Thursday, September 28, 2023

10 Kepentingan Vitamin C Shaklee Untuk Kesihatan


Vitamin C adalah antara vitamin yang paling kerap diambil oleh mereka yang prihatin dengan kesihatan. Ia merupakan nutrien penting untuk pelbagai fungsi utama fisiologi berikut:
  1. Meningkatkan fungsi imun. Vitamin C menguatkan sistem pertahanan tubuh badan bagi mengelak risiko terkena jangkitan virus dan bakteria.
  2. Membantu penyerapan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang mencukupi
  3. Mempercepatkan pemulihan dari selsema dengan mengurangkan kadar jangkitan sebanyak 50%.
  4. Menyokong kesihatan dan kecantikan kulit secara semulajadi
  5. Membantu penghasilan kolagen untuk kesihatan salur darah, otot, sendi, struktur tulang serta tisu penghubung
  6. Mempercepatkan proses penyembuhan luka dengan menghasilkan protein kolagen
  7. Memperbaiki dan menghasilkan sel tisu baru
  8. Mengekalkan kesihatan gigi dan gusi
  9. Berfungsi sebagai antioksida yang melindungi sel-sel badan dari radikal bebas. Kerosakan atau mutasi sel kesan radikal bebas dipercayai menyumbang kepada penuaan dan pencetus penyakit kronik.
  10. Membantu mengawal tekanan darah dan tahap kolesterol sihat

Bagaimana Memilih Supplement Vitamin C Yang Tepat Dan Selamat?
Badan kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C sendiri. Jadi kita perlu pastikan badan mendapat bekalan Vitamin C harian sama ada dari makanan atau supplement. Oleh kerana terdapat banyak jenama Vitamin C di pasaran, saya kongsikan tips memilih supplement Vitamin C yang perlu anda ketahui.


1. Mempunyai Sistem Pelepasan Berperingkat
Vitamin C adalah vitamin larut air. Jadi ia mudah disingkirkan oleh air kencing dan tidak dapat bertahan untuk jangka masa lama di dalam badan. Pengambilan dos yang tinggi pula bukanlah solusi dan cuma menyebabkan pembaziran kerana badan kita hanya akan menyerap vitamin sekadar yang diperlukan. Sistem pelepasan berperingkat akan memastikan dos Vitamin C dilepaskan sedikit demi sedikit supaya badan kita mendapat manfaat penuh daripada nutrien ini.


2. Pilih Vitamin C Yang Mengandungi Bioflavonoid
Bioflavonoid adalah antioksida yang hanya terdapat dalam tumbuhan dan buah citrus. Kandungan bioflavonoid sangat penting bagi menyokong fungsi dan penyerapan Vitamin C. Ia berfungsi melindungi Vitamin C di dalam tablet daripada teroksida (rosak), serta bagi meningkatkan penyerapan Vitamin C oleh badan. Contoh bioflavonoid semulajadi adalah serat putih yang terdapat pada lapisan dalam kulit oren dan lemon. Tapi selalunya kita buang jer serat putih ni kan?


3. Pilih Vitamin C Dari Sumber Semulajadi
Tujuan kita mengambil Vitamin C tentunya untuk kesihatan tubuh badan. Jadi pastikan pilih Vitamin C dari sumber semulajadi yang bebas dari kandungan Gula, Pewarna dan Pengawet tiruan supaya kita boleh mendapat semua kebaikan vitamin ini untuk kulit lebih cantik dan semestinya juga untuk pertahanan tubuh badan.


4. Pilih Vitamin C Yang Tak Pedihkan Perut
Bagi sesetengah orang yang mempunyai perut sensitif, mereka mungkin agak risau untuk mengambil Vitamin C kerana bimbang menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Jadi sebab itulah penting untuk pilih Vitamin C yang sesuai dan selesa pada perut.


5. Mengandungi Dos Vitamin C Yang Diperlukan Dalam Satu Tablet
Dos vitamin C yang diperlukan oleh badan kita agar dapat berfungsi dengan baik adalah 500mg setiap hari. Kekurangan Vitamin C boleh menimbulkan masalah kesihatan seperti;
  • Anemia
  • Keletihan dan kelesuan
  • Pendarahan dalaman (lebam blue-black di bahagian tertentu badan)
  • Sakit pada anggota badan terutama bahagian sendi kaki
  • Mudah selsema, batuk atau demam (antibodi tidak kuat)
  • Kulit kusam dan kering
  • Risiko kehilangan gigi dan ulser gusi

Bagi yang masih tercari-cari supplement Vitamin C yang berkualiti, saya cadangkan anda dapatkan Vitamin C Shaklee, iaitu Sustained Release Vita-C Plus yang menepati semua ciri-ciri diatas:
  • Setiap 1 tablet mengandungi 120mg Citrus Bioflavonoid dengan 553mg Vitamin C
  • Mempunyai sistem pelepasan berperingkat (sustain release) dimana 100mg Vitamin C akan dilepaskan setiap jam, sepanjang 5 jam bagi memastikan penyerapan maksimum oleh badan.
  • Sumber semulajadi dari ekstrak jagung yang tidak menyebabkan pedih perut.


Saya sertakan juga beberapa testimoni pengguna yang sudah lama mengamalkan Vitamin C Shaklee untuk rujukan.








💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


No comments:

Post a Comment