Sunday, April 30, 2023

Seronoknya Raya Dengan Shaklee

Hai Selamat Hari Raya
kami semua ucapkan
menikmati hidangan
yang kami sediakan
 
Sila jamu selera
dengan bermacam hidangan
pilih yang mana suka
sila jangan lah segan…
 
Rasalah ketupat ini
dengan rendang nya sekali
sudilah rasa kuih ku
pilihlah yang mana satu
 
Hai dihari begini
kita menjamu selera
kita bermaaf maafan
di suasana Hari Raya…
 
Hai! nyanyi ke tu? Ekekee… lagu raya almarhum biduanita negara Datuk Sharifah Aini yang satu ni memang catchy kan. Sebenarnya lagu raya dulu-dulu terpaling best, tak lapuk ditelan zaman. Saya memang minat dengan suara merdu Sharifah Aini, lagu-lagu beliau semuanya sedap didengar.
 
Beraya ke rumah favourite drama Astro

Sekejap jer dah 9 Syawal, so macam mana kemeriahan sambutan Hari Raya besties? Dulu masa saya study USM merasa jugalah feeling feeling havoc nak balik kampung beraya. Habis study saya pun balik ke Selangor sampai lah sekarang. Beraya pun kat Selangor ni jer sebab takde kampung kat negeri lain.
 
Tahun ni, family saya buat preparation untuk juadah pagi raya awal sikit. Pagi Khamis 20-April saya dah siap anyam ketupat. In case kalau lepas maghrib umum Raya hari Jumaat, memang terus isi beras dan rebus malam tu juga. Bahan-bahan untuk masak rendang kerang and ayam kampung pun Mak saya dah ready awal. Then bila dah confirm Raya hari Sabtu 22-April, kita pun masaklah semuanya pada hari Jumaat. Kuah kacang dengan lontong kami 'import' dari dapur orang lain. Hehee
 
Setiap tahun family saya memang akan anyam ketupat sendiri. Dulu adik saya yang akan kait daun kelapa untuk buat ketupat. Sekarang ni adik yang tukang kait daun dah duduk Cyber, so kita beli jer lah daun dengan orang lain. Yang penting memang masak ketupat daun. Kami tak makan ketupat instant yang bungkus plastik tu.

saya belajar anyam ketupat masa darjah 6 ;p
 
Nikmati Hidangan Raya Tanpa Rasa Bersalah!
 
"Kuih dan muih, beraneka macam makanlah jangan hanya dipandang…
Ketupat rendang, sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi…"
 
Ehh nyanyi lagi. Dah macam entri musical pulak hahahaa. Bulan Syawal ni kita raikan setahun sekali. Jadi kenalah enjoy the food kan. Feel makan lemang, ketupat, rendang time Raya tu tak sama dengan hari biasa, terutamanya hari raya pertama sampai ketiga. Itu sayalah. Lepastu dah mula bosan, tapi akan teringin nak makan lagi time hujung hujung raya sebagai penutup Syawal. Hehee
 
Seronoknya Raya Dengan Shaklee, saya tak risau sangat pasal berat naik sebab makan lemang, ketupat, rendang semua tu. Saya ada cara untuk menikmati hidangan raya tanpa rasa bersalah. Lagipun setiap kali puasa Ramadhan, berat saya akan turun. So time raya ni lah peluang saya untuk gain weight semula. Cumanya kena gain weight dengan cara yang sihat lah, taknak tambah kolesterol dan lemak.
 
Jadi, macam mana caranya untuk singkirkan lemak badan di Hari Raya? Senang jer, amalkan Supplement Raya Shaklee ini.
 
 
1- LECITHIN
Terlalu banyak makanan berminyak? - Lesitin soya menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman, maka mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan. Ia membantu dengan memecahkan lemak kepada asid lemak untuk menggalakkan badan menggunakannya sebagai bahan tenaga dan bukannya menyimpan lemak berkenaan dalam tisu.
 
 


2- OMEGA GUARD
Selain fungsinya sebagai vitamin untuk kesihatan otak, jantung dan sendi, asid lemak Omega-3 meningkatkan kadar metabolisma dan mempercepatkan proses pembakaran lemak. Ia juga meningkatkan kesensitifan insulin tubuh untuk mengawal selia simpanan lemak.
 



3- HERBLAX
Rasa tersekat atau perut sebu? - Ini disebabkan kita mengabaikan pengambilan serat dan air putih secukupnya di musim raya. Jangan risau, kerana Herb-Lax™ mengandungi campuran proprietari daun senna yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi. Ia membantu melegakan sembelit ringan yang disebabkan oleh pengambilan serat dan air yang rendah.
 


 
4- ALFALFA
Perlukan bantuan untuk detoks? - Digelar sebagai “bapa kepada segala makanan”, alfalfa adalah gudang yang menyimpan kira-kira 300 jenis nutrien. Ia kaya dengan kandungan serat penghadaman dan enzim yang membantu pencernaan. Beberapa kajian klinikal mendapati bahawa alfalfa menggalakkan pergerakan usus dan sistem penghadaman yang sihat. Ia juga membantu mengimbangi kesan asid daripada diet dan gaya hidup.
 


 
5- DTX
Makan berlebihan? - DTX merupakan formulasi herba ekstrak biji milk thistle, cendawan reishi, schizandra chinensis, dandelion, kunyit dan articok yang bermanfaat membekalkan nutrisi untuk menyokong kesihatan hati supaya dapat me-metabolisma-kan lemak dengan cekap. Ia mengekalkan aliran hempedu yang normal untuk menyingkirkan toksin.

**Bagi yang ada masalah fibroid, liver tonic supplement macam DTX ni penting ya. Pernah DTX ni lama takde stok, saya makan tablet/kapsul kunyit sebagai ganti.
 


 
6- Energizing Soy Protein (ESP)
Ini sebenarnya tips paling utama - Minum ESP sebelum pergi beraya atau menghadiri jemputan open house untuk elakkan diri makan secara berlebihan.
 

Haaa macam tu lah cara Cik Faz enjoying Raya Dengan Shaklee. Semoga makan banyak tapi tak gemuk. Eh macam pernah dengar jer tagline ni. Hahaa pinjam tagline si 'poket Doraemon' 😂
 
Psstt makan lemang, ketupat, rendang tu semua sederhana jer okay. Nak order supplement, klik jer icon whatsapp saya. Consultation percuma, support group meriah. Sehingga berjumpa lagi di lain entri, Selamat Hari Raya!

                                                                                                                                           
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
  
#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


No comments:

Post a Comment