Tuesday, August 1, 2023

CoEnzyme Q10: Vitamin Kesuburan Lelaki Dan Wanita

Assalam & Hai bestie!
 
Posting kali ini saya nak cerita tentang Mitokondria, satu komponen penting yang terdapat di dalam sel-sel badan kita. Hahaa macam kelas biologi pula kan. Tapi percayalah, awak akan mengagumi kebesaran Allah dan mesti nak pastikan mitokondria dalam keadaan tip top bila dah tahu apakah kepentingannya. Jom baca sampai habis.
 
Dua bahagian utama setiap sel dalam tubuh manusia, iaitu
Nukleus (menyimpan kod genetik DNA) dan 
Sitoplasma (bengkel sel, terdapatnya Mitokondria)

Sel, merupakan unit asas bagi semua organisma hidup. Manusia dianggarkan mempunyai 37 trilion sel, dan di setiap satu sel yang membina tisu & otot badan kita ini mengandungi mitokondria dengan kepekatan atau bilangan yang berbeza mengikut keperluan tenaga untuk menjalankan fungsi khususnya.

  • Hati mengandungi 2,000 mitokondria di setiap satu sel hepatocyte.
  • Jantung mengandungi kira-kira 5,000 - 8,000 mitokondria di setiap satu selnya.
  • Otot boleh mempunyai hingga 30,000 mitokondria per sel bergantung kepada tahap keaktifan individu (atlit atau bukan atlit).
  • Otak dianggarkan boleh mempunyai hingga 2 juta mitokondria di setiap neuron (sel saraf yang menghantar signal ke seluruh badan untuk membolehkan kita "hidup" -- bernafas, bercakap, makan, berjalan, berfikir etc). 
 
Apa Itu Mitokondria?
Mitokondria pada asasnya adalah powerhouse atau "bateri" yang menjana tenaga sel. Kita bernafas menyedut Oksigen sebagai "nyawa" kepada Mitokondria yang akan menukarkan zat kimia dari makanan menjadi bentuk tenaga yang boleh digunakan oleh sel untuk menggerakkan pelbagai fungsi dalam badan kita. Kekurangan mitokondria bermakna sel tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk hidup, dan menyebabkan kegagalan fungsi organ (sel mati kerana tahap tenaga yang sangat rendah atau tiada).
 
Peranan Utama Mitokondria

1. Respirasi Sel - bila kita menarik nafas, oksigen akan dipindahkan dari paru-paru kepada sel melalui darah. Sebaik sahaja mitokondria menggunakan oksigen sepenuhnya, karbon dioksida akan dibebaskan daripada sel. Karbon dioksida ini kembali ke paru-paru dan dilepaskan ke udara apabila kita menghembus nafas.
 
2. Menjana Tenaga Sel - mitokondria menjana tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan pelbagai fungsi dalam badan, termasuk pembahagian sel dan sintesis protein. Tenaga yang dihasilkan oleh mitokondria dipanggil ATP (adenosine triphosphate).
 
3. Menyimpan Kalsium - mitokondria menyerap ion-ion kalsium dan menyimpannya sehingga diperlukan dalam proses selular. Pelepasan kalsium ke dalam sel akan memicu sel saraf untuk menghasilkan neurotransmitter, selain penting dalam pembentukan tulang dan fungsi-fungsi otot.
 
4. Mengatur Perkembangan Dan Kematian Sel - mitokondria penting dalam menentukan proses pembahagian sel berlaku pada waktu yang tepat. Mitokondria juga bertanggungjawab mengawal proses Apoptosis, dimana sel-sel tubuh yang sudah menua atau rosak perlu dimusnahkan dan disingkirkan. Dwi peranan mitokondria ini menjadi sistem kawalan kualiti di awal pembentukan embrio yang akan menentukan sama ada embrio terus berkembang atau gugur.
 
5. Menghasilkan Haba - untuk melindungi badan dari kesejukan.
 
6. Nyahtoksin - mitokondria pada sel hati membantu menukarkan Ammonia kepada bahan buangan yang kurang toksik.
 
7. Kesuburan Lelaki - bahagian tengah sperma yang terletak di antara kepala dan ekor ini mengandungi 50-75 mitokondria yang berfungsi untuk menghasilkan tenaga demi kelangsungan hidup dan pergerakan spermatozoa menuju sel telur.
 
8. Kesuburan Wanita - mitokondria penting untuk fungsi ovari. Lebih banyak mitokondria diperlukan semasa perkembangan sel telur membentuk ovum matang. Dan apabila ovum tersenyawa, sel telur ibu yang akan menyumbang mitokondria DNA (mtDNA) kepada embrio. Mitokondria tidak menentukan baka, tetapi kecacatan pada mitokondria dari sel telur ibu akan mewariskan penyakit kritikal kepada bayi selain boleh menyebabkan kematian.

**DNA nukleus (nDNA) yang menyimpan kod genetik seperti warna kulit, rambut, mata, bentuk hidung, ketinggian, sikap diwarisi daripada kedua ibu dan bapa. Tetapi mtDNA hanya diwarisi daripada sel telur ibu kerana mitokondria dari sperma terhapus selepas persenyawaan.
 


Faktor Yang Menjejaskan Kesihatan Mitokondria
Berbanding DNA nukleus (nDNA), mitokondria DNA (mtDNA) lebih terdedah kepada mutasi. Dianggarkan 1 dalam 5,000 orang mempunyai penyakit mitokondria genetik, yang menjejaskan hampir mana-mana bahagian badan termasuk sel-sel Otak, Saraf, Otot, Ginjal, Jantung, Hati, Mata, Telinga, Pankreas.
 
Gejala penyakit mitokondria berbeza-beza mengikut jenis dan lokasi sel yang terjejas. Ia mungkin menunjukkan gejala ringan atau berat seperti -- keletihan, tumbesaran terbantut, kelemahan otot, kehilangan penglihatan dan pendengaran, masalah perkembangan kognitif, asid refluks, sawan, migrain, masalah pernafasan, gangguan hormon, autisme.
 

Kesihatan mitokondria boleh terjejas dari pelbagai sebab;
  • Pewarisan genetik - anak yang menghidap penyakit mitokondria disebabkan menerima gen (DNA) yang termutasi.
  • Terdedah kepada toksin - berpunca dari bahan kimia dalam produk detergent, skincare, kosmetik, asap rokok, dan pencemaran udara.
  • Terdedah kepada radiasi - dari alat elektronik seperti WIFI router, telefon bimbit, dan komputer riba.
  • Jangkitan kronik - mengakibatkan tekanan oksidatif dan menjejaskan sistem imun termasuk masalah pencernaan dan gangguan autoimun.
  • Tabiat gaya hidup yang buruk - kurang tidur dan senaman, diet pro-keradangan seperti gula, highly processed food dan kurang mengambil makanan tinggi antioksidan.

radiasi elektromagnetik punca masalah kesuburan


Faktor Yang Menyokong Kesihatan Mitokondria
Semasa proses penghasilan tenaga oleh mitokondria, ia juga menghasilkan sisa dalam bentuk radikal bebas yang menyebabkan penuaan sel. Untuk melindungi sel dan mitokondria dari kerosakan oksidatif kerana radikal bebas, radiasi, pendedahan toksin, gaya hidup dan diet, kita perlu makan banyak sayuran, herba, buah-buahan tinggi antioksida dan nutrien yang mengurangkan keradangan.
 
Nutrisi Utama Untuk Mitokondria
  • Co-Enzyme Q10 atau nama pendeknya CoQ10
  • Resveratrol
  • Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, Biotin, Folate, dan B12.
  • Asid Lemak Omega-3
 

Kat sini saya akan fokuskan perkongsian tentang bagaimana CoEnzyme Q10 menyokong kesihatan mitokondria. CoQ10 ialah antioksidan yang memainkan peranan penting dalam kesihatan kita secara menyeluruh. CoQ10 menyokong tubuh melawan radikal bebas dan melindungi sel-sel organ penting seperti jantung, pankreas, hati dan buah pinggang. Manfaat CoQ10 lebih dari antioksidan. Selain oksigen, CoQ10 adalah nutrien penting yang diperlukan oleh mitokondria untuk sintesis ATP (tenaga) di dalam sel kita.
 
Badan kita boleh menghasilkan CoQ10 pada kadar yang diperlukan. Namun keupayaannya berkurang bila kita dalam keadaan stress. Tahap CoQ10 berkurangan apabila usia kita meningkat dan penggunaan ubat statin untuk menurunkan kolesterol juga menyebabkan tahap CoQ10 semakin rendah di dalam tubuh. Jadi, supplement CoQ10 untuk menyokong mitokondria adalah perlu.

  


Keunikan CoQ-Trol Plus Shaklee
  • Formulasi yang dipatenkan untuk penyerapan optimum CoQ10.
  • Membekalkan sebatian semulajadi 100mg CoQ10 bersama Resveratrol (2mg) dan Tokoferol (5.5mg). 


Manfaat CoQ-Trol Untuk Kecergasan Dan Stamina
Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menyokong mitokondria menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya, kita boleh menjalani hari dengan bertenaga, cergas dan berkeyakinan. Peningkatan CoQ10 membantu meningkatkan kekuatan otot dan mempercepatkan pemulihan luka.
 

Manfaat CoQ-Trol Untuk Kesuburan Lelaki Dan Wanita
Pengambilan CoQ10 menyokong kesihatan sistem reproduktif dengan meningkatkan tenaga dalam Sperma dan Ovum.

  • Untuk Lelaki - Meningkatkan jumlah sperma yang sihat, dan penghasilan tenaga oleh mitokondria supaya sperma bergerak lebih laju.
  • Untuk Wanita - Memperbaiki kualiti Ovum dengan meningkatkan paras tenaga untuk proses pembahagian sel membentuk embrio dan seterusnya perkembangan bayi.

**Wanita yang mengalami masalah PCOS menunjukkan fungsi mitokondria yang tidak normal yang menjejaskan perkembangan folikel, ovulasi, dan persenyawaan.
 


Manfaat CoQ-Trol Untuk Jantung Sihat
  • Menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, sekaligus meningkatkan kekuatan otot jantung dalam jangka panjang.
  • Melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida. Ia juga mengurangkan pembentukan plak pada arteri, membolehkan darah mengalir dengan lancar.
  • Meningkatkan keupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan.
 

 
Manfaat CoQ-Trol Untuk Kesihatan Otak
Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid, salah satu punca utama penyakit Alzheimer. Ia juga meningkatkan daya ingatan, tumpuan dan kecergasan minda.

  
Manfaat CoQ-Trol Untuk Kecantikan Kulit
CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit. Ia berfungsi untuk melindungi kulit kita daripada pelbagai faktor penuaan seperti sinaran UV, bahan cemar, toksin dan banyak lagi. Tetapi, penghasilannya berkurangan sekitar umur 20an dan pengambilan supplement CoQ10 sangat digalakkan.

  • Melindungi kulit daripada mengalami penuaan pramatang dan tindak balas keradangan.
  • Meningkatkan perlindungan antioksida kulit dengan meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan kolagen dan elastin.
  • Membekalkan tenaga untuk proses baikpulih dan pembaharuan sel dengan meningkatkan pengeluaran sel yang sihat. Hasilnya kulit kelihatan berseri dan lebih muda.
 

 
KESIMPULAN
Banyak fungsi penting dalam badan yang disokong oleh CoQ10. Yang paling penting ialah untuk menjana tenaga di dalam sel-sel yang membina tisu dan otot badan kita. Tanpa tenaga sel, kegagalan fungsi organ boleh berlaku. CoQ10 juga bertindak sebagai antioksida yang penting untuk melindungi sel-sel badan kita dari radikal bebas.
 
CoQ10 adalah larut lemak. Jadi ambil supplement CoQ10 bersama makanan yang mengandungi lemak baik seperti avocado, telur dan ikan salmon. Selain itu, makanan yang kaya antioksidan didapati memberi manfaat sinergi apabila diambil bersama CoQ10 dengan memberi faedah antioksida tambahan.
 
Oleh sebab itu CoQ-Trol Plus Shaklee di formulasi dengan gabungan Resveratrol dan Tokoferol untuk manfaat antioksida yang padu.
 
Resveratrol di dalam CoQ-Trol adalah dari ekstrak Polygonum Cuspidatum (japanese knotweed), bahan yang sama dalam formula Vivix. Resveratrol adalah antioksida yang berkuasa dari kumpulan Polifenol, bersifat anti-radang dan mempunyai ciri anti-Angiogenesis yang berupaya menghalang perkembangan sel-sel tidak sihat seperti ketumbuhan fibroid. Kalau nak tahu cara tindakbalasnya, jemput baca point No.7 yang saya tulis dalam posting ini >>> Kisah Fibroid ChicFaz.
 
Namun begitu, kandungan Resveratrol di dalam CoQ-Trol hanya 2mg, jadi kesannya mungkin tidak sehebat Vivix untuk mengecutkan fibroid. Tapi jika Vivix digabungkan dengan CoQ-Trol, sudah tentu kita boleh mendapat extra kuasa perlindungan antioksida dan tenaga sel. Ini kerana, Polifenol telah dibuktikan secara klinikal boleh membantu meningkatkan jumlah mitokondria, stesen penjana kuasa di dalam sel-sel badan kita.


Semoga sharing saya kali ini bermanfaat, jumpa lagi dalam entri yang lain. Jom baca perkongsian menarik oleh sahabat saya Aisyah tentang CoQ10.


💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023


2 comments:

  1. Seronok sangat baca Faz especially tentang mitokondria dan coQ10 ni. kuatkan lagi reason why i must not miss my CoQ10 everyday. Memang hari2 bawa dalam handbag.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mitokondria ibarat enjin, CoQ10 minyak enjin. Syukur ada supplement lengkap macam CoQ-Trol.

      Delete