Saturday, April 15, 2023

Petua Kurus Cepat Yang Berkesan Turunkan Berat Dalam 7 Hari

"Faz, bagi tips sikit macam mana kau boleh maintain kurus"
Itulah soalan yang selalu diajukan setiap kali jumpa kawan sekolah atau Uni. Kali terakhir saya timbang berat masa buat medical check-up Oktober 2022 yang lepas, 49.5 KG. Ikutkan berat tu dah ideal dengan frame badan yang kecil dan tinggi 160cm, tapi saya quite annoy kalau ada yang komen saya skinny.

Sejujurnya saya tak pernah mengikuti sebarang pelan diet. So kalau orang tanya tips kurus, susah saya nak jawab. Yang pasti, setiap kali puasa Ramadhan berat saya akan turun 1-2 KG. Setakat minggu ketiga puasa ni pun, jeans yang sebelum ni slimfit dah terasa longgar sangat. Jadi, berpuasalah untuk kurus hahahaa

Jadual BMI untuk wanita

Tapi saya faham, in reality ramai yang struggle nak turunkan berat dan capai berat ideal. Bila mula berdiet, tak sabar nak kurus dengan cepat. Kebetulan saya terbaca satu artikel dekat website Hello Doktor - 7 PETUA KURUS YANG BERKESAN TURUNKAN BERAT BADAN DALAM MASA SEMINGGU.
 
Wow! cepat betul boleh turun berat, seminggu jer. Menariknya dalam senarai petua kurus cepat tu, ada yang memang dah jadi amalan saya sejak dulu. Jom baca apa tipsnya untuk turunkan berat dalam tujuh hari.
 
 
1. KURANGKAN KARBOHIDRAT, LEBIHKAN PROTEIN
Kajian telah membuktikan pelan diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat adalah cara terbaik untuk menurunkan berat badan seseorang. Dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam tempoh beberapa hari juga boleh mengurangkan berat air dalam tubuh. Dalam masa yang sama, banyakkan pengambilan protein tanpa lemak sebagai ganti kepada karbohidrat tersebut untuk menggalakkan rasa kenyang dan kurang berasa lapar.
 
Contoh protein baik:
  • Telur rebus - Kandungan nutrisi yang tinggi dalam sebiji telur membuatkan kita berasa kenyang lebih lama dan mampu mengelakkan kita makan secara berlebihan.
  • Dada ayam - merupakan bahagian yang mempunyai kandungan protein terbanyak dan lemak paling sedikit.
 
Nota Cik Faz:
Saya memang kerap amalkan sarapan 2 biji telur rebus, sebab senang disediakan dan confirm bukan makanan berminyak atau manis. Kalau bukan bulan puasa, saya biasanya sarapan jam 8 pagi. Bila sarapan telur rebus, saya boleh extend waktu lunch sampai jam 2 petang. Kalau pagi tu sarapan kuih, awal dah rasa lapar.
 
 
2. MAKAN MAKANAN SEBENAR, BUKAN MAKANAN YANG DIPROSES BERLEBIHAN
Maksud makanan sebenar (real food) adalah - sumber makanan asli yang kaya dengan mineral dan vitamin semulajadi. Makanan sebenar membantu mengenyangkan perut berbanding makanan diproses yang ternyata tidak mengenyangkan dan tinggi kalori. Sumber makanan seperti ayam, ikan, sayur-sayuran mempunyai karbohidrat rendah dan mengenyangkan, selain tidak mengandungi kalori yang tinggi.
 
Contoh lain,
  • Madu, gula kelapa asli - pengganti gula putih
  • Nasi - pengganti roti yang highly processed
  • Kekacang - pengganti cereal manis
  • Air kelapa muda - pengganti air isotonik manis seperti 100 plus
 

3. KURANGKAN PENGAMBILAN KALORI HARIAN
Antara cara untuk kurus dalam masa seminggu yang paling berkesan adalah dengan mengurangkan pengambilan kalori harian. Semakin kurang kalori yang diambil setiap hari, maka semakin mudahlah berat anda menurun. 
  • Kira pengambilan kalori - muat turun aplikasi pengiraan kalori di telefon pintar anda. Dengan cara ini, anda dapat mengira pengambilan kalori selain jumlah nutrien daripada makanan yang anda makan.
  • Elakkan snek - pengambilan snek di antara waktu makan hanya meningkatkan jumlah kalori harian. Jika perlu, pilih healthy snacking seperti makan buah oren, kiwi, epal atau kekacang. Jangan sesekali makan lewat malam (supper).
  • Kurangkan pengambilan sos pencicah makanan seperti sos cili, mayones dan juga kicap.
  • Banyakkan makan sayur-sayuran dan kurangkan pengambilan karbohidrat serta makanan berkanji.
  • Elak minuman manis - banyakkan minum air kosong dan kurangkan pengambilan minuman bergula
 
Nota Cik Faz:
Saya nak kongsikan tips paling berkesan atasi sugar craving yang saya amalkan, iaitu minum air kelapa muda. Serius mujarab. Once badan dah sembuh dari ketagihan gula, saya dah tak tergoda bila nampak benda-benda manis macam aiskrim, kek, donut, bobba tea, starbucks semua tu. Tahap sensitiviti manis pun semakin baik. Dia macam kalau terminum/termakan something yang terlalu manis, terus zapppp auto pening, perut memulas. Biasanya saya akan neutralize dengan minum lemonade panas.
 

 
4. BERSENAM DAN BERSUKAN
Bagi membakar kalori dan juga lemak badan dengan lebih cepat, kerapkan bersenam dan bersukan setiap hari, sekurang-kurangnya 30 minit. Anda juga boleh mencuba sebarang aktiviti dengan intensiti tinggi seperti berjoging dan berlari.
 
 
5. KEKAL AKTIF
Jika tidak mempunyai masa untuk bersenam dan bersukan secara khusus, kita masih boleh membakar lebih kalori dalam tubuh melalui peningkatan aktiviti harian yang lebih aktif. Ubah gaya hidup kepada yang melibatkan lebih banyak pergerakan seperti berjalan kaki. Jika pejabat anda tidak berada di tingkat yang terlalu tinggi, gunakan tangga berbanding lif. Jika berada di rumah, anda boleh terus kekal aktif dengan cara melakukan pelbagai aktiviti seperti membersihkan kawasan rumah dan 
mencuci kereta sendiri.
 
 
6. AMALKAN INTERMITTENT FASTING
Okay, intermittent fasting (IF) ni boleh diamalkan lepas puasa Ramadhan. IF dikatakan petua kurus berkesan untuk membakar lemak badan yang tersimpan sejak sekian lama. Melalui diet IF juga secara tidak langsung akan memaksa anda mengurangkan pengambilan kalori harian. Ada pelbagai variasi IF, yang popular 16 jam puasa dan 8 jam waktu makan.
 
 
7. KURANGKAN BERAT AIR DALAM BADAN
Salah satu 
kaedah untuk kurangkan berat air dalam badan yang boleh membuatkan anda lebih kurus dan ramping adalah, dengan cara meminum kopi. Kafein yang terkandung di dalam kopi membantu membakar lebih banyak lemak dan menghilangkan lebihan air dalam tubuh.
  
Nota Cik Faz:
Bagi peminat kopi, boleh cuba Butter Coffee atau dikenali juga Bulletproof atau Keto Coffee. Pertama kali nak cuba butter coffee ni, saya risau tak boleh tolerate dengan rasa pahit kopi. Tapi rupanya bila butter tu dah sebati, hilang terus rasa pahit americano. Kalau malas nak buat sendiri, dekat Zus pun ada Keto Coffee. Kebanyakan outlet Zus buka pukul 8 pagi, so boleh lah order masa dalam perjalanan pergi kerja. 
 

Oh nanti dulu, ada petua kelapan. Ini extra tips untuk bestie yang betul-betul nak kurus cepat.


8. AMALKAN SET KURUS SHAKLEE - HELLO NEW YOU

Saya syak ini punca jeans slimfit saya longgar. Saya tak ambil full set, hanya Cinch dan Vivix. Setiap hari saya bancuh 1 scoop Cinch Chocolate, minum waktu sahur. Tujuan saya supaya tahan kenyang tak melepek sampai ke petang, tapi rupanya dapat pakej inch-loss sekali. 
Vivix pula saya ambil sesudu sebelum tidur. 

Untuk fungsi setiap supplement dalam set Hello New You ini, perinciannya saya kongsikan dalam posting ini >>> Set Kurus Shaklee Paling Berkesan Turunkan Berat Badan.

Tips kurus dengan cepat ini bukan sahaja berkesan, malah selamat untuk diamalkan. 
So kalau bestie boleh mengikuti dengan baik 8 petua ini, insha Allah dapat melihat kesan seperti yang diharapkan. Sempat lagi nak turunkan berat badan sebelum raya! 
 
 
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
 
#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


1 comment: