Thursday, May 4, 2023

Allah Ada

💖💖💖

Berapa kali kita kecewa dalam hidup? 

Minta kerja tak dapat. Bercinta, putus di tengah jalan. Ditipu oleh orang yang tidak jujur. Dikhianati kawan atau orang yang kita sayang. Putus tunang. Berpisah dengan pasangan. Difitnah. Gagal dalam perniagaan. Bekerja tetapi tidak dibayar gaji.
  
Saya pernah menangis hingga rasa nak muntah dan terbatuk kerana kecewa.
Ketika menangis itu saya rasa seolah.... 

Kenapalah saya perlu melalui semua ini dalam hidup. Kenapa berkali-kali. What have I done wrong? Kenapa perlu jumpa orang kemudian kita sayang dan orang yang kita sayang itulah yang paling menyakitkan kita. Rasa nak undur balik masa dan betulkan semua keadaan.

Kadang kita berasa perit dan ketika kita sedang dikecewakan oleh orang yang kita sayangi itu, kita akan berfikir seolah kita tidak akan berjumpa orang lain yang lebih baik lagi. 
 
"Like there is no one else going to take your place in my heart"
Lebih kurang macam tu lah kecewanya kita.

Tetapi sebulan, dua bulan selepas tu... Lama-lama saya dah jadi tenang semula. Saya sudah mula mencari semula siapa diri saya. I keep moving on slowly. Tidak mudah, tetapi saya teruskan juga.

Dan saya mula jumpa banyak perkara yang lebih baik. Pekerjaan yang lebih baik. Rezeki yang lebih baik. Pencapaian yang lebih baik. Sahabat yang lebih baik. Jalan hidup yang lebih baik. Tempat tinggal yang lebih baik. Dapat berikan anak-anak banyak keperluan yang jauh lebih baik. Dan banyak lagi yang baik baik belaka.

Saya juga telah mula kenal dengan banyak orang dan berada dalam “new circle” yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Kehidupan yang semakin selesa dan mula belajar untuk menjadi lebih bahagia.

Akhirnya saya belajar satu perkara.
  
Bahawa Tuhan tidak pernah mengambil sesuatu dari kita tanpa menggantikannya dengan yang lebih baik. Belajar untuk merasa sakit kerana kehilangan sesuatu tanpa disangka-sangka. Dan menerima sesuatu dengan cara yang tidak pernah kita sangka juga.

Banyak pertemuan yang tidak dirancang dalam hidup akan berlaku. Banyak rezeki yang tidak pernah kita terfikir akan kita terima. Apa yang kita jangka mengikut akal fikiran kita, langsung tidak sama dengan cara Allah memberi.

Sudah acap kali benar kita dengar...

Jangan takut, rezeki dari Allah.
Jangan takut, sebab Allah tidak pernah zalim.
Jangan takut, sebab Allah tidak pernah menduga melebihi dari apa yang kita mampu.
Jangan takut, sebab apa yang Allah ambil pasti Allah gantikan dengan yang lebih baik.

Tetapi kita tetap bimbang, sedih, resah.  
Sibuk memikirkan masa hadapan yang tidak pasti. Dan sering menangis tersesak-esak seorang diri.

Meletakkan diri kepada rasa tawakkal itu sukar sebenarnya. Kerana itulah ujian akan datang bertimpa dalam hidup kita. Sehingga kita akhirnya akan putus asa dengan manusia.  

Dan saat itu barulah kita akan benar-benar faham. Bahawa cukup dengan Allah. Cukup hanya Allah. 

Dan akhirnya kita akan tahu, bahawa tidak ada satupun cabaran hidup itu datangnya sia-sia. Melainkan untuk mengajar dan mendidik hati kita agar menjadi lebih kuat, lebih tenang, lebih tahu erti bersyukur, lebih menghargai setiap orang yang hadir dalam hidup kita, lebih mahu menikmati moments dalam hidup... dan segalanya yang baik-baik sahaja.

Untuk itu, tenang aja semuanya.
Suatu hari, bahagia pasti akan tiba juga.
Jika tidak di dunia, pasti segala airmata mu akan terbalas di Syurga.

Amin Ya Rabbal Alamin. 

👉 Tulisan asal oleh Puan Dzuriasikim Dzulkefli 👈



No comments:

Post a Comment