Saturday, May 6, 2023

Jangan Tertawakan Wanita Yang Bernikah Lambat

💖💖💖

Samada mereka ini belum mendapat jodoh biarpun usianya sudah banyak, atau mereka sudah pernah menikah dulu, kemudian ditakdirkan menjadi seorang ibu tunggal untuk tempoh yang lama.
  
Kamu harus tahu. Kadang bukan tidak ada yang mahu memperisterikan mereka. Tetapi mereka ini sangatlah berhati-hati dalam memilih pasangan. Kita bernikah bukan suka-suka. Bukan juga untuk sehari dua.

Kamu juga harus tahu, ada sangat banyak wanita yang bahagia biarpun tanpa pasangan. Dan ada sangat banyak juga wanita yang menangis setiap hari biarpun punya pasangan. Tidak semua wanita yang berumahtangga itu bahagia.  

Ternyata bahawa mempunyai pasangan itu bukanlah syarat untuk menjadi bahagia.

Orang yang tidak bahagia adalah orang yang sering meletakkan syarat untuk kebahagiaan mereka sendiri. Mahu miliki banyak perkara barulah mereka bahagia. Tetapi ada banyak orang yang sangat mudah menjadi bahagia tanpa ada banyak perkara dalam hidup.

Selagi kita redha dalam hidup.  
Selagi kita selalu tenang.
Selagi kita yakin dan sabar.

Bahwa jika tidak di dunia, pasti akan ada bahagian kita kelak nanti. InsyaAllah, kita akan tetap bahagia biarpun kelihatan kurang di mata manusia lain.

Kebahagian kita itu tidak perlu dipamerkan. Orang yang benar-benar bahagia tidak perlu mempamerkan kebahagian mereka. 
 
Happiness doesn’t needs approval.

Dan lagi… dalam keluarga kita ada anak perempuan, adik perempuan, kakak, bahkan ibu malah isteri sendiri. Pasangan mereka adalah pinjaman. Suatu hari nanti barangkali juga akan menjadi seorang ibu berdikari atau lambat dinikahi.

Jodoh itu kan urusan Tuhan. Jangan perlekehkan apa sahaja urusan Tuhan. Kerana kita tidak pernah tahu apa-apa tentang itu. Tetapi Tuhan tidak pernah berikan yang tidak baik.

Biarpun sesuatu itu lewat hadir, ianya pastilah kerana untuk hal yang terbaik…InsyaAllah. Trust Allah ok.

👉 Tulisan asal oleh Puan Dzuriasikim Dzulkefli 👈




No comments:

Post a Comment