Sunday, August 6, 2023

Vitamin E Dengan Selenium Untuk Kesihatan Tiroid

Tiroid, merupakan kelenjar kecil berbentuk rama-rama yang terletak di pangkal leher hadapan, tepat di bawah kotak suara. Kelenjar tiroid bertanggungjawab dalam menghasilkan hormon tiroid yang penting dalam mengawal metabolisma, berat badan, tahap tenaga, tekanan darah normal, suhu badan, dan kadar denyutan jantung.
 

Kelenjar tiroid menggunakan asid amino Tyrosine dan Iodine dari sumber makanan yang kita makan untuk menghasilkan 2 jenis hormon tiroid iaitu Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Sebanyak 99% hormon T4 yang dihasilkan oleh tiroid akan diaktifkan dalam bentuk T3 untuk digunakan oleh sel-sel tubuh badan.
 
Aktiviti kelenjar tiroid untuk menghasilkan dan melepaskan hormon dikawal selia oleh kelenjar pituitari di Otak. Kitaran maklumbalas isyarat diantara Tiroid dan Otak ini berfungsi dengan sempurna sehingga terjadi sesuatu yang mengganggu. Apabila pengeluaran atau pelepasan hormon tiroid tidak normal, satu daripada dua masalah tiroid ini boleh berlaku.

1. HIPOTIROID
Masalah tiroid yang paling kerap terjadi, iaitu apabila kelenjar tiroid kurang aktif dan tidak menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi kerana kegagalan kelenjar pituitari menghantar rangsangan (Thyroid Stimulating Hormone) kepada Tiroid. Antara punca Hipotiroid yang paling biasa disebabkan oleh penyakit Hashimoto iaitu penyakit autoimun di mana sistem imun menyerang kelenjar tiroid.

Antara gejala Hipotiroid adalah -- lesu, sukar menumpukan perhatian & lambat berfikir, kulit kering, sembelit, sentiasa berasa sejuk, peningkatan berat badan (metabolisma rendah)



2. HIPERTIROID
Keadaan dimana hormon tiroid dihasilkan secara berlebihan. Ia jarang berlaku tetapi lebih bahaya berbanding Hipotiroid. Apabila hormon tiroid terlalu tinggi, metabolisma tenaga menjadi lebih cepat, menyebabkan badan membakar nutrien terlalu cepat. Ini boleh mengakibatkan kekurangan zat makanan dan membawa kepada pelbagai masalah. Kebiasaannya hipertiroid disebabkan oleh Grave disease, sejenis penyakit autoimun yang menyebabkan keradangan dan bengkak pada kelenjar tiroid.

Antara gejala Hipertiroid adalah -- tangan menggeletar (tremor), berasa gementar dan mudah tersinggung/marah, degupan jantung laju, mudah berpeluh dan berasa panas, susut berat badan.
 

 
Cara Memperbaiki Kesihatan Tiroid
Tanda-tanda gangguan tiroid seringkali dikelirukan dengan masalah kesihatan yang lain, dan wanita 5 kali ganda lebih cenderung mengalami gangguan tiroid berbanding lelaki. Mengurus tahap hormon tiroid melalui ubat-ubatan tiroid hanya sebahagian daripada proses. Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah mengenalpasti tanda amaran awal masalah tiroid dan membuat perubahan gaya hidup sihat untuk mengatasinya.
 
  • Perbaiki kesihatan usus
  • Singkirkan gluten (gandum, roti), bijirin dan kekacang daripada diet.
  • Kurangkan pendedahan kepada toksin dan stress.
  • Makan makanan kaya dengan mineral (atau supplement) yang menyokong kesihatan tiroid seperti Zinc, Selenium, Iodine bersama-sama antioksidan termasuk Vitamin E, C dan pemusnah radikal bebas yang lain.


NUTRIEN PENTING UNTUK KESIHATAN TIROID

1. IODIN
Tiroid tidak boleh berfungsi tanpa Iodin. Kekurangan iodin bermakna tiroid tidak mampu menghasilkan hormonnya dan seluruh badan kita akan terjejas.

Sumber makanan kaya iodin antaranya -- sayuran dan makanan laut (seaweed, algae, udang, tiram), telur, asparagus, cendawan cordyceps, bayam, bijan, bawang putih.


2. SELENIUM
Fungsi selenium ialah membantu enzim yang menukar hormon tiroid tidak aktif T4 kepada hormon tiroid yang aktif T3 supaya boleh digunakan oleh sel-sel tubuh badan kita. Jadi, tanpa selenium yang mencukupi, hormon tiroid tersekat dalam keadaan tidak aktif menyebabkan gejala Hashimoto. Kajian menunjukkan 200mcg (microgram) Selenium setiap hari beserta dengan hormon tiroid dapat mengurangkan antibodi yang menyumbang kepada gejala autoimun Hashimoto.

Satu lagi fungsi penting selenium adalah untuk meneutralkan Hidrogen Peroksida (radikal bebas) yang merosakkan. Hidrogen Peroksida terbentuk di dalam Tiroid semasa badan menukar Iodide (bentuk iodin dalam makanan yang kita makan) kepada Iodin untuk kegunaan Tiroid menghasilkan hormon.

Sumber makanan kaya selenium antaranya -- tuna, daging lembu, brazil nuts, kuaci.



3. ZINC, COPPER & ZAT BESI
Mineral zinc juga diperlukan dalam proses penukaran T4 kepada T3. Zinc bertindak secara sinergi dengan mineral copper dan zat besi. Kesemua tiga nutrien ini mestilah cukup mengikut keperluannya. Kekurangan 3 mineral ini boleh mengakibatkan penurunan fungsi tiroid (Hipotiroid).

Sumber makanan kaya zinc antaranya -- tiram, ikan sardin, daging lembu & kambing, halia, badam, kuaci.

Sumber makanan kaya mineral copper antaranya -- daging lembu, tiram, lobster, cendawan shitake.

Sumber makanan kaya zat besi antaranya -- kerang, tiram, hati lembu, bayam.



4. ANTIOKSIDAN
Tekanan oksidatif atau keradangan daripada radikal bebas dikaitkan dengan penyakit degeneratif serta proses penuaan. Antioksidan seperti Vitamin A, C, E bersama Iodin dan Selenium amat penting kerana ia membantu melindungi sel kelenjar tiroid dari tekanan oksidatif harian.

Sumber makanan kaya Vitamin A -- kale, ubi keledek, lobak, bayam, brokoli.
Sumber makanan kaya Vitamin C -- jambu batu, kiwi, strawberry, betik, buah citrus, sayuran hijau.
Sumber makanan kaya Vitamin E -- bijian penuh, badam, kuaci, hati lembu.

Vitamin E shaklee diperkaya dengan Selenium


5. VITAMIN B
Vitamin B2, B3 dan B6 penting untuk fungsi tiroid kerana ia terlibat dalam penghasilan T4.



MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN UNTUK FUNGSI TIROID YANG SIHAT
 
Makanan tertentu mengandungi Goitrogen, iaitu sebatian yang menyukarkan kelenjar tiroid menghasilkan hormonnya. Contoh makanan ini adalah kacang soya, brokoli, bunga kobis (couliflower), kobis, dan brussel sprout. Tetapi bukan bermaksud kita perlu elakkan makanan ini sepenuhnya dari diet. Kita dicadangkan untuk memasak makanan ini terlebih dahulu untuk mengurangkan unsur goitrogenic di dalamnya. Idea lain ialah, makan bersama makanan yang menyokong kesihatan tiroid seperti senarai di atas.


MANFAAT LAIN VITAMIN E UNTUK KESIHATAN
 
1. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Supplement vitamin E didapati boleh mengurangkan risiko penyakit jantung yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi sistolik. Mengambil vitamin E dengan supplement Omega-3 pula didapati boleh mengurangkan tahap kolesterol LDL dan triglycerides.


2. Membantu Meringankan Masalah Dysmenorrhea (Senggugut)
Dysmenorrhea ialah keadaan yang dicirikan oleh sakit semasa haid yang teruk dan kerap, seperti kekejangan dan sakit di bahagian pelvis. Vitamin E didapati boleh mengurangkan kesakitan yang dialami oleh wanita semasa haid. 

Dalam satu kajian (2018) yang dijalankan terhadap 100 wanita yang mengalami dysmenorrhea, mengambil 200 IU vitamin E setiap hari dapat melegakan kesakitan semasa haid lebih baik daripada placebo. Kesannya lebih baik apabila vitamin E di gabungkan dengan supplement Omega-3 yang mengandungi 180mg EPA dan 120mg DHA.


3. Menyokong Kesuburan Lelaki
Vitamin E ialah vitamin larut lemak yang membantu melindungi membran sel sperma daripada kerosakan. Kajian telah menunjukkan bahawa vitamin E dapat meningkatkan motility (pergerakan) sperma.


Sekian dulu sharing saya tentang kebaikan Vitamin E. Semoga bermanfaat dan jumpa lagi!

 
💖💖💖
Sebarang pertanyaan berkenaan produk atau 
bisnes Shaklee, boleh terus hubungi saya di sini.

PENAFIAN:
Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di dalam Blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023



No comments:

Post a Comment