Antara
keunikan sambutan Hari Raya Aidilfitri kat Malaysia ni, adanya open house raya
di sepanjang bulan Syawal. Kadang tu dah habis Syawal pun masih ada lagi open
house raya. Sebenarnya, tak semua negara Islam di dunia meraikan Syawal dengan
rumah terbuka, sebab bukan kewajipan dalam agama. Ia lebih kepada adat atau
budaya masyarakat tempatan.
Bagi saya
'kampung girl' yang berketurunan jawa, kami takde 'official' open house raya
macam orang bandar, tapi meriah dengan group baraan raya. Baraan adalah tradisi
orang jawa yang bermaksud, berjalan atau ziarah beramai-ramai dalam kumpulan di
Hari Raya. Kalau dulu, kumpulan ini melibatkan pelbagai peringkat -- samada
lelaki sahaja atau perempuan sahaja, kanak-kanak group lain, remaja dan dewasa
group lain, berbasikal atau bermotor ziarah rumah ke rumah. Biasanya tiga hari
pertama raya yang paling meriah dengan group baraan.
ADAB SEMASA BARAAN ATAU BERTANDANG KE OPEN HOUSE RAYA
Pertama sekali bila sampai destinasi open house, beri salam kepada tuan rumah dengan penuh hormat dan minta izin untuk masuk. Bersalamlah dengan semua orang sama ada tuan rumah dan keluarganya atau tetamu yang ada di situ. Di hari mulia ini jadikanlah diri kita sebagai tetamu yang ramah, mesra dan murah senyuman. Tapi ingat, yang bukan mahram dilarang sama sekali untuk kita bersalaman.
Ya, kita tahu bila ke rumah terbuka sudah pasti akan ada pelbagai juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Tapi janganlah jadi tak sopan main serbu je meja makan. Apa kata tunggu tuan rumah pelawa dahulu. Sabar boleh tak? Adab makan jangan pula dilupa, elakkan makan secara berlebihan. Ambil setakat yang perlu sahaja dan hadkan kuantitinya. Ingat sikit orang belakang.
Setiap orang ada ruang privasi mereka sendiri. Begitu juga dengan tuan rumah. Jangan diturutkan sangat perasaan ingin tahu tak bertempat sampai korang ‘mengembara’ ke segenap inci rumah. Kalau nak ke ruang lain selain ruang tamu dan ruang makan, minta izin dahulu dengan tuan rumah.
Di hari yang penuh dengan kesyukuran dan kegembiraan ini, lupakanlah telefon pintar kita buat seketika. Eratkan hubungan dengan sanak saudara dan sahabat handai dengan berbual bersama mereka. Bukannya selalu, setahun hanya sekali je.
Bila sudah berkumpul ramai-ramai dengan kawan yang dah lama tak jumpa, pastinya suasana akan jadi ‘havoc‘ semacam. Namun, bila tengah excited tu ingatlah yang ramai mata memandang. Bergelak ketawa itu berpada-padalah. Jangan pula sampai menggangu orang lain.
Ini satu perkara lagi yang perlu dielakkan. Mungkin di rumah saudara mara terdekat korang boleh minta password Wi-Fi tapi kalau di rumah kenalan ibu bapa janganlah buat begini. Ketahuilah password itu adalah satu perkara yang bersifat sangat peribadi. Apa salahnya ketepikan sekejap media sosial. Kalau nak share video sekalipun, rakam dulu dan upload kemudian guna data telefon sendiri.
Adatlah kanak-kanak, mereka pasti antara orang yang paling gembira dengan Hari Raya. Dan kadangkala kegembiraan mereka itu juga boleh terbawa-bawa apatah lagi selepas memakan kuih raya dan juga minuman yang manis. Bila terlebih gula pasti akan jadi hiperaktif. Jadi kawallah adik-adik korang bila pergi beraya. Jangan sampai dia pecahkan barang-barang berharga tuan rumah pula nanti.
Pada musim perayaan pasti banyak program TV yang menarik ditayangkan. Ada pula setengah orang walaupun pergi beraya masih ‘hadap’ nak layan TV. Akan tetapi, walau macam mana pun korang teringin nak tengok janganlah ambil remote TV. Kalau nak tengok juga, minta tuan rumah tukarkan.
Elakkan dari duduk terlalu lama ketika berkunjung ke rumah terbuka, hinggakan tuan rumah berasa tidak selesa apatah lagi jika rumah tersebut mempunyai ruang yang terhad. Beransur-ansurlah beredar agar tuan rumah boleh menerima tetamu lain dengan sempurna.
Ketika sibuk menghadiri majlis-majlis rumah terbuka, janganlah sehingga lalai untuk menunaikan solat 5 waktu. Singgahlah terlebih dahulu di masjid/surau berhampiran setelah masuk waktu solat. Ini akan memudahkan urusan perjalanan dan masa kita akan lebih diberkati Allah.
Semoga 10 tips yang saya compile dari bacaan di internet kali ini memberi manfaat buat semua dan dapat di praktikkan setiap masa. Mudah-mudahan tak menipiskan pahala yang dikumpul semasa Ramadhan dan Syawal
kita diberkati oleh-Nya.
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau
#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.
PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
No comments:
Post a Comment