Sunday, May 7, 2023

10 Cara Untuk Kuatkan Hati Wanita

💖💖💖

1- Down macamana sekali pun, rajinkan diri untuk solat. Ya solat kunci untuk bahagia, penjemput rezeki, menguatkan dan menenangkan hati, pengubat jiwa. Tidak kira siapa pun diri kita dan apa pandangan orang terhadap kita.... kalau berasa kecewa, tertekan (stress), berasa runsing, berasa seolah sedang berada di tempat terbawah dalam hidup, sedih, ambil wuduk dan cepat-cepat solat.

2- Selalu sangat kita baca dan dengar pesanan jangan tinggal solat kan? Cuma selagi kita tidak melakukannya dengan istiqamah (iaitu berterusan) kita tidak akan dapat merasakan nikmatnya. You need to do to feel it. Jadi, "create habit" untuk solat. Ya, tips kedua adalah  Istiqamah dalam menunaikan solat.  

3- Lawan rasa sedih dan kecewa, marah semua itu seketika. Kadang kita kecewa kerana tidak dapat apa yang kita mahu. Padahal Allah sedang siapkan sesuatu yang lebih baik tanpa kita tahu. Berbaik sangka dengan Allah selalu.

4- Kadang juga kita berasa sangat down bila apa yang kita rancangkan tidak berlaku. Tanpa kita tahu Allah bukan sahaja sedang mempersiapkan sesuatu yang lebih baik dari yang kita mahu, bahkan sedang melindungi kita dari keburukan yang tidak kita tahu. 

5- Perasaan kita akan berubah-ubah selalu. Semua rasa sedih dan resah itu akan berlalu pergi dengan cepat nanti. Jangan lupa untuk berdoa begini setiap hari...

"Ya Allah, angkatlah segala kesedihan hati ku ini dan gantikanlah dengan khabar yang baik dan bahagia untuk kami"

Pernahkah anda berdoa untuk Allah buangkan rasa sedih setiap hari? Jika belum, jom amalkan. Yakinlah bahawa sangat mudah bagi Allah untuk membuang rasa sedih, marah, kecewa bahkan rasa sayang yang keterlaluan mu kepada makhluk dan harta.

6- Jangan lupa untuk berzikir dan berselawatlah selalu dalam hati. Tidak semestinya kita perlu duduk di sejadah. Sebut dalam hati selalu ya. InsyaAllah kita akan berasa lebih tenang nanti. Tidak perlu kuat dan tidak semestinya perlu ada tasbih di jari. Cukup hanya Allah tahu. Ingatlah, yang penting kita ikhlas.  

7- Bahagiakan diri dengan membahagiakan anak-anak, pasangan, adik-beradik dan sahabat handai selalu. Bahagiakan orang di sekeliling kita. Jika ada rezeki lebih, sentiasa utamakan adik-beradik dan ibubapa, pasangan dan anak-anak. Kemudian barulah orang lain ya. Membahagiakan orang adalah salah satu cara untuk "mengubat jiwa" kita sendiri. Cubalah...

8- Tidur awal supaya kita boleh bangun awal. Jika tidak dapat tidur awal kerana kekangan kerja atau tanggungjawab lain, dapatkan tidur yang berkualiti. Tidur boleh membuatkan anda tenang seketika. Nanti bangun awal juga ya. Kalau boleh cubalah untuk bangun bertahajjud pada pukul 3 atau 4 pagi. Jika tidak mampu, cubalah untuk bertahajjud sebelum Subuh. Tahajjud adalah "ubat jiwa" yang sangat sangat mujarab!  

You are going to be strong at heart!  InsyaAllah.

9- Sedekah. Kalau difikir dengan akal kita yang terbatas, rasa macam sedekah tak bersangkut dengan ketenangan kan? Tapi ketika bersedekah kita membahagiakan orang. Nanti boleh minta orang tu doakan yang baik-baik buat kita juga. Bukan sahaja kerana doa tetapi orang yang rajin bersedekah akan dimurahkan rezeki dengan berlipat ganda. Dan bahagia juga adalah rezeki bukan? Malah bahagia adalah lebih mahal dari wang.

10- Dalam keadaan apa sekali pun, buat baik selalu kepada semua orang. Biar orang salah anggap, biar kerja bertahun tidak naik pangkat, biar tidak disukai kerana kita tidak berharta, buat baik selalu. Orang yang sentiasa berbuat baik akan lebih mudah bahagia. Orang yang sentiasa berbuat baik tidak akan ada kesal dalam hatinya. Apabila tiada kesal, itulah kekuatan dan kebahagiaan.

Dan orang-orang yang tenang akan menang. Apabila hati kuat, jiwa akan lebih tenang.

👉 Tulisan asal oleh Puan Dzuriasikim Dzulkefli 👈




No comments:

Post a Comment