Ingat lagi tak entri CoQ10 vitamin
kesuburan yang saya kongsikan sebelum ini? Setiap pasangan berkahwin pastinya sangat teruja menyambut kehadiran cahaya mata pertama. Bagi memulakan fasa baru dalam
kehidupan, bakal mommy dan daddy perlulah menyiapkan diri dari segi mental dan
fizikal.
Ketika mengandung, wanita akan mengalami banyak perubahan emosi dan juga bentuk badan. Jadi sudah tentu ada keperluan spesifik untuk wanita mengandung. Posting kali ini saya kongsikan checklist barang keperluan untuk wanita yang
bakal bergelar ibu disepanjang kehamilan.
TRIMESTER PERTAMA
- Vitamin pranatal - Penting diamalkan dari awal sampai full term, bagi membekalkan tubuh ibu dengan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kehamilan sihat.
- Botol air - Bagi wanita mengandung, disyorkan minum air lebih 2 liter sehari (10-12 gelas). Dehidrasi semasa hamil boleh menyebabkan paras rendah cecair amnion yang akan mempengaruhi perkembangan bayi dalam kandungan.
- Disposable plastic bag - standby untuk bekas muntah bagi wanita yang mengalami alahan teruk.
- Minyak angin / Vicks - ini pun berguna bagi yang mabuk teruk.
- Anti-nausea wristband - untuk melegakan morning sickness kalau taknak bau minyak angin. Boleh dibasuh dan diguna semula.
TRIMESTER KEDUA / KETIGA
- U-shape pregnancy pillow - memberi keselesaan dan sokongan postur badan semasa tidur. Membantu mengurangkan sakit belakang, mengurangkan tekanan pada bahagian leher, bahu, perut, pinggang dan kaki.
- Maternity bra - sebab saiz payudara juga akan bertambah saiznya semasa mengandung.
- Maternity clothing - baju yang sesuai dan seluar yang boleh diregang pada bahagian pinggang
- Maternity underwear
- Maternity belt - untuk menyokong perut bila dah semakin besar and berat, boleh kurangkan sakit pinggang. Lepas bersalin dalam pantang pun boleh guna juga.
- Weight scale - untuk pantau berat badan. Pertambahan berat badan secara mendadak berkemungkinan menandakan ibu mempunyai masalah kencing manis atau darah tinggi. Ibu yang terlalu kurus pula berisiko melahirkan bayi kurang berat badan iaitu 2.5kg ke bawah.
- Blood glucose meter - untuk monitor bacaan gula
- Blood pressure meter - untuk monitor tekanan darah
- Compression socks - untuk mengurangkan bengkak pada kaki dan melancarkan peredaran darah.
- Kasut yang sesuai - beli kasut yang selesa untuk menampung berat badan wanita mengandung.
- Yoga ball - untuk exercise kurangkan sakit pinggang, especially bila dah dekat nak bersalin.
- Relaxing Magnesium Gel (Shaklee ft. Tanamera) - untuk elakkan kejang otot & meningkatkan kualiti tidur.
- Smooth Tummy Oil (Shaklee ft. Tanamera) - untuk mengurangkan tanda regangan dan kekeringan kulit yang disebabkan oleh hormon kehamilan.
- Heat patch - untuk melegakan sakit belakang
- Minyak panas (herbanika nona rugoy)
Bila dah hampir due date bersalin, maknanya
perlu sediakan hospital bag. Buat persiapan awal supaya tak kelam kabut atau
tertinggal barangan penting. Pastikan beg hospital dah tersedia pada minggu
ke-37 pregnancy.
PERSEDIAAN KE HOSPITAL (sediakan 2 beg)
(a) Untuk IBU
- Dokumen (buku check-up, kad pengenalan, sijil nikah, guarantee letter)
- Nursing bra (2-3 helai)
- Nursing pad & Nursing cover
- Stokin tebal (2-3 pasang), elakkan kaki daripada kesejukan
- Sweater / Cardigan
- Tudung sarung yang selesa dan mudah dipakai
- Panties pakai buang (5-10 helai)
- Maternity pad
- Kit penjagaan diri - berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, shampoo, sikat rambut, getah rambut, pelembab bibir, deodorant dan sebagainya.
- Tisu kering dan basah, untuk pelbagai kegunaan ibu dan bayi.
- Tuala mandi (jenis lembut dan ringan)
- Selipar yang tidak licin tapaknya
- Kain batik / Skirt
- Pakaian selesa (2-3 pasang termasuk baju untuk dipakai pulang ke rumah)
- Makanan pemberi tenaga (kurma, energy bars) & Prunes (elak sembelit)
- Minyak panas
- Telekung & buku doa-doa mudahkan bersalin
- Laundry bag (untuk asingkan baju kotor)
(b) Untuk BABY
- Newborn diapers (25 keping)
- Baju lengan pendek & seluar (2-3 pasang)
- Baju lengan panjang & seluar (2-3 pasang)
- Mitten dan Stokin (5 pasang)
- Kain bedung (2 helai)
- Kain barut (5 helai)
- Tuala kecil
- Topi
- Minyak telon & baby oil
- Barang mandian baby
Semoga senarai barang keperluan wanita mengandung ini bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan. Anda mungkin
tidak mengetahui berapa lama akan berada di hospital kerana ia
bergantung kepada proses kelahiran / bersalin, atau sekiranya ada sebarang
komplikasi. Jadi, senarai ini boleh diubahsuai mengikut apa yang anda fikir
bakal diperlukan sepanjang tempoh berada di hospital nanti.
Jumpa lagi di entri seterusnya.
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.
PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
No comments:
Post a Comment