YA BASHIIR (maha melihat)
Dizikirkan sebanyak 100 kali sebelum solat Jumaat, insyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
28. YA HAKAM (maha melapangkan)
Dizikirkan sebanyak 68 kali pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu untuk mudah menerima & mempelajari ilmu-ilmu agama.
29. YA ‘ADL (maha adil)
Dizikirkan sebanyak 104 kali setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
30. YA LATHIF (maha lembut)
Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
31. YA KHABIR (maha mengetahui rahsia)
Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang terpisah sekian lama.
32. YA HALIM (maha penyantun)
Dizikirkan sebanyak 88 kali selepas solat lima waktu. Bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau tergugat.
33. YA ‘AZIM (maha agung)
Dizikirkan sebanyak 12 kali setiap hari untuk orang yang sekian lama menderita sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 kali kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, syaitan & sebagainya.
34. YA GHAFFUR (maha pengampun)
Bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosanya & bertekad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.
35. YA SYAKUR (maha menerima syukur)
Dizikirkan sebanyak 40 kali sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.
36. YA ‘ALI (maha tinggi)
Untuk mencerdaskan minda anak, tulislah zikir ini sebanyak 110 kali (dalam bahasa Arab) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah si anak itu akan berubah cemerlang.
37. YA KABIR (maha besar)
Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 kali selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).
38. YA HAFIDZ (maha menjaga)
Dizikir sebanyak 99 kali, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
39. YA MUQIT (maha memberi kecukupan)
Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.
40. YA HASIB (maha pembuat perhitungan)
Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 kali sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
41. YA JALIL (maha agung)
Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah akan mendapat perubahaan yang mengkagumkan – perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.
42. YA KARIM (maha mulia)
Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 kali ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
43. YA RAQIB (maha mengawasi)
Zikir sebanyak 50 kali setiap hari dengan niat meminta pertolongan Allah agar barang-barang yang dikhuatirkan kerana berada di tempat yang jauh & sukar dijaga, terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah.
44. YA MUJIB (maha mengabulkan doa)
Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 kali sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.
45. YA WASI’ (maha luas)
Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 kali setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah akan terpelihara dari hasad dengki sesama makhluk.
46. YA HAKIM (maha bijaksana)
Sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300 kali setiap hari.
47. YA WADUD (maha mengasihi)
Amalkan zikir ini sebanyak 1,000 kali pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
48. YA MAJID (maha mulia)
Untuk ketenteraman keluarga, amalkan zikir ini sebanyak 99 kali, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.
49. YA BA’ITH (maha membangkitkan)
Zikirkan sebanyak 100 kali dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
50. YA SYAHID (maha menyaksikan)
Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 kali secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah sikapnya.
51. YA HAQ (maha besar)
Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
52. YA WAKIIL (maha mentadbir)
Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah bencana tersebut akan reda & kembali seperti sediakala.
53. YA QAWIY (maha kuat)
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
54. YA MATIIN (maha kukuh)
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar, antaranya mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
55. YA WALIY (maha melindungi)
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
56. YA HAMIID (maha terpuji)
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
57. YA MUHSYI (maha menghitung)
Sekiranya kita ingin digolongkan dalam kalangan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah; meyakini sepenuh hati Allah melihat, mengawasi gerak geri dan mengetahui segala lintasan hati hambanya), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
58. YA MUBDI (maha memulakan)
Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 kali setiap hari. InsyaAllah.
59. YA MU’IID (maha mengembalikan)
Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri, amalkan zikir ini sebanyak 124 kali setiap hari sesudah solat. InsyaAllah akan ditunjukkan hasilnya.
60. YA MUHYIY (maha menghidupkan)
amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
61. YA MUMIIT (maha mematikan)
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, politik dan sebagainya.
62. YA HAYYU (maha hidup)
Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
63. YA QAYYUM (maha berdiri sendiri)
Barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, dikasihi oleh setiap manusia, berwibawa, ditakuti musuh & menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dengan “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 kali setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.
64. YA WAAJID (maha menemukan)
Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
65. YA MAAJID (maha memiliki kemuliaan)
Untuk kecerdasan otak dan agar diterangkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
66. YA WAAHID (maha tunggal)
Bagi pasangan yang belum mempunyai zuriat, amalkan zikir ini sebanyak 190 kali setiap kali selesai solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah.
67. YA AHAD (maha esa)
Sesiapa yang mengamalkan zikir ini secara istiqomah dengan hati yang ikhlas, insya Allah dikurniakan apa yang dihajatinya dan tidak bergantung harap kepada orang lain.
68. YA SOMAD (maha diperlukan)
Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa kembali segar.
69. YA QAADIR (maha menentukan)
Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 kali setiap hari. Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. YA MUQTADIR (maha berkuasa)
Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. YA MUQADDIM (maha mendahulukan)
Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy : “Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 kali setiap hari, InsyaAllah segala usahanya akan berhasil”.
72. YA MUAKHKHIR (maha menangguhkan)
Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73. YA AWWAL (maha awal)
Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 kali setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. YA AAKHIR (maha mengakhirkan)
Amalkan zikir ini sebanyak 200 kali sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah akan dibukakan pintu rezeki yang halal.
75. YA ZOHIR (maha nyata)
Amalkan zikir ini sebanyak 1,106 kali selesai solat fardhu di tempat yang sunyi, nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.
76. YA BAATHIN (maha tersembunyi)
Amalkan sebanyak 30 kali sesudah solat fardhu, nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.
77. YA WAALI (maha menguasai urusan)
Sesiapa yang istiqomah mengamalkan zikir ini, insyaAllah terselamat dari malapetaka yang tidak disangka.
78. YA MUTA’ALI (maha tinggi)
Sekiranya kita hendak berurusan dengan seseorang yang berkedudukan tinggi, bacalah zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah akan dipermudahkan & segala hajat yang penting akan berhasil.
79. YA BARR (maha memberi kebajikan)
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80. YA TAWWAB (maha menerima taubat)
Perbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81. YA MUNTAQIM (maha membalas)
Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.
82. YA ‘AFUW (maha memberi maaf)
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. YA RAUF (maha pengasih)
Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.
84. YA MAALIKUL MULK (maha menguasai seluruh kerajaan)
Bagi seorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukannya kekal & tetap tanpa diganggu, amalkan zikir ini sebanyak 212 kali sesudah solat fardhu & 212 kali pada setiap malam. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.
85. YA ZULJALAALI WALIKRAAM (maha memiliki kebebasan & kemuliaan)
Amalkan zikir ini sebanyak 65 kali setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. YA MUQSYIT (maha adil)
Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah akan dianugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. YA JAAMI’ (maha menghimpunkan)
Sekiranya ada ahli keluarga kita yang lari dari rumah, amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. YA GHANIY (maha kaya raya)
Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu mendapat berkat.
89. YA MUGHNIY (maha memberi kekayaan)
Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.
90. YA MAANI’ (maha mencegah)
Amalkan zikir ini sebanyak 161 kali pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
91. YA DHAAR (maha memberi mudarat)
Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang sudah lama dihidapi. Amalkan zikir ini sebanyak 1001 kali pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.
92. YA NAAFI’ (maha memberi manfaat)
Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. YA NUUR (maha memiliki cahaya)
Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan, samada kebaikan dunia mahupun akhirat, maka amalkan zikir ini setiap pagi & petang.
94. YA HAADIY (maha memberi petunjuk)
Bagi sesiapa yang tersesat semasa dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, mohonlah petunjuk dan pertolongan Allah dengan zikir ini. InsyaAllah akan cepat keluar dari kesesatan tersebut.
95. YA BADII’ (maha pencipta keindahan)
Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & besar, maka berzikirlah dengan asma ini sebanyak 500 kali selepas solat fardhu. InsyaAllah rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. YA BAAQI (maha kekal)
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu. InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, dan perniagaan akan terus maju berkat zikir ini.
97. YA WAARITS (maha mewarisi)
Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 kali selepas solat fardhu, insyaAllah segala urusan kita itu berjalan lancar, dikurniakan umur yang panjang & hidup yang berhasil.
98. YA RASHIID (maha bijaksana)
Amalkan zikir ini untuk menambah kecerdasan berfikir, pantas bekerja dan berjaya dalam urusan kewangan. Zikir sebanyak 1,000 kali diantara waktu Maghrib dan Isyak, insyaAllah segala kebuntuan & kesusahan akan hilang.
99. YA SOBUUR (maha sabar)
Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir asma ini. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, insyaAllah segala usaha kita akan mencapai kejayaan.
Selamat beramal & semoga beroleh kebaikan. Aamiinnn
No comments:
Post a Comment