Monday, May 1, 2023

10 Tips Untuk Jadi Wanita Bahagia

💖💖💖

1- Tidak kisah berapa usia anda pada hari ini, anda berhak untuk jadi bahagia. Know that.

2- Anda boleh lakukan apa sahaja, asalkan ianya adalah sesuatu yang anda suka dan membahagiakan diri. Tetapi sentiasa pastikan anda buat sehabis baik untuk diri anda. Always give the best to yourself ya!

3- Ingatkan diri selalu bahawa kita tidak pernah bersaing dengan sesiapa pun di sekeliling kita, dalam sebarang bentuk, cara atau gaya. Kita hanya bersaing dengan diri kita sendiri.

4- Fokuskan untuk jadi lebih baik, jadi lebih berharga dan jadi lebih berjaya dari diri kita sebelum ini.

5- Anda akan berasa sangat tenang nanti.  Membuat apa yang anda suka (selagi ianya tidak melanggar batas agama) adalah sebuah kebebasan. Menyukai apa yang anda lakukan adalah kebahagiaan.

6- Jangan letakkan kebahagian diri dalam “genggaman” orang lain. Jangan bergantung kepada orang lain untuk jadi bahagia. Tidak ada sesiapa selain dari diri anda yang boleh membuatkan anda bahagia.

7- Jaga kesihatan diri, jaga kebersihan diri, jaga makan dan minum diri dengan baik. Jaga kebersihan pakaian juga. Pakaian tidak semestinya berjenama atau mahal. Tetapi mestilah bersih. Menjaga kebersihan bermaksud, anda mesti rajin mandi, bersihkan rambut dan kuku serta seluruh anggota badan. Perlu laburkan sedikit masa untuk diri dan mestilah berdisiplin. Semua ini akan menjadikan aura anda lebih baik nanti. Perhatikan apa yang anda rasa setiap kali selepas anda mandi di waktu pagi.

8- Untuk mendapat kebahagiaan, jangan tinggal solat. Solat adalah kunci bukan sahaja untuk bahagia, tetapi untuk banyak perkara lain dalam hidup. Tidak kira bagaimana sibuk pun anda, usahakan untuk tidak meninggalkan solat. Jika terlalai, pastikan anda ganti. Always put this as a priority ok!

9- Laburkan wang untuk mencari ilmu. Jadi wanita yang berilmu. Jika tidak mampu untuk ke kelas berbayar, ada banyak kelas yang diberikan dengan percuma. Jika tidak mampu kerana tidak ada kemudahan, banyakkan lah membaca. Cantik tanpa ilmu adalah sia-sia. Be a knowledgeable woman. Dengan ilmu, anda akan berasa hidup dalam kecukupan dengan lebih baik.

10- Never underestimate the investment you make in yourself. Baik dari segi masa, tenaga atau wang. Tidak akan ada usaha yang sia-sia. InsyaAllah.

👉 Tulisan asal oleh Puan Dzuriasikim Dzulkefli ðŸ‘ˆ



No comments:

Post a Comment